Monday, February 7, 2011

Akuarium jiwa

Sekarang sebenarnya dah susah nak masuk blog di 'tempat cari makan', tambahan lagi sekarang tengah menghandover tugasan aku kepada orang baru yang mereka dah ambil pada 27 jan lalu.

Walau bagaimanapun, simpatiku padanya kerana dia diambil atas dasar 'sementara' untuk 1.5 bulan sebelum calun pilihan masuk ke sini. Kata si orang baru ni, agak tak adil belajar jika cuma untuk serahkan pula kerusi ini [yang akan dia duduki selepas berhentinya aku dari sini], dan beri pula kepada orang langsung terpaksa dia pula menghandover kepada orang baru.

Aku faham perasaannya, terasa diperkotak-katikkan. Apa nak buat, aku sudah jemu dikotak-katikkan, itu sebab aku berhenti. Sabar sajalah ya orang baru, entah-entah bintang awak bakal bersinar cerah di sini, aku ni sudah putus asa hendak mencuba.

Mengenai blog, aku nak blog walking pun susah di tempat cari makan, jika di rumah kena berebut dengan anak-anak yang hendak melayari FB, kalau tidak diberi, anak-anak mogok. Aku dapat pegang sekejap - lalu menjalankan proses blog speeding skodeng, tapi sementara nak tunggu giliran, badan dah letih dan mata dan mengantuk. Masalah lain adalah nak tunggu blog rakan-rakan download, lama sesangat, mana yang senang tu senanglah, mana yang berat tu, nak tunggu dan retry kadang2 sampai 20 minit masih tak loading, belikat ni, jadi bertambah-tambah sakit dibuatnya. Faktor usia.

Kalau di tempat baru, tak tahu lagi macamana sistemnya, dan rasa-rasanya aku tak mahulah mencuba-cuba buat perkara curi tulang, hi hi hi, kenalah jaga betul-betul.

Di tempat cari makan sekarang ni, yang buat aku rajin blogging adalah kerana bosan, kecewa, ingin cari alternatif untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dan self-theraphy, self-healing.

Kerja di tempat baru bukanlah seperti sekarang ini, tertakluk kepada 9 - 5. Kerja di tempat baru menanti deadline, dan memberi, kepada masyarakat sambil berdakwah. Memang itulah hajatku.

Tolong, doakan kejayaan aku ya kawan-kawan.

Cuma aku khuatir, blog ini mungkin akan bernyawa ikan, tetapi insyallah, akan tetap aku cuba memeliharanya baik-baik di dalam akuarium jiwa.

Jum dapatkan sabun-sabun susu beras, serai wangi, kayu manis pada harga yang affordable di sini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam mak su... kina singgah sini. walaupun mak su bz tapi tetap berblOgging. cayalah!

makdara TERdiva said...

cayalah maksu! walaupun bizi masih tetap hapdet :D

macam saya..bila balik kg, alamatnye terbengkalai urusan menerjah belog..

Mak Su said...

kina ;)

mdt, saya tak balik kg...sy dok umah jer sepanjang long break haritu, huhuhu

SUZIE APAI said...

mak su, jgn ler bagi nyawa2 ikan...nyawa mat rempit la....tahan ckit..depa2 tu simpan nyawa kt umah..kt jalanraya, nyawa lain... tu yg beranitak hingattt............

miloais said...

maksu : banyak2 bersabar ye...
ngan anak2 gitu lah kekdahnya
sama cam iols... kalo tak umah
jarang sangat dapat guna pc....
anak2 yg monopoli...

ejaMaria said...

insyaAllah kat tpt baru pun bole blogging... time rehat la... ;p

wahida said...

semoga maksu berjaya di tmpt baru...keep blogging tau!! jgn tinggal nyawa ikan...nnt saya sedih...

- GC - said...

selamat bekerja di tempat baru!!! semoga di tempat baru, jiwa mak su lebih tenang dr tempat sekarang. amin.

Zie said...

selamat meneruskan kerjaya ditempat baru mak su..:)

nabilah_2908 said...

oh..maksu dah dpt tmpt kerja baru..bagus la tu..

kalau busy...luangkan lah seminggu sekali ke tuk blog ni..update apa yg patut...kesian blog ni..kalau di biarkan sepi.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD

CikSembang said...

hendak seribu daya.. go go Maksu

kak Erna said...

mak su..selamat bertugas dan selamat berjaya ditempat baru..

Kakzakie said...

Salam mak su,

Jangan mengeluh. Percaya di tempat baru mak su akan lebih ceria dan pasti impian terlaksana. Tapi jgn berblogging di tempat kerja. Kakak cadang guna laptop sendiri. masuk kerja awal. Pukul 8-9 gunakan masa bw dsb. Tempat baru kena adapt dulu... takut kerana silap kecil menjadi isu besar. Hati-hati mak su....Kakak percya mak su boleh!!

Mak Su said...

tq suzie, miloais, ejamaria, wahida, GC, zie, nabilah, kak cik sembang, kakzakie :)

Anitadahahs said...

maksue:
harapnya akan dapat kepuasan dan bahagia di tempat baru. Mesti boleh punya! berbelog apatah lagi, teruskan usaha! :)

Mak Su said...

tq anita :)

shasha said...

takpe mak su...kita faham..heheheh