Sunday, October 31, 2010

Ambil Tahu: Hanya sangkaan sahaja

Mula-mula, nak ucapkan terimakasih buat Intan Hezliyana sbb sudi folo maksu di sini pula :)

Bismillahirrahmanirrahim

Adh-Dhuha

1. Demi waktu dhuha
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. [Bahawa] Tuhanmu [wahai Muhamad] tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci [kepadamu, dan sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik]
4. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu [kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat] sehingga engkau redha [berpuas hati].

Surah Adh-Dhuha adalah sering dibenci dibaca dalam solat sunat Dhuha, pada rakaat ke2. Adalah wajar untuk kita tahu apa yang kita baca agar dapat relate dan connect, sebagai usaha kita untuk lebih memahami kenapa kita diturunkan di muka bumi ini.

Dan mengenai apa yang didapati dalam surah Adh Dhuha ini, apakah anda tahu kenapa ia diturunkan sedemikian?

Telah diriwayatkan oleh al Hakim dari Zaid bin Arqam, sebegini, Rasulullah saw telah tidak dikunjungi oleh Jibrail a.s., lalu berkatalah Ummu Jamil iaitu isteri pak menakan Rasullah, Abu Lahab kepada Rasul, 'Aku tidak membuat kesimpulan lain kecuali sahabatmu Jibrail telah meninggalkanmu dan marah kepadamu". Maka turunnya ayat ini [ayat 1 - 3] adalah untuk menolak sangkaan/tanggapannya.

Rujukan: Asbabun nuzul, Sejarah turunnya ayat Al-Quran [Imam Jalaludin As Sayuthi]

Pengumuman: terimakasih betulkan saya ya mokcik azwa, tersalah taip, hu hu hu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sweating in front of the TV

Bagus juga bila dah ada rancangan bersenam di tivi, tak perlu aku tercari-cari vcd/dvd senaman di kedai.

Sebenarnya dah lama sungguh aku tak keluar berjalan-jalan (Brisk walk). Ujian darah yang aku ambil tempohari menyatakan darah aku ada allergy, mungkin kerana dah terlebih toksik dalam badan. Tiada sebarang precaution yang diambil, jarang bersenam - toksik berkumpul. Kurang pengamalan memakai pad nyahtoksik, aku sendiri pun rasa kerap semput dan megah mengah sekarang.

Oleh itu, bila ada rancangan senaman, meh kita bersenam bersama-sama sambil mengikat kain batik kuat-kuat, takut terlucut!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, October 30, 2010

Diet

Mengikut result yang dibentangkan dalam sebuah majalah, orang yang berdarah AB elok menambah kekacang dalam diet harian mereka.... dan aku memang suka makan kacang nasi lemak, beli kacang goreng untuk dibuat kudapan, coklat berkacang, aiskrim ada almond (kekacang), menambahkan serbuk badam dalam air minuman.... sedang elok-elok pula....

hih hih hih, aku - AB yang ada simbol positif.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Semua orang yang jahat itu adalah baik

Mereka tak percaya bila aku katakan bahawa semua orang jahat itu adalah baik.... hubby tak pecaya, kakak tak percaya.... ok, ok... mari kita tengok sama-sama. Biarpun mamat tu naik motor, biarpun dia rampas kereta 4-wheel orang itu - tapi mereka adalah orang jahat-orang jahat yang baik.

Habis tu siapa yang jahat?

Yang jahat adalah orang yang menjadi kawan baik kepada Bala.

Bala sekeluarga iaitu dia, isteri dan seorang anak kecil yang belum fasih bercakap pergi bercuti ke rumah makbapak Bala di kampung. Penjaga rumah agam itu ialah makcik Bala. Kehadiran mereka sering dilawati oleh rakan sekolah rendah Bala iaitu xyz [aku tak ingat namanya]. xyz ni kerja sebagai broker hartanah.

kata orang, kalau rumah dah lama kosong, maka akan adalah penghuni lain, paranormal! mister! seram!

Kehadiran keluarga mereka di sana disambut dengan penuh kasihsayang dan gembira oleh..... siapa? siapakah yang disitu ketika Bala tiada?

Pada suatu hari ketika Bala membawa isterinya keluar bersiar-siar sambil menyanyi di gunung lagu rentak baru, ini kerana Bala ingin memujuk isterinya yang ketakutan kerana iserinya percaya bahawa rumah agam itu berhantu!

Perjalanaan mereka diekori oleh seorang lelaki yang Bala elakkan. Mrs Bala kehairanan dan ingin menegur orang itu tetapi Bala cepat-cepat menarik tangannya beredar. Mereka sampai ke rumah dan tiba-tiba saja rakan kongsi niaga Bala, encik abc sampai bergegas2. Tak lama selepas itu sampailah si penunggang motor misteri tadi diekori oleh sebuah kereta.

Dari celahan tingkap, sesuatu atau seseorang memerhati.

Ketika itu Bala sudahpun berbalah berbisik-bisik dengan kawan kepada lelaki si penunggang motor, bosnya dengan jambang elok berurus bertanya perlahan, "Bala Sir, bila you mahu bayar hutang i lima karor (5 juta)?" Bala berjanji akan bayar secepat mungkin sebaik saja pelanggannya melunaskan bayaran sebanyak 20 karor (20 juta). Isteri Bala kehairanan tak mengerti apa terjadi. Apa yang dia tahu, dia cuma mahu meninggalkan rumah itu kerana baginya rumah berhantu itu sangat menakutkan, apatah lagi, anak mereka disukai oleh hantu di rumah itu.

Tetapi Bala menghalang lalu terpaksa menceritakan keadaan sebenar tentang hutangnya, dan samseng ceti itu akan mengambil isteri Bala sebagai ganti.

Dipendekkan cerita, pada mulanya Bala tidak tahu tentang kehadiran hantu di rumah itu sudah mula sedar dan ingin lari pula dari rumah itu, malangnya samseng ceti itu berkawal di pintu masuk keluar rumah depan dan belakang dan hanya akan melepaskan mereka jika dah bayar hutang!

Tanpa Bala sedari, rupa-rupanya client dia dah pun bayar tunai 20 karor, tapi kawan niaga kongsinya cuba nak songlap duit tu, tapi hantu di rumah itu lebih bijak, dia menghantar sms kepada isteri si abc suruh datang bawa duit.

Di satu bahagian lain, Bala memohon bantuan xyz utk mencari bomoh menghalau hantu, bomoh datang dan melakukan upacara exorcist, dia tiba-tiba ketawa!! "hahahahhahaa! engkau semua kena tipu, hantu di sini tak mahu keluar! hantu di sini adalah hantu kasihsayang, iaitu roh makbapak hang yang mati eksiden kereta dan rasa merana dan pilu kerana tak dapat teruskan kasihsayang mereka menjaga hang!!!", kata si bomoh.

Bala yang panik kemudian cuba menjual rumah itu melalui xyz, malangnya xyz dengan orang yang berminat telah ditakut-takutkan oleh hantu yang bermain-main daun tingkap.

Tak tahu apa nak buat, mereka akhirnya berpakat nak lari tengahmalam, xyz disuruh sediakan kereta. Selepas memastikan selamat, mereka mengendap2 keluar dan usaha mereka telah dihentikan oleh samseng ceti and the gang. Kejar-mengejar berlaku di mana akhirnya si abc lari bawa wang tunai dalam beg meninggalkan isterinya kena tangkap. Sementara Bala sekeluarga tak tahu nak ke mana, lari semula ke rumah agam. Akhirnya dengan mengah, si abc pun sampai semula ke rumah agam tapi dia terus lari dengan beg masuk ke bilik kerja mendiang ayah Bala. Ketika di dalam bilik itu, kejahatan tersembunyi abc telah dibongkar, "aduh! tolong! tolong! hantu pukul aku! tolong!"

Abc jatuh berdebuk-debuk dari tangga ke ruang tamu dan beg duit telah dilemparkan ke arah dia, beg itu terapung-apung di atas abc dan terbuka lalu berderailah duit 20 karor! abc cuba juga nak melawan bila tiba-tiba pen kegunaan mendiang ayah Bala terbang pula lalu berhenti betul-betul depan mata abc, abc lalu duduk berlutut memohon maaf.

samseng yang mengejar terkejut, Bala, makcik Bala, xyz, abc - semua pun terkejut. aku tak berapa terkejut sebab aku dah terbayang dah skrip ni.... hehehe, berkat banyak menonton tvlah katakan, oops!

Geng samseng ceti terus memegang abc, sementara ceti pula mengira wang-wang yang bertaburan, "Bala sir, take your money 15 karor, i take only 5 karor the amount you owe me". "Wahai Bala Sir, you all youngsters memang tak tahu tentang orang tua kamu, andainya saya nampak pen ini siang-siang, sudah tentu saya tak tuntut hutang 5 karor tu sebab nilaian pen ini lebih tinggi, lihatlah, pen ini adalah bekas kepunyaan PM kita, Mahatma Gandhi", ulasnya sambil tersenyum.

Dan mereka live happily ever after! eh! ini bukan cerita shrek, hahhaha. Mereka happy, hutang selesai, abc malu, Bala marah tapi bila samseng ceti nak bawa abc ke balai polis, Bala menghalang. Isteri abc dengan muka bengis, ikut naik kereta samseng ceti.... melepaslah abc. Itulah, ja'at sangat... nak auta kawan sendiri.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 29, 2010

3L

Lompat, Letih, Lena -> Budak w itewww.....

1. Mak, w nak lompat.

jangan, jangan, abihlah koyak rabak kerusi ku....

2. i believe i can fly
3. gaya kungfu mentadak!

4. fuiyoooo!! atas angin!!
5. rambutku berombak-ombak!

6. mendarat safe and sound
7. w letihlah, nak relax dalam tudung saji
8. w! w! aik! dah lena dah....

9. lena diulit tudung saji


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Aku bukanlah Encik Butang Yang Kacak Glowing

Sebelum bercerita panjang, aku nak ucapkan terimakasih buat Amy Syaquena atas kesudian follow blog ini :D

Akukan mengadu haritu yang aku sedang down, malahan aku bukan saja rasa diri sangat down, aku rasa macam aku ni jadi semakin pendek semakin hari semakin pendek, bongkok, bongkok, bongkok sabut, bongkok bagai udang baru digoreng dengan mentega dan diletakkan serdak-serdak roti ker apa ker di atasnya sebagai aksesori tambahan.

Bukan saja aku rasa aku bagaikan bongkok sabut, bongkok udang butter, malah aku bagai tidak dihiraukan oleh orang-orang-an. Aku terasa kehilangan diriku sendiri, entah di mana, ke mana........

Adakalanya aku bercakap tapi orang tak endah, adakah itu bermakna mereka PEKAK?
Adakala juga aku lalu-lalang orang tak perasan, adakah itu bermakna mereka BUTA?

Perasaan aku bagaikan aku ini jadi semakin kerdil semakin kecil semakin mengecut, tup-tup aku jadi a beautiful lady teenagers yang glowing, lepas tu tup-tup aku jadi a naughty girl, lepas tu tup-tup aku baru nak belajar berjalan, jadi baby yang cute dan huggable.

Tapi, aku bukanlah
Encik Butang yang Glowing, aku adalah aku. Cumanya dalam masyarakat Melayu ni, bila orang sudah mula tak dapat dikesan oleh orang lain, ada kemungkinan juga dia tu nak jadi bunian!!!

hah!!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kad Kahwin, Banner, Bunting

Salam sejahtera buat semua, kita sedang melangkah menuju ke bulan November setapak demi setapak, tanpa disedari, kita dah pun sampai kat Setapak... lalu .....

Marilah kita langsung menggerakkan tapak-tapak kita, ke Rawang untuk menempah kad jemputan perkahwinan yang elegant, design yang up-to-date, pada harga yang munasabah.Kualiti yang boleh dipercayai, cantik dan memberikan nilai buat wang anda.

Berita baik untuk muda-mudi, ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, adik kakak di sekitar Rawang, Bukit Beruntung, Selayang, Pasar Selayang dan kawasan berdekatan, anda sekarang boleh menempah kad jemputan walimatul-urus, bunting mahupun banner dengan Warkah Pesona. Ia adalah sebuah syarikat yang terletak di Rawang berdekatan dengan terminal bus dan Mydin mengambil tempahan-tempahan seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk pertanyaan boleh hubungi, 03 - 6091 3711 ataupun boleh emel ke warkah_pesona@yahoo.com, juga boleh berurusan di laman facebook, www.facebook.com/warkahpesona.

a - contoh Banner

b - contoh Bunting
c - Peta ke Warkah Pesona
Sila layari blog Warkah Pesona ini untuk melihat contoh.
Marilah kita menyokong produk buatan Malaysia dan usahawan Malaysia.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, October 28, 2010

Siapa auta siapa

Duduk-duduk dengan w memang selalu menggelikan hati. Aku pun suka melayan. Haritu dia terjerit-jerit marahkan seekor semut yang sesat dekat dengan tempat dia duduk,

'mak! mak! semut ni nak curi makanan kita. w dah bunuh dia, dia dah mati', katanya sambil menunjukkan semut yang nazak kerana kena jentik olehnya.

aku pula berasa kasihan, 'kenapa usik semut tu, dia cuma tumpang lalu sajalah, lainkali biarkan saja'.

'iya ker dia nak tumpang lalu?' w bertanya.

'dah, dah, biarkan saja dia, sian dia'.

w cuba menguis semut tersebut, 'eh, mak! dia melekat kat tangan!', lalu dia menenyeh semut tu sampai terpenyek di tikar untuk menjatuhkan semut tu dari tangan dia.

'Ya Allah, sian kat semut, dah, biarkan saja, nanti datanglah dokter semut selamatkan dia', kataku pula (kacau betoi, tak faham dah apa cerita di tv).

'iya ker ada dokter semut? w tak pernah nampak pun dokter semut datang pakai baju dokter?', mukanya penuh kehairanan.

aku nak tergelak tapi tahan, 'betul ada dokter semut, biarkan kat situ, nanti dia sampai'.

w berdiri dengan penuh keyakinan dan, 'semut! semut! oh semut! ni ada semut dah mati, mari tolong hidupkan dia, selamatkan dia, semut! semut!' pekiknya di situ.

oouuuppp tokojut den dak w ni, pekik panggil semut pulak dah....... huish, sekarang ni aku keliru, siapa yang auta siapa sebenarnya?

aku yang auta dia, or dia yang auta aku?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saguhati

Imbas kembali entri ini tentang contest gambar kenangan ketika open house, dan keputusannya telah pun keluar, saya dapat hadiah saguhati RM10 topup ataupun cash.

Terima kasih kak inakl atas kesudian menganjurkan contest sebegini, dan terima kasih buat kak inakl dan para juri :D Oleh kerana saya bukan pengguna handphone, kak inakl oh kak inakl, saya nak cash :D

ihik ihik ihik (shy shy cat pulak aku dibuatnya)

err... kak inakl, boxbe blocked emel saya, huhuhuuhu....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 27, 2010

Bukan kat isiti tapi ikatsinijerha

macam di ict, kan.... tapi tak, ini dekat jer dengan tempat saya cari makan, namanya ikatsinijerha.

perasan tak? di tepi jalan.... hari ni ada perasmian, ramai datang nanti ni....
cantik! memang teruja!
ini pula adalah pemandangan di waktu petang
pintu gerbang Selamat datang
Saya berdiri dekat dengan tiang lampu ni.....
Alahai, tapi tetap tak kena kalau nak dimasukkan ke CONTEST I LOVE ICT sebab venuenya bukan di ICT.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Answering calls on the way

Balik dengan hubby sambil membonceng motorsikal, telefon berdering-dering, "kuch kuch ho ta hai, kuch kuch ho ta hai"

Tekan butang receiver, 'atas motor! atas motor!'

Selepas melepasi beberapa lampu isyarat, telefon bimbit berbunyi lagi, "kuch kuch ho ta hai, kuch kuch ho ta hai"

Tekan butang receiver, 'atas motor! atas motor!'

Dah melepasi tol, telefon berdering lagi, "kuch kuch ho ta hai, kuch kuch ho ta hai"

Dengan marah tekan butang receiver, 'atas motorlah! atas motorlah!'

Hadapan ada roadblock, semua kena berhenti sebab nak kena periksa lesen, sambil memekik, 'atas motor! atas motor!'

OOPS!

Terima kasih ainnoraini atas kesudian follow blog maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

SMSing on the way

Balik bersama hubby membonceng motor. Telefon berbunyi, 'smsssss.... smsssssss'

Sms diterima: mak nak masak pew?

Balasan sms: masak napi talur kipap buat kapi

(maksudnya, masak nasi telur kicap buat kopi)

Kalau O_rah tengok tentu aku kena lecture percuma-percuma.

;D

p/s: thanks to anitadahas atas kesudian sudi memfollow.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Recycling

Kenapalah aku ni banyak recycling entries lama saja lately?

Sebab aku:
moody
depress
jiwa tak keruan
tensi
tak dapat nak luahkan perasaan kat sesiapa
no one to talk to
keinginan tak terpenuhi
cita-cita tak kesampaian
melihat tapi tak nampak
looks like no one is sincere enough in the family neither mine or hubby
feels like no one in the friends list loves me faithfully (errr)
missing someone
loosing hope on uncertain things
falling apart.....
:(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, October 26, 2010

nark shariee kerjer

(recyle article dari arkib, telah disiarkan pada 29/5/07, 10.06am) (sumber - emel, dari siapa ntah, tak simpan pula nama pengirimnya)

SECRETARY'S

Deer Sir,

I waunt to apply for the secritary job what I saw in the paper.

I can Type real quik wit one finggar and do sum a counting.

I think I am good on the phone and no I am a pepole person, Pepole really seam to respond to me belly well.

I´m lookin for a Jobb as a secritary but it musent be to complicaited.

I no my spelling is not to good but find that I Offen can get a job thru my persinalety.

My salerery is open so we can discus wat you want to pay me and wat you think that I am werth, I can start imeditely.

Thank you in advanse fore yore anser. . hopifuly

Yore best aplicant so farr.

Sinseerly,
Peggy May Starlings

PS : Because my resimay is a bit short - below is a pickture of me taken at my last jobb.
Employer's reply:

......Dear Peggy,
It's OK honey, we've got spell check.....

Welcome onboard!!!





~ ki ki ki ~

(cheh..... sonang bona tu..... aiya, sohih aku bakal sentiasa gagal interview kalu macam ni)



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Anak

[ulangtayang, pernah disiarkan di ck template lama pada 20.02.2006]

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 22, 2010

Membuka untuk pengiklan-pengiklan

Inilah yang saya lakukan seharian, memeriksa arkib-arkib di template ceritakosong yang lama, membuang, mengguna-semula, mengkivkan apa yang patut.

Apa yang ingin saya war-warkan adalah saya dengan rendah hati dan berbesar hati ingin menawarkan ruangan-ruangan iklan di side bar kiri dan kanan blog ini untuk anda, para usahawan yang berada di luar sana.

Penerangan yang lebih jelas ada saya letakkan di SINI. Selamat berkenalan dengan My Special Mall.

Maafkan susunatur Mall berkenaan yang jelas sekali merupakan sebuah 'warehouse' terpakai (itulah template ck yang lama, hi hi hi), nanti insyallah akan direpair.. hu hu hu ;)

Oleh itu, saya mengalu-alukan para pengiklan produk mahupun perkhidmatan untuk meninggalkan komen serta emel anda untuk saya hubungi, andai berminat.

Apa yang anda boleh tawarkan:
Sewa lori
Sewa teksi jarak jauh
Tusyen
Jualan beg, kasut, kain ela, samping songket, aksesori untuk wanita mahupun lelaki, pakaian dsbnya.
Mengajar tajwid
Mengajar komputer
Mengambil upah menaip
Memotong rumput
Membersih rumah
Menggosok baju
Katering
Khemah kerusi meja untuk disewa
Fotografi
apa-apa saja, terpulang kepada anda.

Peringatan secara sepoi-sepoi bahasa, walaupun blog ini namanya juga adalah ceritakosong, tapi gurauan kosong adalah tidak disenangi.

Salam sayang,
mak su

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kubur

(Ini entry recycle dari arkibceritakosong, telah disiarkan pada 5 May 2006, 6.28pm)

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yangmenjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Terima kasih kepada Sri atas kesudiannya follow blog ini.

(Saya sedang mengclearkan arkib-arkib saya, mana-mana yang menarik seperti peringatan-peringatan, akan saya lontarkan ke sini. Saya harus ke next step pula dalam sebulan dua ini........)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, October 21, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

Pelayaran aku di dunia blog ni memang tak lengkap kalau tak terjah ke blog-blog yang ada menjual barangan, sebagai seorang orang, memang aku minat juga bab-bab mencuci mata ni, window shopping.

Dan lawatan aku terhenti di blog mamazakwan -> Superhero Mama & MZ Collections yang sedang mengadakan GIVEAWAY,

Totebag yang sweet dan cute. Bukan orang saja yang sweet tau. Jadinya, mama zakwan, ketahuilah bahawa maksu memang tengah mencari-cari beg sekarang, sebab beg warna putih yang paksu chot belikan tu, cenonet yang kat zip tu dah tercabut, jadi rasa awkward sikitlah.

Please, please, please, wink wink.

Kepada sesiapa yang suka beg-beg seperti di atas dan ingin menyertai Giveaway ini, cepat sebelum terlambat, sebelum 3 Nov ya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Gaya Kungfu mentadak di tepi jalan

hahahaha! Laila_haillallah, aduh, sori kak erna kak erna, sori, saya togolak, jangan kocik ati pulak yo.

Tapi iyolah kan, bila naik bas, memang tak tentulah nasib kita ni. Adakalanya best jer, hemoi jer, adakalanya, macam-macam peel pelik-pelik pun ada.

Pernah tengok gaya kungfu mentadak di tepi jalan tak?

Selepas peperiksaan SPM di tahun 1986, aku ke rumah kakak aku yang dah tua di Perak dan tinggal bersamanya sehinggalah keputusan SPM keluar di awal tahun 1997 1987. Selama di situ, aku belajar menjahit.

Lalu selepas penuh ilmu di dada, aku pun baliklah dengan baju yang aku jahit sendiri, kebaya putih berbunga ungu muda yang striking, dengan menjinjing beg besar. Ketika itu aku dah nampak bas yang sudah penuh tu akan bergerak, pemandunya dah memanaskan enjin. Dengan sopan-santun berkebaya ketat yang cantik dan potongan badan yang berat ketika itu cuma 40 kg, dengan sebuah beg besar aku bergegas ke tangga bas. Lalu cepat-cepat nak naik memulakan dengan kaki kiri. Belum sempat pijak bas sudah pun berjalan.

Maka, jadilah aku ketika itu, menggayakan gaya-kungfu-mentadak-di-tepi-jalan dengan tangan kanan menggayakan gaya orang nak naik bas. Eiii!!! menyampah!

Pengajaran, jangan naik bas memulakan dengan kaki kiri tanpa basmallah. Dahlah pakai kebaya ketat tak hengat, kasut tinggi tau, perasan jelitawanlah masa tu... hu hu hu

p/s: terima kasih PB tegur atas kesalahan tahun di atas tu... ho ho ho hihihi (blushing)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Bersin dan bunyi

Ichih! ichih! ichih!, excuse me.
"God bless you"

kecepeh kecepeh kecepeh, ssrreeettttt (hembus hingus pada tisu)

kepreh kepreh kepreh

achuuuh achhuuuh aacchuuuh

hhaaaaprekkk hhhaaaappreekkkk

Ha, kalau bersin bunyi macam tu, lebihkuranglah ya, empunyanya adalah gadis-gadis wanita-wanita yang pemalu dan sopan-santun, mereka tahan bersin dan lepaskan dengan perlahan-lahan dan penuh kesuntian.

Bercakap tentang bersin ni mulalah buatkan aku rasa nak terbersin pula, AAAAAcccccchhhhhh, AAaaaccchhhhh - aduh, lemaslah kalau nak bersin tapi tak lepas, nanti mulalah mata dan hidung aku ni berair-air.

"Kau kenapa? menangis", kata seorang rakan yang lalu-lalang, "Tak, aku nak bersin tak lep..... haaaaaccchhuuuoooommmm!!!!, Hoh, baru lega, alhamdulilah, he he he, sori, terbersin sepenuh hati".

Terkejut, rakan berkata, "Amboi, pekak telinga aku dengar bunyi bersin engkau ni, yarhamkallah"

;p

Terima kasih buat Pejuang kesenian dan Sahrul atas kesudian mereka follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 20, 2010

Contest gambar kenangan open house

Kak Ina KL!! saya nak hadiah!! Macamana saya boleh ketinggalan keretapi ni?

Contest gambar kenangan open house ni cuma tinggal 2 hari saja! lalalala, cepat! cepat! dahlah hari ni nanti selepas jam 5 petang sudah tak boleh nak letak gambar dah sebab blogspot ada penjadualan maintenance kelak.

Kak Ina ni saya kenali in person di Gatsby deodorant party di TS dulu. Saya suka mengintai-ngintai blog kak ina kerana kesudiannya berkongsi gambar makanan-makanan yang marvellous juga tak lokek dengan resipi. Tabik kak ina, you are like my elder sister. Betul ni, bukan ampu tau sebab saya memang selalu akan cari kakak saya untuk bertanya hal-hal masakan.

Bagi korang yang ada gambar hari raya yang menarik, berbaloi tau join contest Gambar Kenangan Open House anjuran Kak InaKL ni, tak caya pergi saja tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah dan darkbatman.

Dan, inilah gambar yang saya pertaruhkan. Harap pihak penganjur, pihak sponsorship dan juri berpuas hati :D

Gambar ini diambil di rumah abang long hubby iaitu di Perak. Rumah yang pertama kita orang ziarahi pada hari raya tempohari. Mereka yang di dalam gambar adalah sepupu. Ada 2 orang anak maksu di situ.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ketagihan (1)

Anda sekeluarga ketagih pada facebook bila semua ahli keluarga anda ada akaun facebook masing-masing dan pada suatu senja anda letak status:

"sedang sediakan makan malam, keluarga tengah menunggu"

dan suami anda klik pada butang 'Like', seterusnya anak-anak anda balas komen dengan menyatakan,

'cepatlah mak, saya dah lapar ni, mak masak memang sedap', dan anda balas dengan klik pada butang 'Like' juga, seterusnya anak kecil anda menulis di wall anda,

"mak, saya nak susu, yang suam-suam, nak suruh siapa tolong buatkan ni?", malangnya tiada seorang pun abang-abang mahupun kakak-kakaknya yang sudi nak klik pada butang 'Like', sehinggalah anda menghantar mesej inbox pada anak sulung anda dengan tajuk,

'Adik nak susu' berserta mesej, "Kakak, tolong buatkan susu sebotol untuk adik".

Kalau nasib baik, dia akan bangun, kalau nasib tak baik, dia akan hantar gambar botol susu sahaja pada adiknya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, October 19, 2010

Teka harga cermin

Ketika blogwalking tadi, aku terserempak dengan contest simple dari YAN iaitu contest teka harga cermin. Gambar cerminnya adalah yang di bawah ni. Seorang blogger dibenarkan meneka sebanyak 5 kali, aku dah teka sekali, iaitu RM99.00. Buat tekaan sangat senang, cuma letakkan tekaan anda di ruangan komen di blog YAN.

Klu yang diberikan adalah harga cermin adalah dibawah RM200.00. So, apalagi, mari kita menekan meneka.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tag bermain di fikiran

Mari layan tag dari adik Pinqib.

1. Apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang?
emptiness

2.Apakah nama samaran anda.
Mak su

3.Senaraikan 3 nama org yang anda sayang
satu, dua, tiga :DD

4.Panggilan untuk si dia?
Abang untuk hubby, abang untuk lelaki-lelaki yang lebih tua. Kak untuk perempuan-perempuan yang lebih tua.

5.Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
hhmmm, susah gaks ni,.... can i say i have no time to impi (?)

6. Blog mana yang paling suka visit?
Semua saya suka, saya visit selalu ;)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 18, 2010

Melayan tag dari nanaruzana

Hmmm, lambat lagi nak buat siasatan untuk isu terkejut. Tak apa, layan dulu tag dari nanaruzana.

1. Gambar kesukaan anda?

2. adakah anda rasa anda HOT?
Sekarang ni tengah saspen banget, terkejut.

3. cerita pasal gambar: Baby w ketika berumur 1 tahun lebih, di kg hubby, cuti raya puasa, dia menangis sebab kena marah kerana selongkar kain-baju orang.

4. bila kali terakhir makan pizza. Tahun lepas

5. lagu terakhir anda dengar. Umpama Mimpi Dalam Mimpi (dalam Melodi, semalam)

6. apa yang anda nak buat selain menyelesaikan tag ini? Nak menyiasat kat fb.

7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin

8. tag lagi 8 orang:

alice in wonderland

gdiz malaya

kak pah

dr singa

kak ngah

izman

iina di Glasgow

tihara

9. siapakah orang no. 1 kepada anda: officemate

10. kata sesuatu mengenai org no. 5. Kakngah mempunyai blog warna oreng yang ceria.

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa? kakpah ada hubungan dengan tadika aulad

12. bagaimana pula dgn no. 4. Kliniknya ada kat Kelang (?)

13. pesanan kpd org no. 6. Hr manager, caiyuk caiyuk :D, buat tag ya.

14. kata-kata cinta utk no. 2. Err.... he loves you ;)

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan. Ada, mereka ada blog

16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda. Oh... sangat susah ini soalan... perempuan, isteri orang, sedang pregnant, Cheras, Malaysia

17. persamaan antara kambing dengan lembu
goreng pun sodap

18. GAY or LESS?
or (??)

FINALLY, I would like to thank najwa, wak & ati masrif atas kesudian mereka follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pink Special Giveaway

[STICKY ENTRY, entri terbaru ada di bawah]

Tahun 2010 ni, aku diceriakan dengan ramai rakan-rakan blogger yang baru dikenali, salah-satunya mak dara terdiva dan sejak berkenalan di alam blog tak leh nak lupa dah dan mesti nak singgah punyaaa sebab apa?
1. gaya penulisan yang simple dan sempoi
2. gambar-gambar menarik
3. wanita ini (mdt) adalah suka adventure (berdasar dari gambar-gambarnya)
4. menulis dari hati
5. punya hati dan perasaanPenyokong-penyokong GA marilah join! mai mai.... Tarikh tutup adalah pada 31 oktober, dan ada juga hadiah special untuk oktoberian, edenlah tu... aauuuuwww

Bagi aku, sedap di sini bermakna LAZAT untuk santapan minda :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 15, 2010

I Love ICT

Ha... tahu tak gambar siapa di atas tu? Beliau adalah enna banana yang menganjurkan contest I Love ICT. Terima kasih atas kesudiannya menjemput maksu untuk menyertai contest, I Love ICT.

Walau bagaimanapun maksu rasa ralat sikit sebab maksu ni tak pernah lagi sampai ke i-si-ti, bukan saja i-si-ti, i-si-tu pun belum pernah sampai lagi... maknanya, maksu ni entah layak entah tak. Kalau kata cita-cita, memang ada... memang ada sangat hajat nak ambil gambar lampu lip-lap terang pelbagai warna tu.

Tapi dengan berbesar hati dan terharu atas kesudian enna_banana datang ke blog ini, marilah kita pakat duduk ramai-ramai kat bangku di tepi tasik.
Gambar ni memang gambar ori dari kamera maksu yang kecil tu, diambil masa bawa budak-budak berkelah ke Taman Tasik Permaisuri, atau nama lainnnya adalah i-si-nun, kadangkala orang memanggilnya i-sa-nun.

Seterusnya, ini adalah gambar ke2 yang maksu pertaruhkan, ini juga gambar ori, bukan gambar fotostat dari tiang lampu kat depan rumah awak tu..... hih hih hih.

Lokasi tu adalah di sungai yang dekat rumah maksu iaitu di i-di-sanun-tu. Maksu suka gambar ni, lively, ada aksi, kak lang sedang berusaha nak tangkap pelampung, di hujung sana adalah tempat yang dalam di mana kita acapkali dapat lihat aksi terjunan percuma gaya bebas dari pemberani-pemberani yang minat terjun, ada sekumpulan keluarga mandi-manda, aliran air sungai yang memangil-manggil, u-mai-sini, u-mai-sini.Buat mereka yang berminat nak sertai contest ni, ada 2 kategori disediakan iaitu kategori individu dan kroni. Hadiah yang disediakan pula ialah sebuah lampu tidur yang comel untuk setiap kategori. Tarikh tutup adalah pada 10 Nov 2010. Cepat-cepat jangan terlewat ya.

Seterusnya penganjur mahukan sebuah slogan-> "I Love ICT because it enlighten my dreams and now my dreams are with colours".

Jangan tidak-tidak, kena tag pula 5 orang. Mari kita lihat siapa yang kena....
rozita
ibuika
kak anie kaklady
linda miamanis
kamato

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, October 14, 2010

Lohong

Sebenarnya pagi tadi agak sibuk, menjelang petang pula agak kalut.

Ada 1 projek yang aku kena siapkan dari bulan ogos dok terbengkalai sebab melibatkan banyak pihak, aku ni cuma organiser dan tukang kumpul bahan untuk submission, terpaksa tunggu sana sini, tapi bila lembap, maka aku lah yang salah.....

Dari segi lain, ingat nak juga jawab tag dari pink, nak buat oktoberian entri untuk makdara terdiva, tapi satu pun belum gerak.

Dah tu, old schoolmate pula meninggal dunia, bekas jiran pula tu. Memang rapat. Baru beberapa bulan yang lalu ada sebut-sebut nama dia untuk buat reunion, tapi tak kesampaian...

beberapa tahun yang lalu adiknya kahwin, emaknya datang ke rumah menjemput, tapi aku tak pergi sebab tak ada siapa nak jaga anak, masa tu anak-anak aku masih kecil-kecil.

.................... ? .................. ? ............... ?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 13, 2010

Mandi Sungai

saya gembira sebab gambar saya masuk dalam blog

sambil itu saya menjaga selipar kasut dan beg tangan pengunjung

sementara dak w ni berusaha nak melakukan renang gaya bebas

kakngah main baling batu di sungai diperhatikan oleh kaklang

w berusaha mendayung perahu yang tak nak bergerak


bila mereka dah kesejukan mereka jadi lapar, beli aiskrim roti dan kon sajalah


kakngah sibuk nak mencuba driving, lalu diberi peluang sekejap

saya termenung di seat belakang memikirkan di mana nak dapat cendul pulut bergula merah taruh red bean yang sedap dan marvellous dan awesome dan hebat dan canggih dan wallaawweee dan cayalah dan lemak manis dan ... errr..... (cukup-cukuplah tu berangan)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ridiculously unbelievable

People spoke about it many times, but only recently I got the opportunity to watch it, but in order to do so, I have to hide the remote control from baby w saying that some butterfly or cat or alien took the remote.... hehehe

But, how to babysit your own husband whom you... eerrr.... aaaa.... and watching him die as an infant... aiyoyoo, this is very very strongly ridiculously unbelievable man...! not in your nature that people will be living backward, alamak! sangat sangat melawan suratan takdir.

I know we have the saying that "With God Will Nothing Is Impossible", but there is this natural rules and regulations we follow from decades and there's no changes in it.

Well, i do believe in miracle, i believe it when one can read today but cannot read tomorrow due to many reasons but borned as an old man and die as a very beautiful-sweet-lovely-to-hug-infant? aaaaa!!! i can't bear it!!! i can't i can't!! gilo ko apo?

eh? kenapo pulak aku yang tensen, it is just a story, right?

And then, when the makwe was hospitalised, there's too many IFs, if the packaging lah, if the shoe lace lah, if the cab driver lah.......

Islam says there's no IF, IF is only usable to make comparisan in your planning. if i study i will prosper, but if i don't study, failure is in my hand already. if i fall sick during exam i may fail, but i may succeed depending on the luck and whether i remember the syllabus or not, therefore i must take care of my own health. If i write blog i may be a popular person, but if don't show my face and not publishing my name no one will know me unless i put an email address at the side bar ... eh! hih hih hih.

By the way, encik butang tu memang sangat hensem dan glowing when he's back from his lonely planet travels, i believe it's the time to thank the makeup artist, ahhahahaha.

But to babysit encik butang as an infant? mak aaiiii ...... aku! aku! aku....

pin_san

Disclaimer: ini adalah tentang perasaan saya sahaja, bukanlah sebuah kritikan atau ulasan terhadap cerita berkenaan....TAMMAT

Terimakasih kat nurazzah8 dan jue sebab sudi follow saya. Mengenai soalan tentang block blog kita dari peminat (eh wah), uols lah, bukan saya..... Maksu dah buat posting dulu, nanti maksu cari balik urlnya dan kasik tahu kat you ya... ta ta

luv ya :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, October 12, 2010

Gemuk Kurus

Terpulanglah kepada kita samada kita nak menggemukkan atau mengkuruskan belaan kita tu...alah, si setan yang bertugas follow kita senantiasa tu.

Kalau nak biarkan dia sakit-sakit kurus kering tak makan merana, kita beringatlah selalu dan ingat Allah sentiasa. Tapi kalau kita jenis sempoi tak kisah cool kelw, kita buat dunno sajalah, nescaya belaan kita tu, si setan tu, gemuklah ia, sihat-walafiat hendaknya. Dahlah gemuk, kaya-raya pula, apa taknya, kita pakai seluar branded dia tumpang sekaki, kita makan cupcakes, dia tumpang seperut, kita minum barli suam untuk lawas perut dia pun merasa juga.

Sukalah hati menate belaan tu, hahahah

Lain pula halnya dengan si setan yang bertugas mengekori orang yang mendahulukan setiap perkara dengan Bismillah, sebagaimana riwayat ini,

Riwayat oleh Abu Hurairah, "Bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dgn syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk,dan berpakaian, manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan telanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan org mukmin, mengapa engkau kurus?".

Jawab syaitan orang mukmin, "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama ALLAH, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku selalu kehausan, kalau dia berpakaian selalu menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap bertelanjang dan sewaktu dia bersolek dia selalu menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap kusut dan masai"

Lantas berkata syaitan orang kafir, "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama ALLAH dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian."

Tepuk dada tanya selera, anda mahu parasit ini jadi bagaimana?

Setan dalam ini cerita tak ada kena-mengena dengan cerita lama karya/lakunan Seniman Agung kita.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Open

Bulan ni bulan 10, adalah bulan bahasa kebangsaan tapi aku hairan kerana satu rancangan talkshow kegemaran aku menggunakan bahasa Inggeris untuk menemuramah warga Malaysia bukan bangsa melayu baru-baru ini. Eh, aku pun hairan, kenapa aku tulis talkshow, bukan rancangan bual bicara...aaauuuooooooo

Bulan ini juga adalah bulan gambar-gambar menarik di national geographic, aku pun ada ambil gambar, tapi .... menarik kah tidak? Tak tahulah.

Apa yang aku nak beritahu adalah sekarang aku lebih open dari segi percakapan, maksudku, kalau kamu lihat aku 25 tahun lalu, aku mungkin malu-malu dan sentiasa pegang tapis, sekarang tapis teh tu dah mula aku letak ke tepi. Dan aku dah boleh cakap open dengan selesa.

Kalau kamu tak percaya, sila sekarang suruh aku cakap open.

oohhh ppiiii eeiii en

O _ P _ E _ N

thank you.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Bajet

Hhhmmm, depa kata nak balik kampung, depa tanya bajet, "ada bajet tak?"

macamanalah aku nak jawab, bajet membajet ni kena tanya kat Kementerian ler. Kementerian Kewangan, PM dan yang seantero dengannya....

aku ni, mana nak ada bajet, manjang tak masyukk jer.. manjang larriiii jer

eh! senior masa kat sekolah follow saya, terima kasih kak ciksembang di ciksembang dot blogspot. tapi kenapa pelik blognyer?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 11, 2010

Tak perasan

Perkara yang diulang-ulang setiap hari ni, memang lama-kelamaan akan faded dari perasaan... akulah tu. Selalu alpa! hep! hep!

Terima kasih kepada rantaian emel-emel mengenainya seperti dari karos, cikomar dan lain-lain:-

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdini i (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Ya Robb.......
tubna ilallah, tubna ilallah, tubna ilallah
Waraja'na illallah
Wa nadimna ala ma faalna

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kebahagiaan

Dalam dunia ni, tak ada yang lebih bermakna kecuali adanya seketul hati yang bahagia.

Bukannya orang nak cari kepuasan nafsu [seks]!, kepuasan nama tersohor, kepuasan membeli barang untuk kehendak nafsu, kepuasan untuk pangkat dan darjat yang tinggi, kepuasan mendapat ramai kawan sehingga 40 buah bas penuh kawan diaaa jer, kepuasan bla bla bla....

semua tu akan ditolak ketepi andai tiada bahagia

bahagia pula amat simple, ia akan datang pabila anda turuti sebaik mungkin perintah Allah swt, ajaran rasulnya iaitu Nabi Muhamad saw, ikuti arahan dan tunjukajar ibubapa guru-guru yang mendorong anda ke arah kebaikan.... kan tercapailah bahagia insyallah

p/s: thanks to Keri, sudi menjadi follower saya, yea! kat sini dah 165, bolehlah nanti kita bukak koperasi! eh! heh heh heh, oops! ku verangan

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, October 9, 2010

Tersepit

rokok rokok rokok rokok rokok
!
!
!

kerajaan naikkan harga rokok

perokok naikkan semangat untuk merokok

antara mereka, ada orang yang tersepit!

tapi! siapa peduli!? kan?
kan?
kan?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, October 8, 2010

Pengajar

Apa?... jangan main-main..... berbulu tu!

Berbulu ni mawas, siamang, orang hutan, hantu raya, makhluk ghaib yang tidak ada baiknya..... macamana pula yang jenis macam tu boleh jadi pengajar agama?

Oh tidak, aku tak percaya, langsung!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kehilangan

Takziah untuk ibu, keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka kerana serangan binatang liar, monyet.

Baru-baru ini, seorang dari rakan anak-anak di kawasan tempat tinggal aku telah kehilangan limpa kerana kemalangan motosikal, budak tu menaiki motosikal yang telah kerosakan brek. Dia masih di icu.

Simpati

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, October 7, 2010

Idea

Idea aku untuk memblog tiba-tiba hilang kaput sebab meluat dengan orang di tempat cari makan ni yang pada hemat aku dia adalah "sangat-slow-sangat-blur-bengap-tak-pernah-buat-kerja-cuma-pandai-cakap-jer-sekali-kena-buat-kerja-terus-jadik-panik-giler-dan-cuba-nak-alihkan-perhatian-orang-kepada-aku-pula!!

Hish!!!! Hangin jer dibuatnya.... nanti nak cari teh halia, buang angin

Eh! dah ada follower baru ler, KM. terima kasih KM, sudi follow blog ini :D

Ok, sambung cerita..... tentu semua orang ada terima emel tentang pemakaian tudung yang ala-ala biarawati kristian tu. Kalau tak dapat emel pun, tentu dah ramai update di blog.

Untuk mengingatkan semula, sila lihat gambar di bawah, ramai dah tengok dah, kan.... ?

Aku ni bukan apa, aku ni kategori orang yang always lewat dalam mengupdatekan diri aku dengan fesyen - itu bab kain ela, kasut, kain tudung, beg tangan, beg baju, kereta, sofa, langsir dll. Entah macamana nak always be on top in the fashion world sebab aku ni konsep muflis 24/7/365 (!), jadinya, aku memang tak ada tudung cenggitu.

Well, yang benarnya aku tidak pakai tudung seperti di atas ataupun yang sefesyen dengannya semata-mata kerana aku tidak selesa dengan konsep penayangan yang dipakejkan bersekali, i.e. tunjuk 'dada' dan jenis kain tudung yang ketat melekap, kat 'dada'.

Aku ni dahlah jenis shy-shy cat, bila sebut tang dada tu...aaaa... apa ek? itulah sebabnya aku tak masuk asokar, sobab aku malu nak men'dada'. oops!

By the way, idea datang dari pembacaan, tengok orang lain, tengok tivi, tengok sinema, tengok ...err.... 'dada'? Sudah tentu ada pereka-pereka tudung yang terambil sedikit sebanyak gaya tudung biarawati kristian, oleh itu.... marilah kita semua bertudung atas sebab kena pakai tudung, bukan sebab kerana ia adalah trend terkini. Abang-abang pun boleh pakai tudung, tudung saji! ;p

gua cau dulu..... nak pi beli cincau, boleh gaks buat juadah bukak posa petang kang.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, October 6, 2010

Lesen

ada road block utk motosikal; selalunya biarpun aku pakai helmet separuh tu, idak pula kena tahan, dia yang berdiri di tepi jalan tu meminta lesen, kat hubby. Hubby pun keluarkan lesen... lalu dia yang bertugas pun bertanya, 'bang, lesen abang ni bila mati?'

Hubby, 'entahlah cik, saya belum cek lagi'

'dah lama ni, tengah bulan september, ni dah bulan oktober'

'oopsss....'

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, October 5, 2010

Pergi bersantai di tepi tasik

Budak ni pagi tadi sakit perut dan muntah, dia menangis... Pagi ni dia mula dah lah dengan kertas soalan Bahasa Melayu objektif, lepas tu karangan, petang nanti ada geografi pula. Aku kata buat apa nak nak layan sangat saspen tu, buat macam pergi sekolah biasa, over excited akan melahirkan anxiety dan seterusnya merembeskan asid-asid yang melukakan di dalam badan, lalu membuatkan badan sakit-sakit... hhhmmm, itupun aku tak pernah seumur hidup dia aku kata 'engkau mesti dapat Doploh A, kalau tak mak akan menangis macam katak panggil hujan selama seminggu'. Tak, aku tak pernah pun desak dia, mahupun anak-anak yang lain. Kenapalah nak tensi sangat, mak awak ni, bukan jenis mak yang mesti nak bersaing-saing dengan orang lain, mak awak ni sangat sempoi, dan engkau pula nak gelabaaaahhh jer.....

Hari Ahad lepas aku bangun pagi siapkan makanan,
Ingat nak buat rendang ayam sempoi pepagi buta tu, tapi rupa-rupanya ayam disimpan kat tempat ais, alamak! malaslah nak defrost, makanya jadilah sambal sardin saja. Itulah masalahnya kalau kat rumah tak ada ibu, kan (aku pergi berdingin-dingin kat CH dengan tiket kompeni)... aku dah pesan kat paksu chot untuk beli ayam dan bersihkan terus sebab kakngah nak pergi release tension di Taman Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak tu, memandangkan kami ni adalah 1/2 dozen, tak berbaloi kalau nak makan di kedai.

Refer kepada entri terdahulu tajuk backpackers, lihatlah dak w tu dengan stokin di tangannya, dia tanya boleh tak dia pakai stokin, aku kata boleh saja.... aik? kaki sapa terjuntai tu?

Selepas dipakai, terasa panas pula, iyalah kan... stokin tu untuk tempat dingin, dia pakai di tepi tasik di KL, manalah nak sesuai, hi hi hi..... Selepas dia tanggalkan stokin, kakngah dan kaklang pula mencuba.

Kakngah ni punya cita-cita yang menarik sekarang ni, berminat nak jadi fotografer, kalau boleh dengan natgeo. Waduh, jauh bangat tu... lihat gambar-gambar di bawah, dia yang snapped.



Dulu-dulu dia nak jadi askar, lepas tu polis, lepas tu nak bukak tabika/nursery, nak meniaga makanan, sekarang ni fotografer pula.... layanzz... Selamat berusaha!
"Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku, juga anak-anak lain yg menduduki PMR sekarang ni, hinggalah ke minggu depan......., lapangkanlah dada mereka, ringankanlah minda mereka, jauhkanlah gusar dari hati mereka, amiinnn"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, October 4, 2010

Bila dah ada duit....

kenalah beringat, oleh itu, selepas cuti raya tempohari, aku bawa anak-anak pergi menyimpan duit, simpanan asb.



Jum layan journey kami yang melenguhkan sendi-sendi aku,


1 - pergi pejabat pos yang dekat dengan rumah, tak boleh buka akaun remaja sebab borang remaja dah habis



2 - tinggalkan pejabat pos dengan perasaan tak puas hati, dan pergi ke bank arrr_ash_bee di batu 9, ambil borang dan tengok budak2 isi borang dan tekan nombor, cuma kakngah dan kaklang dapat buat buku asb remaja, kakak tak dapat sebab ic tak boleh dibaca. selepas aku hampir-hampir terlena, barulah siap 2 buku simpanan remaja asb.


Itu si kakngah tengah cek cap jari kat kaunter.
3 - pergi ke pejabat pos di batu 9, oh.. masalah, pejabat pos perlukan salinan ic aku juga rupanya, kat bank tadi tak kisah..... pergi cari kedai fotostat, "makcik pergi makan, datang lagi selepas 1 jam", kata pakcik penjaga kedai tu.

4 - kecewa kerana tak dapat nak siapkan hal buku asb si kakak, aku bergegas balik dan cuba cari tempat fotostat di dekat2 rumah, tutup juga.....

sehinggalah sekarang, simpanan asb untuk kakak belum dibuat lagi...... ya lah, nak buat cemana, belum ada rezeki gamaknya, till next time....


kucing ni, entahlah, dia ada ic atau tak? aku tak tahu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Backpackers

Kami semua sudah packed barang dan carried on our back, so we were 'backpackers', ngeeee.... naik bas, hari Jumaat pagi, 8.30am. Kemudian gerak ke utara melalui lebuhraya utara-selatan, dan berhenti di Tapah sebelum masuk ke lencongan di Tapah. Perjalanan agak seram kerana jalanraya yang sempit dan bercerun, dan agak seriau bila berselisih dengan kenderaan besar yang lain.Sebaik sampai, kami dijemput untuk mengisi perut dulu sebelum check-in ke bilik masing-masing. Bintang tidak dapat diberi untuk makanan sebab tidak sesuai dengan tekak saya, hu hu hu.

Petangnya adalah sesi penerangan oleh encik-encik tali leher dan permainan telah diadakan di mana aku yang blur-blur dan malu-malu kucing tidak dapat contribute untuk mendapatkan kemenangan. maaf ya, maaf maaf

Malam diisi dengan karaoke dan lalala rarara gagaga hahaha, dan pagi sabtu adalah acara bebas, kami semua berpakat untuk mengempiskan wallet masing-masing.
Tempat-tempat untuk mengempiskan dompet kocek poket dan barang-barang berkenaan adalah di strawberry farm dan gerai-gerai sayur, bukan di mega mall mana-mana. Kita semua adalah nature lovers. Lihatlah kaktus yang tumbuh segar di lembah kaktus, kalau dengan aku, harus dia mati beragan, sebab aku tak pandai berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan, huhuhuAku tak bawa banyak duit jadi aku cuma belikan stroberi, Cameron epal, gula-gula dan pencil case untuk anak-anak. Sebotol madu yang berharga RM10, uncle tu cakap, 'ini barang ori punyaaa' dan none for myself. Sekarang baru aku nak menyesal, at least belilah fridge magnet, kan.... hish..... semua tak ingat, asik ingat orang tersayang yang ditinggalkan di rumah saja, dan untuk dak w, adalah stokin dan sarung tangan stroberi :D
Sebelum balik, sempat bergambar di tepi 'rumah api' tapi tak ada api......

Selamat tinggal tempat yang dingin, nanti jumpa lagi, insyallah........

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.