Saturday, January 1, 2011

Berkorban apa saja harta ataupun nyawa

Terima kasih PM sebab beri kitorang cuti pada Jumaat 31 Disember, aku mengambil kesempatan untuk bawa anak-anak beli baju-baju sekolah, last minute, syukur sebab dah dapat duit renovation dari jiran (haritu dah diberitahukan di dalam earlier entry) :D

Nampak macam kami ni tak prihatin tapi beginilah ceritera hidup kami.......

Setelah kaki penat, belanja pula mereka makan-makan.

Ini adalah budak yang sedih kerana sudah diberi last warning yang kedua terakhir agar tidak lagi minta susu dalam botol, dah nak sekolah dah, kena berhenti menyusu botol.
Buatlah muka sedih, mak tak simpati pun....wakakakaka

Kemudian singgah ke kedai buku sekolah membeli buku-buku, beli sekadar kemampuan dan dah janji dengan anak-anak, akan belikan lagi kelak. Lagipun tengok pada masa kakak masih bersekolah dulu, beli buku banyak-banyak, last-last kosong saja sampailah habis tahun. Buku-buku ni bukan apa, naik ketua baru, dia pun suruh beli buku gaya baru, naik pula ketua baru, suruh pula beli buku gaya baru yang lain - katakan saja sudah tukar polisi atau sudah tukar silabus.

Hmmm, biasalah tu.

SELAMAT TAHUN BARU 2011, moga kehidupan anda lebih baik lebih baik lagi setiap hari.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

LiNda said...

Salam Maksu ..
sedap eskrem tuh kaans..

Anak saya no2 Harith , sampai darjah 3 hisap susu botol . Asal balik sekolah terus crot..crot..croooot ... hehehe

Tihara said...

naik ketua baru..wajib lulus bahasa maghribi..teheheh

shasha said...

happy new year mak su..baby w dah nak masuk sekolah dah...cepatnya masa berlalu..

Mak Su said...

Linda, Tihara, Shasha, selamat tahun baru :)

kakngah said...

syiannya W.... mak kamu bg gelak jahat ye.....



slmt tahun baru maksu
selamat menempuh 365 hr yg seterusnya..

wahida said...

selamat tahun baru maksu...semoga azam tahun baru akan tercapai...amin...

Dinas Aldi said...

Ala ciannya dia tu.. tapi kena la jugak buat macam tu kan, untuk kebaikan dia jugak. minum dalam cawan pun boleh :D