Monday, April 25, 2011

Semalam yang aku lihat

yang aku lihat tak semestinya yang aku nampak...

tapi semalam dalam ramai-ramai orang yang mengunjungi booth tempat aku bertugas, aku lihat ibubapa bawa anak-anak sama ada anak-anak mereka adalah perempuan sahaja sehingga 4, 5 orang. Ataupun lelaki saja sehingga 4, 5 orang. Ataupun anak 4 orang perempuan dan satu lelaki

vice versa.

Oh... jadi bukanlah aku alien sangat apabila aku ada 4 orang anak perempuan tanpa anak lelaki... kan kan kan. Ramai lagi yang senasib dengan aku di dunia ini. Dan mungkin juga mereka selalu menerima kata-kata 'pelik' sebagaimana yang aku terima saban tahun.

"bang, singgah bang."

aku juga lihat ibubapa yang sabar dan bapa yang terlebih sabar melayan kerenah anak sambil gosok poket dan pegang wallet ;P

ada yang sporting dengan kemahuan anak-anak masing-masing sekaligus bertanya 'cik promoter' apakah yang sesuai untuk anak mereka.

"kak, ini bagus kak, kita pentingkan kualiti dalam produk kita."

ada terjumpa kawan-kawan, "hei... macamana engkau boleh bertukar line? kasihan engkau, di sana gaji kau dah besar, sekarang kau kena mula dari bawah."

apa nak buat wahai kawan, saya adalah seorang 'yang sentiasa muda' kot... hahaha

"awak kerja promoter edar flyers? berapa gaji awak sebulan? awak ada pelajaran tak?" (salah-seorang pekerja [rakan sekerja saya] telah ditanya sebegini semalam)

"kak! hari ni harga runtuh, pembelian yang berbaloi."

apa-apa pun, aku balik ke rumah dengan kaki melecet di tumit! hari ni sudah tampal koyok (plaster) di tumit...

esok, ke pesta buku lagi!
Gambar dengan anak sedara, dicilok dari blog abang zino. Terimo kasih :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.



© 2010 Hakcipta Terpelihara.

38 comments:

Kakzakie said...

Syabas mak su. Kalau kakak dekat memang kakak dah terjah booth mak su dulu. Gaji bukan percaturan segala... Kalau bertahun tapi kenaikan ciput baik ke tempat baru. Kakak percaya setahun-dua mak su beroleh kembali seperti gaji dulu.

p/s: tunggu buku baru mak su keluar.

julietchun said...

tak berkesempatan nak pegi semalam.

shasha said...

alaaaa....tak dapat nak jumpa....

Erna said...

maksu..tak heran do mak su..akak pun tak do yang pompuan..lelaki yo..janji kito ada anak kan..

syaf said...

woo ade booth sendirik ler mak su,...cayalah


ala janji ade anak....saye ni ha, sampai sekarang tak de anak...tak de rezeki lagi...hu3








































memang ler tak de anak, sebab tak kawen lagi :P

makdara TERdiva said...

tak dpt nak terjah mggu lps..sob..sob..

Rozami said...

kerja apa pun yg ptg ada perancangan

kerja best tak ada perancangan x ke mana kot

kakngah said...

maksu,
anak2 kite sume lelaki.
:P

geng kak erna.

m.q said...

maksu, jumpa di sanaaaaaa

wahida said...

bila kita nak jumpa ni maksu? hehehe...

ainnoraini said...

saye semuanye perempuan jugak ade 4 org semuaye... bapaknye jer sorang hero kat umah tu...

dah tak larat telinga ni org tanye bile nak tambah...kot2 dpt lelaki la pulak...

semua tu kuasa allah..
alhamdulillah dikurniakan anak2 yg sihat...

PuteriKureKure said...

maksu, ada rejeki saya nak terjah maksu la. hehe. tapak tangan kanan saya ni dah gatal2 dah ha...(nak shopping buku2)

maksu, pakaila sandal/kasut yang selesa sket. cian kaki tu. nak pakai lama tu. hehe.

Daddy Ziyyad said...

Maaf cakap, sesetengah spesis melayu ni mmg spesis joyah mulut longkang.

-orang kawin takda anak, dia kutuk.

-orang dah ada anak sorang, pun dia kutuk kata anak sorang mana cukup.

-orang ada anak 3 org semua lelaki atau semua perempuan, pun dia kutuk.

Joyah macam ni mmg patut humban ke neraka aja...mmg saya meluat dgn manusia kepoh macam ni.


By the way, bagi saya, agak kurang ajar/melampau bila kita direct tanya soal gaji ni, ni bagi saya lah..

Anyway, mesti penat kan..saya rasa saya tak dpt pergi lah...tak syok pula nak ke sana sorang2..wife saya tgh sarat pregnant

Cik Pah said...

cik pah pun tak pergi.. sibuk kemas rumah ..

btw.. saya ada kawan..lima anak pompuan..takde lelaki..

yg lagi sorang.. 4 lelaki..takde pompuan.. baru baru nih klaur lagi twin lelaki.. huh.. dah tuhan nak bagi kan.. nak wat camne

- GC - said...

sy jauh, lagi lah tak dapat nak pergi.


* kepochi jgk yer yg tnya psl gaji ni

Oasis said...

Biar gaji seciput aslkan puas bila bekerja.

kesian kaki mak su melecet.

Mak Su said...

tq kakzakie, prinsip sy, jgn putus harap terhadap rahmat Allah. mengenai buku, insyallah, mungkin lagi 2bulan, kena queue rupanya, hi hi hi

julietchun, hari selasa mai ler :)

shasha, alah....

kak erna, sokong

syaf, hahaha, booth majikan, bukan booth maksu ;)

mdt, minggu ni?

rozami, sokong

kakngah, ci pah - dah gitu rezeki yang Tuhan ber, kan

mq, wahida - jom

ainnoraini, a'ah

intan, jum jumpa-jumpa!

daddy ziyad, ya lah, tak yah paksa jenjalan, len kali pun ada masa, insyallah. sy sokong kata2 daddy tu

gc, kirim salam aje lah ;)

oasis, sokong! :)

dangarumbia said...

Tak ada peluang nak ke sana la Mak su. Kalau tak tentu kita boleh laga pipi, hihihi....

Anak Tie 3 orang jer, dan lelaki cuma sorang. Tu pun rasa nak semput .

h4ni3 said...

anak tu kan rezeki..
tak kira lelaki ke pompuan kan.. :)

Cik Anita said...

alahai..
belum berkesempatan mahu ke pesta buku. :(

kalau pergi pun barangkali tidak dapat memborong. lagi lah sedih~

lupekanje said...

jeki halal tu mak su...tak po...Alhamdulillah...

sayangsayangibu said...

kenapa sya tak terjumpa maksu sabtu lepas?

eelobor said...

sedihnya bila tak dapat nak ke pesta buku tahun nih. ada kawan dari kampung yang kena bertugas di sana, ajak kuar makan malam pun tak sempat gak. jadual terlalu padat sangat minggu nih

wifenavy said...

Ingat nak ke Pesta Buku ari nih.. tapi kena meeting lak.. terpaksa lencong kan laluan..

wifenavy said...

Ingat nak ke Pesta Buku ari nih.. tapi kena meeting lak.. terpaksa lencong kan laluan..

Ila said...

ila pergi hari sabtu...mencari maksu tp tak nampaklah plak

dwaty said...

tak pernah lagi pegi pesta buku....

Shukri Mohd Ali said...

laa...dekat dengan gerai PTS dan Jemari Seni ek? saya selalu lepak Jemari Seni...hehe. lupa la pulak pasal Mak Su! adeh! tak apa, kalau pergi lagi nanti saya kunjungi booth Mak Su ya :)

Myn Annisa said...

aku leh bayang kan betapa sengal sengal nyer kaki kau...derita derita..hehe

MataHati @ MH said...

sayang sya duk jauh sgt.. kalau tak confirm dpt pergi pesta buku tu... rugi rugi

Tihara said...

Bestnye, pesta buku :-)

Tihara said...

Bestnye, pesta buku :-)

MOKCIK AZWA said...

Mak su...dah namanya manusia.. anak sikit pun kena tanya, anak ramai pun kena juga..sabor jer la. Aik sudah lebey siap ungkit pasal gaji...tak aper la Mak su janji rezeki halal dan hati pun bahagia..

DrSam said...

salam maksu. saya tidak berkesempatan kali ini menyinggah di pesta buku. Walau apa pekerjaan pun semuanya jika dilakukan dengan ikhlas merupakan amalan yang mulia.

p/s: sampai masa nanti, saya kena juga cari 4 menantu perempuan :)

CuTeMiUt78 said...

oohhh... maksu buka booth kat pwtc ke... emmmm betul2 ketinggalan ni... tak tau pun sekarang maksu dah bertukar 'line'

wifenavy said...

Dah sampai booth tempat Mak Su btugas.. ramai no orang nye.. dok carik2.. semuanya rendang2 macam Mak Su.. tapi tak nampak Mak Su yang betul2 nye.. hu hu

ZULKIFLI said...

Salam maya, Mak Su (?),
Terima kasih kerana berkunjung ke Blog saya.

Saya selalu meletakkan dunia perbukuan (penerbitan) sebagai salah satu amal jariah (ilmu yang dipergunakan orang). Insya-Allah, pahalanya berterusan.

Tak cukup sekali berkunjung ke booth PTS, dengan rangkaian judul yang banyak, satu jam adalah masa yang singkat, tetapi dengan jumlah pengunjung yang banyak, satu jam menyesakkan diri pula.

Syabas dan tahniah, PTS. Syabas dan tahniah, Mak Su kerana menceburkan diri dalam dunia penerbitan!

ct rahani said...

salam mak su.. lama x jengah sini.. sy baru nk aktif berblog lg.. hehe..

x kisah la klu sumer anak pompuan or lelaki.. anak kn anugerah plg indah dr Allah.. masing2 ader kelebihan masing2 kan.. :p