Thursday, January 20, 2011

Cerita Kosong: Terpesong Tersungkur

Budak 2 orang tu memang berkawan baik, tidak boleh dipisah lagi. Ke sana ke sini selalu bersama. Mereka suka lepak tengok orang bersilat di gelanggang Tok Juah. Kebiasaan mereka balik lewat malam tidak digemari oleh emak Mamat. Makcik Halimah ingatkan mereka duduk melepak di sungai main hisap dam ataupun ganja.

Mamat ni bila bersama dengan Rosli tampaklah keberaniannya, tetapi bila dia seorang mulalah gelabah. Satu malam, Mamat dan Rosli berjalan perlahan-lahan dalam gelap tanpa lampu suluh [ketika itu di tahun 1970an, tiada lampu jalan di kampung mereka] hanya berpandukan cahaya bulan, mereka melangkahi akar-akar yang berselirat sambil mengelakkan dari tersadung batu-batu besar. Rumah batu Pak Hamid berdiri gagah di kanan denai, sementara di kiri denai adalah rumah kayu bertiang tinggi yang hampir roboh menyembah bumi tinggalan arwah Pak Rustam.

Rosli berbisik pada Mamat, rumah Pak Rustam ni keras, sebab didirikan di tapak laluan benda-benda halus. Rumah Mamat adalah di belakang rumah Pak Rustam tu dan Mamat memang tahu tentang kisah itu.

Sedar tak sedar kedua-dua mereka telah pun berada betul-betul di bawah serambi rumah tinggal arwah Pak Rustam, 'Hish!, Rosli bertempik. "Kurang ajar! Kau pesongkan kami juga ya!!!" Rosli menggenggam penumbuk dan menghayun ke arah sesuatu, tampak seperti dia hanya menumbuk angin, 'Mamat, cepat! cepat! keluar dari bawah rumah ni!', arah si Rosli. Mamat yang ketakutan berlari keluar meluru ke arah rumahnya, dan secara tak sengaja terlanggar busut yang berada di kiri rumahnya lalu jatuh tersungkur, dia cepat-cepat bangun mengibas debu-debu di seluar dan berlari lagi ke arah pintu rumah, dengan terketar-ketar dia mengetuk pintu rumah menjeritkan supaya emaknya cepat-cepat membukakan pintu. Rosli dari belakang menjeritkan, "Hoi Mamat, aku nak balik dah, esok siang jumpa lagi!". Mamat hanya melambai-lambaikan tangannya. Antara kedua-dua budak laki-laki itu, Rosli memang lebih berani jika nak dibandingkan dengan Mamat. Itulah kelebihan yang diberikan Allah padanya, dia langsung tidak ada rasa takut kepada kekuasaan hantu syaitan ni, kerana berpegang teguh hanya pada Yang Satu.

Bukan mudah untuk seorang budak lelaki berusia remaja untuk beriktikad sebegitu, sedangkan orang dewasa pun selalu kalah dek kerana lemahnya diri.

Sehingga ke hari ini, rumah arwah Pak Rustam itu, sudah pun lenyap ditelan zaman, sudah didirikan sebuah rumah batu di situ, tapi siaplah, ada ketika-ketikanya, penghuninya, akan menerima tetamu.... yang tidak pun diundang. Usaha memulihkan kerap dilakukan, tapi masih buntu.

[kisah benar, diceritakan semula oleh mak su]

Saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada followers #245, 246 tapi saya tak jumpa nama2 mereka, juga terima kasih kepada zulkbo; juga atas kesudiannya following blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

Zareda Norman said...

ish ish ish...tetamu tak diundang nimemang mneyeramkan

ferra ferro said...

fuhhh !!! tu yang seram kalau nak beli tanah nanti ! x)

luahfikiran said...

SALAM,
APA PENGAJARAN DRPD CERITA YANG DIPAPARKAN INI ? KITA JADIKAN PANDUAN UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN KITA

rasp said...

eeee scary movie...

Mak Su said...

zar, stujus

ferra, mmg kena siasat habis2an sebelum pembelian

Dato LF, jgn beli tanah sewenang-wenang kot

rasp ;)

kak Erna said...

mak su..kisah benar??
ish..tu yang tak nak tu mak su..yang tak diundang tu..

cikceriacorner said...

heheeh..dimana2 ada antooo..eheh

nabilah_2908 said...

on the way ke rumah mamat tu...ada hantu yg menganggu la yer..?



jom ke APA KATA HATI pulak,
KERETA MERAH KU

wahida said...

alamak...seramnyer...tetamu x diundang...seram!!

Anitadahahs said...

dekat mana-mana pun ada tetamu yang tak diundang. aish. seram lah, takut kang kita terkacau dia tanpa sengaja. selalu sangat jadi macam tu kan.