Friday, December 31, 2010

Kafan Kematian Balut Kehidupan

Aku mengakhiri entri terakhir pada tahun 2010 ini dengan sebuah sajakku yang telah disiarkan di majalah eSastera, edisi ke 10. Dengan gembira aku ingin berkongsi kegembiraan aku ini dengan anda semua, semoga ia akan menjadi pemangkin semangat agar aku terus berusaha dengan gigih esok esok dan keesokannya.




p/s: oh jangan ketawa bila melihat nama samaranku yang lucu yang tidak langsung menggambarkan diriku yang terlebih daging ni ;p

Buat penggemar-penggemar sastera, pengkritik-pengkritik sastera - saya budak tua baru baru belajar oleh itu mungkin hasilnya tidak seseni seperti hasil karya orang lain :)
Salam hormat :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Imbasan 2010

Banyak yang dilalui sepanjang perjalanan hidup ini. Bukan sahaja di tahun 2010 malah di tahun-tahun sebelumnya. Suka duka silih berganti, senang hati, marah, geram - pelbagai perkara terjadi. Memori di minda yang bakal berusia 42 tahun pada penghujung 2011 ini menyimpan pelbagai kenangan.

Apatah lagi kenangan-kenangan yang berlaku di tahun 2010, yang pahit-pahit dan pahit kebanyakannya. Dari keburukan nasib yang aku dan paksu chot alami berkaitan dengan tempat cari makan kami masing-masing. Berkenaan aku yang kehilangan kakakku, iaitu seorang yang rapat denganku sehinggakan aku berasakan bagaikan si buta kehilangan tongkat ataupun sebagai Kasim Selamat tanpa saxsofonnya.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Dalam pada itu, beberapa kejutan yang menarik juga muncul seperti pertemuan semula dengan rakan-rakan lama di sekolah rendah, menengah dan ipta. Bertemu semula juga dengan bekas bos. Bertambah lagi jaringan rakan-rakan dengan adanya facebook.

Hati yang berbolak-balik antara meneruskan sahaja perjuangan ataupun berpindah arah menyonsang arus dan masih lagi berlaku timbang-menimbang peperangan antara keputusan a ataupun b.

Tersepit antara kemahuan peribadi ataupun kepentingan mereka yang merupakan orang-orang yang penting di dalam hidup.

Kesempitan demi kesempitan dilalui, nadi bagai terhimpit di celah-celah tulang rusuk yang dikecamuk oleh ombak ganas yang bertarung di dalam perut.

Pendekata bolehlah aku katakan bahawa 2010 memberikan banyak sumbangan airmata kepadaku tetapi tidak lagi kedukaan itu mampu mengeringkan perigi airmata kerana itu mungkin juga salah satu terapi yang terbaik selain dari bercakap dengan seseorang.

Kawan-kawan yang rapat menjadi longgar, kawan-kawan yang longgar semakin erat. Dunia terus berputar dan aku tetap di sini, menjadi penghuni setia blog, Coretan Mak Su di alamat pos ceritakosong dot blogspot dot com.

Aku mendoakan yang terbaik buat anda semua di tahun 2011, lebih baik lagi lebih berjaya lagi lebih maju lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, December 30, 2010

Maafkan Aku

Maafkan aku kawan
tidak ada apa yang istimewa
yang dapatku hadiahi kamu
sekadar ucapan maaf
dan sesalilah, ratapilah, hibailah
sebuah perkenalan yang tidak
bernilai ini

Maafkan aku, kerana tidak menjadi
seperti sebaiknya
untuk kamu

Lupakanlah aku.

(Dapatkan bookmark, jadual waktu & kad ucapan handkraf)


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Last 2 days of 2010 HAHAHA

Forward dari emel, tajuk asal adalah Last 2 weeks of 2010 HAHAHA

tapi aku tukar guna warna merah mengikut kesesuaian tarikh

This year has only 2 weeks DAYS left
Have you seriously thought of that?

It means:
· 2 more working Mondays
· 1 more salary cheques cheque
· less than 1 working month
· 2 weeks days to plan where you will be, coming New Year
· And, 2 more weekends dah habis dah

OMG Ya Allah, in 2 more weeks days, another year is gone but still remain poor
alamak........

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH

kepada pasukan Malaysia dari jurulatih hinggalah ke pemain-pemain bolasepak muda tu :)

Khairul Fahmi rock!!

Terima kasih kepada pistachio dan Dinas Aldi atas kesudian following blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menyeru

Sepasang suami-isteri, rakan kepada paksu chot baru balik dari mengerjakan haji, mereka sebelum ni pernah buat umrah, jadi kesesakan di musim haji tidaklah menjadi kehairanan sangat. Namun tetap jadi ketawa mendengarkan cerita-cerita mereka tika di tanah haram yang terpelihara itu. Antara cerita-cerita mereka:

- yang lelaki tu terpaksa sembahyang jumaat di tepi tangga bergerak kerana terlewat keluar ke tempat solat, i.e pukul 10.30am. Kalau nak duduk di depan sikit, kena berada di kawasan solat sejak pagi-pagi buta lagi.

- yang perempuan pernah terpaksa solat duduk di atas tangga kerana sempit ruang juga

- mereka pernah solat di laluan saie menghala ke bawah bukit, bayangkan macamana nak handle anggota kaki ketika rukuk dan sujud [itu yang jadi gelak tu]

- tengok orang berebut tempat duduk macam budak2 dan hampir bertumbuk [seriau dibuatnya]

- melihat orang solat dalam keadaan marah kerana tak dapat tempat duduk [takut mendengar ceritanya walaupun masa tu tergelak sakan, siap dah beri salam, hamba Allah yang marah itu sambung lagi marahnya]

- bertawaf tapi terpaksa buat semula kerana kena himpit dan badan terpusing-pusing 360 darjah ikut arus manusia.

- tengok orang baling bukan saja 7 biji batu tapi juga selipar kasut payung dan segenggam lagi batu-batuan [yang ini dah biasa dah diceritakan oleh arwah emak]

- dapat solat di raudhah dengan mudah kerana sudah memohon kepada Allah Taala

- diajak bershopping

dan macam-macam lagilah.

Terimakasih abang On kerana menyeru maksu dan paksu chot, insyallah, kami memohon dimurahkan rezeki agar dapat pula mengerjakan haji [menunaikan rukun Islam ke 5].

Terimakasih azzey, atas kesudian following blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sengal

hahaha
haha
lucu

hahaha
haha
sengal

hahaha
haha
perut

hahaha
haha
rancak

hahaha
haha hihi
hilang
dalam gelap malam??
tiba-tiba

Dapatkan kad-kad ucapan yang cantik dari produk handkraf home-made di sini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 28, 2010

Azam tahun 2011

Ini adalah sebuah contest azam tahun baru yang dianjurkan oleh matjoe sebagai menghargai pembaca blognya atas sedikit rezeki daripada income nuffnangnya.

Azamku untuk tahun 2011 ini adalah untuk melakukan suatu perubahan drastik ke atas diriku sendiri iaitu untuk berhenti kerja, berhenti dari makan gaji dengan majikan yang tidak menghargai peranan aku, berhenti dari menjadi seorang yang meminta-minta, berhenti dari menjadi seorang yang berhutang KEPADA seorang usahanita internet yang berjaya di dunia dan akhirat.

Itu adalah azamku untuk tahun 2011, entah tercapai entah tidak, yang penting adalah usaha untuk mencapai ke arah itu. Jadinya, kita ini seelok-eloknya berazam biarlah kita berusaha untuk penuhi, pencapaiannya pula kita adili sendiri kelak.

Aku sudah mula berusaha ke arah dengan menyiapkan sebuah blog My Special Mall & aku juga sentiasa berusaha mencari-cari produk yang bersesuaian dengan tema dan kemampuan aku.

Sudah tentu duit akan menjadi suatu isu utama dalam soal ini tetapi atas kerana azam yang kuat, aku harap boleh atasinya. Apatah lagi, aku juga berkeinginan untuk dapat mempunyai sebuah rumah comel bergaya cottage dengan bilik penuh bergaya di loteng; seperti gambar comel di bawah ini.

Wish me luck untuk mencapai azam itu dan moga terpilih sebagai pemenang kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan juga amat menggiurkan -> wang tunai [topup, bankin], ebook hartanah dan juga sebalang cookies. Selain dari itu, senarai peserta contest azam tahun 2011 akan berada di bloglist hinggalah ke tarikh 15 March 2011.

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30).

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Duit

Kerja Renovation rumah jiran
- Alhamdulillah, jiran datang tiba-tiba dan bayar duit baki renovate berserta duit upah. buat pengetahuan semua [boleh tengok entri2 lama untuk gambar-gambar], ongkos yang kitorang minta tak kurang dari 2 ribu ringgit dan tak lebih dari 3 ribu ringgit. Kerja yang melibatkan, buang 1 pintu tak perlu, buang 2 tingkap tak perlu, buang 1 tembok batu tak perlu, buat kabinet untuk memasak, buat lantai tinggi sikit untuk tuan rumah letakkan mesin basuh dan peti aisnya, tambah sinki. Tambahan sinki akan dibuat pada hujung minggu ini insyallah. Paksu bukan kerja kontrek sepenuh masa, dia masih lagi makan gaji jadi kuli [support staf] untuk sebuah syarikat di Selangor; oleh kerana itu cuma mampu buat kerja pada hujung minggu, kalau tuan rumah sanggup bersabar, bolehlah saya slow talk dengan paksu yang kawan-kawan blog berkenan kat anak dia nak minta dia tolong renovatekan rumah etc

Belanja sekolah anak
- Pada mulanya tak nampak mana nak cari duit untuk belanja anak-anak masuk sekolah, sebab kami dua-dua pekerja swasta dan tidak ada peruntukan bonus hujung tahun, dan sebagai pekerja tahap tupai-tupai sahaja, kami tidak biasa pun mendapat bonus 10 bulan gaji.
- Baru-baru ini menghabiskan beberapa ratus duit gaji untuk hidupkan roadtax dan perbaharui insuran kereta di mana kami tidak pula mendapat diskaun ncb, menurut pejabat pos, dalam sistem tak ada diskaun, kalau encik nak, encik kena pergi sendiri ke pejabat ncb [ncb ker ncd ntah??]
- oh deng!!! what the hell tak ada diskaun?! padahal tak pernah claim apa-apa insuran pun selama berkereta dari anak sulung masih kecil hinggalah anak sulung dah mula mencari kerja! Tak pernah buat claim, tak pernah mengclaim dan tidak dapat diskaun ncb? Terimakasihlah kat .... well, i don't know to thank whom kerana menyusahkan aku pada bulan disember ini.
Aku tak paham undang-undang
- anyway, bolehlah bawa budak2 pergi shopping persiapan sekolah this weekend, dak w nak masuk ke tadika, si kaklang nak kena dapatkan uniform purple dan kasut hitam sebab dia jadi PRS dan kakngah nak kasut yang cantik sikit sebab dia dapat keputusan PMR yang meriah haritu, juga dia minta upah kerja kontrek menolong ayahnya menyiapkan dapur di rumah jiran.

TERINGAT {tambahan}
- teringat kepada arwah kakak yang meninggal pada bulan puasa dulu, sebelum dia tenat, dia ada bercadang nak main kutu selepas kembali sihat jika diizinkan oleh Allah Taala katanya, supaya kami berdua adik-beradik ada duit untuk persiapan sekolah anak dan juga ada duit untuk hidupkan r/tax & insuran. Tapi janji Allah terlebih dahulu menjemputnya kembali ke alam barzakh sebelum kami sempat pun main kutu :(

p/s: terimakasih art_touch, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Apa barang ada di dalam?

Nak tahu apa barang ada di dalam? Ambil kapak belahlah dada. Eh, salah, itu kata-kata dari sang pencinta, tapi kalau nak tahu apa barang ada dalam perut, kena bawa perut pergi scan.

Selain dari pelbagai anggota dalaman seperti usus besar dan usus kecil, ada makanan yang baru diproses diperingkat awal, ada makanan dalam proses penghadaman dan sudah tentulah ada hampas juga!

Dan, errrr, eeiiyyyouuuuuu, gambar apa ni? yeeeooouuuuuu, yyeeeeiiiiiiii, yoyoyoMaklumat tentang Mucoid (plak berlendir) (Litchin De Bella)

Ia adalah suatu kombinasi yang berbahaya seperti lendir dan residu bahan makanan yang melapisi saluran pencernaan kebanyakan tubuh manusia.

Apakah faedahnya mucoid ini kepada perut ada? Ia akan membuatkan anda menerima ucapan tahniah kerana mengandung secara bertalu-talu, tepis-tepis datang, tepis-tepis datang.

Anda suka? Anda tak suka? Marilah keluarkannya dari saluran usus dengan Litchin.

Hasilnya kelak apabila barang mucoid ini sudah dikeluarkan adalah perut yang buncit akan menjadi kempis, kulit akan menjadi lebih tegang dan cerah. Anda akan kelihatan lebih muda dari sebelumnya. Phewwittt, ah wek cun tuuuu!!

Seterusnya, apabila anda membuang air besar, selepas seminggu, najis anda akan keluar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Jikalau anda tidak mengambil makanan berasaskan kabohidrat seperti nasi, Litchin fiber akan membantu melicinkan saluran usus anda, perut anda kembali kempis dan usus kembali sihat. Perut sihat pada asasnya menjamin kesihatan seseorang itu, Sebagaimana sabda Rasulullah saw, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Syarat-syarat pemakanan, untuk memudahkan mocoid keluar, jangan makan nasi sekurang-kurangnya selama 10 hari. Elakkan dari makanan berlemak, berminyak dan manis, banyakkan makan buah-buahan dan sayur, salad tanta dresssing ataupun kacang rebus.

Berminat untuk mendapatkan, boleh emel ceritakosong@gmail.com, My Special Mall

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Petua Nak Mati

Jadi, awak dah buat keputusan dah? Awak nak matilah? Nak mati senang, mati saja... mati ada pelbagai cara, emmm, malas nak ceritalah tentang tu. Tapi ini petua untuk mati, bukan nak hidup saja kena ada petua :-

1 - Amalkan membaca surah Al-Mulk, kalau boleh, setiap malam. Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah saw bersabda bahawa 1 surah dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarakkallazi [Al-Mulk]. (Hadis riwayat At-Tirmizi).

2 - Daripada Jabir r.a. sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Miim, As-Sajadah dan Al-Mulk (Hadis riwayat At-Tirmizi).

3 - Ibnu Abbas berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum akil baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah swt memohon kepada pembacaannya supaya Allah swt selamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Nabi Saw bersabda, "Saya suka kalau surah ini dalam hati setiap insan dari umutku" (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih atas kesudian gadis bunga, norliza & Mata Hati untuk following blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, December 27, 2010

Kerja renovation dapur jiran [gambar]

1. touch up2. memberikan sentuhan terakhir
3. Okey, cuci sikit kasi nampak cantik dan kilat
4. Sudah sedia untuk diserahkan kepada si tuan rumah

5. Hubby kata nak simen lagi. Pandai ker tu?

6. Lambat sangat, terpaksalah hubby turun padang ;)

7. Eh! nak hujan! tutup cepat dengan plastik!
8. Menyiapkan sinki pula, permintaan yang tidak termasuk dalam order asal.

9. Memastikan tiada simen terlebih di sana

10. Berpuas hati
UNFORTUNATELY: tuan rumah lelaki kata besar pula frame tu, suruh bongkarkan dan buat yang baru yang kecil sedikit...... hhhhhhmmmmm . PENAT sungguh

Dapatkan penanda buku unik lain dari yang lain * di sini *

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mati muda Mati tua

Aku menaip ini dan berharap supaya dibaca dengan bertanggapan yang aku akan mati pada esok hari, mungkin juga akan hidup seribu tahun lagi.

Mati muda mati tua, apakah ia?

Pastikan kehidupan membawa kebaikan ke seluruh dunia, jangan hidup menyusahkan orang banyak, menjadi buah mulut orang memang suatu derita bernanah yang menyeksakan, tetapi siapalah kamu hendak menutup mulut orang.

Mati muda mati tua bukan kita yang menentukan, menghidupkan amalan mencintai Allah dan Rasul, itu keutamaan khalifah di dunia.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Anda perlukan kamus

pesang
kerak
sudut
sedar
lenggak

"mak, mak, kalau kita tersudut, maknanya kita nak sedar"
[terjemahan: kalau kita tersedu, maknanya kita nak besar]

jalan lenggak-lenggak, budak tu ingat dia cantiklah tu
[terjemahan: jalan lenggang-lenggang, budak tu ingat dia cantiklah tu]

'ada kerak kat situ, ada, ada'
[terjemahan: ada kerang kat situ, ada, ada]

err.... apa lagi ya? tapi memang kelakar dan terpana dibuatnya bila sekali-sekala dak w mengeluarkan pendapatannya.

Book lovers, dapatkan penanda buku unik di sini, tailormade boleh diuruskan

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, December 26, 2010

Jalan dengan anak-anak

Jalan dengan anak-anak, cuma dengan 2 anak. Yang lagi dua tu banyak sibuk, orang dah besar....... hu hu hu

Ingat nak pergi tengok wayang cerita hantu limah tu, tapi wayang penuh, yang kosong tu pukul 11.3opm. Aku takut nak tunggu, takut prop original tunggu time keluar dari panggung, huhuuu huuuuuu

So biarkan kaklang beli buku cerita kat kedai buku ni, Sementara aku dan w tunggu di kerusi yang disediakan untuk orang yang lenguh-lenguh sendi dan lutut ;pMula-mula aku ambil gambar w, lepas tu w ambil gambar aku. We take each others picture ;)

Kemudian belanja mereka makan. Budak ini RINGAN tulang , rajin menolong di dapur dan di rumah, adakalanya tak perlu nak pekik-pekik, mulutnya agak berat, macam mulut aku yang jenis berat ni ... ;p
SEdap tak? eh..... who's big paha is that?

Cuci mata di My Special Mall

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, December 25, 2010

SPONTAN

"hai kawan-kawan
kutu-kutu
sekali kutu bergerak
aku melihat dunia"

"banyaklah sajak spontan hang! melihat dunialah... eeeiiii..! ni mana dapat kutu-kutu berlambak-lambak ni? patutlah mak tengok engkau dok tergaru-garu kepala saja!"

Eeeiii, anak sapalah ni, pandai buat sajak spontan, tentang kutu!!

Masyallah............

Terimakasih buat Fida Fhazi sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"

Blogger Sharinginfoz mengadakan contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog".
What a coincidence! Aku memang memerlukan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan cara-cara membuat duit dengan blog, sebab selama ini, dah 20 tahun aku makan gaji, dan barulah sekarang aku mula bercadang nak berkecimpung dalam bisnes, online pula tu!

Kebelakangan ini aku tak gembira dengan kerjaya aku sebagai pemakan gaji, biarpun gaji aku adalah RM17 ribu lapan ratus 4 puluh 6 dan sen 7 puluh 9 sahaja, dengan epf aku sebanyak 12 peratus dan sekarang 8 peratus - aku tidak mendapat kebahagiaan dan kepuasan hati yang aku ingini, aku dilanda kecewa, oleh kerana itu, aku bertekad untuk berbisnes online. Aku sudah buat 1 blog khusus untuk menjual barangan, My Special Mall. Macam-macam barangan yang aku bercadang nak letak di sini sesuai dengan namanya My Special Mall.

Oleh itu, buku yang bakal dihadiahkan oleh sharinginfoz, memang sangat bertepatan dengan cita-cita aku ini untuk berjaya dalam dunia blog dan seantero waktu dengannya.

Jum lah kita meriahkan dan wish me luck! :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, December 24, 2010

Pekerja

Ingat tak entri aku tentang kakak dah habis SPM? Dan dia sibuk merdeka merdeka, lalu aku kata, 'itu namanya penganggur' [sebenarnya saja nak mengusik anak].

Anyway, dia memang nak cari kerja sangat, aku kata boleh, dalam radius [eh wah], 15 km sahaja dari rumah. Less kilometer is better. Takutlah, anak awak ni perempuan kan.......

Sekarang dia dah dapat kerja di sebuah kedai menjual pakaian, gaji RM20 sehari kerja dari 9.30am hingga ke 9.30pm.

Sebelum dia cari kerja, kakngah pun ada cari kerja, dapat! Di kedai yang taglinenya, xx sen.

Gaji RM500, kerja dari 9am ke 10.30pm.

Condition yang sama, TAK BOLEH DUDUK.

Kakngah tahan sehari saja. Tengoklah kakak, berapa hari pula dia tahan.

Hhhmmm, dun know what else to say, ok lah tu.....

(mungkin aku boleh fikirkan untuk duduk rumah dan jadi housewife pula selepas ini, dan meneruskan bisnes online, kalau anda sedang mencari penanda buku dan jadual waktu istimewa, lain dari yang lain, handkraf yang unik – tailor made boleh diuruskan )

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kumpulan wang simpanan pekerja

Tahun depan mulalah aku dikenakan potongan 11%, hari tu aku pilih 8%.

itu adalah pilihan [A].

ATAUPUN, tahun ini dan tahun 2009 aku pilih potongan epf 8%, dan tahun depan tak ada potongan langsung

itu adalah pilihan [B].

Hhhhmmmm, yang mana satukah pilihan hati aku agaknya? diluah mati mak ditelan mati bapak.

(dapatkan penanda buku dan jadual waktu istimewa, lain dari yang lain, istimewa, homemade, handkraf – tailor made boleh diuruskan)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Datang Dua Tanda

[sekadar berkongsi maklumat yang didengar dari tv, radio ataupun pembacaan, x ingat yang mana satu sebab tak buat nota pada masa itu]

Malaikat Maut datang menziarah seorang nabi dan nabi itu bertanya apakah tujuan kedatangannya? Malaikat Maut berkata dia hanya datang berziarah. Lalu nabi itu mengambil kesempatan bertanyakan bilakah baginda akan mati? Malaikat Maut menjawab, kau akan diberitahukan dengan diberikan 2 tanda. Nabi itu mengangguk bersetuju dan perjumpaan mereka itu tamat di situ.

Seterusnya selepas beberapa lama, Malaikat Maut datang lagi; kali ini kerana tugas. Nabi itu bertanya, dimanakah tandanya yang engkau pernah janjikan dulu?

Malaikat Maut menjawab, 'sudah pun diberikan kepada kamu 2 tanda, iaitu tumbuhnya uban di kepala, dan sakit'.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Empat puluh dan satu

ku tarik nafas panjang-panjang

namun hampagas

aku ini baru sahaja ingin bermula

kala sisa-sisa umur kian merongak

hari pula sudah berada di, senjakala

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, December 23, 2010

Tak Masuk Akal

Demam tambah kuat, membuatkan geram bertambah2 kepada doktor yang bergaya tu. Nak masak tak larat, suruh anak-anak ke kedai mamak berhampiran beli nasi dan lauk. Bawa duit RM15.00. Tiba-tiba budak ni balik, tanpa ada apa-apa, sebaliknya minta duit lagi, kata mereka, nasi pun mahal, harga RM1.20 per pek.

Hah??!! Tak masuk akal langsung!

Nak tak kalau aku khabarkan di blog ni nama kedai tu dan mamak mana yang bertugas? Nak tak? nak tak? Tapi, aku ni bukan jenis...

.
.
.

pandai pun.

Aku bukan jenis tabur beras di periuk pasir orang.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Geram

Badan tak sihat ni, selsema, tekak pedih, nak telan airliur pun susah. Dah terasa ada demam. Aku pun ke klinik, lebihkurang pukul 11.20am. Sampai kat klinik dah dekat nak pukul 11.30am. Berjumpa dengan seorang doktor lelaki yang agak tua, rambut beruban, panjang, gaya dah macam seniman or sasterawan. Dia cuma tengok dan tanya sakit apa, aku pun jawablah, "selsema dan tekak pedih".

Doktor pun angguk-angguk dan mencatat sesuatu di kad pesakit. Lepas tu dia ambil lampu suluh dan suruh aku buka mulut untuk menyuluh anak tekak ataupun nak suluh saki-baki makanan yang terlekat di celah gigi dowhh.

Lepas tu dia tulis lagi dan kata ok. Aku pun kata, aku nak mc ni. Nak rehat kat rumah. Dia pun tengok aku dan cakap, 'kalau nak cuti bukan minta dengan saya, mintalah dengan bos awak'. Aku terus saja pandang doktor tu ingat nak garu-garu mulut dia dengan pensil tajam, tapi tak ada pula pensil tajam kat meja dia. Lepas tu dia kata, 'oklah', sambil tersengih-sengih. Tentu doktor tu feeling like cute.

Aku pun keluar dari bilik tanpa diperiksa suhu badan, rawatan hanyalah di hujung pen.

Macamana? Nak tak kalau aku hebahkan di blog ni siapa doktor tu dan dari klinik mana? Nak tak? Tapi aku ni, bukan jenis orang yang tabur beras di periuk pasir orang......

ek

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* terbaru, keputusan PMR kakngah semua lulus, alhamdulillah. pasal dia ni acapkali dapat F masa pereksa biasa, mesti ada 1, 2 subjek, selalu buat saya naik angin.... alhamdulillah. Mula2 nak masuk sekolah teknik, lepas tu malas pulak...

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Nak cari kerja terjumpa IT AIMAN

Aku sedang mencari kerja, terketaq-ketaq lutut aku ni nak cari kerja, semangat tinggi sungguh.

Cari punya cari, terserempak dengan Blog Dunia IT Aiman, dengan taglinenya, "Laman dunia it aiman, pusat segala informasi tentang komputer dan it".

Dia ni telah mengiklankan untuk mencari seorang volunteer untuk menulis blog secara sambilan di dunia IT Aiman untuk membantu dia dalam menguruskan blog ITnya.

Nak jadi volunteer memang boleh tapi aku mencari kerja bergaji buat masa ni; belum mampu lagi nak bervolunteer, ya dik Aiman... what to do, ayam tak patuk itik tak sudu - maksu ni adalah mata duitan gitu ;p

TAPI BIARLAH, itu kehidupan aku, itu masalah aku. Jadi sekarang ni memandangkan aku dah jadi kenalan kepada adik Aiman tanpa mengira perbezaan usia, aku nak perkenalkan satu lagi blognya, iaitu Blog Kehidupan Aiman.

Selamat berkunjunganlah ke blog-blognya, dan mari kita meriahkan, mari beri semangat kepada blogger remaja, tahun depan dia akan naik ke Form 3. Selamat Berjaya buat adik Aiman.

Oh ya, untuk sesiapa yang mahu membantu dia menguruskan Blog ITnya sebagai penulis volunteer, sila baca dengan teliti:

Kami Perlukan Seorang Penulis Blog Untuk Meringankan Beban .
Syarat - Syarat Untuk Seorang Penulis Blog :--
1) Jangan Meniru Atau Mencopy Artikel Orang Lain Daripada Blog Yang Lain
2) Jangan Membuat Post Tentang Bahan-Bahan Lucah Dan Yang Tak Sesuai Bagi Budak-Budak
3) Jangan Membuat Post Tentang Sebuah Game Torrent Atau Software Yang Mengandungi Malware Atau Spyware
4) Jangan Membuat Post Tentang Kelemahan Blog Ini

Sekiranya Terlanggar Peraturan Atau Syarat-Syarat Di Atas,
Akan Dikenakan Tindakan Seperti Berikut :--
A) Akan Dibuang Jawatan Sebagai Penulis Blog
Dan Sebagainya.

Sekiranya Anda Berminat Menjadi Sebagai Penulis Blog, Sila Email Ke it.aiman2009@gmail.com

Okeylah adik Aiman, selamat berjaya sebagai blogger remaja, berikan tawarkan kebaikan kepada dunia, terutama di bidang IT dan selamat berjaya dalam PMR, SPM, STPM, apa-apa M lah.... M - menjadi yang terbaik, bukan....

m - malas.

Good luck!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

PMR

Hari ni keputusan PMR diumumkan, si kakngah dok berdebar-debar.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Zikir

Doa pagi dan petang

Dengan namamu Ya Allah

Kami meminta pada waktu pagi dan petang

bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang

kurniakan kami dari sisiMu petunjuk

Tunjukkan kami jalan kebaikan

sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah

cahaya dan jalan kejayaan

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, December 22, 2010

HIPO_KRI_IT

hipokrit, ramai yang hipokrit kan....?

berserban, sembahyang tak tinggal, tapi bila menghadiri dinner yang dianjurkan oleh majik-kan, mereka enjoy minum air beralkohol tanpa segan-silu. alah, apa sangatlah, setakat 40 hari tak diterima solat? ya? oh. kalau macam tu tak usah solat untuk 40 hari... kan, buat apa letih-letihkan badan, ya...?

sayang isteri, tapi bila isteri dah tak cantik, dah berisi macam anak gajah [isteri-isteri jangan marah ya], mulalah pandang sana pandang sini tapi tak mahu berpoligami sebab takut tak mampu berlaku adil, nanti kalau ditanya di akhirat macamana nak jawab? dahlah tak pandai berbahasa arab kecuali sebut bismillah alhamdulillah sodaqollah... sudah mati dah lah???

oleh kerana takut tak mampu berlaku adil, carilah alternatif. ya??

carilah yang sama-sama sehati sejiwa yang tidak mahu komitment, tapi tak mahu berlebih-lebih, haram...... berdosa.... hooiihhhh, nanti masuk api reraka

alah, setakat tengok blue, tengok tiger show, tengok 2-piece, tengok free show -apa salahnya....

HEI!! engkau ingat tak haramkah tengok tubuh badan telanjang orang lain?

Hish, ini bukan haram lagi dah ni, haram jadah namanya!

* tak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati, err... ada ka? *

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Baru lihat dah jatuh cinta

Terimakasih buat nur, sudi following blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku ni memanglah sedang mencari-cari bantuan dari segi pemakanan untuk masalah tubuh aku yang bersaiz XL / XXL ni..... tanpa dirancang, aku terlihat di wall FB seorang kawan sekolah dan ternampak iklan Litchin DeBella dan aku terus berminat.

Selepas bertanya dan surf di sana sini untuk mengenali lebih lanjut apakah Litchin De Bella ini, aku mengambil keputusan untuk bersamanya seterusnya meletakkan produk ini di dalam My Special Mall juga. Apasalahnya berkongsi kebaikan dengan yang lain.

Litchin De Bella ini mengandungi 2 komponen enzim dan fiber yang dibungkus secara berasingan tetapi kena diambil serentak, ikut jadul yang ditentukan.

Apa yang menambahkan 'cinta' adalah kerana baru-baru ini di TV, dalam sebuah rancangan kecantikan, kata pakar kesihatan itu, enzim membekalkan tenaga, membuatkan anda tidak berasa lapar, tetapi kena banyak minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter atau 3 liter sehari. Menurut pengguna De Bella, memang mereka dinasihatkan untuk mengambil air dalam jumlah yang banyak, seelok-eloknya 5 liter sehari. Dengan penggunaan yang betul, anda boleh kehilangan berat badan dari 3 - 7 kg dalam masa 10 hari! wow!!

Tapi janganlah kita mengharapkan pada ia sahaja, kita buat juga senaman bersaing-saingan. Kan lebih bagus :)

Bukankah aku dok cerita aku bersenam, bersenam.... sayangnya berat badan tidak naik tidak turun. Memang aku tahu, tahap metabolisma aku sudah merendah diri, selain dari aku juga alami masalah tidak ada terasa nak buang air besar sejak sebulan lebih, buang air besar cuma sekali setiap 3 hari atau 4 hari. Pinggang ada, tapi perut buncit, hazab sangat tatkala mendengar ucapan tahniah dari orang yang penyayang caring society, "tahniah tahniah bila nak bersalin tahniah bila nak beranak".... hish.

Banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah setakat ini dulu, sila lihat di My Special Mall untuk keterangan lanjut. Nak order, boleh saja tinggalkan mesej anda di ruangan komen atau emel kat saya di ceritakosong@gmail.com

:)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Siaran tertunda, projek dan makan [ahad]

Terimakasih buat ati masrif, softtouch hanim, daddy ziyadd - sudi following blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


mula nak menyusun tiles di tingkat pertengahan kabinet dapur pula


lalala
menileskan dindingnya pula

tuan rumah kata, "cantikdah, tak jadilah nak pasang pintu kabinet". yang penting, tuan rumah mesti puas hati :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan kita kongsi-kongsi makan masak lemak kobis,
dengan sambal ikan kayu [ikan tongkol]
p/s; tuan rumah ni minta pula supaya buatkan sinki, haritu sinki tak termasuk pun.
p/s 2; sudah dapat duit yang diminta, tapi itupun sebelum dia cakap nak buat sinki, haaiihhh, susah nak kira ni.... biar hubby yang tentukanlah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 21, 2010

Temubual bersama Ros

PENCARIAN DIRI

Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca blog ini.

Saya berumur 38 tahun, seorang isteri yang bahagia kepada suami saya dan seorang ibu yang menyayangi kelima-lima anak saya. Selepas melahirkan anak, berat badan saya mula bertambah, bukanlah saya tidak menjaga badan, tetapi sedikit demi sedikit berat badan bertambah tanpa disedari. Sedar-sedar berat badan saya dah mencecah ke 76 kg, sudah tentulah penampilan saya menjadi tidak menarik. Saya mula menjadi bahan ketawa dan lelucon saudara-mara juga handai-taulan. Andainya saya pergi menghadiri jemputan kenduri atau kenduri kahwin, belumpun saya makan orang sudah memerli dengan mengatakan, 'cukup-cukuplah tu'.

Pada suatu hari, di sebuah kenduri kahwin sepupu di utara tanahair, saya sedang menyuap anak bongsu saya makan, tiba-tiba saya ditegur & disindir di khalayak ramai itu oleh salah-seorang saudara dengan kata-kata yang saya asyik makan tidak berhenti-henti.

Padahal ketika itu saya sendiri belum pun menjamah makanan, sebaliknya saya sedang menyuap anak. Pada ketika itu juga, hati saya terasa sangat sebak dan airmata saya menitis satu persatu di atas pinggan nasi. Nasib baiklah anak saya sudah pun kenyang ketika itu, kalau tak mungkin dia akan berasa geli hendak makan nasi berkuahkan airmata ibunya.

Sebenarnya bukan saya tidak ada usaha ke arah mendapatkan tubuh-badan yang slim semula, saya bersenam, beraerobik, saya mengambil produk makanan yang diiklankan di akhbar-akhbar tetapi hanya dapat turunkan cuma 2kg sahaja selepas itu berat badan saya tidak berubah. Saya menjadi jemu, sudahlah tidak mendapat kata-kata rangsangan yang saya amat-amat perlukan. Selepas itu, saya mencuba satu jenis lagi produk yang diwar-warkan boleh membantu para wanita juga lelaki ke arah mendapatkan tubuh-badan yang 'cantik'. Malangnya perkara yang sama terjadi. Hal ini membuat saya jemu dan putus asa.

Baru-baru ini ayah saya telah dimasukkan ke hospital, saya amat sedih melihat keadaannya yang tidak berdaya dengan masalah kencing manis.

Balik dari hospital, saya termenung memikirkan betapa saya sebagai anak, berkemungkinan besar akan mewarisi penyakitnya juga ditambah lagi masalah obesiti yang saya alami. Bukanlah saya ini takutkan mati, tetapi saya tidak tega memikirkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian dari seorang wanita yang dipanggil ibu.

Menyelak-nyelak akhbar, saya terlihat iklan Litchin Debella - Litchin Enzim, Litchin Fiber. Saya meminta izin suami untuk mencuba produk ini pula, saya katakan padanya jika gagal juga seperti 2 produk yang lalu, saya akan pasrah dan terima saja keadaan diri yang sebegini.

Alhamdulillah, suami mengizinkan dan saya mengambil produk De Bella ini semasa dia berkursus 2 minggu di Langkawi.

Saya mencuba pack bernilai RM290 untuk kegunaan selama 10 hari. Apabila suami saya balik ke rumah, saya berkongsi berita gembira dengannya iaitu saya dah hilang 2.3 kg selepas mengambil produk ini. Saya meminta izinnya untuk menyambung lagi penggunaan 10 hari.

Kemudian saya beli lagi pack 10 hari itu, iaitu dengan membeli sekotak lagi enzim, yang berharga RM145. Seterusnya, berkat izin Allah dan penggunaan makanan bantuan Litchin De Bella ini, saya dah hilang berat badan sebanyak 4.7kg. Jumlah ini amat ketara dengan penggunaan Litchin De Bella, tidak pernah saya alami penurunan seperti ini dengan penggunaan 2 produk lain sebelum ini.

Saya berkongsi kegembiraan ini dengan suami dan meminta izinnya untuk terus menggunakan Litchin De Bella untuk mendapatkan berat badan idaman. Untuk itu, saya sanggup mengeluarkan duit berjumlah RM1624.00 bagi mendapatkan 7 set Litchin De Bella dgn harga yang lebih murah.

Dan inilah berita paling gembira ingin saya kongsikan dengan anda semua para pembaca blog Coretan Mak Su , setelah menggunakan produk Litchin De Bella bermula pada 19 September 2010, sehinggalah ke tarikh 10 Disember 2010 - berat saya dah turun sebanyak 13.5kg.

Berbanyak-banyak Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt.

Alhamdulillah teramat sangat kerana keputusan pemeriksaan kesihatan di klinik menunjukkan hasilnya yang sangat-sangat positif iaitu bacaan untuk kencing manis, darah tinggi juga kolestrol saya berada pada tahap terkawal.

Dengan kuasa Allah yang Maha Besar dan dengan bantuan Litchin De Bella saya berjaya mendapatkan kembali kesihatan saya.

Kesihatan yang baik tiada tukar gantinya, hargailah diri sendiri dan sayangilah diri sendiri. Mungkin kita sanggup keluarkan duit yang banyak untuk penjagaan dan mencantikkan kereta, rumah, tetapi tak sanggup pula nak keluarkan duit untuk penjagaan diri sendiri dan merubah penampilan diri sendiri ke arah yang lebih elok.

Rosmieza Aziz

My Special Mall

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pelik - Sudah menjadi batu

Pelik - memang pelik juga, kenapa makcik manis? hahaha. Suka hati dia lah. Selain dari itu, saya juga acapankali dipanggil makcik cute, kakak cantik, makcik cantik, muka manis :)

heh heh heh [gua tengah kembahaannng ni]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah menjadi batu

ini madu dari CH - bagus untuk batuk-batuk gatal-gatal tekak,

ini madu dibeli di zoo negarabuat macamana pun dia maintain jer .....apakah mereka sudah berubah
menjadi batu?
Buat tempat sangkut getah pun elok ni... recycling.

p/s: siapa itu #219 ek? puas diintai tapi tidak juga ku terperasan siapa namanya.... [follower 219]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Makcik Manis

Bila sesekali datang menjenguk ke rumah jiran tu [dengan membawa kamera untuk mengambil gambar], tak tentu disambut oleh siapa, kadangkala tuan rumah, adakalanya puan rumah, atau adik kakak, ada sekali tu disambut oleh anak bujangnya yang berumur lebihkurang 8 tahun atau 9 tahun.

'Eh! Makcik manislah, makcik manis datang, makcik manis datang, mak, makcik manis datang', katanya penuh gembira.

Aku jadi terkejut dan pandang kiri kanan atas bawah kot kot ada manusia lain berhampiran ataupun mungkin ada orang bunian menampakkan diri... tapi non ado, aku saja kat situ, dengan dak w yang jadi bodyguard.

W pun menjawab, 'jangan panggil mak saya makcik manis, tak baik tau, berdosa, nanti masuk api reraka', dengan serius.

Aku pun buat-buat muka serius, 'iya, apa pulak makcik manis, panggil makcik saja sudahlah'

Budak tu pun rasa-rasanya terus taubat dah kot... so, tak ada siapa dah nak panggil aku makcik manis, apalah w ni, tak sporting tau.......

Saya yang benar,
makcik saja sudahlah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cameron Highlands

Simpati dan takziah ke atas mangsa kemalangan seramai 27 orang / 28 orang [?]

Teringat pengalaman pergi ke CH baru-baru ni, naik ke atas ikut jalan Tapah, curam. Bas & lori memang laju-laju saja di atas jalanraya tu, mungkin kerana alah bisa tegal biasa.

Untuk balik pula, kami ikut jalan Simpang Pulai [jalan baru]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, December 20, 2010

Siaran tertunda, makan dengan saya [sabtu]

Kesian juga dengan jiran, dok komplen rumah bersepah, susah nak masak. Memandangkan hari sabtu dan aku memasak, aku kongsikan sedikit lauk dengan jiran :)

Makcik tu tak berapa sihat, dengan ada ketumbuhan di kepala, semput & masalah obes juga...

Lauk nenas dengan ikan masin dimasak lemak cili padi berhias dengan cili besar warna hijau [panjang sungguh nama lauk ini]


Goreng ikan, ikan tongkol [ikan kayu], ikan selar, ikan masin - mak aiii, pening, segala rasa pun ada... hih hih hih

p/s: hubby kata sedap, he he he, tak maluler saya ngantar sikit kat jiran [saya ni tak berapa pandai masak kaedahnya, pandai makaannnn jer]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Siaran Tertunda, Renovate rumah jiran [Sabtu]

jum lihat gambar-gambar renovation dapur jiran.

oh ya! Puan Melur Jelita, adik yang bermastautin di Dunia IT Aiman : mekasih kerana sudi follow blog ini, yang ala kadar ni :)

keterangan gambar: ikut turutan
1 - paksu chot tengah bancuh tepung simen
2 - testing letak 1 tile untuk menentukan saiz
3 - sudah mula 'menenun' tiles di kabinet dapur
4 - whoa! tenunan tiles sudah nak penuh!
5 - kakngah mencuci tiles selepas simen mula mengering sedikit
6 - yea!! tingkat atas dah siap! sudah boleh letak dapur, tapi tuan rumah dipohon supaya terus bersabar ya... banyak lagi yang harus disiapkan termasuklah finishing touch :)



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, December 19, 2010

Baiklah, aku giveup

itu adalah api
dari sebuah projek di atas kertas
yang berumur lebih 2 abad tahun
dari sebuah keinginan
untuk merubah sebuah kehidupan

itu adalah api
dari sebuah pembakaran
yang diasaskan oleh seorang anak
ke atas kertas-kertas
hasil tangan ibunya
yang kecewa dan giveup kerana
tidak berjumpa jalan ke arah
jaya

yang dilatari jawapan-jawapan berbunyi,

* iya, nanti saya tengok
nanti saya telefon
saya tengah sibuk
saya akan telefon cik
saya akan tengok
saya memang banyak kerja
saya akan telefon
jangan telefon lagi
saya telefonlah nanti
dan
dan
dan*

Baiklah, aku giveup - aku ni, TiADa NAmA.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, December 18, 2010

Katanya, 'Dah Merdeka'

Si kakak dah habis periksa SPM, seronok sungguh dia, kat mana-mana dia cakap dia dah merdeka, dah merdeka, dah merdeka.

Aku respon, 'bukan merdeka, tapi menganggur namanya tu'

;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Yang sudah berlaku

Jum tengok gambar tentang apa yang sudah dilakukan oleh paksu chot semalam, yang terpaksa ambil cuti dari kerja makan gajinya kerana jiran tu sebok komplen mana nak masak? rumah bersepah, rimas, bila nak siap dan sebagainya, walaupun sudah diterangkan dan dia sudah tahu bahawa *paksu chot bekerja makan gaji, selepas habis 5pm boleh ambil OT tau, maklumlah, bukan berjawatan eksekutif*.

Oh, apa salahnya cuti, kiranya ini adalah orang meng*upah* awak membuat sebuah kabinet dapur jadi apa salahnya berkorban tinggalkan kerja untuk kerja freelance ni [yang seolah-olah free cuma mengambil duit pembelian barang saja. Semalam minta duit, tapi diberi separuh saja dari yang diminta. Hmm, again, mana duit upah? Masih tak dapat.... :(]

Dengarnya duit berkenaan yang asalnya nak digunakan untuk *teettttt* sudah mula pupus :(

Apa nak buat... sindrom duit, sindrom berduit, rancangan asal tak nampak, tiba2 nampak aksesori rumahlah itulah inilah.

dok merungut jer ni, gambarnya mana? keh keh keh

. buat bancuhan simen [C] berserta kapur [K]
. buka frame papan lapis dah dan touchup mana patut

. pergi cari tiles, ada pelbagai rupa bentuk [ada kilang tiles dekat dengan rumah kami mengeluarkan jenama glemer dan hebat-hebat]

. bawa budak ni sebagai assistant [aka tukang sibuk]

. rambang mata dibuatnya

. praktis memotong tile menggunakan tool memanggang memotong

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, December 17, 2010

Rancangan TV untuk kanak-kanak

Haritu baca entri tentang rancangan tv untuk kanak2 di blog ummi.

Aku pun ada beberapa rancangan tv untuk kanak-kanak yang aku approve dan tak approve. W gemar menonton en jeri [Tom n Jerry], sepanbob, d the explorer, garpill, thomas n frens, doremon, hagemaru, asarichan

Ada juga kartun-kartun yang dia tengok tapi aku tak suka, iaitu kartun alihbahasa yang mempunyai bahasa yang kasar. Versi bahasa inggeris pun memang dipenuhi dengan bahasa kasar. Sementelah, bila dialihbahasakan - pun bunyinya sangat kasar, asyik nak marah. Dahlah mengalihbahasa gunakan dialek kedaerahan. Jadi di manakah kempen kerajaan Malaysia nak mengembangkan kecintaan rakyat Malaysia kepada bahasa Malaysia? Well, memanglah kedengaran lucu tetapi lagi sekali, dimanakah kempen dan kesedaran dan menyahut kepada seruan?

Tentang alihbahasa tu, kitorang tertaksengaja cuba try test, jadi semenjak hari itu w nak tengok cuma dalam BM sahaja, mula-mula aku layankan juga, sekarang aku selalu cakap, kena dengar BI juga sebab nanti di sekolah pasti akan belajar BI juga.

Nasib baik dia faham, cuma sekarang masih bertekak sebab dia masih tak faham apa itu BI [masih belum start sekolah] dan paksa untuk tukar bahasa lain [kami tak berbahasa BI di rumah, salah aku jugalah ni, masa w baru lahir memang aku berBI saja dengan dia, lama-kelamaan aku jadi malas].

Jadi sekarang ni, aku tak suka kepada kartun alihbahasa, aku tak suka kepada pemilihan jenis kartun yang biadap dan kasar. baru-baru ni dia tanya, bila kita nak beli 'pokok dan hias pokok'.... hhhmmmm, so unfortunate, no thanks kepada pengaruh dari TV.

Tak ada banyak pilihan sekarang, cuma ada 1 kartun saja dari local product :(

Mengenai anak2 remaja aku pula, mereka sukakan anime, pada pandangan aku, itu adalah cerita cinta cinta cinta seksi seksa versi lukisan cute. Well, sebagai seorang ibu, aku rasa, kartun should remain as kartun, entahlah, takkan nak stop kreativiti orang sebab aku seorang ibu, kan........

* Susahnya nak membesarkan anak.... *

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pregnancy, what you need to know

Terimakasih fizz, sudi follow maksu di sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PREGNANCY Q & A & more!
Q: Should I have a baby after 35?
A: No, 35 children is enough.

Q : I'm two months pregnant now. When will my baby move?
A: With any luck, right after he finishes college.

Q : What is the most reliable method to determine a baby's sex?
A: Childbirth.

Q: My wife is five months pregnant and so moody that sometimes she's borderline irrational.
A: So what's your question?

Q : My childbirth instructor says it's not pain I'll feel during labor, but pressure. Is she right?
A: Yes, in the same way that a tornado might be called an air current.

Q: When is the best time to get an epidural?
A: Right after you find out you're pregnant.

Q : Is there any reason I have to be in the delivery room while my wife is in labor?
A: Not unless the word 'alimony' means anything to you.

Q: Is there anything I should avoid while recovering from childbirth?
A: Yes, pregnancy.

Q : Do I have to have a baby shower?
A: Not if you change the baby's diaper very quickly.

Q : Our baby was born last week. When will my wife begin to feel and act normal again?
A: When the kids are in college.

[sumber emel]

Bermesra dengan digital

Awan berarak


Awan in parade



Refleksi Diri
Berehat


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, December 16, 2010

Barang yang hilang kerana tak ada name tag

"Jadinya masak kari ikan ni kena ada ikan, santan, rempah kari ikan, bawang-bawangan, halia sikit, air asam jawa, kita kombinasikan dengan sayuran tomato, bendi".

Kakngah tercari-cari di dalam segala plastik termasuk jugalah di dalam plastik sampah, "mana tomato?". "Aik, tadi dah beli, mesti ada, check balik".

cari cari cari, sori sori sori shori shori shori [eh, ada masuk lagu super junior K-Pop pula].

"tak jumpa"

"kenal tak tomato? buah yang warna merah tu".

"orang kenal tapi tak ada pun".

"eh, pelik sungguh"..... cari punya cari, terus sampai ke pasar. "Dik, mana tomato akak tadi?"

"Tomato akak? iya ker? mana saya tahu, saya ingat tomato tu tersesat, saya letak balik dah di kotak tomato", kata encik peniaga pasar basah di sebuah kedai runcit.

"Penat akak pilih"

"Lain kali akak letaklah notis kat situ, barulah saya tahu"

"Sejak bila nak kena buat macam tu? Okey, lain kali akak bawa name tag datang sini, akak pinkan kat sayur atau ikan yang akak nak beli"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tudung Hijau Kad Jemputan Kahwin

Ingat tak yang aku menang contest ICT yang telah dianjurkan oleh enna banana, di entri ini menunjukkan w jadi modelnya, tapi kini, aku dah pakai sendiri dah :) Saja ja nak beritahu, hi hi hi. Ada satu lagi tudung warna biru belum try sendiri.

Aku juga nak beritahu yang aku dah terima kad jemputan kahwin dari
mak dara Terdiva mdt, yang kahwin tu adiknya. Kenduri di Perak.

TQ mdt, sudi jemput kita :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Aku memang bukan jenis berkiraaaalah

tentang intake kalori di dalam badan.

Kita semua dah tahu siapakah pemenang biggest looser asia musim ke-2, aku ni admire sangat kat Nai, dari Thailand. Selalu menang weekly semasa di biggest looser resort, tapi tak sangka, kalah 1 kg kepada Raj dari Singapura. Yalah, dah rezeki Raj, seorang gamer.

[Gamer, bukan Gemas..... hi hi hi]

Kata Genghis Khan, if you can dream you can do it, pursue your dream
Kata Raj, anything is possible.

Apa yang aku telitikan di dalam program biggest looser, sesuatu jumlah kalori kita ambil boleh dibakar dengan sesuatu jenis exercise atau generally whatever exercise yang perlu dilakukan untuk beberapa minit/jam. Barulah dapat zero kalori semula, what you eat, you burn it.

Semua pun dah tahukan yang aku ikut exercise di tv, kadang2 1 jam, kadang2 1/2 jam - tengok pada jenis what on airlah. Makanan pula, biasanya nasi pantang ambil, mesti nak ambil. Ayam, daging. So aku assume, aku ambil 2 ribu 3 ribu kalori per day, aku bakar 50 kalori setiap hari or selang sehari....hhmmmm, bolehlah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit susut juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, December 15, 2010

Left right left right cemerlang

Perkongsian dari ceramah Datuk Dr Fadzilah Kamsah

[tidak ambil nota, berdasarkan ingat-ingat saja] [applicable more to pelajar dan elok juga buat semua, yang ingin merubah diri jadi insan cemerlang] [tambah sikit-sikit ikut suka hati maksu]

Otak terdiri dari 2 bahagian dan orang yang cemerlang guna otak kiri kanan secara seimbang.
- otak kiri kawal anggota kanan, otak kanan kawal anggota kiri
- otak kanan untuk sastera, kreatif, imaginasi, fantasi, rekaan, design, seni, keindahan, thinking out of the box
- otak kiri untuk matematik, logik, realiti, teknikal, sistematik, teratur, rapi

Penggunaan otak kiri dan kanan penting dalam kehidupan seharian sebagaimana burung terbang dengan menggunakan kedua-dua sayapnya untuk mendapat imbangan. Begitu juga dengan manusia.

Perbezaan ketara kelihatan terhadap seseorang individu yang lebih banyak menggunakan sebelah bahagian otaknya sahaja, kiri - contoh: saintis, ahli perniagaan, politik, doktor, designing a pattern for the good of mankind.

Lebih menggunakan otak kanan, contoh: seniman, sasterawan, pelakun, scripwriter [hehehe, please don't take as a scriptwriter, pening], blogger [bolehkah?], pelukis.

Untuk seseorang pelajar menjadi cemerlang dalam usia remaja mereka, mereka digalakkan untuk menggunakan otak kiri dan kanan serentak; latihan yang sesuai adalah dengan cara menggerakkan kedua-dua belah tangan, kaki serentak secara beritma dalam satu masa.

Contoh: main piano, main gitar, main dram, lumba lari, berenang, berbasikal sambil juggling.

In another matter, kita boleh juga bermain sudoku, puzzle, dam, kuiz, teka-teki, responding to tag di blog [bolehkah? hahaha] - sebagai latihan menajamkan pensil otak.

Banyakkan membaca quran, elakkan pikun
baca juga terjemahan, tafsir, dengan tekun :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menaipngut 1, 2, 3

1) [menaipngut - menaip sambil bersungut sebab tak puashati dalam kehidupan] [har har har]
[bukan menaip dengan sesungut, ya]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2) Pada hujung minggu ni, hubby kata dia akan mula pasang tiles di kabinet dapur jiran tu. Ceritanya ada di * sini *

Masalah kami adalah ini boleh dikatakan first serious job yang hubby ambil di bahagian kerja kontraktor/renovation ni. Sebelum ni ada juga,
* buat dapur, buat dapur sebiji tau - di 2 buah rumah
* buat garage
* buat lantai untuk halaman rumah teres
* bubuh atap di rumah flat ground floor

upah yang didapat cumalah, sebekas kedap udara kerepek & kuih raya, baju-baju lama yang tuan rumah dah tak muat [kira sedekah kat aku dan anak-anak aku katanya - tapi satu pun kita tak pakai sebab bukan saiz wealls at all], RM35.00, RM100.00, RM50.00.

Mengenai upah RM50.00; adalah untuk renovate kabinet lama dapur dengan menukarkan tiles lama ke tiles baru - buat lepas kerja, hubby balik lewat banyak hari.

Jadi di blog, aku tak tahu samada nak cakap aku bangga or kecewa dengan suami aku sendiri memandangkan hasil kerjatangannya tidak pun mendatangkan hasil TAPI aku tak boleh cakap apa-apa tau kerana dia buat kerana suka, daN NAK tolong kawan. Tapi cuba awak fikir, kalau ada duit untuk supping raya, untuk jenjalan vacation ke sana ke sini 4 hari 3 malam, dengan suami aku engkau kasi upah RM35.00, RM50.00 - berbaloikah? Aku tak boleh cakap apa, takut berdosa ambil tahu, campurtangan dalam urusan suami. Kaedahnya......... kan...... [?]

Yeah, so annoyed......

Okey, berbalik kepada perihal sekarang ini, orang tu sekarang bukan saja suruh buat kabinet dapur, suruh pecahkan belakang untuk extend dapur, suruh bubuh simen dan atap di halaman berumput, so berapa kami nak ambil? Kami baru ambil RM600 sahaja untuk beli barang plus upah untuk buatkan kabinet dapur. Kalau tambah kerja, takkan cukup dengan RM600 jer [?]

............... susah, susah ........

Anyway, hubby akan minta tambahan duit juga nanti. Aku pesan kat hubby, kita kenal jiran, kita tahu latarbelakang kewangan dia sikit2 macamana, biar berbaloi tapi jangan melampau, buat macam-macam, tapi dapat upah cuma RM35.00..... eeiiii? apakah...? manalah letak pemikiran diaorang ??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3) Mengenai baju sedekah, kena cakap juga ni, it's ok nak sedekah kat orang susah [kami memang kategori orang sederhana tahap susah - yuran sekolah anak biasanya tidak dapat tidak mampu nak dibayar cepat hinggakan anak-anak kena perli ngan cikgu; sebab dua2 kami gaji kecik, susah nak adjust sana adjust sini] [tak malu pun nak mengaku, mula-mula dulu malu juga, tapi pedulik hapa aku, it's my life, afterall], tapi kalau baju tu saiz tak sama, how to take? anak-anak aku saiz xs. aku pula saix xl. baju yang didapat adalah bersaiz xxxxl.

we simply cannot

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tak dapat nak concentrate bikin filem

Terimakasih faarihin, sudi follow blog ini :)

Babak, atas lrt di area dekat-dekat masjid jamek.
Pelakun, lina dan where'sali

Prop, dummy pump gun

lrt bergerak perlahan, sebab kat landasan tu, mana boleh race!

lina: ha, apalagi, tembaklah, ingat, tingkap ke lima, tengok mata aku dan jari aku, tingkap ke lima, lima.... lima.... lima

where'sali: ooi pempuan, kau nak hipnotis aku? kau nak hipnotis aku?

lina: sori, sori, ha , teget cepat, teget, tingkap ke lima tau

tiba-tiba terdengar bunyi, kuduk kudak kudak kudak kuduk kudak kudak kudak, eeeiiikkkk [bunyi binatang mengekik]

where'sali: oo mak aiii, tekejut aku, kuda atas bumbung lrt ni? abislah kita lina, dil-bil-klmnopq datang dah, mesti kena samanlah ni

eeeiiikkkkkk [kuda bagi brek emergency]

pegawai: bobby, good bobby, relax, cool down, stretching, nasib baiklah kuda aku ni expert dalam kuda-kuda.

pegawai: apa engkau orang buat atas bumbung lrt yang tengah berjalan ni? mental dah? mengong? nak commit suicide?

CUT!!! [director]

tiba-tiba datang PA kasik simkad. PAANNGGGG! PA kena lempang.

director: aku cakap cut cut potong potong cut, okey? cut! stop stop. aku bukan nak sim kad aku!

where'sali: bang, sori bang, saya actor jer, ada apa-apa abang tanya director, dia yang suruh kami manjat bumbung lrt ni, saya ni dahlah gayat tempat tinggi

lina: abang datok sayang intan payung, kami berlakon jer bang, bukan nak buat apa pun

pegawai [sambil keluarkan buku saman]: abang tak abang, aku tetap saman. eh aku tak fahamlah dunia seni ni? scriptwriter mana yang dapat idea suruh lari-lari atas bumbung lrt lepas tu gaya macam penyamun siap ada pump gun, itu betul ker tipu tu?

director: saya tak pasti encik, tak apalah encik, nak saman samanlah, saya opt for early retirement.

lina: laaaa....abis tu bang, penatlah saya ni, dahlah kena lari-lari atas bumbung lrt, berlatih buat tembak lencong lagik, kening saya ni dahlah kena tembak dengan si where'sali ni sampai kena buat plastic surgery ni, sekarang dah macam 2-face dah, sebelah kening ori sebelah kening sin-chen....

pegawai [tergelak besar sambil gelak guling-guling tekan perut]: astaghfirullah, aku ingat teknik mekap tadi, hahaahaha. sori cik sori, saya tergelak, maaf tau. jangan ambil hati ya

pegawai bercakap dengan walkie-talkie: air milo, air milo

terdengar suara menjawab: daun kering, daun kering, hei masri, kenapa kau tukar coding pulak ni? helo ni masri ker bukan?

pegawai: aku lupa daaaa, aku nak order air milo, paha aku ni rasa macam nak krem buat kuda-kuda atas bumbung lrt ni, nasib baik Bobby maintain

director [menyampah, ada saja yang mengacau aku bikin filem]

PA yang kena pelempang sambil menghulurkan sekeping surat: nah! ambil ni! surat berhenti kerja, saya berhentikan encik kerja sebab encik suka pekik-pekik, menyakitkan telinga saya jer

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, December 14, 2010

Sebalik tabir pembikinan

Terima kasih arel_121205, sudi follow blog ini :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Babak di ruangan sejuk beku sebuah kilang kain. Pelakon: where'sali, angel dan lina, pergijoli, tukang pukul.

Tukang pukul - 'why are you here?!'

where'sali - 'sebab kau panggillah'

[sound effect] dusyum dusyum bubat tebabooo kebaboom

Tukang pukul - 'why are you here?'

Where'sali - 'kan kau yang panggil tadi kan? aku cilok jer tau dari ofis'

[sound effect] dusyum dusyum bubat tebabooo kebaboom poooootttttttt

[tukang pukul tersipu-sipu] 'sori director, ter....'

[gedebus] [hero pengsan]

'kad!!!!!'

[floor manager kelam-kabut lari sana sini] 'kemas, kemas, simpan semua barang, director cakap cut'

[director cekak pinggang, muka merah padam marah] 'aku cakap kad! aku nak sim kad aku! tadi dia ni amek simpan sebab takut ada peminat calling2! badigol, tu kenapa where'sali pengsan? main-main ker betul-betul?'

[tukang pukul angkat kedua-dua tangan sambil tersengih-sengih] 'bang, sori bang, saya rasa dia pengsan betul-betul, saya ter....errrr, terr....'

[director naik berang] 'Ya Allah.... ko terkentut bau hapa ni?' 'dah, dah, simpan barang, aku pun rasa nak pengsan dah ni'. 'angel! lina! pergijoli! korang kat mana? jum balik, scene ni consider batallah!'

'floor manager, cari mana dorang??'

[floor manager jadi tambah kelam-kabut] 'tuan director, dorang tengah bluetooth lagu sori sori K-Pop, dorang kata sat lagi baru abis'

[director] 'aku bersaralah!!'

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Idea niaga pros n cons

Sempat juga aku berbrainstormed dengan hubby mencari idea untuk memajukan keluarga terutamanya dari segi kewangan, ini semua berlaku selepas kami melepasi kawasan Bukit Jalil dan melihat bekas tapak rumah hantu yang menunggu tokeinya robohkan untuk dilipat-lepat.

Melihat itu, kami dapat idea untuk membuat suatu perniagaan, rumah hantu! Casnya tidak terlalu murah tidak terlalu mahal, mungkin Rm4 cukup untuk bayaran sewa sebuah pondok buruk usang di tepi hutan gelap-gelita bersemak-samun tebal.

Untuk kelainan kami ingat nak hire hantu-hantu profesional, perkhidmatan tidak perlu dibayar dengan wang ringgit, cukuplah pulut kuning dengan telur kerebau, kan? betul tak? Macam itulah scene yang kita lihati di tivi....

Malangnya takut customer kena rasuk pula, terutama bagi yang lemah semangat tu, tapi ini tidak melemahkan kami, malah kami dapat idea untuk sediakan perkhidmatan sokongan iaitu pondok bomoh. Lepas keluar dari rumah hantu, terus ambil nombor kat pondok bomoh - minta air penawar ker apa ker, kan kan?

Lagi satu additional product, tempat itu kelak bakal disewa dengan kerap oleh pembikin2 filem, pencari2 paranormal dan travellers yang suka melawat tempat2 pelik

Tak ada idea gila! semua idea adalah logik dalam berbisnes.

what a session.... kagum dengan diri sendiri ni ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Gambar-gambar Ring Sling [3]

Seperti yang ditontonkan dalam 2 entri sebelum ini, ring sling ada 3 cara penggunaan, iaitu

hip carry, (hip carry)

cradle carry, (cradle carry)

dan ada juga back carry, bagi yang sudi melihat, gambarnya ada di sini, (back carry)

semoga bermanfaat buat yang memerlukan dan bagi yang lain-lain, boleh tambah ilmu pengetahuan.

Macam saya sendiri, sebelum ini tak tahu pun tentang kewujudan barang-barang ini, yang amat membantu dalam urusan seharian - dengan nak masak, dengan anak menangis/menyusu [breast feeding], dengan nak shopping, dengan nak tolak trolley lagi, dengan bersempit-sempit di tempat awam lagi... fuhhh, memang penat - tapi sekarang dengan ring sling mahupun Mei Tai - semua jadi simple dan sempoi dan comfortable, bonding anak dan ibu juga tambah erat, dari segi saikologinya, anak adalah lebih tenang kerana rasa selamat :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.