Monday, February 14, 2011

Hati yang tak puas hati

Akhirnya, pihak serikat telah membayar gaji aku [iaitu gaji untuk januari; baru-baru ini]. Aku mengambil kesempatan, errr, sebenarnya diambil kesempatan oleh anak-anak untuk mengepow dengan permintaan membeli kasut dan selipar. Kasihan mereka, terutama sekali si w dah kehilangan selipar lebihkurang 5 kali kerana baling tin, tercicir ke dalam longkang, baling selipar untuk tak kasik burung terbang, dan macam-macam lagilah kerenahnya.


amboi, senyum jer kan bila mak cakap.... eh wah, eh wah

Inilah hasil pengeluaran wang dari 2 buah kedai kasut di pekan berhampiran,
tak perlu mencari hingga ke KL, takut nanti poketku bertambah lobos pula... ;P

Aku juga beli sepasang kasut sebagai penguat semangat untuk memulakan tugas baru di sarikat baru :)

Dan ini adalah gambar kasut hoki kakngah, dia dah terpilih wakil hoki sekolah sejak di darjah 5, cuma sekarang mampu aku adakan kasut hoki yang benar-benar kasut hoki, bukan kasut sekolah, bukan kasut 19.90, bukan kasut 3.99. Kakngah, main hoki betul-betul, serius, bersemangat untuk membantu pasukan dan sekolah, or... engkau nak ke kalau mak gadaikan kasut ni kat kedai bundle?

hehehe, acah jer......
itu duit topup, itupun dia nak potretkan, tak ada keroje.

Oh ya, kelebihan dapatkan kasut di pekan berdekatan adalah kita boleh sengih2 kat taukeh dan dapat diskaun biarpun dia tulis 'jejaringan' [nett] :D

Jadi, kenapa hati aku tak puas hati? Sebab w boleh tertidur lena dalam bas, dan aku tak tidur takut terlajak, bila sampai ke rumah, aku letih bagai nak pengsan, dia segar-bugar!

metabolisme oh metabolisme {eh, ada kena-mengenakah?}

p/s: terimakasih kepada Nur-nba dan Chereta-chenta kerana sudi jadi geng tidak kosong :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

wa khairul onggon said...

hehehe.. dpt bonus ke Mak Su? heeee...

Sha said...

salam:)

kasut baru, baju baru, tmpt baru dan smgt baru. slmt bertugas ditmpt baru.

CikSembang said...

kasut baru mesti semangat pun baru

Lieynanilaz said...

mesti syokk anak2 dapat apa yg mereka nakk....:)

GDIZ said...

Selamat memulakan tugas di tempat baru Maksu.
Semoga di situ lebih bahagia ;)

aNIe said...

Seronok anak2 dpt sliper & kasut baru... cik abang akak pun suka pergi kat kedai kecik2... suka tawar menawar...kadang kita yang kesian tgk tokeh kedai terkebil2 kena cantas harga

Sari Yusa Ibrahim said...

samalah saya suka gak ke kedai yg berhampiran kalau nak beli sandal2 macam tu...

Bunga Rampai said...

Salam sayang Mak Su :)
Moga dalam rahmat Allah selalu.

kella said...

murah hati si ibu ini.. :)
gembira hati si anak anak.. :)

Kniedaz said...

lepas bersalin baru nak cari kasut baru yg kebabomm sket heheh

miloais said...

seronoknya dapat kasut baru!
anak2 gitu lah kan????

shasha said...

dah lama tak naik bas...hehehe

Kakzakie said...

kakak suka kasut kak ngah buat main hoki tu....adik w pulak mesti tak kisah janji baru dah sengih dan tidur lena...

mak su memang kuat.... kakak bagi semangat ni.

- GC - said...

sekali beli kasut, sampai berpasang2.. senyum la W, ada kasut baru

Cik Pah said...

itulah kalau anak2 dh pandai meminta minta.. kene buat limitation camni.. means.. 3 bulan sekali baru boleh minta barang baru