Sunday, January 2, 2011

Wishlist 2011

Sebelum bercerita tentang wishlist, aku nak ucapkan terima kasih kepada aiyn kerana sudi follow blog ini :)

Sebut tentang wishlist, aku terfikirkan azam, ia macam lebihkurang sama saja, kan.... Sebenarnya aku adalah orang yang tak biasa berazam, lagipun nama ayah pun bukan azam, hi hi hi.

Walau bagaimanapun, impian aku di tahun 2009 agar aku dapat simpan duit untuk surviving tanpa gaji pada tahun 2011 untuk lebihkurang 4 atau 5 bulan. Kerana aku ingin berhenti kerja. Malangnya jikalau itu adalah azam, langsung seposen pun tidak terlaksana, malah keadaan kewangan terasakan bagai bertambah buruk dan teruk dari hari ke hari, mungkinkah kerana anak-anak yang bersekolah menengah ataupun kerana kebodohan aku menyusun atur kewangan ... ?? Kecewa memang kecewa. Bukan saja kerana keadaan kewangan yang teruk, tetapi yang menjauh pun ramai, dan mengata pun ramai kerana tahap kemasyhuran semakin menyusut disebabkan oleh faktor kewangan yang menurun.

Walau bagaimanapun sekadar melayang angan-angan kosong, wishlist aku ialah:-
1. nak dapatkan kamera digital 2ndhand [cukuplah]
2. nak ikut orang ambil gambar wedding
3. nak beli oven untuk kaklang lebih maju dalam minatnya [buat cakes dll]
4. nak lebih aktif dalam bidang tulis-menulis dan nak buang malu untuk aku menghantar karya ke media cetak
5. nak promote My Special Mall dengan lebih-lebih lagi juga nak tambahkan barangan.
6. NAK BERHENTI KERJA dari tempat cari makan sekarang ni, biarpun terpaksa engkar kepada banyak permintaan menyuruh aku kerja sampai mati di situ kerana kalau aku teruskan juga, aku bukan saja mati sebagai pekerja, malah mungkin jadi gila!!

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, banyak perkara sekadar tinggal angan-angan saja dan untuk diketawakan pabila dikongsikan....

Arrgghhh, feeling so bad oready.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

www.tuanbri.com said...

banyak jugak wishlist tu...

Kalau berminat,

boleh azam tahun 2011 di sini :

http://tuanbri.com/blog/2010/12/tahun-2011-azam-anda/

kalau sudi lah. Percuma. Tiada hadiah disediakan.

♥ manje ♥ said...

salam maksu

moga dapat ar apa yg di idam2kan...

Oasis said...

Salam 2011 mak su:

Rasanya tak de mslh utk mak su capai azam tu. Kata org jgn terbang terlalu tinggi, kelak jatuh parah. Insya'Allah tercapai. Yang penting kn berusaha.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

selamat tahun baru

starsyeea said...

may HE bless us wif all the best thing in life...amin :)

maksu...jom datang berTEPAK HARAPAN kt blog sy!

shasha said...

tgh pening pikir nak turunkan berat badan dan simpan duit banyak2 tahun ni...

Cik Pah said...

yg keenam tuh siap caplock lagi..mmg dah tak tahan nampaknye maksu ni..

sy doakan apa yg terbaek yer maksu.