Tuesday, January 25, 2011

Tak ada apa-apa

Hubby balik bawa berita gembira, "Mr Sim terserempak dengan abang tadi, dia angkat tangan dan kata, ini tahun ada bonus, hahaha".

Wah, bolehlah kita membeli-belah sikit.

Tadi hubby telefon, pegawai HR panggil dia mengadap, bil telefon company bulan ni tinggi, RM300, kena potong gajilah. Call yang dibuat pada waktu malam, sudah tentu bikinan anak-anak, tak beri susah, sudah diberi lain pula jadinya.

Dah tu dia cakap lagi, bonus dah dibayar dah, aku cepat-cepat tanya, 'berapa bang?'

Hubby pun cakap, 'RM200, tolak duit telefon hari tu dah jadi negatif'.

"RM200 jer? Jadi yang Mr Sim cakap haritu.... adalah lakunan semata-matalah? Nak bagi kita berangan-angan sajalah? Jadi maknanya tak ada apa-apalah? Dari gayanya macam nak beri para pekerja bonus 2 bulan, tup tup RM200 jer? Itu duit beli kopi saja kot... hu hu hu"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

shasha said...

sigh....jadi negatif kah...saya punya nasib tatau la maksu...

PnConfused said...

adehhh...



sedissssss kan rs ati... frust!

sabo maksu!

miloais said...

alahai... sedihnya rasa...

sabar ye maksu
insyaallah... akan ada rezeki tu nanti...
yakin pada Nya

Mr feckry said...

aiyo...negatif ka

Kakzakie said...

menyakitkan je mak su.... kalau 200 jangan sebut bonus. kata aje duit angpow CNY.

PuteriKureKure said...

haihh...negtif pulak dahhh~

takpela maksu. rezeki juga tu. dapat juga tampung bil tipon tu kan?

Daddy Ziyyad said...

mak ai...bonus pun boleh jadik negatif ka.....

one said...

aikss.camne bonus 2 bulan jadi rm200? takkan bil rm300 menegatifkan bonus?..sebenarnya berapa bonus? atau tiada bonus ni?

..tu la moksu,company tak declare apa2 lagi,apatah lagi kenaikan input taun ni boleh menangani kenaikan output..