Sunday, February 13, 2011

Bertemu jodoh

Sebelum mula cerita, terima kasih kepada eelobor kerana sudi follow blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada suatu masa, petang tu, lagi sekali kena singgah di tempat bangla sekuriti di tempat paksu bekerja, membuang bosan, aku selak-selak helaian-helaian suratkhabar lama. Bertarikh lagi 2 hari nak habis tahun 2010. Ketika itu, tarikh semasa adalah 5, 6 hari di tahun 2011.

"kaka, suratkhabar baru tak ada, itu suratkhabar lama juga", kata bangla sekuriti yang bertugas mengawal tempat paksu chot bekerja.

"Lama pun lamalah, ada banyak lagi perkara yang belum basi", kataku sambil mencari ruangan jawatan kosong. "Bang, ada 1 kerja ni katanya nak cari pesara", jeritku kepada hubby. Dalam hati terfikir, sengsara mungkin sesuai juga, sebab aku sengsara sangat ketika itu di tempat cari makan [ini adalah cerita flashback ya]

Dalam pada itu, aku salin nombor telefonnya, juga menyimpan suatu 'iklan' di dalam kepalaku.

Aku menghantar sms kepada syarikat yang memerlukan pekerja biarpun anda seorang pesara [bagiku, kesengsaraan aku membuatkan aku bertekad untuk memohon kerja di syarikat itu]. Rupa-rupanya ia terletak di atas lagi dari Sunway dan kerja melibatkan pelbagai perkara contohnya saham dan marketing, banyak buat bisnes online. Dipendekkan cerita, janji pun termeterai dan bosnya bertanya, bilakah aku akan berhenti kerja?

[ingat ya, ini cerita flashback]

Ulang kembali pada 1 hari 2 hari di tahun 2010, aku berasa yakin doaku, solatku, pohonku, pintaku kepada Allah swt telah dapat jawapan, jawapannya adalah seperti ini, *jika hendak hantar surat berhenti, hantarlah pada bulan januari tahun 2011*. Alamat ini ku fikir-fikir banyak kali, tapi tidak pula aku beritahu kepada hubby.

* bersambung

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

ckLah@xiiinam said...

Semoga maksu dipertemukan jodoh dengan pekerjaan yang tepat...

PuteriKureKure said...

saya doakan maksu serasi dengan kerja baru nanti. :)

Kakzakie said...

Mak su dah start kerja belum? Kakak tahu itu perjalan flashback yg membolehkan maksu sekarang berhijrah....

starsyeea said...

salam maksu...:) apepun yg berlaku, yakin ALLAH berikan yg terbaik...okey!

zino said...

bila nak mula di tempat baru?

Mak Su said...

cklah, intan, star - kita pun hrp ada serasi :)

k.zakie, abg zino - 13 rabiulawal [bulan terang]

Lieynanilaz said...

mak su...semoga medapat apa yg mak su impikan....