Saturday, January 15, 2011

Teknik yang haram

forward dari emel yang diterima.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fish Spa, mengundang bencana

Setiap kali membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah yang gah di xxxxana Imxxxx, memang aku sentiasa memerhatikan ke sebuah kolam ikan yang berfungsi memberikan rawatan fish spa. Malangnya aku seorang yang penggeli, ditambah lagi adalah penakut, aku tak pernah menghulurkan kaki aku ke dalam kolam spa itu untuk digigit-gigit ataupun diurut oleh ikan-ikan yang ada, mungkin kerana terlebih tengok cerita piranha, memang takut dan terbayang-bayangkan gigi-gigi tajam yang comel dan berkilat-kilat dengan gigihnya menggigit kuku kakiku terus buat manicure pedicure.

Baru-baru ini aku terima emel menyatakan yang 14 buah negeri di USA telahpun mengharamkan jenis rawatan ini. Menurut sejarahnya, rawatan seperti ini telah diasaskan untuk merawat sakit kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Menurut Dr Amin Al Amiri dari Kementerian Kesihatan UAE, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramaikerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air”, petikan Akhbar Al Khaleej

Walau bagaimanapun, entahlah, memandangkan aku penakut dan penggeli, aku memang tidakpun mengambil rawatan ini.

p/s: tidak suka baca emel forward yang mengandungi berita spam, contohnya tentang owner fb baru-baru ini. menyemak

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

ejaMaria said...

logik juga... iye la dah ikan tu duduk dlm kolam kecik je... lain la klu kolam besar... ada pam turas/tapis air... hmmm nasib baik tak pernah buat fish spa yg kat shopin mall nih

ckLah@xiiinam said...

Memang tak pernah cuba...Macam maksu, geliiii...

PinQib said...

penah dengar dpa cakap sapa p sini kena HIv
tsk
scary

|I love BADANG|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |

Mak Su said...

ejamaria, cklah, pinqib, tq sbb sudi mai gaks, sowi sy sukar nak berblogwalking lately... jum ler kita layan spa yng biasa-biasa jer ek

Zareda Norman said...

mak su

nasib baik tak pernah buat fish spa ni... ngeri seh

Dinas Aldi said...

saya pun penggeli jugak..buat mani pedi biasa tupun jenoh dok tertarik2 kaki bila kena gosok, inikan pulak nak sua kat ikan.. tidaaaaaaaakkk!

azmiroy said...

Lojik juga tu...
jangan selup sebarang celup, cuba celup kaki di Sungai Rejang tengok...

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH INFO INI. APA PULAK TINDAKAN PIHAK YANG BERKUASA DI NEGARA KITA NI?

luahfikiran said...

SALAM,
TERIMA KASIH INFO INI. APA PULAK TINDAKAN PIHAK YANG BERKUASA DI NEGARA KITA NI?

kakngah said...

fuh!!!
sebbaik tak pernah buat fish spa...

Mak Su said...

zar, dinas aldi, azmiroy, DLF, k.ngah - sy mmg penakut, dan ini pula forwarding emel, so tak tahulah apa tindakan pihak berkuasa negeri.

mungkin this is something for us to think logically kot, tapi moga ada pihak yang menyiasatlah, ek

shasha said...

pernah try sekali...geli!!

Mak Su said...

shasha, hi hi hi