Thursday, April 21, 2011

PBAKL 2011

Thanks ya Fyna, atas kesudian folo blog ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~

hoh! penat! sakit tumit, lenguh kaki. harini diminta ke pwtc untuk tolong setupkan booths. letih wak....wa cakap lu.

aku penah sekali datang ke pesta buku, sebagai pengunjung pun aku penat. apatah lagi nanti nak bertugas... ho ho ho

dan harini tolong setup, susun barang-barang.... waaaa, letihnyer!!!

by the way, pekerjaan sekarang bukan naik pangkat, ia cumalah di bidang yang berlainan tapi cabarannya tetap ada. apatah lagi bagi seorang pempuan tua usia nak masuk 42 tahun, tiba-tiba pegang jawatan, ada jugak mulut yang berbunyi. bukan tak ada. gitulah.... adat dunia.

sebaliknya gaji pula, terpaksa ikut gaji orang yang tak ada pengalaman. ya lah. namanya pun pekerjaan yang lain, lari sungguh dari bidang pekerjaan aku yang telah aku lakukan selama puluhan tahun. aku terpaksa reda jer lah... inilah adat orang mencari rezeki... kan. hajat hati nak dok ghumah jer, boleh masak untuk husband dan anak, tapi impian tinggal impian. aku terpaksa kerja untuk bantu suami sara keluarga. bukan nak bermewah, tapi untuk SARA KELUARGA

lain dari tu, aku sebagai pekerja @ kuli tidak langsung ada share dengan syarikat jadi aku tidak ada kemampuan nak beri sebarang offer atau free gift kepada pelanggan syarikat. kalau tokei bagi, dapatlah kat uols. gitulah ceghitenyer.

berlagak langsung tak ada ya. nak bergambar or nak cari glemer langsung tak ada ya. aku sedar diri aku, gemuk, pendek, tak cantik, tak uptodate, tak vast, tak vogue, dah berumur, suka gelak tapi selalu disalah anggap sebagai GEDIK..... dan lain lain yang tak lagilah.

KATAK jer yang tak

JUMPA ANDA DI SANA :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

Zareda Norman said...

jumpa di sana sana...

Mak Su said...

yezza

kakngah said...

tengah hafal peta lokasi booth.. hihihi!!!

ckLah said...

Nak cari maksu senyap-senyap....

shasha said...

tak bole jalan..takde transport..nampaknya tak bole la jumpa di sana yer.... :(

Ila said...

ada rezeki nanti jumpa mak su kat sana

lupekanje said...

tak pe la...nak carik jeki...memang macam2 rasa ada. Asam dan garam dan halba dan rempahratus, semua ada...
err..ada sesaper nk bawak acik gi PWTC?

Mak Su said...

see u there kakngah

cklah tok sah senyap2, sebab saya bukan selebriti, tegur jer :)

shasha, alahai

insyallah Ila

acik lupekanje ;)

PuteriKureKure said...

maksu! kalau dekat lama dah saya jengah maksu kat sana. nak jumpa maksu!!!

Cik Pah said...

kat tempat kerja baru nih masih ada yg mengeji lagi ker maksu.. sabar ye..

maybe setahun dua lagi maksu boleh lah jadi fully housewife.. doakan untuk saya juga.. dak muak nak kerja nih..

Kakzakie said...

Apalah maksu ni kata begitu. Kalau buat motivate bukan main cantik sangat, tetiba down kata diri sendiri begitu. janganlah maksu.... kakak respect sebenarnya cara maksu membina karier....

Siapa yg mengikuti dari awal blog maksu dia tahu siapa maksu...

Mama Zara said...

Mak Su kat booth mana? Mama mmg konpem pegi tu nanti...aktiviti wajib tahunan :)

Shifu67 said...

aku sedar diri aku, gemuk, pendek, tak cantik, tak uptodate, tak vast, tak vogue, dah berumur....

kesedaran yg sungguh tuluss... aku terharu... hahaha

Mak Su said...

intan, huhuhu

cik pah, kat mana2 pun sama, ek. malangnya, inilah baru maksu temui suatu bidang pekerjaan yg mencabar dan maksu sukai banget-banget

(ada ker perkataan banget-banget?)

kakzakie, err... sy pandai buat motivate? sy pun tak sedau, hahaha. thnks kak, akak memberikan sinaran kepada kesuraman hati saya

mama zara, cari di Bola januari - mei ya. maksu ada kat situ, insyallah. hari ahad selasa kamis ahad

shifu - hahaha, tak baek tau gelakkan saya... hi hi hi

Daddy Ziyyad said...

ehh..maksu bukak booth ya? boleh bagi nama & nombor booth, saya mau serbuuuuuu :P

one said...

Sedih kan moksu, member satu bilk dulu ,duk bincang rank ape,kita masih pening bergelut basic.pujukan hati inila ujian utk reda kerna bhgia bkn pd pgkt tinggi,hrta banyak,gj besar. ...Allahuakbar