Monday, January 10, 2011

Dhuha

Menurut suatu ceramah yang disiarkan di televisyen, Rasulullah pernah berpesan kepada seorang sahabatnya dalam sebentuk hadis yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w telah berpesan kepadaku dengan 3 perkara, berpuasa 3 hari pada setiap bulan, melakukan sembahyang Dhuha 2 rakaat dan melakukan sembahyang sunat witir sebelum tidur (diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a)

Waktu untuk melakukan solat sunat Dhuha ialah 28 minit setelah matahari naik, sebaik-baiknya adalah pada satu per empat waktu di siang hari, iaitu lebihkurang pukul 10am hinggalah sebelum masuknya waktu Zohor.

Bacaan ayat pada rakaat pertama disarankan untuk membaca Asy-Syams and Ad-Dhuha pada rakaat kedua, jika tak hafal bacalah Ayatul Kursi dan kemudian Al-Ikhlas, jika tak hafal juga bacalah Al-Kafirun dan kemudian Al-Ikhlas dan zikirkan Ya Wahhab Ya Wahhab Ya Wahhab sekurang-kurangnya 40 kali.

Menurut sebuah hadis lagi, para muslimin muslimat yang bersolat sunat Dhuha akan juga mendapat sebuah keistimewaan di akhirat kelak, "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah" (hadis riwayat Al-Tabrani)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

5 comments:

cikceriacorner said...

salam maksu..
terima kasih info ni..:)

Mak Su said...

salam ceria buat cikceria :)

Mr feckry said...

besarnya rahmat Allah

Daddy Ziyyad said...

amalkan dengan istiqomah..Insya Allah murah rezeki

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

terima kasih mak su..kina tak pernah sembahyang Dhuha. inyaallah kina akan buat lepas nie