Tuesday, January 4, 2011

Tadika

Janggal rasanya bila anak2 dah bersekolah menengah, tup-tup ada lagi sorang kena dihantar ke tadika iaitu Baby w yang dah pun nak masuk umur 5 tahun. TAk boleh panggil baby lagi dah, dah besar, dan seronok sangat nak bersekolah.

Gambar atas: hari pendaftaran, terus ambil baju sebab dia tinggi dan itu saja saiz yang sekolah sediakan. Pada budak-budak yang agak kecil saiz badan mereka, kena tunggu lagi sehari dua untuk mendapat uniform.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar hari ni, hantar pagi tadi.Cikgu kata setiap hari, sekolah akan tamat pada 11.45am, tetapi hari ini rupa-rupanya dapat pelepasan awal, agaknya cikgu pening sebab ada juga anak-anak menangis. Dak w tak nangis, in fact kita tinggalkan dia di dalam kelas selepas setengah jam dihantar.

Aku balik ingat nak sambung tidur tapi tak jadi, dok berbincang dengan anak-anak yang dah besar tentang hal-hal kerja part time, kemudian aku pergi ke pasar membeli ayam nak buat ayam goreng kepsi, tiba-tiba ternampak beberapa parents dah ambil anak mereka dari tadika.

Aku pun terus berlari-lari mak besau ke tadika, tapi w tak ada. Hati memang dah terfikir yang dia akan balik sendiri, tapi ikutkan jugalah cikgu dia berkeliling sekolah 1 blok tu mencari w. Kemudian aku balik, dan w dah ada di rumah tengah minum air, haus katanya.

Memang sengaja nak bagi risau.... kan.

Terima kasih kak zaitun mohamed, sudi follow blog saya :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

citahrudin said...

pehhh..steady r dak W

rATu kEBaYA said...

rileks je ye w... bagus..

Ummi said...

mak su

dah resign ke?

Mak Su said...

citah, dia mmg steady :)

ratu kebaya, hehehe

ummi, not yet, cuti sbb nak tgk w kat skolah

Yunus Badawi said...

Wah dah besar baby W. Dah masuk tadika. Pandai balik sendiri pula tu. Rumah mak su dekat aje ke dgn tadika tu?

Haikal anak saya dulu pun pernah balik dari tadika yg letaknya lebih sebatu dari rumah dgn berjalan kaki sendiri. Nasib baik tak kena langgar kereta huhuhu

Anitadahahs said...

bagus baby W ni. pandai balik sendiri. lepas ni tak payah susah-susah nak ambik.hehe

nabilah_2908 said...

bagus la W ni..independent..tapi..risau juga kan..? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
PANDANGAN ANDA DIPERLUKAN

wahida said...

kalau saya dah cuak abes dah tu...

GDIZ said...

hehe..comel dgn seragam sekolah.
erm.. zaman saya dulu tak pegi tadika. Terus masuk darjah 1. advance..heheh..;p

[-suziey-] said...

hiks...cool je dak W yek..hhehe..maksu xkeje dh ke? nk buat keje part time tu?

kakngah said...

aduh.. maksu.. seram la W blk sndr.. huhuhu..

ayam kepsi mana???

Softtouch [Hanim] said...

bagusnya anak maksu...tak takut pun p taadika..syabas dak w...

Mak Su said...

hhehehehe, thanks... mmg dia x takut, in fact dia ni quite pemberani orangnya... belum apa2 dah fofler dah, orang kat taman ni mmg kenal dia.... hahahaha

Cik Pah said...

berani dak w balik sendiri maksu.. tak takut ker..

julietchun said...

w betul minat nak sekolah ye.

shasha said...

isskk..bahayanya..takpe ke dia balik sorang2 tuh mak su...risau laaaa...

ze said...

rasa hapi kan bila tengok anak dah mula ke sekolah... pastu sy pulak suka sangat teman anak sy wat keja skolah hehehe

Anna Da Lady said...

Saya cukup suka tengok gelagat anak buah saya yang masuk 'skool'..tak kirala tadika ke, sek rendah ke..sebab masing2 ada gelagat sendiri...Anak akak ni bagusla...tapi kena pesan kat dia jugak, jangan pergi mana sorang2 tu... :)

Oasis said...

hehehe. Nasib baik tak buat report polis. Klu tak ngan polis2 kn keliling blok cari anak mak su tu.