Saturday, March 5, 2011

Akademi fantasia

nampaknya iklan program realiti akademi fantasia sudah mula disiarkan. betul ker pengetuanya adalah penyanyi popular dari indonesia? aku ni tak pasti, sebab tak baca akhbar. aku terlihat di blog-blog.

pada mulanya aku tak suka dengan berita itu, sebagaimana ramai orang lain berbicara, aku tertanya2 kenapa?

tetapi kemudian aku terfikir, mungkin kebaikannya ialah anak muda di malaysia (ada anak tua ker bakal diambil untuk duduk di asrama akademi tu?) boleh belajar dan grab ilmu untuk menjadi penyanyi di tahap antarabangsa. moga-moga tidaklah penyanyi malaysia hanya popular dan diterima di tanahair sendiri saja, moga boleh melangkah lebih jauh.

kalau betul nak jadi penyanyilah.

kalau tak nak jadi penyanyi, jadilah hamba Allah Swt yang sejati dan seikhlas hati, cintailah Allah dan Rasulullah saw dan ikutlah sunnah2 baginda...........

:D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

pak long said...

salam buat mak su...
kita lebih baik tak jadik penyanyi....

maya amir said...

kenapa nak amek org indon jadik pengetua program m'sia ek..sume sbb nak untung..*sigh*

Kaseh said...

saya takleh nyanyi kak..nati hujan sokmo.. pelik kan..dlm byk2 artis yg dari indon gak dorang pilih....

kayteeze said...

Dengar cerita tak jadi, batal contract dan ambil Amy search sebagai pengetua baru. Bagus jugak, sebab ramai yang bantah.. apa daa...

Kita rasa macam tak ada faedah AF ni, lebih elok buat rancangan reality yang bukan hiburan lagi bermanfaat untuk masyarakat, contohnya akademi pembantu rumah ke, hehe.... atau pengasuh ke... kah kah... atau tukang kebun, hihihi..

Mak Su said...

pak long, terlebih lebih baik lagi

maya amir, kaseh - heran kan

tie - iya ker?

rasp said...

saya dah lama tak ikut AF nie sis...

chekdenoor said...

Salam,

Alahai maksu...... kalo suara chekdee best....umur pun masih muda....sure nak gak joint.....hahahahah....boleh suruh teman-teman blog sms voate chekdee.......
tapi......alahai...siapalah kita ni...dah lanjut usia....heheheheh

Shukri Mohd Ali said...

diorang ni tak jemu ke...hadoi.

LIPISLADY said...

Sallam,
Akademi Fantasia dah buka kepada peserta yang dah bergelar makcik,42 tahun kebawah,
rasanya tak sesuai langsung, biar budak2 ajalah yang menyanyi tu, cammana maksu?