Friday, March 11, 2011

Innalillah buat Idola

Salam berjuta takziah buat negara Jepun dan warganya; terutamanya di bahagian utara Jepun - yang sedang dalam kepayahan akibat dilanda ombak tsunami.

Lapuran menyatakan ombak pertama adalah setinggi 10 meter disusuli ombak ke dua (lebihkurang) 7 meter, gempa pada 8.9 skala richter.

Ramai yang terkorban di celah-celah bangunan yang runtuh.

Takziah buat negara idola, Jepun, merupakan salah-satu negara maju yang ada hubungan yang baik dengan Malaysia. Negara matahari terbit itu telah melahirkan superhero-superhero yang sukar hendakku lupakan sejak kecilku; biarpun ada unsur lawak di sini tapi kesedihan tetap melanda hati.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

Sha said...

salam takziah utk rakyat jepun.

smoga negara kita dilindungi dari bencana olehNYA.

Shifu67 said...

semoga kesan tsunami tak merebak sampai ke negara kita

Oasis said...

Nampaknya hero-hero kita pun tak mampu nk menghalang kuasa Tuhan. Cukuplah mati itu satu peringatan (aikk..macam pernah kudengar).

Semoga semuanya sejahtera...

izan said...

tsunami lagi ... nampaknya geografi dunia makin berubah ...

shasha said...
This comment has been removed by the author.
pak long said...

salam...
moga ia jadi pengajaran buat diri ini....

Tihara said...
This comment has been removed by the author.
mr.kordes said...

maksu nye book reviewed..jgn mare....

Izariza said...

di mana-mana ujian Allah tetap ada ..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

mana atomen? mana power ranges? mana doremOn?

semua dah lari.....huhuhuhu.

pepun kina pun nak ucapkan takziah pada negara jepun. kalau x de dorang negara kita blh jadi negara miskin. hOpe lepas nie jepun blh bangkit balik dari kejatuhan.

mintak²lah kilang² jepun kat malaysia nie x tutup. kalau tak kecian mereka yg bekerja kat situ.

kella said...

dunia semakin tua... semakin sakit... semakin uzur...

keadaan ini memang sungguh menggerunkan..

kalau sesiapa tak nampak nampak lagi.. tak tahu la..

wahida said...

sebut pasal jepun, mereka adalah high-tech people n yet very polite. kesian diorang, sedih juga patutnya negara yg zalim tu yg kene. hanya Allah yg tahu.

Mak Su said...

betui ker jepun sudah tergenjak sedikit sebanyak 8meter or 8km dari kedudukan asal? saya sedih, saya respek mereka biarpun mereka ada katun2 yang lucu dan watak2 hero yang pelik. kita pun byk terhutang ilmu kpd mereka. moga mereka cepat pulih dan dapat taufik dan hidayah dari Allah swt... amiinnnn