Saturday, February 26, 2011

Aku Kaya dengannn..........

Alhamdulillah, nak cerita ni, urusan aku nak bukak buku bank gaji dapat diselesaikan setelah aku repair MyKad dan HisKad di putrajaya tempohari. Yang penting tu MyKad, HisKad tu pulak, memang nak kena repair, dah rosak teruk, cipnya tu hampir nak tertanggal, tak ada kena-mengena ngan gaji aku.... hi hi hi

Dan alhamdulillah lagi, gaji pertama sebagai 'editor' di serikat baru ni sudah pun diterima, dan dah pun sOLosAI........

Dan w pun periksa-periksa wallet aku nak cari gaji, "mak, mak banyak kad, w nak main kad mak".

"Eh....... jangan, itu semua kad kad gaji jugak ada kad kad minyak. kad cimb bank, kad maybank, kad bsn, kad bank islam, kad Bank Bumiputera pun ada!! dan sekarang kad bank arrrr ash bee. (kalau kad minyak tu, selagi ada pam minyak, adalah kadnya)"

"Jangan nak, itu kad bank mak, mak ni kaya, kaya dengan kad bank".

"Gaji mana?"

"Gaji dah masuk dalam perut".

p/a: terima kasih ya Lucky lizan, iza, roha, atas kesudian following blog maksu ni, biarpun sekarang maksu kurang ada masa nak hapdet blog.... minta maaf banyak-banyak ek. Juga maafkan saya wahai *geng tidak kosong - seramai 271 orang* yang masih lepak-lepak di template lama. sekarang ni keadaan tidak berapa mengizinkan (alasan skema) ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

eis said...

HisKad tu apa mak su?

Mak Su said...

eis, HisKad tu adalah kad pengenalan untuk paksu chot, hi hi hi

kak Erna said...

maksu..alhamdulillah..dah dapat gaji ditempat baru..
harap mak su gembira bekerja disana..

eelobor said...

a'aah...ada persoalan sama tentang hiskad tuh. apa yer?

Mak Su said...

tq kak erna, sangat mencabar kerjayanya, saya terai the best

eelobor, itu adalah kad pengenalan laki saya, HisKad

KAMATO said...

sory nak tanya, tempat kerja baru kat mana? putrajaya ke?

Mak Su said...

kamato, tidak..... jaoouuhhh dari putrajaya

faridmw said...

salam maksu.. banyak kad sungguh kad.. hehehe... moga murah razeki....

aNIe said...

Takpe Maksu.. kaya kad pun kaya duit jugak tu...duit pelastik...hehehe

Citarasa Rinduan said...

salam ziarah...

Ayu pun nak tanya nie..
hiskad utk hubby maksu,.,boleh tak kongsi ttg hiskad tu..
sbb mmg first time dpt tau

Ila said...

kira oklah tu maksu,byk kad...hehehe

Daddy Ziyyad said...

best kan kalau gaji masuk di semua bank yg mana kad2 itu dikeluarkan ..:)

PuteriKureKure said...

bila nk open table?
;)

pak long said...

salam...
mak aiii banyak nya kad mak su.....
kita ada "manila kad" jer....

kella said...

hmmm... faham perasaan yang puas itu.. :)
takpe la maksu.. maksu sudi singgah singgah kekejap kat umah kita pun, dah syukur,, terima kasih ya maksu..
sungguh, lawatan maksu sangatdihargai... :)