Wednesday, February 2, 2011

Baju di ampaian dah kering

Aku nekad meletakkan jawatan di tempat cari makan sekarang kerana sudah putus asa untuk berusaha membina kerjaya, saban tahun melalui kegagalan dan kehampaan. Sentiasa diperlecehkan dengan alasan, kerja yang aku lakukan adalah senang, andainya senang, sila ambil kerusi aku dan buatlah kerjaan aku sehari-hari, tidak perlu lama, 1 jam cukup. Macamana? ada berani?

Lagipun aku sudah tidak ada semangat juang dengan kerja yang dibahukan kepada aku yang berlambak-lambak sedangkan imbuhan yang diterima adalah pada kadar minimal ataupun average, sama level dengan pemandu peribadi sahaja. Tidak, bukan aku memandang hina pada pemandu peribadi engkau tetapi betulkah, taraf aku hanyalah di tahap pemandu peribadi?

Biarlah aku meletakkan jawatan, mungkin engkau sudah jemu melihat aku, dan ingin pula melihat muka baru, fresh, mungkin juga engkau bertanggapan yang orang baru lebih mampu memikul tanggungjawab yang aku pikul selama ini. Aku tak berkecil hati, asalkan engkau bahagia.

Selain itu, aku sedari juga yang aku bukan favorite dikalangan kutu-kutu berahak kerana tidak ada chemistry di antara kami, kutu-kutu berahak itu sentiasa mendoakan, mengangkat doa kudus agar aku tidak ada lagi di dalam tempat cari makan ini kerana kehadiran aku adalah menyemakkan akal fikiran mereka, membuat mereka runsing saban hari mencari jalan untuk membuang aku dari seat aku.

Bukan mereka saja berdoa, bukan mereka saja ada tuhan, aku pun ada juga. Kenapa? Oh... tentu engkau ingat aku lone ranger in this world, kan... kesian kat kau. Nampaknya tahap obsesi kau ke atas diri aku masih di tahap minor... huar huar huar

Well, whatever, bila dah saling membenci, salah-seorang kena mengundur diri. Kutu berahak tak perlu khuatir, kerana aku -> sudi pergi. Moga-moga matahari akan bersinar TERANG dan NYATA direct di atas ubun-ubunmu.

Tambahan, gosip terbaru melandai aku adalah:

Fitnah 1) maksu berhenti kerja sbb diarahkan oleh bosnya [jawapan aku: iya ker aku diarahkan oleh bos, bos temui aku slowtalk sampai 5x dan seterusnya kasik masa kat aku, and before session slowtalk ke 6, aku kasik jawapan advance, sori bos, sy tetap nak berenti, no u-turn, i am moving forward, saya doa supaya bos dpt org baru cepat dan kalau boleh adalah lebih berketerampilan)

Fitnah 2) maksu menyesal dah meletakkan jawatan......... [jawapan: iya ker aku menyesal? so kalau aku menyesal, engkau nak adopt aku ker since engkau kau kau cow cow cow monyet bangkai all are so obsessed with my existense. sori sayang [huargghhh ptui], tak ada menyesal coz i am moving forward and will embark on new field]

AND stop stop lah being my spokesperson sambil menjaja kisah tak benar... aku luDAH ke MUKA kau!! [oklah, aku tak berani nak ludah ludah kat orang... aku admit aku tak berani, by the way, semua manusia ada maruah diri]

Mari hiasi rumah dengan wall stickers yang cantik-cantik dan menghidupkan suasana

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

Dinda Iva said...

banyakkan sabar yea maksu..mungkin ade rezki lain yang menanti...hanya Allah saje yang tahu...biarlah ape mereka nak kata..itu semua duniawi...

Alimaz-Kembara Terasing said...

jangan peduli kata org...depa jeles la tu

cikceriacorner said...

sabau ye maksu...

ape yg berlaku ada hikmah..biaula org buat kite..
kelak Allah akan membalasnye..hukum karma...

xpe maksu..yg penting kite eppy ngan family kite..:)

ckLah@xiiinam said...

Semoga maju jaya maksu...InsyaAllah Dia mudahkan jalan...cepat atau lambat.

Mak Su said...

tq dinda iva, alimaz, cikceria, cklah - sy ni masalah tak suka konflik, saya suka peace... itulah tu.... hmmmm

sbenarnya sy dah cuba de very best untuk smoothen things out, tp betepuk sebelah tgn tak dek bunyinyer pung.......

Fida Ghazi said...

apa2 pun..selamat maju jaya maksu!!

sayangsayangibu said...

semoga mak su berjaya..
semoga menjadi seorang peniaga yang berjaya ...;p

a r y a t i said...

don wori kak..

bila akak fofuler nanti muke fames kuar TB, MEdia cetak, setelite..

fuhh mase tu koling2 tau. nak kejar sesi bergambar & sign otogeraf akak.

lupakan kenangan yg pait2 itue hokay. 1 day akak akan berjaya jadi wanita paling comel & glamer & bahagia diDUNIA dan AKHIRAT PERCAYelah!

hehehe..(lelebih plak)

Sekamar Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Adinda Amy Sensei said...

salam maksu..

apa khabar...
moga tenang selalu..
pertama kali singgah di laman maksu ni..salam kenal... :)

Cik Pah said...

all the best maksu.. biar susah sket tapi hati bahagia..

CTE said...

x payah kisah apa yang orang cakak...( w/p dlm hati asyik teringat2 je)..buat dono aje...saya pun pernah merasainya...

kayteeze said...

Alamak!

Kita dah komen panjang-panjang tapi lupa lak nak publish, terus tutup je, ... aderk.....

Tak pe maksu, biarkan orang tu. Nanti bila dia nak mati, jenuhlah dia cari maksu nak mintak maaf...

Err... rasa nak pulas leher dia, ekekeke..........

HEMY said...

berenti jgn dengan rasa "biar korg tau pasni takde aku camne"..sbb somehow they will make it up

just berenti sbb rasa kita nak maju..kan maksu..lagi baik dn kita lebih bermotivasi.

haish..mak su dah dpt keje lain..saya je belum ni

miloais said...

maksu : sabaq hoccay! insyaallah - akan dapat kerja yg lebih baik - suasana keja yg lebih baik....

nabilah_2908 said...

kalau ini la yg terbaik...go for it Maksu..

Insya'Allah....rezeki itu ada di mana2.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI

ejaMaria said...

kalau itu yg terbaik... just go on...

- GC - said...

insyaallah, akan ada tempat yg hargai keringat kita

Mak Su said...

fida, sayang2ibu, cik pah, cte, miloais, nabilah, ejamaria, GC - thanks for the support

aryati, alamak, telebih sudah, pheewwiitt ;)

adinda amy, salam kenal :)

tie, iyalah kan, biarlah,pandai2lah dia.... tak yah pulas leher, piat tinga pun cukup, hhaahaha

hemy, thanks, true

izman said...

doakan maksu tabah dan tekad dgn keputusan sekarang. hidup mesti terus.