Saturday, March 5, 2011

Hidup dan Mati

terjerit-jerit juga aku dibuatnya semasa menonton cerita-cerita beli di astro first. dahlah astro tu pun kena bayar, bayar beyond lagi, bayar pula cerita wayang (hadoi... semput). iyalah, kata nak menjauhi barang haram, kan...? (vcd cetak rompak).

yang w ni pulak, dok tanya,

eh, mak dia mati ?
mak dia tu dah hidup balik.

kakak dia hidup balik

semua pun hidup balik

eh! dia mati balik

abang tu hidup balik

laaa... dah mati dah

dan soalan w yang pertama sebenarnya adalah, kenapa kakak tu panggil lelaki tu abang?
jawapan: sebab itu suami dia.

p/s: entah-entah w tengah keliru tu, ramai budak-budak lelaki yang dia panggil abang.
Abis tu nak panggil apa? ni aku ni ha, mana reti nak panggil suamiku sebagai BEE (lebah)

p/s 2: terima kasih buat anntaj, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

Daddy Ziyyad said...

letih kan...takde pilihan...sebab astro memonopoli...

Mimie.Candy Cane said...

hehehehe..lebah ye maksu..teringat kt satu cerita komedi tu.makwe panggil pakwe dia ,B..pakwe panggil makwe, C..heheheh

kakpah said...

dulu masa sekolah, kita panggil budak yang jaga kantin tu pakcik walaupun dia tua dua tiga tahun je dari kita..

shasha said...

hantu kak limah??
err...mak su panggil honey je laa...ok gak kan??hihih

Cikgu CTE said...

abanglh lebih baikkan....nak ubah paggil lain tu jadi kekok pulak sbb dah bertahun2 guna pakai panggilan nie...

teringat mak usu (orang singapura) panggil arwah suaminya (pak usu saya ) "lingg" ( darling )

hani@debumelukut said...

Mak saya di panggil 'yang' oleh cicit..bukan sayang tapi moyang

Mak Su said...

tq daddy, mimie, kakpah, shasha, cikgu cte, hani - sudi mai sini. ada satu orang tu saya kenal dia, dia dipanggil dara. eventho dia dah jadik nenek!

sebab nama dia dara, ;)

al fatihah utk nenek dara.