Sunday, February 27, 2011

Temui Mak Su di BLOOK

Tangan yang menghayun batu lesung boleh menulis cerita

betui, saya memang menggunakan lesung dengan berhemah sangat;
betui, saya memang kuat cerita, sehingga jumlah cerita kosong saya adalah tidak terkira dah, sudah BebERApa kali moving templates!

Tetapi, tak mo cakap banyak, saya salin SEDikiT kata-kata yang sangat memangkinkan semangat dari editor blook ini iaitu saudari Ateeka Ameer, "bloggers (maksud dia adalah bloggers perempuan) yang menulis dalam acuan dan gaya yang tersendiri tanpa dipengaruhi mana-mana unsur, itu adalah sesuatu yang saya anggap 'rare' "

Kalau nak tahu rare tak rare, kalau mahu jiwa anda diberikan perasa-perasa berunsurkan shallot, garlic, black pepper, salt, sugar dan lain-lain, mintalah dari saya, maka saya akan hantarkan via abang posmen yang neutral dengan PengERASnyA berjumlah RM17.00 sERba berDIri.

Tidak terdapat di black market, open market, share market la la la

penulis-penulis yang boleh anda temui (ada 13 penulis blog semuanya) adalah Ju asu ra, amal, ehem ehem ehem, hanie, citahrudin, mimie candycane, zara, mcjust.lol, Jo, mirachantek, reen, masy dan balqissy, dan tambahan 2 cerita bonus.
Terima kasih firol & fadzli yang menjadi penyelenggara projek blook perempuan ini, gambar diambil dari tempat dorang-dorang.

Berminat nak beli, boleh emel saya di ceritakosong@gmail.com

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

azzey said...

Selalu dgr 'tangan yg menghayun buaian je'...hik3..

Mak Su said...

azzey, ini tangan-tangan yang menggunakan lesung batu ;p

kakpah said...

sape lah yang ehmm..ehmm tu ek?

a r y a t i said...

kak, atie mc lagi. emel akak tak boleh bace sebab tak masuk ofis lagi. fwrd kat gmail atie boleh?

Insan Marhaen said...

tahniah.

IM pun dok tunggu buku koleksi puisi yang di dalamnya termasuk puisi ehem..ehem..

takut jadi macam cerita p ramlee...tunggu punya tunggu bulan tak juga timbul timbul

h4ni3 said...

ehemm ehemm tu = maksu yer?
vahhh vahhh... hebat! :)

wa khairul onggon said...

Tahniah Mak Su.. ehem2 jugak akhirnya hehehe... :)

kayteeze said...

Puisi maksu ada dalam tu ke ? Waaa.... tahniahlah maksu!!

Bunga Rampai said...

Alhamdulillah. TAHNIAH Mak Su! Walau blook dah ada, teruskan juga menulis di sini.

Salam :)

MataHati @ MH said...

ehem ehem ehem tu mak su kan?
misteri misteri betul ni

Sekamar Rindu said...

salam...

maksu..saya pun selalu guna juga batu lesung masa nak tumbuk bawang...:)

Mak Su said...

kakpah, IM, h4ni3, wa khairul onggon, tie, bunga rampai, sekamar rindu - timakaseh.

mengenai blook ni, puisi dari maksu tak ada, tetapi ada bloggers lain yang letak puisi gaks kat situ, so leh rehatkan minda gaks ngan baca puisi dorang :D

sy sdg tunggu kompilasi antologi puisi yang saya sertai untuk difinalisekan dan moga diterbitkan tahun ini :)

shasha said...

masih tertanya2..editor di manakah??

miloais said...

tahniah maksu!

Kakzakie said...

Hebat ni mak su. sounds good dan ini adalah idea yang baik utk diteruskan. tak nak tambah ahli ke?

zue said...

tahniah maksu...semoga ehem ehem ehem terus maju walaupun dgn citernya yg merapu.