Monday, February 28, 2011

Hospital, makan, keliru

1, semalam kita ke hospital, lawat anak buah kita, anak buah kita ni dari arwah kakak kita yang sulung, arwah kakak kita tu meninggalkan anak-anaknya, kerana dia meninggalkan dunia, ketika anak-anaknya masih di sekolah rendah dan anak bongsunya baru berumur dalam setahun. Sekarang anak bongsunya (kita namakan dia T) dah berumur 30 tahun, dan banyak kali keluar masuk hospital kerana sakit buah pinggang.

Kita ingat lupa ingat lupa, abang kepada T udah meninggal, entah tahun 2009 ataupun 2010, kerana sakit buah pinggang juga! So kita duduk sekejap di situ, tapi kita kesian lagiii kepada si N (iaitu abang T no. 2), sedih sangat nampaknya bila adik dia terlantar sakit, kita semalam more to comforting the abang daripada comforting the adik, gitulah, hubungan mereka rapat, kerana terpaksa indie sejak kecil lagi... tak, tak, mereka bukan nyanyi-nyanyi kat utube, mereka indie gitu-gitu jer (independent)

2, lepas tu kita pergi makan sate dari restoran suatu nama popular tu, kita tiup punya tiup punya tiup, kita takut locot lidah kita ni, rupa-ruPANYA!!! makanan semua sejuk macam baru keluar dari esbox. penat jer usaha kita tau, bersembur-sembur dah airliur berenzim kita kat makanan-makanan semua, nasib baik kita jer yang mentedarahnya semua, jadi kita tak kesahlah. Tapi kita ralat jugalah, tak thrill-lah makan sate dingin, tapi lagu kak ziana zain tajuk dingin tu memang best untuk didengar, hangattt jer.

3, sambil kita makan, suami kita kata makanlah timun, timun ni penawaq kepada sate daging. Anak kita tu kan, dia tak paham ayah dia cakap penawaq penawaq penawaq, dia ingat ayah dia cakap PelawaK, PelaWAk pelAWak...... "ayah tu cakap penawaq! penawar, tau tak? bukan pelaWAk pelawak pelawak tu! issshhhhhhh"

Lepas tu kita saspen, "hoh, mak saspenlah pulak, kena halau balik, keh keh keh, keh keh keh, keh keh keh keh"

halau balik, halau balik, keh keh keh keh keh keh keh

Sekarang ni kita taip kat blog, dan kita keliru, kita sebenarnya sedang cerita tentang apa.... ?

oh ya! sebelum kita lupa-lupa lagi.... kita nak ucap thanks kat lieya, atas kesudian dia follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina pun baru je makan sate semalam. rasa mcm hari nie nak mkn sate lagi lah.

Tihara said...

Kita pn keliru tp sate tu sedapnya

makdara TERdiva said...

balik ni nak makan satelah..dah lame mengidam.. :)

miloais said...

kesian sungguh kat anak2 sedara maksu..
so adik tu masih di hospital kah???

h4ni3 said...

maksu pening sebab makan sate sejukkah? ;)

jo said...

dekat buku kita berjumpa ye maksu....

Daddy Ziyyad said...

-sate kajangkah yang sejuk iteww?

-apa punca penyakit buahpinggang T tu? disebabkan keturunan ke?

-apa maksud timun sebagai penawar kepada sate?

sorry, byk tnya plak..:)

julietchun said...

sate dingin? mungkin cara baru menarik pelanggan tu :D

- GC - said...

sy pun makan sate jugak,sedappp! kenyang

PnConfused said...

igt kan sy jeryg keliru.. maksu pong sama??? hahahah

ferra ferro said...

fuhhh ! makan satay ! ble nak blanje ni ? hihihihi x)

en_me said...

ramainyerr followw makk.. ehehe

shasha said...

oh sate!! mak su..amacam layout kita yg ni?

kella said...

ai... maksu nih! boleh keliru pulak dia... ni yang buat kita keliru gak nih! :)

maya amir said...

hahahah.. dah nak penghujung baru terpikir, nak type cite ape ek? heheh..so cute:)

zino said...

maksu dah buat kami keliru ni.. hehe

Insan Marhaen said...

semalam IM makan sate, secucuk 70 kupang. huu.. mahal nyer..

Choko said...

a yem beri de kenfius maksu..kenfius!