Monday, January 17, 2011

Jantung hati, Tak perlu tunggu nazak

(baru tambah, terimakasih buat siti_yusran kerana sudi follow blog ini, ngeeeee) :D

Tak perlu tunggu ada saudara, ahli keluarga, rakan sedang nazak untuk baca Yassin ni, dan juga tidak perlu tunggu malam Jumaat juga, bila-bila masa saja pun boleh, apatah lagi, membaca Quran juga adalah suatu ibadah.

Apatah lagi Yassin, sesetengah ulama berkata bahawa antara keistimewaan surah Yassin ialah apabila ia dibaca, tidak ada kesulitan melainkan dipermudahkan oleh Allah Taala.

Sebuah hadis daripada Ma'qil Ibni Yasir berkata, "Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al Baqarah. Dan surah Yassin adalah jantung hati Al Quran".

Sepotong hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda, "Adalah saya suka kalau surah Yassin dalam hati setiap insan daripada umatku" (riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

wahida said...

kat opis pun saya ada masuk kelas ngaji...bagi tajam skill..

Rozita said...

insya-allah..

Mak Su said...

wahida, nanti leh kongsi2 ilmu

rozita :)

Miecyber said...

Banyak fadhilat surah Yasin nie..

GMPP, PIBGN cadang mansuh yuran sekolah

kella said...

bettul tu maksu.. asal niat kena betul.. :)

azmiroy said...

apa yang maksu cakap tu memang betulll

julietchun said...

saya hanya baca yassin pada mlm jumaat, kena tingkatkan prestasi lagi ni.

rATu kEBaYA said...

betul tu maksu.. tak perlu tunggu semua tu.. rasa nak baca kita bacakan..

Izariza said...

Terima kasih atas peringatan maksu .. boleh refresh hati2 yang terlupa :)

Tihara said...

Betul..Baca yassin ni, bayak fadhilat nya

Mak Su said...

tq miecyber, kella, azmiroy, julietchun, ratu kebaya, izariza, tihara :)

bibie_suke_sukun said...

mak su su!!rindu!!!