Tuesday, February 1, 2011

Wanita-wanita pemenang roti

Sebelum meneruskan coretan-coretan dan bercerita-cerita kosong di sini, ingin aku menegaskan bahawa 2 entries sebelum ini langsung tidak menggambarkan kekecewaan aku yang menjalani kehidupan songsang dalam keadaan tertahan memikul tugasan sebagai seorang suri pemenang roti.

[sebenarnya tiba-tiba rasa khuatir jika ada yang salah mengerti dan mula membuat tafsiran dan terjemahan tersendiri]

p/s: terimakasih buat Suri Solehah atas kesudian follow blog ini :)

Luahan itu adalah kerana kerisauan dan ketegangan urat yang aku hadapi atas sebab-sebab contohnya menunggu habisnya 30-hari notis di tempat cari makan 'sekarang' ini yang aku dapati selama aku bekerja langsung tidak memberikan keadilan kepada aku, malangnya hendak berhenti pun susah gaji pula ditahan maka anak-anak menjadi orang terakhir membayar yuran.

Bercakap tentang wanita-wanita pemenang roti ni, pada pandangan ku, ia tidak lagi menjadi suatu yang asing kini kerana kita telah pun dapat lihat statistik di mana pelajar wanita lebih cemerlang di kelas, sekolah, peperiksaan berbanding pelajar lelaki. Kemudian, di universiti, lebih ramai juga pelajar wanita dari pelajar lelaki. Oleh yang demikian, mereka dapat keluar ke dunia realiti dengan keupayaan untuk menjawat jawatan dengan gaji yang lumayan; dibandingkan dengan kaum lelaki.

Tetapi kita tidak boleh tolak statistik menyatakan kaum lelaki masih lagi memegang tampuk pemenang roti utama dengan keupayaan kudrat mereka melakukan kerja-kerja sukar dan maskulin seperti kerja di bengkel, perkapalan, kontrak, dll yang juga memberikan pulangan wang yang lumayan. Juga saya tetap respek anda dan recognising your contribution, wahai kaum lelaki, yang mana hanya anda mampu memegang tampuk pemerintahan negara, komuniti, menjadi pakar ekonomi, bisnes, doktor, sasterawan dll (ada segelintir wanita).

Walaupun begitu, setiap situasi rumahtangga tidak sama antara satu sama lain.

Biarpun saya pemenang roti, tetapi keadaan hari-hari adalah normal di mana sing husband is king. Lebihnya saya dengan dia adalah saya ada blog untuk tempat merepek, dan hubby tak ada blog, hih hih hih

Saya iaitu kami ada toleransi kami yang tersendiri dan kami sentiasa berharapan luas untuk mendapatkan keadaan yang lebih baik, pendekata, kami tidak sekali-kali berasa putus asa terhadap Allah swt.

Hanya Dia yang lebih tahu setiap yang tersirat di sebalik yang tersurat dan kehidupan kami adalah di dalam tanganNYA.

p/s 2: buat 'orang' yang suka jadi jurucakap saya biarpun membenci saya dan tak suka tengok muka saya apatah lagi bercakap dengan saya, anda ada banyak point untuk menjatuhkan saya, yea... you sure like it, kan... kan.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

hani@debumelukut said...

Tak kisah la kan sapa yg 'breadwinner' nya..Yg penting kita happy dengan cara kita..
One more thing, jgn pedulikan apa kata orang..its your blog, u hv all the right to say whatever u like about yourself...

Mr feckry said...

maksu, banyak kan beersabau

kakpah said...

kita je yang kadang-kadang lupa yang kita ni punya raaaaaaaaaaaaaaaamai jurucakap.

ima said...

mak su setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...moga mak su lebih kuat dan sabar...

Tihara said...

Sabr ye mksu.sy doakan rezki mksu sefamili lbh murah pasni InsyaAllah.ameen

Mak Su said...

thanks hani, mr feckry, kakpah, ima, tihara - sy bab rezeki ni masih ok lagik, sy wokeh jer. tapi saya paling BOSAN ngan orang yang selalu cari gaduh ngan saya, jeles kat saya biarpun saya ada NOTHINg dan dia pun tahu saya is nothing, kuciret jer saya ni. tapi saya heran, naper masih mendengki saya dan masih cari gaduh ngan saya, padahal tengoklah,..... sy bukannya orang yang ada-ada pun.

:(

Deqna said...

mula2 macam tak paham entry nie.. baca banyak kali baru paham sikit..