Wednesday, January 26, 2011

Di Oh Aeh

Doakan mak berjaya tau, hari ni hari penting, kataku kepada anak-anak, pada suatu hari, beberapa minggu yang lalu.

'Kenapa mak?', mereka kehairanan.

Dengan dibawa oleh paksu chot, kami mencari-cari tempat berkenaan, tempat yang tak pernah aku kunjungi, dan tersesat jalan. Aku lewat 2 minit dan berlari-lari mencari main entrance. Di dinding cermin, aku melihat-lihat penampilanku, yang mana aku sedari, aku telah terlupa nak pinkan tudung aku.

Terlihat saja notis, tekan loceng, aku pun terus menekan loceng, lama ia berbunyi, tiada siapa datang membukakan pintu, aku baca semula, sila tekan loceng selepas waktu pejabat. Alamak, aku sudah salahlah........

Dengan tersipu-sipu aku menolak pintu kaca berkenaan, assalamualaikum, saya datang untuk temuduga.

'kak, sini kedai, kalau pejabat pintunya di sana'.

Oh... terimakasih, maaf ya, dah lah akak tertekan loceng, dan salah pintu pula.... errr, bila loceng awak ni nak diam, dari tadi dok tong teng tong teng.

'Bunyi tu selama 1 minit kak'.

'Ohh... ya? Hmmm', melangkahkah kaki keluar, aku berjenaka, 'suruhlah loceng ni diam, cukup-cukuplah meraung tu', aku tersengih-sengih keluar dari pintu yang salah, dan memasuki pintu sebenar, sambil berDOA agar semuanya berjalan lancar.

Mereka tertawa ..... uhuhuhu, malu siuutttt

Terima kasih athirah akmal, kerana sudi follow :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

sayangsayangibu said...

maksu
sya teringgat kisah sendri suatu masa dulu, boleh tak jumpa pintu keluar lepas tduga tu....ciss malu yo.. ;p

Mak Su said...

sayang2ibu... aramak!!!

zh-ena said...

semoga berjaya mak su

Mak Su said...

tq ena, insyallah

zino said...

kalau memang dah rezeki di sana ... segala nya akan di permudahkan Nya.. amin

Mak Su said...

tq abg zino

kayteeze said...

Wah.... kita lak yang debor time temuduga ni. Sejuk kaki tangan.
Semoga Maksu berjaya...!!

kakpah said...

kita tak suka sesi temuduga. kita cepat panik.

shasha said...

hmmm??? kemanakah mak su?

Mak Su said...

tie, kakpah, shasha - dah setel dah, ini cerita flashback ;)

gismo82 said...

itu petanda temuduga akan berjaya..sbb yg buruk dah di keluarkan..he..he..he..

miloais said...

so... maksu now keja di tempat baru eh???

Mak Su said...

gismo82, hehehe

miloais, not yet ;P

SUZIE APAI said...

hiks...sy pun ade pglmn manis waktu mula2 g interbiu dulu..hiks..

mak su dh bg idea tuk wak n3 baru..hikss thanks

Kniedaz said...

macamana resultnya maksu? mudah-mudahan rezeki maksu di sana ^_^

wahida said...

i hate interview, buat saya x tdo malam, sbb saya mudah neves...huhu..pepun, gud luck maksu!!

KAKTINY said...

takpe maksu.. kiranya beramah tamah dulu ngan bakal2 opismet.. hihihi..

Mak Su said...

:D D D