Sunday, January 16, 2011

Parti sempena tahun baru

Walaupun kita sudah berada lebih dari 2 minggu di tahun baru 2011, majikan di tempat cari makan baru mengadakan parti untuk menyambut tahun baru, bersekali dengan beri hadiah kepada laki-laki pencinta wanita juga perempuan yang telah diundi dengan undi cemerlang.
Kepada sesiapa yang lain yang telah buat kerja dengan cemerlang, bukan setakat cemerlang malahan boleh dikatakan sebagai menguasai bidangnya di samping menjadi bahan rujukan kepada yang lelain TETAPI jika tidak berada di sekitaran mereka yang baik hati dan menyayangi dan ingin menghargai kecemerlangan orang ni, maka dia bakal hanya tinggal melongo dan layan sajalah parti yang disediakan.
(gambar: orang sedang beratur untuk mengambil makanan)
Orang masak mee hoon, kamu makan mee hoon, orang masak nasi dan rendang, itulah yang kamu makan, dan seterusnya untuk tahun depan dan seterusnya dan seterusnya. Kerana pemberian adalah berdasarkan undian, sendiri takkanlah nak undi diri sendiri, nanti dikatakan takabur PULA!

Hanya boleh harapkan belas ihsan jika ada sesiapa ternampak dan sedari kewujudan kamu itu dan kemampuan kamu dalam mempermudahkan hidup orang lain.... itupun jikalau mereka bukanlah orang-orang yang memandang kepada duniawi, tidak takbur mahupun ujub.

Lagi satu hal, macamana nak dapat hadiah cemerlang andainya undi itu hanyalah [mungkin] untuk orang yang sama sedarah sekulit sahaja, yang orang lain ni iaitu orang-orang yang lahir dengan kulit yang berwarna sawo matang dan tidak cukup korum, maka tiada siapalah yang akan mencalonkan apatah lagi mengundi untuknya. Buatlah kerja kamu sampai mati sekiranya sabar kamu adalah gila tebal lagi dahsyat, kalau rasa diperkotak-katikkan sangat-sangat, pandai-pandailah bawa diri, ek...... [?](gambar: orang tengah menonton ucapan pembukaan dan upacara pemberian hadiah)

p/s: selepas dari hari ini, terasa pula ingin menyertai parti/jamuan yang dialunkan lagu-lagu nasyid dari kumpulan nasyid tanahair seperti Raihan, Rabbani.... hhmmm, wishing very hard.

p/s: biarkanlah warna kulit berbeza, asalkan kita menyembah tuhan yang sama dan mendapat petunjuk dari sumber yang sama.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

azieazah said...

Di mana-mana tempat cari makan pun, pasti akan ada undi mengundi, pilih memilih, kasih mengasih...

letaklah diri kita di kerusi yang paling selesa mengikut bentuk diri kita, bukan ukuran badan orang lain...

kan?

Selamat Tahun Baru.

luahfikiran said...

SALAM,
Oh, berdasarkan kiraan undi pulak? Macam dalam tv, kira jumlah sms yang mencadangkan kita.

zino said...

yg penting happy...

Noraini Hussin said...

Maksu, walaupun parti diadakan lambat drpd masanya, ade jugak ler.. Memang keje mcm tu le.. ade yang dikira undi, ade yang dikira kpi, ade yang ambil tengah-tengah..last2 ade yang buat formula sendir mcm mane nak dapatkan pekerja cemerlang. Best tak mcm tu?

Mata Hati said...

bila ada parti, confirm ada makan-makan. tak sangka ada juga mengunakan sistem undi utk memilih pekerja cemerlang

Mak Su said...

kak azieazah, a'ah, betul tu, di mana2 mesti ada, so kita carilah kerusi yang seswai ngan kita, ek. that's what i am doing, hi hi hi

DLF, iya, undian, tp takkanlah nak undi diri sendiri, hrpkn ada yg sudi

abg zino, masalahnya,... x hepi :(

noraini, formula sendiri tu yang tak patut tu..... hu hu hu

sdr mata hati, itulah, kategori atas pilihan hati sendiri :(

SUZIE APAI said...

undi? owh...mcm tak best a gitu..sape yg glamerous dlm sume hal, lps la kotnye...

mak su dpt tak?hiksss

MOKCIK AZWA said...

Kat pejabat mokcik pun kenkadang ada juga buat undian utk pekerja cemerlang bulan ini...hehehe...

Masy said...

kt opis sy x penah plk buat undian cemerlang ni. hehehe

Tihara said...

mana pic mksu...tu mesti nyuruk balik tiang pas2 jd mamarazzi ;)

- GC - said...

waa..best tmpt maksu ada jamuan..boleh makan2 free...

Me, Myself and I said...

Salam MakSU...biarkan mereka itu dengan undian mereka. Kecemerlangan sebenar bukan terletak pada kuantiti undian tapi kualiti yang kita berikan. Mata kasar manusia mmg tak nampak tapi Allah itu sentiasa ada bersama kita untuk menilai. Kalaupun rezeki kita bukan ditempat2 begini...cuba pulak perhatikan sekeliling kita...adakah anak2 kita diberikan otak yg cerdas dan berjaya dlm pelajaran, adakah keluarga kita sentiasa hidup tenang. Tidak semestinya apa yang kita harapkan Allah beri dalam satu masa.

shasha said...

mak su..apasal la saya rasa tempat cari makan mak su ni cam familiar je...

Mak Su said...

suzie apai, x pernah sbb maksu x pernah buat announcement on works done, works accomplished. i just sit at my chair quitely and quitely do my work and quitely wiped my tears

mokcik, sometimes good, sometimes membuat orang depresi

masy, tak payahlah buat, just appreciate everyone secara adil

tihara, hehehe, maksu jadik kamerawoman

gc, bolehlah, once or twice a year gitu

my, myself and i: thanks a lot

shasha, aik?