Friday, January 14, 2011

Jadi betullah? Mengandung

Dah mengandung dah beberapa rakan blogger kita, tahniah buat mereka. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Bertambahlah zuriat keturunan, bertambahlah bilangan pengikut Muhamad saw, mudah-mudahan menjadilah zuriat yang soleh, solehah, amiinnn.

Jadinya bila dah mengandung ni, tanggungjawab berat kepada si ibu kerana sedang membawa suatu janin di dalam rahimnya, mengandungkan seorang lagi bakal khalifah di muka bumi ini, mulalah kita menurunkan legasi kita kepada zuriat keturunan kita. Si bapa pula jangan buat tak tahu, banyakkan berjemaah di masjid, banyakkan bersedekah, kuatkan lagi zikir ke hadratNYA. Banyakkan membaca Al-Quran dan rajin-rajinlah menghadiri kelas ilmu. Rajin berpuasa sunat, qiyamullail eratkan di jiwa, bangunlah beribadah malam dengan seikhlas hati agar perbuatan baik itu diikuti oleh zuriat yang sedang dikandung oleh si isteri.

Bagi si ibu pula, janganlah asyik melayan kerenah badan yang sudah pastinya akan mudah penat, jiwa mudah tersentuh, sensitif, mudah terasa, tidur. Ya, ada juga mungkin terjadinya penyakit kuat tidur ataupun berperasaan "berat badan" nak bergerak. Lawanlah sikap yang penuh kekurangan itu untuk membentuk peribadi anak yang dikandung. Selain itu, amalkanlah bacaan-bacaan surah-surah yang memang sesuai untuk dibaca oleh ibu mengandung:-

Al-Fatihah
Ayatul Kursi
Luqman
Yasin
Yusuf
At-Taubah
Al-Ikhlas
juga perbanyakkan istighfar, bertaubat

Tubna Ilallah, tubna ilallah, tubna ilallah

Mulakanlah doa-doa untuk si janin itu dengan permintaan yang elok-elok *berbudi, berhemah, soleh/solehah, cinta Allah dan rasul, menjunjung rukun Islam dengan sepenuh hati tidak berbelah bahagi beradap sopan hormat menjunjung kasih kedua ibubapa, tidak menderhakai ibubapa dan membawa kebaikan kepada masyarakat.

Amalan-amalan bacaan surah-surah yang tersebut di atas tu, adalah buat diamalkan pada sepanjang kehamilan terutamanya dari mula mengandung sebelum ditambah lagi sedikit-sedikit pabila makin menghampiri tarikh bersalin.

* artikel (eh wah) ini adalah atas permintaan seorang rakan blogger :D
Terima kasih untuk permintaan, menyentuh hati.

Saja-saja jer

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

Kakzakie said...

mendidik anak memang sedari ia dalam kandungan lagi.

Mak Su said...

k.zakie, benar tu

Ummi said...

thanks mak su, nak kena amal ni, ummi skrg dah 3 months plus :)

doakan ummi ye, mak su :)

kella said...

saya suka... :)

SUZIE APAI said...

masa bila lagi nk tambah????????????

lariksssss

~ yus ~ said...

perkongsian yg berguna untuk bakal2 ibu..

thanks maksu

julietchun said...

jgn dok dengar lagu je kan :P

Tihara said...

bila la mengandung itu nk berjangkit ke saya :)

Dinas Aldi said...

tahniah kepada blogger2 yang bakal mendapat zuriat itu :)

PinQib said...

biler la saya nak mengandung
wahahah
maluks ai. maksu

Akhirnya. Confession| Untuk orang SINGLE|