Tuesday, November 30, 2010

Me and the Banks 2

Kisah Kereta

Kisah Me-and-the-Banks menceritakan tentang bank dapat cek pembayaran via epf money untuk housing loan a customer, which is, me. Dimana bank senyap saja dan tidak pun call customer untuk melakukan semakan, iyalah, manalah tahu, kot-kot customer (which is, me) nak tolak kat pokok sikit, akar sikit, daun sikit, postage pun makan 50.00, duit telefon pun 10.00 kot, so, i really appreciate it if bank can call me upon receiving money doesnt matter if it's my husband's epf money ataupun your husband's epf money, OOPS! maaf kak, maaf.

Ini tentang kereta nasional yang masih ada loan lagi 15000 to settle (lebihkurang). Kita ada tunggakan lama 1 bulan, dan bila masuk bulan november (this month) kita lewat sebab gaji kita bukan 20 haribulan, tapi adalah dibayar pada hujung bulan. Bank pun call, 2 kali dah called. Bank juga hantar surat, satu postage entah berapa puluh ringgit dah kena cas, kan. Satu panggilan telefon pun mahal juga, macam dari rombau nak call ke rusia lebihkurang chargesnya tu.

Surat dan call tu mengingatkan customer untuk jangan culas dalam membuat pembayaran.

Kesimpulannya, bank akan call call customer masa nak duit, bank tak call customer masa dapat duit unless jumlah yAnG BESarrrr PUNYER seperti 8 juta, 8 bilion and etc.

My feeling: feelingless, tak tahu nak cakap apa, depa betoi sajalah, yang salah tu semua aku, yang jahat tu aku yang tak reti tu aku, bbluuweeekkkks

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Me and the Banks

Kisah Rumah

Keluarkan duit epf hubby tahun ini baru-baru ini sebab akaun 2 aku memang dah habis langsung dah, baru nak bermula semula sebab all these whiles memang cuma keluarkan duit epf aku saja. Memang asal niat tak mahu usik duit hubby sebab konon nak enjoy masa dia bersara nanti. So, epf janji akan keluarkan cek dalam masa 3 minggu dan aku boleh call bank on and off untuk check. Aku called bank pada minggu ke-3 dan bank kata tak ada terima cek.
- 2 hari kemudian, aku called lagi, dan jawapan yang sama, belum terima cek.
- 2 hari selepas itu pula aku terima surat reminder dari bank kata sudah tertunggak November 2010 1 bulan housing loan, juga ada surat dari epf kata duit hubby dah dikeluarkan dan cek berjumlah 8k+ dah dipost ke bank directly.
- the next day immediately called bank dan bank kata dah bank-in cek dan dah proses as future instalment. Aku kata aku biasanya bahagi dua jumlah cek iaitu tolak pokok separuh dan future instalment separuh, masalahnya kali ni, epf terus post ke bank, jadi aku tak dapat monitor teknik pembayaran.
- bank kata kena keluarkan surat.
- bank kata normally mereka akan call customer andainya jumlah yang tertulis di cek adalah JUMLAH YANG BeSAr.

kesimpulannya: kalau setakat 8K+, jangan harap bank akan call customer untuk double check sebab besar apa barang lapan ribu? orang lain bayar rumah dia adalah 8 ribu sebulan tau? dan aku punya lapan ribu itu (duit epf laki aku), boleh cover instalment untuk lebih lebih lagii dari kebiasaan, so duduk diam-diam sudahlah...

Ralat:
1) kebiasaannya aku memang tolak sikit dari duit epf ke bahagian pokok - tak dapat buat sebab cek terus dihantar ke bank

2) loan amount adalah 71000 pada 4, 5 atau 6 tahun yang lalu bermula dari upacara pecah tanah, dan jumlah sekarang adalah 69000, cuma 2 ribu sahaja berkurangan after many-many-many payments!!?

3) walaupun amount atas cek cuma 8 ribu +, tolonglah call customer untuk semakan. Aku tahu aku tak boleh makan duit epf aku sampailah aku umur 50 tahun or 55 tahun or mati whichever comes first, aku cuma nak uruskan bab pembayaran portion portion untuk housing loan jer, bukan nak pergi makan ikan bakar kat muara pun....

4) regulations ni bertukar suka-suka hati, ek? now my instalment adalah banyaakkkkkkk tau, aku boleh rehat dari fikir loan rumah sehingga 2012. sekarang ni tahun berapa? katanya epf instalment untuk dibuat selama berapa bulan? aku suka juga, whateverlah, anyhow, DUit tu pergi kat rumah juga. Aku cuma pelik bab regulation mereka, sekejap gitu sekejap gini.

p/s: paksu chot kata di tahun 2012 tak yah fikir rumah dah, kiamat.... bak kata cerita omputeh
a'ah..... iyalah kan.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wedding photographer

Salam riang buat semua, aku terharu sangat sebab encik akiee, seorang Wedding Photographer adalah merupakan pelanggan pertama ruangan Iklan di blog ini. Terima kasih terima kasih banyak atas kepercayaan.

Semoga bisnes anda pula sentiasa sukses dan berkembang maju.

Untuk menghargai pelanggan pertama, saya dengan suka hati nak buat promo, anda boleh cari dia di facebook.com/akieekoakiee [Akie: 0123401804]. Dia boleh mengambil gambar wedding, bertunang, school's events, anniversary dll. Tanyalah apa saja dengannya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 29, 2010

Epal

Tengoklah buah-buahan yang dipisau-pisaukan tu...... yummy!!! :D



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Hendakku merintih kepada Allah

Macamana tak merintih?

Aku memang rasa terseksa di tempat cari makan ni, aku tak kisah cari kerja lain yang memerlukan qualification yang lebih rendah asalkan dapat gerak pergi, keperluan tangga gaji pun aku sangat-sangat tak kisah tapi janganlah kau bayar aku RM700 sebulan (nak beli pad pun tak lepas, mouse pad lah, bukan apa pun) tapi tak dapat, sehingga hari ini aku dah terima TUJUHHH jawapan rejek beralasankan dah dapat orang yang lebih sesuai dengan pekerjaan dan dengan qualification yang sesuai, sedangkan aku adalah overly qualified, however they thank my interest in the company

(mungkin juga mereka nak cakap yang aku dah tuwa tapi mereka segan kot, aku dah 41 tahun, entah siapa yang sudi.......TAPI, kalau aku ni pelakun filem lucah umur 81 tahun baru nak bersara, sohih tentu mereka terima aku kerja sebagai apa-apa pun kan, tak pakai tudung, pakai skirt, high heels 5 inci, beg tangan kaler merah, lipstik kaler shocking pink, CILLAKKKAAA).

Dah tu, baru sebentar tadi aku kena marah via email dengan nada kegeraman yang amat sangat (ingin aku gunakan perkataan MAHA untuk melambangkan besarnya marah makhluk itu, tapi dia itu siapa di sisi Allah sedangkan kita tak sembah tuhan yang sama puuunnn).

Ceritanya begini:

1. 'tali leher' kata nak cuti, aku ambil inisiatif tanya, 'you nak i applykan cuti u tak?'

2. 'tali leher kata, 'nak, mekasih, applykan pada tarikh2 ini ini itu itu itu ini itu'

3. 'tali leher' kata, cancel cuti no 3 dan 4 sebab tali leher kena pergi overseas atas urusan kerja

4. aku pun applykan cuti untuk dia, no 1, 2, 5, 6, 7

5. aku juga apply cuti untuk aku, aku kan banyak cuti, maklumlah, aku ni orang spesis tak cuti, sebab tak ada uwang nak gerak sana sini, daripada dok umah melongo, baiklah aku datang kerja, tarikh aku bercuti adalah tarikh 'tali leher' kena pergi overseas. tukang approve cuti aku adalah si 'tali leher' itulah.

6. dapat emel tulis, 'kenapa awak apply cuti saya pada hari saya kena pergi overseas?? kan saya dah beritahu jangan jangan jangan!!!'

7. jawapan aku: 'tali leher', cuti itu adalah untuk saya, saya nak ambil cuti, nak habiskan cuti tahunan, tarikh cuti itu adalah bersamaan dengan tarikh anak saya pereksa SPM dan tarikh dia dan kawan-kawan dia bercadang nak outing. tarikh saya applykan cuti 'tali leher' adalah pada tarikh seperti diarahkan iaitu 1 2 5 6 dan 7. Tidakpun apply untuk 3 dan 4.

Hendakku merintih kepada Allah, siapakah lagi yang boleh memahami situasi aku? Aku hendak berambus dari tempat yang aku TIDAK DIHARGAI ini... !!! aku bukan baghal yang hendak kau herdik selalu

"Bismillahir_rahmanirrahim: Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yunus: Ayat 107).

Walaupun sudah aku terangkan, tidak pun 'tali leher' memohon maaf -> 'sori', 'sowi', 'alamak! i tersalah baca', 'sorilah, i tertekan sangat pagi ni', 'oohh, i tersilap pandang', 'my mistake', 'pardon me', 'i am wrong', 'aiyoyo apa i sudah buat kat u?' dan sebagainya.

TAK ADA PUN! NON ADO!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Jangan salah-sangka

Saya nak beritahulah kepada orang-orang, bahawa saya adalah tetap orang yang sama, sebagaimana yang kamu kenali dahulu. Tidak ada apa yang berubah, bezanya sekarang saya enjoy menulis di ruangan blog yang percuma ini.

Saya masih orang yang sama, yang selalu tak ada modal nak memulakan bicara tapi kerap tersengih kerana nak cover bab kekurangan idea tu.

Tidak perlu cakap, "oh dia dah lain, dia popular". Itu adalah sangat salah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, November 28, 2010

Saya telah diupah

First thing first adalah untuk berterima kasih pada Faraulah, atas kesudian folo blog ini :D

Aku dah selesai projek membuatkan 2 sales blogs untuk member, of course aku tak type coding sebab aku bukan orang IT pun, aku buat seach here and there untuk cari template, background yang sesuai selama beberapa tahun hari, paste delete paste delete, lepas tu created a new blog using dummy email address, transfer template yang terpilih dan check lagi, banyak trial and error jugalah dan search search, pilih nama url yang sesuai, pilih tagline, dan cari widget yang sesuai untuknya.

Beri dia tengok dan see her comments, tak sesuai ngan citarasanya maka ditukar lagi, dan so on, sehinggalah dia kata ok boleh go to the next steps, begitulah seterusnya sehingga dapat seperti yang di bawah ini.

Macam ni, berbackground biru - adalah untuknya meletakkan kain-kain cotton yang menjadi passionnya sekarang, dan juga kelak akan jual pelbagai items lagi menurutnya. Linknya di sini VIPCOTTON.

Anak panah menunjukkan free font yang aku guna di header tapi tak keluar kat semua pc, sedihnyer..... header cuma tunjukkan 2nd type of font, sebab tak semua pc support true type font berkenaan hu hu hu, penat bersengkang mata mencari font yang bersesuaian ngan konsep.

Seterusnya ada kartun dan hijau lembut adalah untuk jual rugged outfit for kids JEANS FOR KIDS. Proses yang sama juga berlaku.

Selepas dah suka, aku tukar nama owner, tukar alamat emel dan handover kepadanya, dan aku jadi administrator saja, dan sekarang dah boleh tarik diri dan dia boleh meneruskan projek jualannya :D, selamat berjaya!

Terimakasih atas kepercayaan. Bagi orang seperti aku yang ada limited resources, tak ada photoshop ni, aku terpaksa gunakan apa saja software yang ada, luckily sekarang banyak free templates, free backgrounds boleh digunapakai. Cuma itu sajalah kemampuan aku. Tapi aku akan cuba sebaik mungkin mencari-cari design yang berkenan di hati client, eh wah.

Overall, i am beginning to love this task. Sebab leh dapat extra income jugalah ni... ;)

~ cemana? nak contact ker i? hi hi hi

: kita ni memang dah lama, tapi reality is -> masih ada yang baru, baru nak mula, baru nak bertapak, baru nak melangkah :

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, November 26, 2010

SOHO

Memulakan dengan terimakasih kepada fuzzy atas kesudian follow blog ini.

Okey, sambung cerita;

Sesekali kena tunggu hubby, aku bersidai di pondok sekuriti, sekuritinya adalah mat bangla. Selalu panggil aku "kaka, kaka, kaka" (tiba-tiba aku terasa macam professional footballer pula).

Setiap kali singgah di situ aku hairan, akhirnya aku bertanya pada hubby, 'mat bangla ni rumahnya di mana?' Paksu chot kata inilah rumahnya inilah pejabatnya (pejabat tau, bukan pondok sekuriti).

Sekali pandang, memang agak lengkap untuk sekadar dipanggil pondok sekuriti, gambar-gambar yang tertera di bawah membuktikannya. Ada kapas korek telinga, sikat, gunting, log books, pinggan, beras, periuk nasi, tilam, bantal, kerusi typist, sofa pvc, kipas meja, peti tv, poster footballer, baju yang disangkut dihanger dengan kemas; pemain cakera padat pun ada tau.
Aku bertanya, 'bini tak ada?'. "Bini tak adalah kaka, saya satu orang saja sini".

"Kat kampung tak ada bini?"

"Takkan mahu tunggu, saya sini banyak lama, kasi lepas sajalah kaka".

"Tak rindu kampung?"

"Mesti rindu juga, tapi saya sudah sayang sama ini Malaysialah kaka, itu Bangladesh kampung halaman, ma ada, ayah ada, abang ada, kalau hati ada ingat, boleh kol".

"Dah berapa lama duduk sini?" (aku ni tiba-tiba ada banyak soalan pula, layanzz)

"Sudah 10 tahun kaka, kawan pun sudah ramai sini"
"Awek ada?"

Bangla tersenyum-senyum, "Tak adalah kaka".



(apakah ada gambar Kaka di poster itu?)
Katanya dalam adik-beradik dia, cuma dia seorang yang merantau di Malaysia, keluarganya kaya, ada tanah rumah dan tanah pertanian dan ada kuli paling kurang pun 8 - 10 orang untuk membuat kerja-kerja bertani. Semua pun tanam sendiri, padi, sayur, lembu ternak sendiri, semua di bawah bumbung sendirian berhad.
"Awak datang sini tengok tempat tidur awak, sini tidur sini kerja, ruangan kecil, kalau kat kampung sana, ada orang buatkan kerja untuk awak, lagi best".
"Tak apalah kaka, saya sudah sayang sama ini Malaysia", sedih sikit, mungkin teringat kat kampung.
Paling tidak pun, sekarang aku dah tahu apakah itu SOHO, small office home office, small ordinary home office, small office hai oh, saya ok hang ok, siapa osom harap OK - tah hapa-hapa ntah ;)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

C

Cili ada vitamin C.

(jangan terkejut, saya tengah pujuk diri sendiri agar lebihkan taruh cili kat dalam diet harian, hahaha....)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Hanya Mampu Kasihan

Sebelum bercerita, terima kasih kepada rieyana ynn - sudi folo blog ini :D

Jiran yang baik di rumah ni sakit, kena penyakit yang macam brain tumor tu. Cakap pun macam blurry, ingatan kabur, pergerakan sukar. Kakak tu dah tak dapat nak meniaga di gerai di tepi jalan tu. Kasihan, tak tahu nak cakap apa, dia tu rajin bersedekah.

Seorang lagi jiran pula mengadu badan lemah, sakit kepala dll. Seorang lagi peniaga yang lain, yang menjual ayam madu mengadu yang resepinya hancus biarpun itulah cara masakannya sejak mula meniaga.

Dengar khabarnya ada seorang peniaga tu menggunakan kaedah black magis supaya orang lain tak dapat meniaga ataupun supaya pembeli tidak tertarik/tidak nampak gerai-gerai yang lain melainkan HaNYa NamPaK kedainya sahaja. Tak baiklah buat kat orang macam tu.

Percayalah bahawa REZEKI DI TANGAN TUHAN, bukan di kehebatan magis penunggu, makhluk halus dari zuriat syaitan iblis jin tu.... nauzubillahi min zalik.

Aku berlindung dengan Allah, dari syaitan yang direjam.

Kasihan kepada jiran-jiran di rumah ni yang kepayahan dalam mencari rezeki.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 25, 2010

Status hari ini

- sudah berworkout since bila ek, actually since last 2 weeks on and off, last week quite berdisiplin, this week tak buat sehari sebab ada hal
- mengikuti diet yang 'betul' iaitu makan nasi 3 kali sehari dengan ayam goreng rendang daging lalala ;p
- jarang-jarang minum sebab malas nak pergi terkucil, di tempat cari makan ni toiletnya adalah jauh skit (doktor marah, kurang liquid dalam badan boleh menjadikan jantung anda lemah)

BERITA GEMBIRA
- rasa badan ringan
- tapi masih ada sikit kesan bengkak di tumit, doktor kata kalau tak jaga boleh kena gout
- pinggang seluar dan kain sudah mula longgar
- lengan baju terasa gedobos-gedobos (longgar)

TAPI,
kenapa lengan aku masih belum berketul-ketul ni?

SETERUSNYA belum lagi masa nak dapatkan baju bersaiz sedikit kecil, sebab aku ni jenis yoyo. Harapnya semua berjalan lancar, kena kuruskan badan sebelum field work. PERCAYAKAH?

Sebelum pergi ambil gambar orang kahwin, kenalah kuruskan badan, takut nanti kena baling kerusi oleh tetamu sebab FOTOgrafer adalah blocking, waakakaka (giler berangan, harap-harapnya termakbullah, amiinnnnnn)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Peribahasa

di manakah adanya semut?
di tempat yang banyak gula

di manakah kumbang bernyanyi?
di pohon yang banyak bunga

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, November 24, 2010

Cantik!!

2 helai kain tudung! dari enna banana, hadiah untuk
pemenang entri terunik untuk contest
I LOVE ICT yang dianjurkan baru-baru ini. Wow! Nak tahu? Mak su baru bercadang nak mendapatkan tudung warna hijau. Dan nampaknya tudung biru bercorak tu pun tak kurang menariknya.

Thank you Enna!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Buat Sang Pelukis-Pelukis

Nak beritahu, seorang kawan aku [berbangsa India] akan mengadakan kursus melukis inai di tangan hingga siku dan di kaki dengan guru yang diimport khas dari India iaitu Mrs. Radhika Gopi. Kelasnya, 'Mehandi Artwork Course' akan diadakan di Jananez Beauty Point, (di atas Yashree Sri Puchong, selepas IOIMall, berdekatan dengan tol USJ). Beginner
3 & 4 Februari 2011 (Cuti CNY)
Bermula 9am hingga 5pm
Yuran: RM400
Subjek:
. buat kon
. lukis garisan
. mencampurkan inai
. design-design
. teknik2 yang patut diketahui sebelum dan selepas melukis
. dan tips untuk membuatkan usia lukisan longer.

Advance

5 & 6 Februari 2011 (Sabtu, Ahad)
Jam 9am hingga 6pm
Yuran: RM500
Subjek:
Syllabus merangumi design yang lebih sukar yang sesuai untuk majlis tunang, kahwin. Menunjuk-ajar teknik-teknik yang betul untuk melukis dan menyambungkan antara garisan-garisan.

Maklumat am: upah untuk seorang pelukis Mehandi adalah dari RM0 hinggalah ke RM250.

maklumat sangat am: RM0 tu kalau saya atau baby w yang lukis di tangan awak, kita pakar melukis orang lidi juga alien dogol, tiada kompromi ;p

Boleh atau tak boleh kita ni lukis inai kat tangan? aku adalah keliru okeh.....

Saya membuat carian google dan menemui:
Inai di tangan efatwa dot gov,
Inai di tangan 1,
Inai di tangan 2,
hadis tentang inai di tangan, Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadis riwayat Abu Dawud).

(Iklan ini adalah percuma untuk member itew).

Kepada yang berminat, sila emel kepada ceritakosong@gmail.com.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Nak merancang berdasarkan jadualwaktu

Sekarang dah penghujung november, lepas ni kita berdisember. Kelak kita berjanuari, insyallah jika ada umur di badan lagi.

Cuti aku ni kalau tak digunakan akan jadi abu. Cuti ada lagi 8 hari atau 7 hari kot. Hhhmm, 7 hari ni, sebab baru ambil EL minggu lepas sehari.

Kakak kata semalam dah selesai kertas BM dan Seni Visual.
Hari ini adalah BI.
Esok adalah Sejarah.
Isnin minggu depanlah kertas matematik, dan juga ada ICT.
Pendidikan Islam pula pada 30 november.
Lepas tu rehat, 2 disember ada sains.
Lepas tu tunggu 8 disember pula, ada kertas perdagangan, dan
9 disember ada sastera Inggeris (wow? macam Macbeth, Shakespeare, Van Gogh)
Ujung-ujung 13 disember ada seni halus. Aik? 2 kali. Oh, yang semalam tu seni teori.
Dan geografi 14 disember? Favorite aku, lambatnya ek.
Finally, 15 disember, eh! Geografi lagi? Jawab a, b, c pula....... ooOhh......

Makanya kalau aku nak cuti, eloklah kalau aku ambil cuti time di tarikh dia periksa ni, kan? Bak kata orang dalam posting yang ini
dalam posting yang ini, aku nak bercuti pun sebab nak rehatkan badan dan coolkan minda saja, bukan nak pergi berjalan pun, memang aku akui, kami ni tahun ni sangat-sangat inflasi. Itulah sebabnya orang tak suka, mengabihkan boreh dorang saja.... :(

oh well, this is it. Selamat Berjaya buat semua pelajar yang menduduki spm tahun ini.

It's my life
It's now or never
i ain't gonna leave forever

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, November 23, 2010

Workout Lawan Workstation

aaaaaaa, uwwaaaaaaa, uwwaaaaa -penat weh buat workout ni. Dah lebih 5 hari dah masih meneruskan, tapi penat giler, lemah-longlai.

Kalau boleh pilih, nak pilih jadi workstation jer, best, ada orang gosok-gosok lap-lap kasi cantik, ada orang letak bunga, hias-hias, ada orang letak gambar dekorasi, kan, kan? ?

Bila workout, mula-mula start adalah keluar peluh di ujung-ujung sesi, selepas sehari dua ikuti program, keluar peluh mencurah-curah hingga basah tengkuk, kemudian-kemudiannya keluar peluh tengik aku sendiri tak tahan nak bau, tentu badan aku banyak toksik ni! sohih! Peluh keluar mencurah-curah sampai lencun habis, rambut, tengkuk, belakang, semua habis basah.

Bezanya badan dah mula rasa ringan sikit, firm gitu, ahaks.

Kalau workstation... ? ke sana ke sini kena tunggu you all angkatkan, oops!

p/s: Thanks to cheqna, sudi follow blog maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tetamu datang bawa rezeki

Sedih terasa bila otak ni tiba-tiba teringat kat satu quote yang diberikan khusus buat aku dan paksu chot, 'diorang tu tak datang sini pun tak apa, menyusahkan orang saja, tak berduit buatlah cara tak berduit'.

Terimakasihlah. Dulu engkau tak berduit juga, time-time anak-anak engkau masih cemet-memet kecil dan bersekolah, masa tu aku baru-baru berkahwin. Datang ke rumah engkau pun hidangan yang simple saja engkau hidangkan, sup mee segera, sambal sardin - aku tak kisah, aku tak pernah bawa mulut pun, aku layan, aku makan, aku kenyang.

Sekarang kau dah maju, anak-anak dah besar dah bekerja, dapat beri elaun bulanan pula. Menantu pun hebat-hebat, kacak-kacak bergaya berada.

Tak apa, sekarang baru kau nampaklah maknanya yang aku ni susah, habis tu dulu aku kayakah? Tak jugakan, macam ini sajalah aku. Tambah lagi sekarang ni, aku ada anak bersekolah menengah, dan juga ada anak kecil. Memang aku mengaku, aku dalam keadaan perit sekarang ini, tapi bila kau tolak tetamu yang biasa tidak berkira dengan engkau, maknanya engkau tak suka kepada ketentuan yang kata tetamu datang bawa rezeki ???

Aku ni bukan nak menumpang apa pun ataupun aku nak buka akaun PA&MA dengan engkau, aku sekeluarga cuma menziarah biasa-biasa saja sekali-sekala dan nak tumpang gembira juga tumpang seronok dengan perkembangan hidup engkau tu.....

kenapa? engkau takut kat kamikah? takut kami asyik hulur salam garu-garu tapak tangan, janganlah anggap kami ni pengemis...

Thanks ya aliaroslan, atas kesudian folo blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Out of nothing at all

Tiba-tiba terasa sakit dan sebak dan merindui si arwah Yang Telah Tiada. Bagai masih tidak boleh menerima hakikat, bahawa bukunya telahpun ditutup.

Kesedihan ini membawa encik kenangan kembali ke zaman retro, ketika lagu ini hebat diperdengarkan di ruangan udara, entah kenapa, mungkin kerana iramanya yang lembut dan tinggi penuh perasaan dilagukan oleh Air Supply membuatkan fikiran aku melayang. Di sini aku kongsikan sedikit liriknya :

I know just how to whisper
And I know just how to cry
I know just where to find the answers
And I know just how to lie

I know just how to fake it
And I know just how to scheme
I know just when to face the truth
And then I know just when to dream

And I know just where to touch you
I know just what to prove
I know when to pull you closer
And I know when to let you loose

And I know the night is fading
And I know the time’s gonna fly
And I’m never gonna tell you everything I gotta tell you
But I know I gotta give it a try

And I know the roads to riches
And I know the ways to fame
I know all the rules and then I know how to break ‘em
And I always know the name of the game

But I don’t know how to leave you
And I’ll never let you fall
And I don’t know how you do it
Making love out nothing at all

(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love)Out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all
(Making love) out of nothing at all

Every time I see you all the rays of the sun are all
Streaming through the waves in your hair
And every star in the sky is taking aim at your eyes
Like a spotlight

Terimakasih Ifah, sebab sudi follow blog ini, yang kadangkalanya bercerita, kadangkalanya bersedih, anyway, have fun! :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 22, 2010

Ramainya

Ramainya pelajar-pelajar wedding photography (basic) tempohari di Gombak, UIA.

Patutlah aku tak dapat shoot yang menarik-menarik. Hi Hi Hi.
Aku ada di sini, di celah-celah jejaka yang ramai berebut-rebut tu, macam paparazi, mamarazi jer, ahaks.

Tapi ilmu yang didapat sangat bernilai :)

Thank you tenaga pengajar dan crew.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pengalaman berbroadband di rumah

Belum sampai sebulan lagi aku pakai broadband jenama c berT-shirt shocking blue ni, tapi beginilah lebihkurang waktu-waktu keboleh-adaan internetnya.

Pada mulanya ambil pakej yang paling murah tapi sangat mengecewakan, sekarang dah upgrade ke home package yang paling mahal. So:-

10pm ke atas, ok selepas 1am.
Selepas 1am ok hinggalah ke 8am.
Ok selepas jam 12pm hinggalah ke 4pm lebihkurang.

Mampu buka setakat 2 IE sahaja. Mozila mampu buka takat 2 pages saja. Lebih maka jadi berat.
Boleh disekalikan dengan buka word atau paint atau kalau dah bosan sangat dengan kelembapannya, buka game juga (aku jenis tak sabar kot).

Setiap 1 page internet memerlukan loading paling sekejap adalah within 1 minit hinggalah ke paling lama 30 min ke atas, kebiasaannya kena reload, sampai naik jemu menunggu.

1 minit loading tu biasanya adalah penggunaan di awal pagi sebelum subuh.

Tidak ada kekuatan untuk berblog hopping.

FB adalah sesuai dilayari di waktu malam sahaja, di waktu siang adalah sangat frustrating.

Itulah sebabnya aku selalu online lewat malam ataupun awal-awal pagi dan tidakpun berblog hopping tika di rumah.

Apa aku buat? Kerja aku adalah belajar coding html, self teach dan kadang2 paksa orang lain teach aku sampai kerja dorang sendiri adalah terbengkalai (i think)

ha ha ha (gelak evil-lish)

Aku dah berjaya siapkan 2 sales blog untuk seorang rakan yang menghire aku sebagai pembuat sales blognya. Nanti selepas dia puas hati, aku akan berkongsikan addressnya.

ciao.......

p/s: terima kasih Jemari Seni, sudi mengfollow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Luckily it's only a virtual mall

Betul! Nasib baiklah ia cuma virtual MALL, kalau kedai physical, mahunya saya ini dimarahi secara kaw-kaw oleh pemegang akaun, hahaha, sebab dah tukar design (blogspot background) kalau tak silap dah 5 atau 6 kali ataupun mungkin lebih lagi.

Masalahnya saya mempunyai taste yang pelik, saya suka elegant tapi selepas dilihat pada samplenya, saya tak suka.

Saya suka girly, tapi selepas ditengok, saya tak suka untuk merealisasikan sebab ia too girly.

Saya suka minimalist tapi konsepnya mungkin tak sesuai pula.

Saya suka cute, tapi seleps dicuba, saya masih tak berpuas hati.

Dan hari ini, rasa-rasanya saya dah pun berpuas hati dengan design ini, Mall yang kelihatan ala-ala sweet.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, November 21, 2010

Bertanding dengan Burung

Haritu anak aku nak cari kerja, dia tu sebenarnya tengah tunggu keputusan pmr. Itulah sebabnya aku tak seronok pun bila dia nak keluar mencari uwang... rasa kesian dan rasa tidak mampu pula sampaikan anak kena bantu mak cari duit.

Anyway, aku nasihatkan dia, kalau nak cari kerja, kenalah BERTANDING DENGAN BURUNG. Dia tak faham kenapa kena bertanding dengan burung ??

Iyalah kan, kan ada peribahasa cakap 'burung yang keluar awal akan dapat cacing lebih cepat dari yang lain'. Tapi adakah patut, dia kata, "Tapi Mak, kakngah bukan nak cari cacing, kakngah nak cari kerja".

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, November 19, 2010

Babywear Mei Tai

Dengan gembiranya saya nak beritahu bahawa saya telah pun mendapat persetujuan dari Shada aka Puan Shais , iaitu owner Big Eyes Shop untuk menjual barangan handmadenya iaitu Ring Sling dan Mei Tai, di mana kedua-duanya adalah alat gendongan bayi.

Sekarang saya nak mengutarakan Mei Tai sebagai produk pemula bagi My Special Mall. (kedua-dua gambar didapati dari Google)

Haaaaaa.... tengok tu, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang (oops!), betapa gembiranya mom dan baby di atas tu, berbonding dengan bantuan Mei Tai.

Saya pasti anda tentu sukakan ini kerana ia datang dalam pelbagai corak, warna dan apa yang penting, bukan sebagaimana di tahun 1990an dulu, semuanya terhad.

Bagi yang baru nak mengenali Mei Tai, ia adalah satu alat mengendong bayi (baby wear) yang diadaptasi dari China yang mana dengan Mei Tai ini dapat menampung berat bayi hingga 10kg lebih. Dan yang paling utama adalah ia boleh digunakan seawal bayi anda berusia 2 bulan!

Anda boleh mengendong bayi anda secara Front Carry, Back Carry mahupun Hip Carry di mana jika anda ingin mengendong bayi anda secara Back Carry; anda hendaklah pastikan bayi anda sudah tegap dan dapat mengimbangi kepala dan badan mereka dengan sendiri iaitu lebihkurang 8 bulan ke atas.

Berminat? Sila emel ke ceritakosong@gmail.com ataupun boleh tinggalkan emel anda di blog ini ataupun di blog 'mall' supaya saya dapat contact anda.

Okey, seterusnya, mari melawat ke My Special Mall untuk melihat gambar-gambar yang disediakan.

Reselling of the products is with the approval from Puan Shais.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tentu awak pun sama

Pernah tak masa naik motor rasa macam nak terjun, nak berlari, nak menangis, tak mahu pandang kiri kanan?

Aku rasa itulah juga yang akan anda rasa, jikalau anda terlihat satu figura berupa makhluk perempuan di rembang senja, selepas azan maghrib berkumandang, rambut hitam hingga ke paras pinggang, berpakaian putih, di tepi semak-samun sambil berdiri tegak.

Ketika itu, aku sedang memboncengi motosikal dengan hubbyku, tiba-tiba aku terlihatkan 1 figura seperti yang tersebut di atas. Aku ingatkan perempuan merajuk mana pulak ni duduk sms di bawah pokok di tepi belukar di waktu senjakala selepas azan maghrib.

Selepas beberapa detik, aku terfikir, ini orangkah apakah?
. . . . .

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 18, 2010

Tidak rasa seronok pun....

...bila aku bersetuju akhirnya bila kakngah nak pergi cari kerja. Ingat tak dulu dia pernah ikut orang berjual sayur-sayuran di pasar tani, tokei tu dah tak jual sayur dah, apparently dia pun ada banyak faktor-faktor yang tidak memberangsangkan. Oleh kerana itu, kakngah nak mencari kerja sebagai sales girl di pasaraya, luckily ada 3 pasaraya dekat dengan rumah kami, dan kakngah pergi mencuba di salah-satu daripadanya.

Apa yang aku rasa? Tidak seronok pun, kerana umurnya masih mentah.

Entahlah....
Argghh, biarlah aku dengan kehidupanku, kan... jum tengok gambar.
jari kakngah dan kawan-kawannya sebelum bercuti panjang pada tahun ini.
betis dan kaki di dalam treksuit, bergambar kenangan dengan kasut sekolah... alahai.... dengan kasut sekolah pun nak bergambar. hahaha

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sudah terima gifts dari makdara TERdiva

Pada 15 november, aku terima satu envelope. Aku ni tak popular, jadi bila terima envelope rasa ketaq lutut tak tentu hala, tengok-tengok adalah dari makdara TERdiva, sempena oktoberian pink giveawaynya baru-baru ini.

TQ mdt! :D
Gambar diambil dari sudut lain, almaklumlah, orang tengah giler mengambil gambar, hahaha (ada tisu keronyok dan cermin di sana, nampak tak?), oops! syarat ambil gambar adalah kena clearkan sekitaran... hu hu hu

Terima kasih daun keladi, wahai mdt
Ada GA kabolah lagi.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, November 17, 2010

Terima award interesting blog

Terimakasih kepada
KELLA yang sudi memberikan award 'Interesting Blog' ni kepada maksu. Ini merupakan pemangkin semangat agar maksu akan lebih berusaha untuk menambah interest kepada blog ini dari sehari ke sehari, insyallah. moga-moga idea dan masa jadi rakan baik kelak.

Dan maksu percaya, semua followers yang ada di sini, Geng tak kosong, semuanya mempunyai blog-blog yang sangat-sangat interesting, terimalah, sudikanlah, untuk anda juga :D

p/s: raya anda happening tak?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mengantuk kenalah berehat

Romzi tidak tahan mengantuk, dia mengadu kepada isterinya yang dia ingin berehat sebentar di tol yang akan mereka lalui sebentar saja lagi.

Isterinya yang memang tidak boleh membuka mata hanya mengiyakan dalam kantuk yang dalam.


Kereta yang dipandu oleh romzi pun sudah berjalan ke tepi ke tengah, romzi menahan kantuknya hingga terasa sakit di kelopak mata.

Dari jauh kelihatan berbalam-balam pondok tol bersusun-susun. Rosman bergegas mencepatkan kelajuan kereta kerana sudah tidak sanggup menahan kantuk.


Sebaik sampai di petak, dia menarik hand brake dan secara otomatis, matanya terus terlelap tanpa dapat dikawal-kawal lagi.


Tak lama kemudian romzi dan isterinya terkejut bangun, kedengaran bunyi hon kereta bersorak-sorai seolah-olah ada keramaian, dan ada suatu ketukan di tingkap cermin kereta, “Bang, bang, bang, kak, oo kak, cepatlah bayar duit tol ni, sini bukan tempat tidur. Kalau nak tidur pergi sana, tempat rehat dan rawat'.

Dengan mata terpisat-pisat, Romzi dan isterinya cepat-cepat mengangkat tangan memohon maaf dan Romzi bergegas membayar duit tol. “Tak sangka pula”, katanya, “Kita tertidur di depan pondok tol, abang ingatkan kita di tempat meletak kereta tadi”.


“Cepatlah bang, saya dah malu sangat ni”, jawab isterinya, geram.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, November 16, 2010

Tag 25 random

Maksu dah pernah buat dah ni, tag 25 random. Malah agak kerap kena tag ini, kenapa ya? Apakah sebab maksu suka sorok-sorok dulu... Tapi sekarang dah tak menyorok dah kan... dah mula berani expose, kan i kata i sekarang ni konsep OPEN. Hehehe. Tag kali ini adalah dari
Gadis kampung separa bandar

Tanpa berlengah, ini hasilnya (baca semua tau, jangan tak baca):-
1. sekarang tiada handphone, tiada blackberry atau apa-apapun, back to basic, public phone ;p
2. boleh bawa kereta tapi tak suka bawa kereta
3. ada 4 anak perempuan
4. anak bongsu dari 12 adik-beradik
5. lahir di tengah malam pada 19 haribulan sepuluh.
6. semalam adalah anniversary perkahwinan saya dengan paksu chot, 18 tahun
7. metabolisma aku dah lemau, badan tersangat mudah & suka menyimpan lemak sekarang ni.
8. dulu suka tengok cerita hindi, sekarang suka tengok cerita tamil
9. kalau nak tengok tivi kena pujuk baby w dulu sebab dia nak tengok kartunnnn ajer
10. tak pandai berbasikal, gayat
11. semulajadi adalah tak suka bercakap, tapi bukan juga pendiam sesangat
12. kalau orang benci, saya tak mahu jual muka
13. tidak berleter, jangan haraplah saya akan enjoy dengar orang berleter/membebel
14. pekerja makan gaji, tapi tak pernah mencintai kerja apatah lagi sekarang ni
15. tidak pandai ambil hati orang atasan itu sebablah tiada siapa mahu rekomen gaji atau bonus yang kencang untuk aku
16. selalu jadi perhatian orang, entah kenapa.... aku pun tak tahu, mungkin sebab mereka gelihati tengok badan aku yang manthop... oops!
17. anak bongsu tapi tak manja
18. ingin nak manja tapi tak reti
19. dengan husband aku taklah romantik tapi gedik, oops!
20. tidak ada mekap kit kerana tidak bermekap pun
21. nak beli kamera dlsr
22. nak cari software yang sesuai dengan kamera dlsr
23. dingin, mungkin banyak kecewakan hati orang dolu-dolu, rasa ralat sesangat
24. suka lagu-lagu rock, ketuhanan, balada
25. suka bila dapat tulis blog

Selesai , puas nak memikirkan :), thanks buat Gadis kg separa bandar sebab sudi mengenakan tag.

Tidak mahu tag sesiapa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN - BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Percaturan kehidupan

aku memang tak pandai main catur
aku selalu kalah
samada aku dikalahkan
ataupun aku mengalah
aku memang tidak tahu banyak teknik permainannya


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 15, 2010

Wedding portrait: I learnt basic

Pada hari sabtu aku di Gombak mengikuti bengkel fotografi yang dikelolakan oleh blogger, fotografer Ijam yang bertajuk seperti dinyatakan di atas. Tidak banyak gambar dapat diambil kerana dikalahkan oleh fotografer-fotografer lelaki yang amatlah ramai, aku cuma setinggi ... errr, maksudku adalah serendah manusia perempuan sahaja. Jadi memang kalahlah. Di sini ada sedikit gambar-gambar, sila komen.Ramai yang hadir.

Model ada disediakan untuk sesi praktikal.

Gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar model, outdoor.


Adik baju pink ni adalah model bidan terjun. Tapi aku langsung tak dapat peluang nak cari pot yang elok di sini, huhuhuAdalah sangat jealous okeh bila melihat hasil bidikan dari kamera Ijam... sangat artistik.

Oklah, cuma berani kongsikan 3 gambar pengantin saja, hehehe.

Seterusnya, mari bergambar dengan cikgu, sifu, master Ijam...
Cepat-cepat senyum, crew nak ambil gambar.

Lastly, yang selalu menjadi model di sini, dak w :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Don't touch

Hubby pesan jangan sentuh dah pc di tempat cari makan, di mana aku menjawab, 'ok'.

Selepas itu aku terfikir, if I am not allowed to touch computer at the dot dot dot place, what can I touch? I have to touch you know, I want to touch! Touch something!

p/s: terimakasih kepada Dhani atas kesudian following blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, November 14, 2010

Mana butang saya Pah?

Hari ini dah hari Ahad, aku rasa dah seminggu aku tak nampak seluar slack hitamku. Seluar favoriteku... mana perginya?

Mana?

Mana?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, November 12, 2010

Tag tentang makanan

Tag ini datangnya dari
blog Herba Tihara. Tihara ni banyak siarkan gambar-gambar tumbuh-tumbuhan yang gorgeous di blognya, bila kena tag makanan, aku macam tak sangka pulak. Terimakasih tihara, ini tanda ingatan ni, maaf lambat ek.

1. Bagi 3 makanan yang kamu paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it:
- nasi goreng kampung, masak pedas-pedas
- rendang hitam negeri sembilan, yang pedas-pedas dan banyak seredaknya
- puding caramel

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- teh halia
- air epal, air belimbing besi

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 saja : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
- malay
- western
- chinese

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
- ayam masak kicap (uuuu, malunya nak tulis ni....)

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
-di bawah RM20.00 [western]

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
Tak adalah, semua pun suka

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi tiada dalam list ni, beritahu saja.
- Rendang ayam

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa?
- Tak ingat dah pun, agaknya gerai kat area Kotaraya, tempat dating dolu-dolu, hahaha, tak ingat makan apa. Malu-malulah katakan, aaauuwww

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
- nasi goreng USA, sup ekor [favorite paksu chot]

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?
- cakes, cookies, caramel

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
- kuah asam belacan untuk ikan bakar, memang tak boleh nak terima. Biar saya cicah kicap cili bawang aje ler.

12. Menu raya paling disukai.
nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, kuih cornflakes, kuih biskut kacang

13. Jajan favourite?
- mamee

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
- pindang pucuk ubi garing-garing
- ikan bilis garing pedas

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
rendang ayam style nogori, kakak ipar yang buat, walaupun hidung berair-air, aku tetap belasah sebab dah suka

16.Korang kalau jumpe orang yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja
cheese cake

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
tak apalah, tak tag sesiapa :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ku doakan engkau jadi jurugambar pro dan sukses

Ini sedikit gambar-gambar hasil kerja tangan kakngah semasa mengikuti lawatan kelasnya ke frim baru-baru ini, dan aku seolah-olah nampak bakat padanya.


Aku doakan sukses untuknya sebagai pro photographer (kalau ada usahanya ke arah itu). Nanti boleh kita berganding bahu buat projek wedding photograph, nanti mak belanjalah engkau ayam penyek ya kakngah.. alah, dengan mak sendiri janganlah pow lebey-lebey ya...orait? orait tak ?
Kakngah seronok dapat pegang dslr yang canggih!


warming-up di tepi jalan sebelum memulakan eksplorasi dalam hutan



pokok ini ada talipinggang merah... awak ada ker?

teruja melihat view

Thanks to anip harun, sebab sudi follow blog ni :D


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 11, 2010

Teruja melihat homemade chocolate

Perkhabaran terbaru yang ingin dikongsi ialah aku terpilih secara random sebagai penerima homemade coklat dari blog Apa kata hati:
zafiranabilah.

Thanks so much nabilah :D

Rasa seronok sangat, bagaikan sesuatu sedang beralih arah.

Buat pengetahuan semua, secara amnya, dengan sedih aku nak beritahu bahawa aku terasakan yang luck aku di tahun 2010 ni agak terumbang-ambing. Dengan beberapa giveaways ini, aku harap ia dapat memberikan aku semangat juang yang baru, pantang maut sebelum ajal! (dengan perginya (kematian) kakak yang paling rapat dengan aku, dengan luck di tempat kerja yang tak tentu hala, dengan cabaran-cabaran di rumah, dengan menjauhnya orang yang biasa berada dekat dan erat , dan lain-lain lagi, aku betul-betul rasa sangat down dan ingin pergi kepada arwah mak bapak aku - ingin saja aku mengaku kalah dan menerima tawas ketewasan).

Thanks again to
nabilah. Maksu memang suka homemade coklat :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menang Entri Terunik (ICT)

Mari kita berlompat bintang secara berjemaah! Aku menang entri terunik dalam giveaway/contest ICT yang dianjurkan oleh
Enna Banana.

Kalau nak lihat entri itu, klik di sini.

Bersyukur kerana entri itu terpilih dalam pemilihan terakhir yang dilakukan oleh heroes enna, seterusnya dinobatkan sebagai entri terunik.

p/s: seronok tak terkira ni, ini kali ke2 terpilih sebagai penerima giveaway selepas yang terbaru hari tu dari makdara Terdiva.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sakit-sakit

Semalam kitorang ada fire drill, kami semua terlibat. Tapi pihak pengurusan bangunan dah beritahu kepada encik2 dan puan tali leher tentangnya dan mereka digalakkan untuk berada di tempat lain pada waktu fire drill! (mungkin untuk elakkan ketiak mereka berpeluh-peluh...kan...). Orang-orang yang tidak sihat pula diberi pelepasan.

Aku bukan tak sihat nak katakanlah, tapi dah seasonlah bang.... anyway, aku akur dan ikut turut tangga dari tempat cari makan di tingkat 20! Masa turun tangga tu sakit lutut, gris dah kurang gamaknya.

Tapi bangun-bangun ni, sakit betis pula!! Nak mintalah ihsan sesiapa tolong urutkan ya... lainkali tak buat dah, aku nak buat excuse, "Bang, saya ni perempuan dalam pantang, tak boleh turun tangga naik tangga, takut 'bintan'!"

* gambar akan diupload later

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, November 9, 2010

Percaya

I told them firmly, "rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan manusia", bila mereka cuba menakut-nakutkan aku dengan fakta kegagalan.

But what they don't know is, i am the one who really needs the encouragement, when i have received like almost none nowadays.

And what they don't know is, i am the one who fears the failure;

And what they don't really know is, i am the one who needs to believe. To believe.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ketagihan (2)

Aku tak kisahlah kalau aku jadi lelaki yang berginseng, sekarang ni aku dah suka sangat minum kopi tongkat ali with ginseng! I just dun care, whatever...... Macam dah addicted pula dah ni.
Dan lately, aku rasa aku macam dah fall-in-love........ hingga menjadi macam suatu ketagihan pula, with de

.
.
.
.

camera and it's art!
Terasa-rasa macam nak pergi berguru dengan sesiapa, follow sesiapa shooting-shooting, study-study, lalala.
Lepas tu kalau dah pandai, bolehlah aku ke rumah uols and klik klik klik. Dun worry, aku tak mo enterprame punya......

aku kan suka nyorok di sebalik dedaunan gitew....
Lagipun dalam sebarang keramaian, aku boleh blend dan adapt dengan sekitaran at ease.
Tengok tu aku dengan dinding gua dan signboard, sama jer kan.... we blend ;p

(itu gambar lama, masa eksplorasi gua di Gunung Senyum)


Aku tak akan overshadow mempelai, dijamin halal! oops!

Okey ya, remember me, when you need someone to klik klik, please do look for me. I datang dengan lenggang-kangkung ;p


Aku dah cakap dengan paksu chot, aku siap lompat-lompat bintang dan buat shuffel, abangg... belikanlah untuk ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin sebuah kamera yang gedabak tu. Dia kata ok, 'tunggu duit epf'. Sukanya!!!


Aku dok tunggu sampai menggigil lutut dah ni (lambatnya lagi.. huhuhu). Kelak time aku dah nak masuk ke pasaran nak bersaing ngan kameraman lain, aku dah easily can ask pengantin to tersenyum, coz gigi dah tak ada, muka happy dan ceria jer, auuwww... pengantin akan tersenyum happily ever after.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kerenah

Haritu aku dapati tali pengikat kain telekung dah jadi half-length. Paksu chot pula mendapati yang seluar treksuit recyclenya sudah ditebuk-tebuk.



Lantai bilik pula dipenuhi dengan helaian-helain rambut yang tak berapa panjang. Angkara siapa ni?



Tak lain tak bukan.....
.
.
.
.
.
.
Bila dimarahi, dia kata, 'tak nak kawan'.

Eh wah...yang engkau tu berkreatif ngan gunting aku tak pa ka? Cubit kang.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 8, 2010

Sebuah suasana di dalam sana

hidungku berhingus
kahak penuh di tekak
teringinnya hati ini
melegakan sekeping hati
ingin juga meluahkan
yang berat dan payah ditanggungi
ingin saja berlari
menghambur dan menghindari
tapi jalanan ini
sering saja ia berpusing-pusing
dan berpatah balik mengulangi
membawa aku kembali
argghh, sejenis suasana ini
bagai dicemari biang lala
juga yang mewarnai,
juga yang menyeri
pusing

Terima kasih buat princeduyong, sudi mengfollow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Benci Benci Benci

Benci benci benci
sebenarnya aku nak
cakap sesuatu
but i forgot what it is
what to say?
Benci benci benci
sebenarnya aku nak
forget something
but i forgot what it is
what to forget?
what to forget
what to say
Benci benci benci

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Dah dapat, Menang

Salam hari isnin yang sejahtera buat semua, hari weekend yang tak happening buat aku, kecuali menatap monitor lappy dalam keadaan berkemban hangat sebab line asyik down down down.

Aku dengan ini nak berkongsi kegembiraan menerima RM10 saguhati dari kakinakl untuk contest gambar Kenangan Raya Open House tu.

Selain dari itu, makdara TERdiva dah umumkan pemenang-pemenang untuk Oktober Pink Giveaway. Inilah pertama kali aku dapat Giveaway, dan terus berada di tempat ke2. Yahuuuu!!! Thanks mdt!

Selain dari itu, keterujaan menggodek laptop last week telah menghadiahkan goresan dan menang kat jari aku....

atuuiii!!

Paksu chot letak kipas kecil di belakang lappy tu, dan aku tak perasan yang kipas tu tak ada cover.. so apa lagi.. kena sagatlah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, November 7, 2010

Jawapan adalah maaf

Masih gagal melayari internet sewenang-wenangnya, mungkin aku perlu dapatkan line yang lebih mahal... hoh! Syarikat pembekal kena minta maaf kat customer, kerana jika anda nak tahu, bukan semua orang mampu melanggan line broadband yang mahal... sigh...

Okeylah, aku berkongsi lagi perkara terkini yang baru terjadi minggu lepas.

Syarikat ni hebat, terdengar saja namanya di tv, radio aku dah kagum! Apatah lagi baru-baru ni banyak banner terpampang mengenai syarikat ini, ia adalah sebuah syarikat yang terkini dan aku ingin nak masuk jadi ahli, tapi jawapan mereka adalah maaf.

"Thank you very much for your application. You have a wide range and impressive experience, and we are pleased that you considered us in exploring career opportunities. Thank you for your interest in us and we wish you every success in finding a rewarding and challenging position.
Yours sincerely, Mister Vice President."


hurrmmm, aku sangat sangat sangat berputus asa......

:(

ada pengalaman tak leh, tak da pengalaman tak leh, ada sijil tak leh, tak da sijil tak leh, ada kemahiran tak leh, tak da kemahiran tak leh.... kaki jer yang tak da.... ooopppss!!!

p/s: saya gatal-gatal pergi renovate template blog ni, itu orang yang menyorok sudah langsung terus menyorok di sebalik dinding, hahaha

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, November 6, 2010

Kesukaan sangat

Entah kenapa di rumah ni langsung tak boleh blog hopping, lemau sungguh. Lebih baik layan kuah satay. Aku memang suka sangat kuah satay. Tapi seganlah nak beli kuah satay saja di kedai satay!, kan.........

Tapi lainkali aku rasa aku dah nekad dah, "Bang, bungkuskan saya satay 5 cucuk, kuahnya bungkus untuk 8 orang makan"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, November 5, 2010

Salam Satu Malaysia

Kring, kring, kring, 'assalamualaikum, nasrun ek? akak nak file kertas yang ada poket tu, 2 ya, nanti tolong panggil kalau dah ada ya..."

"Kak, errr, ni Aji lah"

"Eh, alah, salah orang. Sori ya aji, akak tak perasanlah, suara
"engkau orang sama je, engkau pun cakap macam orang melayu, hi hi hi"

"Tak pa kak, tak pa"

"Nanti engkau call ya, Happy Deepavalilah, nanti bawa balik muruku minggu depan ya"

"Thank you kak"

Aji adalah Sivaji, pembantu stationery di tempat cari makan.

Happy Deepavali buat kawan-kawan, kenalan beragama hindu dan Salam 1 Malaysia.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Terima kasih sayang

echeh.. sayanglah kan, abang chot i.... because he's willing to accompany me doing, finishing my work in the middle of the nite eventhough by only sleeping at the couch.

Earlier i was complaining to him that the nights before when i was alone in the living room, in the middle of the night, whatever sound i heard outside really scared me up. Hampeh betul, when i thought i really have the courage to stay up late on my own.

hu hu hu

The sound of the cats, the sound of neighbours opening and closing their doors, sounds of babies. lalllalalala.....

Okey, got to go, that's all i want to share.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, November 4, 2010

Sibuk

Esok cuti, yea!!! Minggu ni kurang dapat berjalan-jalan disebabkan oleh projek terbaru aku, yang juga termasuk dalam perihal online job, iaitu mendesignkan blog untuk seorang kawan. Terima kasih sebab dia mempercayai aku yang novice ni. Insyallah aku akan buat sebaik mungkin yang aku terdaya.

Selepas itu nanti, insyallah dapat lompat-lompat ke serata dunia sesawang semula.

Aku masih juga menyusun atur blog niaga aku, My Special Mall

Banyak lagi benda-benda yang harus diperhalusi.

'ai loikkeeee'

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Carefree

Sejak aku dah tukar nama di FB dan tukar gambar, aku feeling like carefree, seperti seekor burung yang terbang lepas bebas boleh bermigrasi ke mana sahaja ikut suka (sebab tak perlu apply for visa).

Aku terminate ahli keluarga juga nama-nama yang tidak biasa/pernah menegur aku. Alah, susah-susah, back to the old ages where you just call or sms your kenalan/saudara bila ada keperluan.

Malah, aku juga terminate friend fb dengan arwah kakak aku, satu-satunya adik-beradik aku yang ada FB. Eventhough pada mulanya rasa sayang, tapi setelah difikir-fikirkan : tak tahu apa motif kita masih friend sedangkan dia dah pun berada di alam barzakh. Tentu akaun itu tidak akan didelete kerana cuma arwah saja yang tahu password dia, dan aku?

Apa pula fungsi aku sebagai friendnya?

Setahun sekali letak tulisan AL-FATIHAH kat wall dia? Argghhh! nonsense! Malaslah.
(macam mouseleum pulak)

p/s: Terimakasih buat atidhati sebab sudi follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, November 3, 2010

Ingin Menjadi Bijak

Yang didapati dari menonton TV.

Sepotong hadis Rasulullah, mafhumnya, (lebihkuranglah sebab tak ambil nota masa ni). "Orang yang bijak ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan ke atas Allah", riwayat, Syaddad bin Aus.

Marilah kita sama-sama berusaha ke arah menjadi bijak.

Terimakasih buat y.a.n.i.e Budak Gebu atas kesudian follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, November 2, 2010

Penyu, Projek dan aku

Satu Penyu: Minggu lepas di sini ada projek menganak-angkatkan bayi penyu sebagai anak angkat anda, juga ada beberapa orang pelajar IPT datang membawa hasil kraf, produk untuk jualan untuk tujuan mengutip derma untuk penyu.

why? you don't believe it? believe me, yessss.......

Jadinya mereka tu datang dekat-dekat dan senyum-senyum dan aku pun belilah buku perjalanan bayi penyu ke laut. Selepas itu, mari kita bergambar :)

Errk? sapa tu yang paling rendah tu?
(sudahlah rendah, dipandang rendah pula, oops! he he he)

Dua Projek: Seterusnya, aku sudah pun mendapatkan laptop 2ndhand dan telah dirasmikan oleh baby w.

Tengoklah tu..... ada bakat sungguh! Semoga menjadi seorang anak yang solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat, amiinnn

:D Gambar di atas ni lakonan tau, atas permintaan w sendiri, eh wah...gaya bizi.

Tiga Aku: Aku akan cuba sedaya-upaya meneruskan niat aku untuk mengembangkan My Special Mall ke tahap yang lebih tinggi, iaitu lebih tinggi dari gunung himalaya.

errr... is that like too high to achieve?

Jadi dikesempatan ini aku nak mengwar-warkan kepada sesiapa yang berminat nak menghubungi aku, boleh emel ke ceritakosong@gmail.com, insyallah akan diperiksa inboxnya hari-hari, untuk tujuan booking ruangan iklan atau berkenalan oops!.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Suatu Panggilan

Aku telah mereject suatu panggilan yang aku terima pada minggu lepas. Panggilan untuk menjadi seorang penulis!!!

Sangat tidak mampu aku percayai!!! Aku??

Rasa nak gelak pun ada, tapi aku tolak. Kerana apa? Macamana nak bersemuka, mendengar suara si pemanggil saja sudah buat aku kecut perut!! Dengan nama syarikat yang menggerunkan yang terletak di suatu kawasan terpencil entah di mana, aku takut kalau-kalau terpaksa berurusan dengan loyer dengan bengker pula, oops!

Maaf, terima kasih, tapi saya declined kerana saya tiada keyakinan diri. Setakat melalak di ruangan siber ini? Mampukah aku?

Selain dari itu, aku sebenarnya jadi seriau dan kecut perut tatkala mendengar suaranya yang giler hebat garang dan menyerlahkan keegoan dan kesombongan, baru panggil aku untuk mengenali aku sudah garang! Suara dah ketat terik macam ekzos nak pecah! Ishh, aku takut!
Aku kecut perut! Aku tak berani! Aku boleh jadi dungu bengap berurusan dengan orang macam tu tau.......

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, November 1, 2010

Resipi: Daging Halia Berjus Mangga

Okey kawan-kawan, itu spageti, bukan daging berjus mangga. Saya hanya NAK MENUNJUK-NUNJUK skill saya ambil gambar spageti secara terang, jelas dan nyata.... eeeiiihihihihihi (gelak mengilai-ngilai).
Seterusnya, sila berkenalan dengan kuah spageti saya yang pelik ni..... yang penting, isi utamanya adalah daging.
Seterusnya, temuilah menu rekaan saya sendiri, saya berikan nama "Daging halia berjus mangga". Marvellous! Bak kata anak saya si w, "delishesshh" (delicious)
Bahan-bahan:
. Daging, hiris nipis
. halia (muda or tua tak kisah), hiris nipis
. kentang, potong kecil-kecil
. daun sup/ketumbar tak kisah asalkan daun, potong kecil-kecil (jangan pula letak rumput sambau ya)
. cili api, cili merah - sesedap rasa, hiris nipis.
. bawang putih, ketuk dan cincang halus.
. tomato, juga dihiris-hiris
. garam halus
. jus mangga
Cara-cara:
. empukkan daging dulu (saya menggorengnya dalam kuali tanpa minyak hingga empuk).
. lepas tu, kuiskan sikit, taruh minyak dalam kuali kira-kira 2 - 3 sudu makan.
. campakkan bawang, halia, cili ke dalam perut kuali
. gaul-gaul hingga sekata
. letak garam secukup rasa
. letakkan daun sup
. letakkan tomato
. curahkan kira-kira 1/2 cawan jus mangga

lalalala, angkat dan makan dengan nasi panas :)
Kalau agak badan dah lain macam (bertoksik), apa lagi, lompat-lompatlah depan tv ;p
p/s: dalam pada itu, memanglah saya nak letakkan gambar makanan tu untuk menunjuk-nunjuk kecantikan gambar lauk saya.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Toksik

Menurut kata pakar kecantikan dan kejelitaan, toksik merupakan musuh utama yang akan menyerang limpa. Macamana nak tahu jika anda bertoksik?

- susah nak buang air besar
- penat, letih
- hitam di punggung

Kalau kulit muka hitam tu namanya sun burn, santan sun tan ataupun suratan takdir, tak dapek den nak nolong e doh... soba yo lah.

Macamana nak lawannya?
- minum banyak air
- masa mandi tu urut-urut dan picit-picit kawasan berlemak seperti di paha, bawah lengan, pinggul dan perut
(- errr... sedut lemak?)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Resignation

Surat berhenti kerja ni boleh dikategorikan kepada 2 jenis secara amnya, iaitu jenis panjanggggg, kedua jenis pendek.

Kalau jenis panjang dan lebar pula bermakna ada perhubungan antara majikan dan pekerja, ada suatu line halus seni yang menghubung-kaitkan mereka, menandakan ada suatu perhubungan baik antara mereka. Mereka ni seolah-olah tak mahu berpisah tapi kerana adanya peluang, sebab tertentu, perpindahan, migrasi - terpaksalah salah-satu pihak menamatkan kontrak; maka terhasillah suatu surat resignation yang panjang lagi lebar. Mereka itu pula adalah orang yang walaupun sudah tiada lagi perhubungan rasmi antara satu sama lain, tapi masih saling menghubungi dan mengambil tahu akan perkembangan. Andainya terputus hubungan, sekiranya terjumpa tersenggol bahu di tepi jalan boleh bergurau senda bertepuk tampar dan menjalinkan semula tali persahabatan.

Tetapi bagi yang berurusan menamatkan kontrak dengan surat resignation yang pendek, maknanya amat mudah, good bye, boleh blah!! I don't want to see your face anymore.

:D

Dan aku ini, masih tercari-cari...........

Al, terima kasih ya sebab sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.