Saturday, February 12, 2011

Menghafal

Hubby ajar aku cara-cara ke tempat kerja kakak, jam dah nak pukul 10malam.

Oh ya, lupa nak kongsikan, kakak dah kerja di sebuah pusat membeli-belah di KL, berdekatan berjauhan dengan rumah, mula-mula tu kami izinkan dia balik ikut member sekerja, tapi rasanya tak mahulah menyusahkan orang juga menyusahkan diri sendiri menunggu-nunggu dia dengan risau, so beginilah, kami akan mengambil dia, lagipun dah malam tu....takut ooooo, takut antu malam, zomba!!

Hubby pun sambil memandu tunjuk simpang mana lampu isyarat mana yang mesti aku redahi supaya tak tersalah jalan, kalaulah, kalaulah masa tidak mengizinkan dia keluar menjemput si kakak.

Aku pun diam dan kusyuk, diam, diam, kusyuk memerhati....tiba-tiba,

"Hoi! orang suruh dia hafal jalan dia boleh tidur", kata hubby

Saya ngantuklah............

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

Ila said...

hehehe...hafal dalam tido agaknyer...dah besar ek anak mak su

Kakzakie said...

Mak su ini org concern kat dia, tapi dia pergi dibuai mimpi pulak. Esok nak kena tunjuk lagi. Sengaja nak jalan-jalan tu....

kak Erna said...

mak su..memang la..he he..nak buat cemana kan mak su..tak sengaja..teeerrtiduuurrr...

zino said...

tempat duduk sebelah tu memang sesuai tidu kot hehe

Cik Pah said...

hehehe.. bikin panas je kat paksu chot tuh..

mie said...

sungguh kusyuk mengahafal..
eheheee

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

maksu...kina singgah lagi. wah dah ada anak dara maksu yew. mesti cune mcm maksu kan?

Sekamar Rindu said...

salam..

hahahhaa..dah ngantuk nak wat mcm mana?

jangan tengah drive mengantuk dah laaa

Ati Masrif said...

as salam maksu,

ooo..ini cara baru belajar na..

sambil pejam-pejam mata kan...huhu



Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

Rozita said...

kena hafal maksu, nnti sesat

kayteeze said...

Maksu, lenkali kalau ngantuk cuba sendal kelopak mata dengan batang mancis, hihi... Gurau je, Maksu...

Daddy Ziyyad said...

hahaha...boleh tido plak...