Monday, February 14, 2011

Respon dari ramai

'tahanlah sabar tu sikit'
'bodoh'
'rugi, kerja dah lama'
'bacalah zikir banyak-banyak'
'kau tak pandai nak promote diri agaknya'
'asyik nak berhenti kerja, kerja sekejap berhenti, kerja sekejap berhenti, bila nak berduitnya?'

dan macam-macam lagi assumsi yang aku terima dari saudara-mara pabila aku beritahukan tentang nombor telefon yang sudah tidak boleh digunapakai lagi kerana aku sudah pun berhenti kerja dari serikat abcdefghijklmnopqrstuvwxyz [namanya memannggg panjang, letih nak menyebutnya]

lalu aku pun menerangkan. inilah balasan jawapanku kepada persoalan-persoalan mereka:

tak tahn sakit jiwa keja di serikat ini, selama hampir 12 tahun diperkotak-katikkan, tuan tali leher ramai, TETAPI tuan tali leher kedekut, kasik naik gaji ciput, bonus dan gaji sama amount dgn apa yg drebar dapat. tapi utk orang lain yang ___________________ dorang boleh pulak bagi increment dengan bonus yang besar.

asben i keja pekerja am saja, gaji i ni habis kat family, utk diri sendiri beli lipstik pun x dpt.

bos dalam satu-satu masa ada 4 orang, 5 orang, last sekali haritu ada 3 orang [nasib baik 2 orang resigned], tapi soon, bos akan bertambah lagi dengar-dengar grapevine bercerita jadi akan tambah kepada 4 orang.

semua mereka nak naik pangkat, tambah tinggi tambah tinggi, bebanan i bertambah, semua demanding, semua kata dia urgent, semua kata dia bos paling besar.

dulu masa jaga encik tali xxx tu, i at the same time kena jaga 3 lagi boss! tapi sekarang!!!! bos encik tali xxx tu dapat privilege, cuma jaga sorang bos saja - pandai pulak kampeni kata dia tak boleh jaga ramai bos, encik tali xxx tu kerjanya banyak. HABIS TU kenapa masa dulu tu, kampeni bebankan saya dengan bos SAMPAI 4 ORANG??!!

selain i jadik punching bag untuk mereka melepaskan tensen biarpun i tak bersalah or terlibat dalam sesuatu hal, mereka pun kata i tak pandai buat kerja, tahap average tak competent dll [semalam i jumpa pakcik drebar, kenduri kahwin anak dia, katanya, "tuan tali leher sekarang contact pakcik sendiri, tak pernah pun suruh orang baru tu calling calling pakcik, biarlah dia cik maksu, dia ngutuk awak dulu, sekarang awak dah lega dah"]

eh, pandai pulak tuan guna jari dan dial nombor telefon sendirik ya? dulu awat tak boleh ????

oleh kerana saya kena handle ramai bos, encik tali xxx dan lelain bos semua pakat-pakat gelak kat saya sindir saya mengata saya tak reti buat kerja dan macam2 lagik kutukan khusus untuk saya

tapi pembantu dia sekarang, dia bela sungguh tak mo orang tu kecik ati, huh!!!

mentang2lah aku melayu pakai tudung, dorang buat onar

dahlah tu, ada 1 JIWA TU benci saya sepenuh hati sepenuh jiwa suka sakitkan hati saya dan hhmmmmpphhh.....................

:(

dahlah ada alkesah terjadi di mana saya cuti raya, tapi sebaik saya masuk kerja saya sudah kena marah dengan rakan sesama pembantu-pembantu katanya dia tak tahan cover saya sebab kerja saya banyak giler. saya pernah luahkan kegeraman saya kat blog ini jugaklah. tapi pelik kan, kalau kerja saya banyak giler, engkau kenalah bersyukur kepada tuhan engkau, pihak kampeni yang baek hati dan sayangkan engkau tak bebankan engkau dengan kerja yang banyak, sebaliknya saya ini, yang pihak kampeni kata tak reti buat kerja, performance average, tak pandai bla bla bla dibebankan dengan kerja yang banyak

bOSaNN. Sy nekad berenti, alhamdulillah, dalam masa tak sampai 48 jam selepas berhenti, dapat kerja lain sebagai [censored] [kalau diberitahukan kat dalam blog, TAKUT JADIK BAHAN FITNAH lagik]

doakan i berjaya :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

wahida said...

semua yg terjadi ada hikmahnya...bykkan sabar ye maksu...saya pernah rasa keje kompeni private yg mcm ni..mmg *#@%^!!

MataHati @ MH said...

biasalah..memang kena bekerja kat beberapa tempat utk cari keselesaan..
maybe tempat baru nanti lebih best berbanding tempat lama.

Daddy Ziyyad said...

-pedulikan assumption org..sebab kita yang rasa, kita yang alami semua tu(ditempat kerja lama).Mereka tak akan faham..

-saya pernah alami situsi sebegini, my parents tak faham sebab2 saya berhenti kerja di hospital.

-good luck!

tasekM said...

moga berjaya su...



.

miloais said...

sabar ye maksu
[kompen maksu dah jelak - sokmo suruh sabar jahhh!}

iols paham - since situasi tenpat keja maksu +-x/ sama jah ngan tempat iols nehhh!~

Fida Ghazi said...

semoga maksu berjaya dgn kerja baru..aminnn!

atty's said...

semoga maksu berjaya ditempat baru dah happy selalu ye .

~ yus ~ said...

semoga berjaya di tempat baru maksu.

aliaaroslan said...

kalau kerje ni hati kene tenang. bila hati tenang, kalau kerje banyak camne pon insyaAllah ok. tapi kalau hati tak tenang, kasi bonus setahun pon rasa tak best.. saya faham knapa maksu berhenti..

azq said...

pada saya maksu ni seorang yg cukup sabar. dan Allah pun tak suka kita biarkan diri kita dizalimi. rezeki ada di mana2, yg penting kita usaha.

semoga maksu lebih berjaya di tempat baru. all the best to u.

Mak Su said...

tq wahida, matahati, daddy [tak keja sepital dah?], tasek M, miloais, fida, atty, yus, alia, azq - mekasih sudi baca luahan perasaan saya ni , nyusahkan uols jer

dan thanks again

shasha said...

yang penting hati sendiri puas..kan?