Friday, January 28, 2011

Pekasam dan Gelugur



Asam keping memang merupakan 1 bahan utama dalam masakan, tidak sah sesebuah rumah tanpa stok asam gelugor di dapur mereka. Asam gelugor atau nama sainsnya garcinia atroviridis griff yang menghasilkan asid semulajadi Hca - Hydroxycitric secara langsung menambahkan keenakkan produk pekasam dengan suatu aroma yang menaikkan selera!

Sekarang pengusaha pekasam terkemuka tidak lagi tertakluk kepada perusahaan ikan pekasam secara tradisional malah telah menggabungkannya dengan teknologi (bioteknologi) yang disokong oleh R & D selama lebih 7 tahun telah dapat menghasilkan sekaligus mengkomersilkan pekasam pada skala besar iaitu sehingga 3 - 50 tan metrik sebulan.

Ikan pekasam dimasamkan dengan pengembangan rasa masam dari asam keping yang membekalkan rasa masam sambil mengekalkan struktur isi ikan dan hasilnya ikan adalah kurang masin atau tidak masin. Penggunaan garam adalah diminimakan sebagai langkah menyumbang kepada pengawalan kesihatan peminat-peminat ikan pekasam.

Hari ni maksu ingin menyeru kepada peminat-peminat ikan pekasam, keutamaan kepada mereka yang duduk di Lembah Kelang dan juga jika berminat nak jadi pengedar, initial modal amat rendah, iaitu RM100, hanya perlu tanggung kos penghantaran samada dari segi belanja pos, atau penghantaran special dengan menggunakan bas, kereta, keretapi. Boleh bertanya kepada ceritakosong@gmail.com

Jangan malu-malu, ikan pekasam tengah menanti.

Alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan
pandang-pandang sudah geram
apa lagi cepatlah pesan

:D

12 comments:

cikceriacorner said...

bestnye maksu..makan ikan pekasam...lama xmkan ikan pekasam..:)

Solehah said...

buat business ikan pekasam ke kak?buat sendiri?

Kniedaz said...

wah..macam sedap je..

miloais said...

maksu jual ikan pekasam ker????
iols suker sangat2 makan ikan pekasam ni...
[kecur ayor lior bila terbayang kesedapan ikan pekasam!]

nabilah_2908 said...

err....sy tak bape suka lak ikan pekasam...

jom ke APA KATA HATI pulak,
AYAT 1000 DINAR

sayangsayangibu said...

ikan pekasam sodap....

Suzi said...

hubby sy suka ikan pekasam...sy pun belajar2lah mkn dan dah terjatuh cinta...pernah try buat sendiri tapi tak jadi hehehe beli jelah akhirnya
maksu jual ikan pekasam ke?

makdara TERdiva said...

ala maksu..mak saya pun buat sendiri..

saya ikan pekasam ni kureng..prefer ikan masin lagik :D

Dinda Iva said...

fuh memang sedap pekasam ni.....kalau goreng semerbak bau...tapi sayang ...kanda xsuka makan pekasam..huhuhu

Ju Asu Ra said...

kecur liur saya tgk gambor tu..

~ cepat2 pi selongkar peti ais cari ikan pekasam dan goreng..pehh ~

shasha said...

nyum!!! sgt suka makan pekasam..

@xiM said...

cedappppppppnyaaaa ikan pekasammmmm!!!