Saturday, March 5, 2011

Imam

aku baru order cerita hantu situ sana sini, memang terjerit2 dibuatnya, terutamanya time si meng cakap dia bukan hantu maaa..... kah kah kah, giler hilarious gaks

lagi satu cerita tu kan, part yang Imam terjerit2 berlawan dengan syaitonirrajim (lakunan sarjen misai yang sedang dirasuk, siap terapung-apung tu......), hhmmmm, nampak pelik gaks bab imam terjerit2 tu, sebab setan tu tak pekak. kalau bolehlah, lepas ni sesiapa pengarah penerbit nak keluarkan cerita seram, tak payahlah pekik-pekik, setan tu tak pekak. percayalah. errr, aku salah cakap ker?

heh heh heh, yang sebenarnya -> tak jerit tak thrill, lagipun yang pekak tu bukan setan, tapi penonton.... hahaha, err... gulp.

suka hatilah, duit bikin filem tu duit uols.

dah tu kan, semasa aku membesar kan, orang tak panggil Imam tu sebagai 'Imam' sebagaimana orang panggil cikgu, doktor. sebab Imam bukannya jawatan duniawi, kan. Aku ni ha, masa aku kecik-kecik dulu, tak da nya nak panggil imam sebagai 'Imam'. Cuba tanya kat aku, cuba tanya, kenapa aku tak panggil imam sebagai Imam??

tanyalah, tanyalah...... aku tunggu ni.

sebab, imam tu bapak aku.

Imam oh imam, oghang ghumah imam ajak makan, oghang ghumah imam kata lauk dah hidang

Imam, buku tulis saya dah habih, saya nak duit.

Panggggg (sah-sah aku kena lempang kalau panggil abah aku sebagai 'Imam')

kuang kuang kuang, al-fatihah buat imam (abah) dan oghang ghumah (mak)

Tapi kan..... bila orang bercakap dengan imam, orang bahasakan dia sebagai Imam ker sebagai pakcik ali, tuan haji zahid, pak long mawi, pak imam hanafi or at least pakcik? Ek?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

ckLah said...

Ooooooo, anak IMAM rupanya maksu ni....

Yan said...

errr filem sini ada hantu ke kak??? yan baru dload tengahari td

Yan said...

menjawap soalan maksu yg last tu...
klu kat kg yan... mmg panggilan tok imam tu panggil imam la.. tak pgl pakcik.. melainkan kite tak tau dia tu imam.. tp ade sorang yan pgl pakcik.. sebab dia mmg pakcik yan hehe.. Alfatihah buat pakcik jo..

klu kt sini dialognye cenggini
cth :
imam husin.. saya nak imam jadi kadi anak saya nikah bln 7 ni
Assalamualaikum.. tok imam!!!

wahhh siap ade dialog

SUZIE APAI said...

hiks...panggil imam tu berkat ckit la.....

pak long said...

salam..
teringin nak jadi imam muda..hehehehe

Tihara said...

best ey movie ni..movie melayu selalu nya kurang best..bukan takmo sokong..

Mak Su said...

tq cklah, yan, suzie,pak long, tihara.

ya yan, maklumler, sy idup ngan imam sekejap jer.... laki sy pulak, cuma imam kat umah jer..... :)

zino said...

abang panggil imam tu paklong hehe

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, looks like you enjoy reading thrillers or mystery stories....
Looks like a good book too.
Have fun and keep well, Lee.

Ungku Nor said...

tengok umor la maksu..

kalo baya bapak saya, saya panggey pakcik..

kalo baya anak saya *kes imam mude weihh ;D*, saya panggey..abang..eh silap..
panggey nama dia udoh ler ;p