Thursday, February 17, 2011

Career update

Pergi ke tempat kerja baru dengan membonceng motosikal hubby di bawah sinaran bulan purnama, kerana takutkan terlewat, alhamdulillah, kami sampai ketika ayam belum pun sadar dari beradunya.

Berpagi-pagi dengan pengenalan kepada tugasan, tugasan yang tidak pernah aku termimpikan akan melakukan, malahan bakal pikul di bahu suatu tanggungjawab yang humangous [betul tak ejaan?] andainya kakak dan encik berpuas hati dengan prestasi aku dalam masa probation ni. Berdebar-debar dan peluh jantan mengalir sopan-santun, walau bagaimanapun, ada suatu perkataan yang amat sesuai buat tika ini, iaitu

.....AMAN..... A-M-A-N........ A*M*A*N.................. aman.................... AmAn.............

Iya, aman, sesuatu yang sudah lebih dari 10 tahun tidak aku kecapi di tempat kerja lama.

Banyak mahu dipelajari, khuatir andai akan mengabaikan blog ini, tetapi akan usaha untuk terus memberikan keadilan kepada rakan-rakan siber yang banyak, terlalu banyak menyokong jiwa aku selama ini :D

Kembali ke rumah, menunggu paksu chot selesaikan tugasannya, juga dipayungi sang rembulan yang sedang mengambang penuh dan bercahaya indah. Alhamdulillah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

shasha said...

semangat..semangat...semangat...

miloais said...

awal giler maksu gi keja...

buat yg terbaik.... moga suasana kerja dan colleague lebih mesra alam!

ejaMaria said...

wow... keje malam-malam ke... di payungi rembulan tu yg tak tahan...

PnConfused said...

chaiyokkk maksu!!

kayteeze said...

Alhamdulillah, maksu dah aman, hehehe....

kella said...

Maksu, kita doakan maksu berolah keamanan dan tenangan yang diidamkan selama ini..
insyaAllah.. berkat kesabaran selama ini maksu!
sebenarnya pengalaman yang lama itu secara tak lansung memberikan pengajaran dan panduan untuk di tempat baru ini..
membuatkan kita lebih menghargai.. :)

takecare maksu..

Peminat Katie Holmes said...

take care maksu. all da best.

so'od said...

humongous, maksu, humongous..tahniah & buktikan!

HEMY said...

nikmati keamanan yg ada seblum badai datang melanda..

zue said...

semoga ditmpt baru maksu memperolehi keamanan sukses hendaknya.

- GC - said...

tahun baru, tempat kerja baru. aman-aman-aman.

Ila said...

semoga tempat baru ni lebih mengembirakan

Tihara said...

rakan syber yg selalu merindui mu ;)

Ungku Nor said...

bahagia di tempat cari makan adalah salah satu dari cabang bahagia..kan maksu?