Sunday, February 13, 2011

Bertemu jodoh finale

[ini adalah cerita flashback sambungan dari entri di bawah]

Biarpun sudah diberikan alamat yang aku pohon dan pinta sangat dari hadrat Ilahi, aku tetap tidak tender resignation letter kepada majikan, malah, aku merancang cuma untuk berhenti pada penghujung januari 2011. Kerana duitlah punca utama aku melengah-lengahkan keputusan aku!

Bulan januari, awal bulan: minggu baru bermula dan aku pun masuk kerja, aku dapati konflik telah meletup di meja dan kerusi aku, lalu aku membuat asumsi, lagi lama aku cuba mempertahankan kedudukan aku, maka aku akan jadi lagi terancam!!!

Oleh itu, tanpa berlengah, aku [aku memang tak perlu fikir panjang kerana aku sudah diberikan alamat yang aku pinta] tidak berfikir panjang, terusku taip sebuah surat 'bahawasanya saya ini hendak berhenti kerja' yang AMAT RINGKAS DAN PENDEK isi kandungannya.

Dalam hatiku, aku akan bekerja di syarikat yang even pesara pun boleh bekerja iaitu di tempat yang jauh sikit dari sunway.

Walau bagaimanapun, 1 gambaran iklan yang kusimpan dalam otak tu muncul semula [iklan dari s/khabar lama yang aku baca di bilik pengawal mat bangla sekuriti], aku cepat-cepat google dan cari nombor telefonnya, kata orang yang menyahut panggilan, aku hendaklah menghantar contoh karya untuk memohon kerja di situ, lalu secepat mungkin, aku lakukan via emel, aku hantar contoh contoh contoh karya [3 contoh menandakan aku serius].

Jadinya, dalam masa 48jam aku meletakkan jawatan [semasa meletakkan jawatan, aku tiada sebarang spesifik pekerjaan pun yang akan aku ceburi kelak, malah aku bertawakal jika aku terpaksa duduk di rumah saja, retiree], aku telah bertemu dengan syarikat yang minta contoh karya, dan telah diterima bertugas selepas tamat aku serve tempoh notis berhenti 30-hari.

Dalam pada itu, memanglah tuan tali leher dan puan tali leher di tempat cari makan [syarikat abcdefghijklmnopqrstuvwxyz] memujukku berulang-kali supaya aku batalkan keputusan berhenti. Namun, lukaku terlalu dalam, tak ada antibiotik yang dapat mereka sediakan pun untuk merawat luka.

Pengajaran dari pengalamanku:
1. yakinlah Allah Maha Pemberi rezeki, bukan kamu bukan diri sendiri bukan orang lain
2. jika sudah minta pertolongan Allah dalam membuat keputusan, patuhilah alamat yang diberikannya
3. walaupun engkau tak nampak apa akan berlaku esok lusa tulat, tapi yakinilah Allah akan membantu orang yang dalam kesengsaraan
4. Allah menguji orang sekadar mampunya, dalam hal aku, Allah Maha Tahu bahawa aku sudah tak mampu membahui susah-lelah di tempat cari makan yang banyak konflik
5. Allah adalah tempat mengadu hakiki
6. Allah Maha Mendengar segala rintihan dan tangisan biarpun kau telan semula airmata kau
(masin)
7. Jangan memperolok-olokkan sesuatu jenis mimpi, alamat andainya sudah engkau dahului dengan doa, solat, sujud yang lama, dll [ramai orang suka kata mainan, mainan, mainan - maknanya, anda, aku, engkau, dia -> kena lebih bertekun agar dapat jalinkan sebuah relationship dengan Yang Maha Pencipta]
8. Tak tahu bahawa adakalanya perkara yang kita secara tak sengaja buat hari ni, adalah boleh digunapakai kelak dalam 4, 5 tahun mendatang, nasib baik aku tak lupuskan sajak-sajakku, cerpen [tak pernah siar] dan novel dalam bentuk rangka yang aku pernah usahakan.
9. Pabila semua orang membenci engkau, tiada lain yang sudi mendengarkan keluh-kesah engkau [iaitu aku, si coretan maksu yang bercerita kosong] kecuali Tuhan Yang Esa sahaja.

Thank you Allah, insyallah, ada jalan untuk setiap makhluk yang memerlukan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

PnConfused said...

maksu kuar novel nnti bg tau yer... nk beli.. nk beliiiii

zino said...

semuga berjaya.. rezeki ada di mana mana..

Mak Su said...

pnconfused, kita pun konpius, itu adalah novel ker tetulang, hahaha

tq abg zino

kakngah said...

di mana2 pintu rezeku tu ada maksu...
selamat maju jaya dgn kerjaya baru. hhmm... adakah kerana tuah bangla itu?? :P

Mak Su said...

k.ngah, hahaha, kaka kaka ;p

sayangsayangibu said...

maksu
sya faham konflik tu
walau pun mungkin tidak sama dgn yg sedang dialami sekarang
tp mungkin ada sedikit persamaan

Purpleheart said...

yakin boleh maksu..jgn putus asa..

Zareda Norman said...

maksu

rezeki bertebaran di mana mana di bumi Allah SWT ni... kita kena usaha mencari aja.. InsyaAllah ada sesuatu untuk kita tu.

Mak Su said...

sayang2ibu, konflik bawahan adalah sapa suka kat maksu, pendiam, tak reti bergaya, tak pernah belanja orang makan2 kat kenny roger roger sebab asik cerita tak dak duit, tak pernah bagi hadiah besday kat orang, tak pernah belikan makanan kat orang

sapa nak suka kat orang miskin macam saya ni? hu hu hu

Mak Su said...

purpleheart, saya yakin

Mak Su said...

zar, sy mmg yakin

chekdenoor said...

Salam..... mudah-mudahan maksu suksess..... yes....yakin boleh

jedi said...

rezki ada dimana-mana....good luck masku

shasha said...

mak su...saya ingat nak buat bisnes...ada idea?

Pala Maldini said...

selamat maju jaya... walaupun agak blur dengan entry ini sebab dah lama tak singgah sini..

DrSam said...

ASM maksu. Saya yakin rezeki kita semua telah ditentukan. Dia Pemberi Rezeki Ar-razaq. kekacuaun di tempat kerja sebagai asbab dan Bangla dipertemu menjadi titik permulaan. Segalanya telah dirancang untuk kita melalui skrip dan jalan cerita yang berbagai-bagai (Al-Musawwir). Semua untuk kebaikan kita semua (hikmah).


Wallahuaklam.

p/s: ...saya masih tertunggu-tunggu dan belum mendapat isyarat atau alamat spt maksu...serupa tapi tak sama.

Ila said...

betul tu mak usu..rezeki ada di mana2 dan dalam bentuk yg kita sendiri tak terduga