Thursday, September 30, 2010

Cerita Kosong: Kawan datang

Untuk minggu ni dan minggu lepas, ada saja kawan-kawan budak-budak ni yang datang ke rumah, samada selepas maghrib ataupun ikut mereka selepas balik sekolah untuk beraya juga buat study group, maklumlah periksa dah dekat. Dan kebiasaanya, spy aku adalah dak w tu, nanti dia mengadulah, 'mak, tadi kawan kakak/kakngah datang, ramai... satu tiga empatbelas, ramai sangat'.

Dia boleh cerita hal tu tak kira masa, bila-bila saja dia teringat. 2 malam lepas selepas dia menangis sebab aku tutup tv, iaitu kira-kira 12 malam, dia komplen tak boleh tidur.

'w ni tak boeh tidurlah, mata macam tak nak tutup jer', aku tak mahu layan dia, hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba dia cerita lagi tentang kawan kakak, kakngah yang datang. Dalam pada dia bercerita tu, sambil baring, aku terdengar pintu sliding macam terbuka dan tertutup tapi bila aku tengok, tak ada pun kejadian yang pelik berlaku. W tiba-tiba....
.
.
.
.
.
.

"mak, ada kawan mak datang", katanya kepadaku dengan mata yang bulat dan muka yang sangat serius, "kita nak beri minum apa ni kat kawan mak ni? kuih raya dah abis, nasi dah abis, ada air kopi dengan air suam jer". (memang pun kat dapur tu masih ada baki air kopi dalam jag, kira-kira setengah jag, dan air kosong memang ada).

'sudahlah, tidurlah', aku yang keseraman memujuk dia tidur.

"tak boleh tidur, mak jangan tidur, kawan mak datang", dia masih terus memandang kepadaku tidak berkelip.

Aku mula rasa tak tentu hala dan memandang sekeliling. 'Sudahlah, tidurlah, sekarang masa orang tidur, bukan masa tetamu datang, ni dah malam, orang tidur, bukan datang raya, mana boleh datang raya tengah-tengah malam, itu mengganggu namanya'.

Selepas mengucapkan kata-kata itu dengan semangat kuat yang dibuat-buat - berani-berani takut; aku dapati w tiba-tiba tukar cerita lain seperti dia nak sekolah, kena tidur cepat, bangun pagi kena mandi, nak tengok cerita jerry dan lain-lain.

Pagi esoknya, nak pergi bekerja, aku dapati pintu sliding terbuka, aku pun apa lagi, teruslah menyiasat apakah pintu sliding itu terbuka sejak malam tadi tanpa sesiapa sedari??? (timbul seram di hati). "ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin tak suka tau, sapa lalai ni? nyamuk masuk tau, apa plaks biar sliding ni terbuka!?" (cover line, sebenarnya aku giler seram time ni).

"abang yang buka pintu tadi nak cari stokin", kata paksu chot....

oohh... ingatkan sapa terlupa tadi, takut nyamuk masuk kat rumah jer (hahaha)

* pengalaman benar, mmg serammm siuuttt

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, September 29, 2010

Ada jerawat tumbuh di hidung

Aku dok terfikir, apakah yang aku pelajari semasa di tingkatan 6 rendah dulu? Rasa-rasanya, macam tak ada belajar pun, betul-betul pergi sekolah sekadar to kill-kill the time, daripada aku petik anggur dan gitar di tepi simpang berdekatan rumah abah. Takut nanti kena lastik plaks ngan orang tua tu, jadi aku bersekolahlah 6 rendah, dan bila tiba time pereksa hujung tahun, entah apa aku jawab aku tak pasti, seterusnya aku pulangkan buku teks dengan gembira-ria tapi tak buat lompat bintang sebab belum pandai selepas aku diterima ke itm kemasukan jan (1988). Sampai cikgu pun tahu, aku ni murid perempuan yang main-main, siap mengorat adik-adik di tingkatan 1. aauuwww! malunyer ai.

Seingat aku, yang aku belajar sangat-sangat adalah masa nak ambil SPM, itupun tak kuat sangat, itulah sebabnya aku tidak menjadi estronowt sekarang ini...... sementelah pula aku tertaksengaja dapat migrain masa pereksa matematik tambahan dan demam masa pereksa matematik biasa.... hu hu hu, terlebih tensen risau.

Kakngah pula, anak aku tu, mc 2 hari minggu lepas, sakit perut.
Tak pergi ke sekolah tadi, pening kepala, menjelang petang tadi pula dapat demam panas yang kuat.

ke_na_pa_lah ko nak terukkan diri sendiri, pmr jer pada hari selasa ni. yes, i know it's important too, but do not push yourself or put yourself in a tense shoes, as i told you many many times machine that you have to prepare since january, you prepare lah. Now is only to read through briefly and relax and unwind, pass wind also can, who will know (?), alah, coverlah, like i always do. oops!

So, chill lah, relax, May Allah gives you strength, melapangkan pemikiran dan memudahkan ko untuk jawab soalan, mak doakan. No worries.

Nanti nak bawa mereka pergi berkelahlah, untuk santai-santai minda. Insyallah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Izin ker tak izin ni?

"Hari Sabtu ni kawan abang buat open house, dari pukul 3 sampai ke tengah malam", kata paksu chot.

"Kita pergi yang tengah malamlah", jawabku.

Paksu chot hairan, "kenapa tengah malam?"

"lah... kan dah beritahu haritu dah minta izin, kan... buat-buat lupalah tu, tempat kerja ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin buat outing ke resort, abang dah izinkan, jadi ayang anje dah daftar namalah, ayang anje dah ketepikan kain kemban yang lip lap untuk buat mandi manda di kolam renang, huhuhu, janganlah you tarik balik keizinan tu....", "open house tu kita pergi bahagian yang tengah malamlah, ya, ya, ya".

* paksu chot ni kebiasaannya tak akan join kompeni dinner, outing, away day kalau kompeni tak izinkan bawa isteri dan anak-anak. di tempat kerja aku plaks, memang dinner, outing, away day adalah untuk staff sahaja kecuali family day adalah untuk staff dan family. Susah juga nak minta keizinan dari dia ni.... itupun ini baru kali ke 2 aku nak join aktiviti kompeni, sebolehnya aku tak nak belakangkan dia....... TAPI, saya akan berouting :D, yea yea yea

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Apa alamat blog engkau?

Orang 1: Dengar cerita engkau tulis blog? hebatlah kau, penulis, satu hari nanti jadi penulis tersohor tu, ngeeee :D

Mak su: tak tersohor pun, setakat merepek-repek saja, kadang-kadang aku tensen, aku luahkan perasaan kat blog, kadang-kadang aku nak sindir orang aku takut nak berdepan takut dia kecil hati, aku sindir kat blog, hehehe, macam itulah, kadang-kadang tunjuk gambar aktiviti family, maki orang secara virtual, chret kat orang secara virtual.... mana ada sohor pun. Menambah dosa kering dapatlah.

Orang 1: apa alamat blog engkau? aku nak bacalah.

Mak su: senang saja, kau google cari coretan maksu, tak pun tulis ceritakosong dot blogsgpot dot com kat atas sekali tu.

Orang 1: aku tak dapatlah, macamana?

Mak su: Kau tulis ceritakosong tu sambung, one word, mesti dapat punya.

Orang 1: ooooo, macam ini? ceritakosongtusambungoneword.blogspot.com ker?

Mak su: kepala **tak kau!!!! kau saja kan, mau kasik bahu kiri aku beratlah tu!

(Amaran oleh penulis blog yang ta da sohor, maki hamun secara berdepan mahupun secara virtual adalah tara baeekk punyaaa)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, September 28, 2010

Pontinanak

Hubby dapat jemputan open house pada hari sabtu ini, 3pm hingga ke tengah malam....

aku saspek, kalu datang awal, boleh dapat makanan

kalu lambat santak ke tengah malam, alamatnya kena basuh pinggan kot, huhuhu

tak pun, kita sama-sama mengilai, jadik pontinanak (bukan pontianak ya)

pontinanak
dibam dibam
dengarkan lagu
dibam dibam
nyanyianku, hanya untuk muuuuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ribut dalam perut

Timakasih Keri! sudi jadik follower saya ! :D

Saspen plaks rasa di hati, bagai ada ribut dalam perut, selepas baca jadual periksa PMR anak aku si kakngah tu..... fuhhhh...... bergelodak rasanya.

Belum lagi aku baca jadual periksa SPM, awatler si kakak ni senyappp jer... dah dapat jadual lum?

.
.
.
.
.
.
.


aku sebenarnya takut nak rapat-rapat dengan orang perempuan kat tempat aku cari makan ni, dari sejak hari pertama aku bekerja lagi.. almaklumlah, aku cuma seorang old gegerl next door yang lebih plain dari the plain jane. Mereka kat sini hebat-hebat belaka, ada klas, high plaks tu, ada pelajaran tinggi, depa pun orang-orang yang tinggi ala-ala model, kehidupan yang happening, aku segan... rasa macam tak sekufu...dan selepas 11 tahun di sini, aku masih begini, masih mengekal imej LIBRA aku yakni berkawan dengan semua orang, semua orang tau dari tea lady derebar hinggalah ke mereka yang bertali leher, aku can make friend with them ... malangnya konsep aku ni menyebabkan aku tak biasa ber'klik' or ber'close fren' aka kawan cemolot. Ada masanya aku lepak sorang, apatah lagi mmg sikap aku suka supping sorang-sorang sebab AKU MEMANG TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN UNTUK TUNGGU AKU BUAT PILIHAN.

sebenarnya aku pelik dengan sikap orang kat sini padahal ini bukan tempat kerja aku yg I, di tempat2 lain, diri aku tak pernah disungging, masing-masing 'selamat'. tapi kat sini, memang rupa-rupanya budaya klik jadik amalan, masa aku 1st day di sini pada tahun 1999, bila aku cuba nak join orang makan, depa macam tak berapa nak accept aku dan suggesting agar aku pergilah makan dengan orang lain...... (??), sampailah sekarang perasaan aku masih tak selesa, aku takut nak rapat-rapat kat siku mereka takut mereka tak nak terima sebab aku tak sain kontrek nak jadik klik, once bila engkau dah jadik klik, engkau kena maintain dan tak leh join orang lain..... sedangkan aku plaks adalah tak biasa bersikap sebegitu.

aku sedar diri aku, tidak exciting, tidak ada-apa yang gah nak dihebahkan, tidak ada apa-apa cerita menarik nak dikongsikan, semuanya terlalu plain @ boring...... hhhmmmm, entahlah, whatever it is , aku tak salahkan mereka, aku salahkan diri aku saja

kalau orang lelaki pula, kebanyakan mereka hanya hormat engkau yang ada keturunan berpangkat, darjah kau mulia, poket kau tebal bla bla bla :(, even kenal di dalam tempat cari makan, tapi kat luar berkelakuan macam orang asing, langsung tak boleh nak duduk semeja!!!

itulah salah satu sebab mengapa aku bosan dan bencikan pagi isnin, pagi selasa, pagi rabu pagi khamis pagi jumaat, kita semua adalah fake, we faking our smiles

WALAUBAGAIMANAPUN, adalah beberapa orang lelaki perempuan yang cool dan easy, dan aku rasa at ease dengan mereka, sincerely, may they prosper in their lives, amiinnn.. oh, may they all prosper in their lives whether they like me or not

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menari berpusing-pusing

Ini gambar lama, gambar dak W tu seronok menari berpusing-pusing dengan skirt kembangnya dengan rambut yang beralun rambut. Sekarang rambut dah potong pendek, skirt kembang pun dah comot. Sekali tengok, membuatkan aku teringat kepada Tarian Sufi yang dipelopori oleh Jalaludin Rumi, seorang penyair sufi yang hidup di tahun 1207-1273. Saya lihat DI BLOG INI di sini dan dapat tahu bahawa Saidina Abu Bakar ra adalah orang pertama yang melakukan putaran itu.

Tarian sufi juga ada di dalam video klip lagu Dewa 19, Laskar Cinta.

p/s: saya tak usik orang, saya tak kacau orang, tapi apakah benar bahawa saya telah difitnah? sebagai busybody.... (?). Malang sungguh menjadi saya :(
kan, setujulah dengan saya.....
kenapa ha? kenapa? kan aku dah kabarkan, kalau bencikan aku, jangan langsung tengok muka aku ni...........

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, September 27, 2010

Perlukan semangat itu aku

Aku dah bosan, bertolak-ansur dengan orang - yang mahu aku sentiasa mengalah dan rela.

Macamana nak buat? ? ?

Oh, by the way, nak berterimakasih pada rasp, sudi follow blog ini, moga-moga lepas ni, saya akan lebih bersemangat.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Selamat Pagi Isnin

Ngantuk, sejuk, dingin, aircond serasakan bagai kuat sangat (everyday pun aircond kuat sangat)....(bosan) - entah berapa kali terbangun tadi malam, mother nature's call.

Last-last pagi selepas subuh tadi termimpikan arwah emak cantik berbaju kurung dengan memakai penutup kepala yang biasa dipakainya tu, orang sedang bersibuk-sibuk kenduri dan dia melihat sekeliling, aku menjengukkan muka di tingkap (tingkap yang sudahpun musnah dan runtuh) dan terkejut melihatnya, sekelip mata dia hilang. Kemudian muncul tiba-tiba di depan aku dengan wajah yang sedikit berlainan (aku saspek, orang baru ni adalah orang lain bukannya arwah), berkata, 'tak semua yang dinampak tu betul'.

Aku terkejut jaga, dah dekat nak pukul tujuh pagi, selamat pagi Isnin! Aku late bird.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, September 24, 2010

Perasaan tak berapa nak puas di hati

Kitorang dalam proses nak dapatkan motorsikal.

Buat sementara ni motosikal ni ok jugalah, baru pakai minggu ni, best, maklumlah motor baru, tapi motor orang... takut nak gunakan tak tentu hala, takut orang marah.

Tapi tong minyaknya... mak aaiii, sekali isi, RM8.00, motor ker kereta kancil miniature ni? Motor yang lama dulu cuma RM5 jer.

Rabaklah.

Tak tahu nak marah apa ataupun marah siapa? Motorkah? tangkikah? tukang reka motorsikalkah? Harga minyakkah? Ataupun lebih baik marahkan diri sendiri, kan...

sebab tak bekerja di sebelah rumah aje.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sebuah sajak yang sangap

sajak yang sangap
telah datang melekap
tatkala fikiran aku bengap
ngap ngap ngap

oooii bodohhooiii
kau tahu tak?
kalau engkau tengok aku diam
tak bermakna aku tak perasan
bodohhooiii

oooii bodohhooiii
kau tahu tak?
kalau engkau tengok aku tak berdiri
tak bermakna aku tak perhati
bodohhooiii

oooii bodohhooiii
kau tahu tak?
kalau engkau tengok aku macam tak faham
tak bermakna aku sedang bungkam
bodohhooii

aku diam sebab aku berfikir
mencari yang terbaik
untuk menangani
sebuah permasalahan yang terkini
bodoohhooiii

engkau bikin aku marah! lah!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Terowong

Engkorang pernah tak tengah elok berjalan-jalan, tiba-tiba macam ada ulat terbang masuk ke hidung, lepas tu kenalah hembus kuat-kuat untuk keluarkan balik ulat terbang tu. huuuhhhh huuhhhhhh, sampai nak terkeluar hingus.

Akulah tu... hahaha

Teringat pula kat anak aku si kakngah tu, masa dia kecik dulu, dia pernah bulat-bulatkan kertas tisu sampai jadi kecik banget, kemudian sumbatkan dalam lubang hidung dia. lepas tu dia huuhhhh huuuhhhhh, hembus cuba nak keluarkan tisu tu. Katanya, seingat-ingat dia, tisu tu tak keluar pun.

Dan seingat-ingat aku, ulat terbang-terbang tu tak keluar pun.....

eeeeiiiiiiiiii

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, September 23, 2010

Cerita Kosong: kriukkk tengah malam

Mila Karmila sedang makan kuih siput, saki-baki kuih rayanya sambil menonton cerita seram di kaca tivi tajuk kesurupan (bukan kesuburan ya.....).

Abang M dah tidur, begitu juga Kak I, adiknya H juga sudah tidur, tak ada yang mahu berjaga menemaninya menonton.

Dek kerana nak menjimatkan elektrik, Mila Karmila menutup suis lampu depan, yang tinggal hanya cahaya yang keluar dari peti telivisyen, dilatari cahaya lampu yang malap di dapur.

Keseraman di kaca tivi memberi bekas kepada Mila Karmila, apatah lagi tiba-tiba dia bagaikan terlihat kelibat satu lembaga putih berjalan keluar dari bilik menuju ke dinding langsung lesap ditelan kelam malam.

Mila Karmila tidak memperdulikan itu semua, memang tidak menjadi kehairanan baginya kerana dia sudah terbiasa dengan kelebihan yang ada padanya iaitu mempunyai mata yang 'terang'.

Selang beberapa detik, tiba-tiba sofa di sebelahnya berkriukkk bagaikan ada orang datang dan duduk. Mila karmila tidak memperdulikan tetapi terus konsentrat menonton tivi. Apatah lagi, Nia Ramadhani yang cun juga turut berlakun.

Tiba-tiba terdengar lagi, kriiukkkk....
.
.
.
kriiukkk krrriuukkk
.
.
.
.
kriukkkk
.
.
.
.
mata sudah tidak ke tivi sebaliknya ke sofa. kriuukkk kriuukk kriuukkkk, Mila Karmila tak tahan langsung melihat ke sofa sebelah dan terlihat satu lembaga besar juga SEDANG SAMA-SAMA menonton cerita Kesurupan itu..... huhuhu

heh! tak boleh jadi, Mila Karmila pantas menutup tivi dan lari masuk ke bilik tidur.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cerita Kosong: Hak yang dinafikan

Nek qasidah termenung lagi di katilnya sambil mata menatap kosong ke arah rumahnya. Hairankan.. ? Macamanakah nek qasidah boleh duduk di katilnya sambil memandang ke arah rumahnya. Nek qasidah ada krisis dengan anak menantunya dan dia telah disuruh keluar dari rumahnya sendiri.

FLASHBACK

Pada suatu ketika dahulu selepas Tok Aki Leman meninggal, nek qasidah memanggil Long Yahya untuk tinggal diam di rumah itu, memandangkan nek qasidah keseorangan selepas anak semua dah besar dan berkeluarga. Long Yahya setuju untuk berpindah tinggal di rumah tua tinggalan arwah ayahnya menemankan ibunya dan mereka 7 beranak terus mendiami rumah itu, hingga sekarang. Ketika itu Long Yahya dan Long Jamiah susah, hidup di kampung dengan pendapatan kecil, anak 5 orang. Nek qasidah garang orangnya, terutama terhadap menantu dan cucu2nya. Tetapi garang perempuan tua orang kampung yang kesunyian, apa sangatlah dibandingkan dengan sokongan, kasihsayang, caring yang dia hulurkan kepada keluarga Long Yahya.

Kini, sejak anak-anak Long jamiah sudah bekerja, dia yang dulu cuma ada dalam $30, $50 dalam dompet, sekarang sudah mendapat RM3000 sebulan campur tolak, hasil pemberian dari anak-anaknya. Emas Long Jamiah pun sudah banyak, baju pun sudah bertukar baru. Kereta ada 2, dan rumah buruk tinggalan Tok Aki Leman sudah berganti dengan sebuah rumah banglo 3 bilik 2 bilik air. Sudah tiada lagi kenang-kenangan dari Tok Aki Leman cuma nama dan memorinya masih kekal dalam ingatan Nek Qasidah, malangnya sejak 5, 6 tahun lalu, Nek qasidah telah lumpuh sebelah badannya akibat strok.

Lama kelamaan, entah apa yang berlaku, entah apa yang menghasut, Long Yahya dan Long Jamiah kedua-duanya bermasam muka dengan Nek qasidah hinggalah seterusnya mereka kata mereka sibuk dan tidak dapat lagi menengok-nengok, membela, menjaga nenek tua itu. Dengan sedih, nek qasidah menerima saja bila dipindahkan ke rumah Bang Andak Aman. Mereka menerima nek qasidah seadanya, cumanya selama ini nek qasidah tak mahu duduk di rumah anaknya itu (yang berhadapan dengan rumah banglo si Long Yahya tu), kerana nek qasidah mahu duduk di rumah sendiri. Tak betah duduk di rumah orang. Biasalah, itukan adat orang tua, adat kita juga, manalah kita nak betah duduk di rumah orang lain sedangkan kita ada rumah sendiri.

Hinggalah pada pertengahan ramadhan, Kak andak lela bertanyakan kepada nek qasidah apa yang dimenungkannya? nek qasidah menjawab, "aku nak pergi rumah aku, aku nak duduk di rumah aku!", dengan nada marah dan sugul.

Kak andak diam langsung meneruskan kerjanya di dapur, sementara bang andak yang sedang mandi terus bernyanyi sumbang lagu pop 70an.

Tanpa mereka sedari, nek qasidah sudahpun berdiri di ambang pintu (dia sudah pulih sedikit dari lumpuh), dengan tangan kiri yang menggigil-gigil (umurnya adalah 80tahun+ kot), dan tangan kanan yang mengerekot kaku, nek qasidah mengheret tilamnya ke rumah banglo Long Yahya yakni, rumah nek qasidah sendiri.

Dalam usahanya yang terkial-kial, Nek qasidah terjatuh di tepi longkang, bunyi berdebuk di luar membuatkan kak andak terkejut dan dia berlari-lari terkedek-kedek, terkejut melihat mak mertuanya tergolek di tepi longkang dengan tilam berada di tepinya, kak andak terjerit-jerit memanggil abang andak dan dengan bertowel bang andak berlari pula ke luar mendapatkan emaknya.

Nek qasidah terkial-kial bangun sambil mengheret kakinya yang lemah, dia berusaha mencepatkan langkahnya ke banglo Long Yahya, Long jamiah terkejut mendengar bising-bising lalu berdiri di ambang pintu banglonya yang tersergam indah sambil mendengus. Long yahya yang sedang membaca paper meneruskan pembacaannya.

Sebaik nek qasidah sampai di depan pintu, "aku nak duduk sini, ini rumah aku"

Long Jamiah menjawab, 'tak boleh mak, kami tak dapat nak bela mak lagi, mak pergilah ke rumah andak, biar dia pula bela mak, kami sibuk, kami nak ke sana sini nanti susah, rumah ni kena dikunci selalu, tak boleh dibiar ternganga'. Sementara itu, Long Yahya tetap dengan pembacaannya.

Bang andak bergegas cuba merapatkan langkahnya dengan emaknya, Nek qasidah. Dia menjerit memanggil kak andak lela agar mengangkat tilam itu balik ke rumah dan cepat-cepat menyambar tangan emaknya sebelum terjadi pula sebarang perselisihan faham lebih lanjut di pintu rumah Long Yahya.

Long Jamiah melanjutkan cakapnya, 'rumah ni direnovate dengan duit anak-anak saya yang dah bekerja, mereka beri duit kepada saya tiap-tiap bulan dan mereka buat pinjaman untuk elokkan rumah ini, saya tak berani nak memandai-mandai sebab takut anak saya marah, saya kena hormat usaha anak saya bekerja dan mendapatkan duit', katanya dengan bengis terselit bangga di hati atas kejayaan anak-anaknya, dia memegang perutnya yang macam sejuk-sejuk gitu.

Nek qasidah menangis berlagu, tidak berlagu, mengongoi, 'aku nak duduk di rumah aku, aku nak duduk di rumah aku'

'Sudahlah mak, ni dah jadi rumah dorang, rumah ni pun dah cantik kerana duit anak-anak dorang, duit mak beli tanah dan buat rumah dulu kira dah burn dah, sudahlah mak, marilah balik ke rumah saya semula', pujuk bang andak aman.

Long Yahya tetap diam sambil baca paper.

Dan kini, nek qasidah masih lagi menangis, melihat ke rumahnya. Tergambar di ruangan matanya sebuah rumah kayu usang 1 bilik 1 bilik air yang dibina dengan tangan sendiri oleh suami tersayang Tok Aki Leman, jendela tingkap yang tidak berkunci hanya diselak saja pada waktu malam, dinding yang lusuh dan rapuh ditelan zaman. Reban ayam di tepi rumah dan dapur arang.

Kenangan, hanya tinggal kenangan, bertemankan airmata kesepian keseorangan menanti waktu dipanggil Ilahi. Tiada lagi bujukan dari suami tersayang, hanya renungan dari anak-anak yang berasa kasihan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Raya 5, Rumah mereka suram dan sunyi

Buat yang masih ingat tentang aku kongsikan kesedihan aku bila kakak aku meninggal di bulan ramadhan tempohari, aku ada melawat anak-anaknya pada 10 syawal haritu. Sebenarnya aku agak ragu-ragu sebab selepas mereka kehilangan mak mereka, abang ipar aku dan anak-anak buah sangat down dan senyap dan sunyi.

Hari ini, anak bongsu arwah menduduki pepereksaan upsr, hari ke2. Moga dia tabah dan tenang. Dialah satu-satunya yang melihat arwah maknya menghembuskan nafas terakhir di katil hospital besar KL.

Jadi selepas melawat anak buah paksu chot di mindef, kami langsung ke rumah arwah kakakku yang berhampiran. Rumah mereka suram dan sunyi. Anak gadis tunggal cilik yang berUPSR tu cuma duduk dalam bilik, katanya dengan wajah yang layu, "saya tengah ulangkaji". Entahlah. Abang-abangnya ada, tidur depan tv.

Aku bagaikan nak menangis bila melihat kuih-kuih raya di atas meja (kesukaan arwah kakakku), dengan nasi impit dan kuah kacang buatan tangah si ayah, yang diletak pewarna merah (mana entah orang lelaki itu dapat resepi yang pelik, layannzzzz). Juga rendang ayam dipotong dadu (lagi sekali, rendang ayam itu kelihatan sangat pelik).

Hmmm, mungkin lagi 3 minggu, sebulan seterusnya, aku akan menziarah mereka berserta home made lauk. Kasihan sangat sangat sangat dan sekali-sekala akan ambil anak gadis tunggal itu untuk tidur-tidur di rumahku.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cerita Raya 4: Pergi melawat sepupu arwah abah

Pada 3 syawal masa majlis kenduri kahwin anak buah aku tu, sepupu arwah abah datang, pakcik yeh (yeh, bukan pop yeh yeh, hep)

Terang lagi matanya, dia datang dengan lenggang lengguknya naik motor. Jadinya, kakak-kakak aku dan abang-abang aku panggil aku untuk bersalaman dengan pakcik yeh, dorang memang suka nak perkenalkan aku kepada saudara-mara, 'ni mak su, anak abah yang bongsu', lepas tu saudara mara pandang kat aku (tak kecik pun.... oops! hahaha).

Oklah, sambung cerita, ni kali ke2 aku jumpa pakcik yeh selepas ...... 8 tahun kot. Dulu dia dok di kepong, sekarang dah balik kampong, pencen dah.

Oleh kerana teruja, aku paksa paksu chot bawa kereta ke seluruh nusantara rembau untuk mencari rumah pakcik yeh, tiada alamat dia cuma kata belok kanan kiri lagi kiri lagi, rumah batu pagar batu. Nasib baik kita tak tersesat ke kuala pilah, selepas berpusing-pusing dan naik darah, kita pun bertemu rumah pakcik yeh. Aku membahasakan diri pakcik yeh sebagai pakcik (lah, kan... kata kezen). Tapi pakcik yeh bahasakan diri dia sebagai atok (thanks pakcik, anda bikin saya rasa muda rumaja semula).

Pakcik dan makcik mempelawa kami menjamah kuih2 raya, pakcik ada buat operation lemah jantung bypass lebih kurang 7, 8 tahun yang lalu, sebelum itu katanya dia tak pernah sakit apa-apa. Makcik pula duduk di atas kerusi roda, sebab terjatuh di lantai simen, itu jer, bukan ada sakit apa pun.

Apa yang menarik tentang pakcik yeh ialah tentang keseronokan dia bercerita bab dia mencari rumah pusaka tinggalan arwah abah, dia TERSESAT juga, macam aku tersesat nak cari rumah dia. Dia sebab explanation tentang yang rumah itu mengelirukan, tak berapa perasan jalan pun ada, dia tu bekas askar dok merantau sana sini. Aku pula tak perasan jalan sebab itulah first time aku melawat sepupu arwah abah, padan muka aku, kan. Tapi at least aku ambil inisiatif untuk mengeratkan semula tali silaturahim. eh wahhh

Pakcik yeh ni style dia bercerita, akan tepuk lutut dan, ''atok sosek cari ghumah abah ekau, apo tak koba an ghumah lamo, kok koba an ghumah lamo mostilah atok tau, ni poie koba an ghumah bawah, atok poie cari ghumah kek bawah tak ado, ponek atok tanyo-tanyo oghang"

(terjemahan: "atuk sesat cari rumah abah kau, kenapa tak cakap rumah lama? kalau cakap rumah lama mestilah atuk tahu. Ni tak, pi cakap rumah bawah, atuk cari rumah di bawah tapi ada, penat atuk tanya-tanya kat orang")

Pakcik yeh akan ulang dialog di atas tu, dan menurut si kakak, adalah dalam 6 kali dan setiap kali dia cerita dia akan tepuk lutut, aku perasan anak-anak aku dok jeling kat lutut pakcik yeh sambil mengangkat-angkat kening dan senyum-senyum sesama sendiri. Heeiiiiii... tak baik gelakkan orang tua.

Akhir kata dari pakcik yeh, 'kirim salam kek omak kau yo'.

Insyallah......

p/s: pakcik yeh ni memang bestlah, mak saya dah lama meninggal ler, mesti pakcik yeh konpius antara saya (anak buah) dengan cucu pakcik yeh, kan... hahaha, layan jer lah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, September 21, 2010

Cerita Raya 3, 3 Syawal

Kitorang bergegas ke rembau sebab pada 3 syawal tu ada buat kenduri kahwin anak buah aku, si along di rumah pusaka arwah orang tuaku. Rumah itu dah jadi milik kakakku, Teh (bukan teh o ataupun teh masala ya.... oops! kalau teh tahu lawak ni, mesti telinga aku kena piat)

Nak kena kabo jugerk sebab dulu rumah tu adalah untuk aku, tapi aku ni kan expatriate dari rembau ke kl, so agak sukar untuk maintain (maintain apa ntah).

Kebiasaannya arwah kakak aku yang baru meninggal hari tu masa bulan posa tu akan bersibuk2 siapkan lauk pengantin, oleh kerana dia dah tak ada dan the next person is me, akulah yang kena pikul tanggungjawab itu, sediakan lauk pengantin yang sudah dimasakkan oleh emak pengantin, siapkan pinggan cawan sudu gerepu mangkuk semualah. Aku dibantu oleh anak bongsu si Teh, tapi letihnya, sudahnya aku keseorangan sebab dia lesap bila kawan2 dia datang bertandang. Aku dibantu oleh kakak dan kakngah yang memang bikin aku letih.

Aku siapkan semua sampai bereskan kawasan hidangan termasuk basuh pinggan dan clearance. Oleh kerana itu, tiada gambar jugak...ish! tak dapat nak menunjuk-nunjuk!

Belah senjanya pula, aku ke rumah kawan sekolah rendah, Man yang buat open house aka majlis reunion raya.

Pada 4 syawal, aku sekeluarga berziarah ke rumah adik-beradik dan senjanya pula terus melanjutkan ke seremban iaitu di rumah adik bongsu hubby.
gambar 1: Itulah dia adik bongsu hubby yang tua setahun dariku (itupun nak kabo, hahaha)


gambar 2: gambar lutut aku, oops! itu kakngah dan anak sulung tuan rumah. Baju kurung aku dan penutup balang kuih adalah sedondon. Actually kita (aku dan penutup balang kuih) dah berjanji hari tu, masa di bulan rejab tu, kita nak gunakan warna yang sama iaitu hijau pucuk pisang.

gambar 3: apa yang buat w jadi berkerut tu? ini mesti anak bongsu tuan rumah mintak duit raya kat dia, hahaha

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cerita Raya 2, 8 september

Kitorang bergerak balik ke kampung paksu chot pada 8 sept, dan sampai di sana pada tengah malamnya terus tidur. Kami menumpang tidur di rumah abang ngah (abang kepada hubby). Tidak ada apa-apa yang hendak dibuat kecuali menolong puan ngah sediakan juadah berbuka dan buat kuih samprit selepas berbuka.
gambar 1, kaklang tanya kepada puan ngah apa barang itu benda hijau boleh buat. Puan ngah kata untuk tapis, buat katok orang pun boleh, oops!

gambar 2: tengoklah tangan puan ngah bertulang besi berurat dawai tu, aku serenderlah bab uli tepung, lenguh jari ai

Pada 9 syawal pula, aku ditelefon oleh orang gantian kerana dia tak tahu di mana nak cari emel encik tali leher. Aku suruh dia cari kat all documents, tapi dia pergi cari kat mycomputer, my desktop, my document dan dia hanya berjaya temui lagu-lagu dan gambar-gambar yang aku upload kat komputar, mau saja aku 'kasik putar roda ini', geram kan.... gayanya dia tu pandai banget deh...... alahai... oops! termelepas geram plaks.

Pada petang 9 september, anak ke 2 encik ngah balik kampung dan dia buat ikan bakar ala restoren sekinchan, marvellous (tak der gambar)

Gambar 3: Pada pagi raya 1, kita beraya ke rumah encik long yang terletak di sebelah rumah encik ngah, sekentut aja jaraknya.....

gambar 4: aku suruh mereka posing ayu jelita, tapi mereka posing gelak macam pontianak, ish... apa ler anak dara ramai-ramai dok gelak kui kui kui

Pada petang raya 1, puan ngah sibuk komplen sinki dapurnya gitu gini, lalu hubby sinsing lengan dan tukar ke pakaian reman (eh wah), lalu terus keluarkan penyodok, perata, simen, pasir apa bagai, buatkan sinki baru untuk puan ngah. Puan ngah pun happy menyebabkan aku terlupa nak ambil gambar, tak dapatlah aku nak menunjuk-nunjuk (oops!). Selain dari tu, kita semua sibuk di dapur sebab ramai tetamu datang especially nak melawat mak mertuaku.
Pada pagi raya 2, mak mertua dan semua lain-lain yang menumpang tidur di rumah abang ngah berebut-rebut bilik air yang satu, di situlah tempat mandi di situlah jamban. Encik ngah anak beranak ada 10 orang, keluarga yang menumpang tidur di situ ada 3 keluarga. Oleh kerana itu, hubby sekali lagi sinsing lengan dan renovate pula bilik air buat pembahagi untuk tempat mandi dan tempat termenung. Lalu semua orang pun happy dan lagi sekali, aku terlupa nak ambil gambar, sebab tetamu ramai sungguh datang, aku kena dok kat dapur basuh pinggan.
Selepas hubby berehat barang selelap dua lelap, kami gerak pula ke rembau dan sampai di rumah arwah orang tuaku pada pukul tiga pagi!!!
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cuma boleh tengok saja

Comelkan baby tu, elok jer tidur atas meja, eeeiii! geram, macam nak tarik-tarik rambut dia! Opps! marah ayah dia. hahaha, seorang rakan membawa anaknya ke tempat cari makan ni, dan baby tu pun elok jer tidur.... langsung tak sedar kena cuit-cuit.Tengok dari dekat, tengoklah pipinya yang tembam tu..... cubit kang. Ish, tak baek, tengok saja sudahlah......

Dan haritu kakngah dan rakan sekelasnya di bawa oleh cikgu berombongan ke UKM kot, eh! UPM kot. Ada festival apa ntah... dia tertarik tengok vespa-vespa yang tengah beratur tu, ikutkan hati aku, mintak dia ciluk satu bawa balik, tapi apa boleh, cuma boleh tengok saja.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya 1

Raya di rumah sendiri

Anak buah aku dan family memasing nak datang beraya di rumah, begitu juga dengan abangku yang paling tua, jadinya memandangkan 16 sept adalah public holiday, aku setkan agar mereka dapat datang pada tarikh itu, iaitu bersamaan dengan tarikh kelahiran kaklang.

Tidak ada persiapan yang meriah, kuih raya 2 jenis yang dibeli masa Ramadhan sudah habis dimakan oleh anak-anak semasa Ramadhan juga. Tapi lega sebab ada bantuan kerajaan kuihraya dari kaum-keluarga (bahulu, kuih bangkit, tart nenas, coklat homemade, kerepek pedas, kerepek biasa), aku tambah kekacang 1 jenis.

Memandangkan yang datang adalah kaum keluarga dari Rembau, dan umur pun tidak muda tidak remaja old skool pula, pilihan menu utamaku adalah untuk menyediakan nasi berlaukkan ayam kicap, ikan goreng cili dan petai masak lemak cili api. Aku menjemput anak buah paksu chot sefamily untuk datang beraya juga, dan minta tolong pada mereka untuk belikan kek untuk kaklang. Ada beberapa orang rakan kakngah dan kaklang juga datang memeriahkan suasana dan belasah kek besday :) Side dish adalah bergedil daging ala rancangan Sedap, dan mee goreng. Air 2 jenis, sarsi (ais) dan kopi 0 (panas). Telur rebus dihiris nipis dengan timun untuk menyemakkan meja.
Mereka sampai seawal 11.15am, last tetamu balik pada 4.30pm. Gambar tu adalah w dengan anak buah saudaranya. Sebaya gitu.


Itu pula kaklang tengah dukung anak buah saudara (iaitu adik kepada abang kecik berbaju petak tu, tengok background, ayahnya siap sangkut tuala di bahu, hahaha)

Gambar ni pula adalah bahan-bahan untuk buat bergedil ala rancangan sedap, aku ubahsuai sikit tambah sana sini, dan ia tidak guna tepung, sebaliknya biskut yang dikatok halus hingga menjadi ala-ala tepung sebagai medium untuk melekatkan bahan-bahan.

Resepi:
semua bahan digaulkan sekalirap, kentang lenyek, halia secoet, bawang besar, cili api or cili besar (tumbuk atau blend), carot cincang halus, daging or ayam cincang halus, garam, daun sup daun bawang, telur, tepungan biskut.

Balutan luar, telur dan tepungan biskut

Dan boleh digoreng. Errmmm, sedap.

Itu saja, ta ta

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kepulangan yang dinanti

Kepulangan aku ke pangkuan ayahbonda majikan adalah amat dinanti-nantikan oleh fellow worker yang mengreplace aku semasa aku bercuti iaitu dari 8 Sept hingga 17 Sept. Lama kan........ memang disengajakan.

Sebelum terlupa, terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi mai sini jamah teh o kosong selama aku bercuti :), i appreciate it a lot! :D

Aku ni tak biasa berholiday, bercuti panjang sejak aku bekerja dari tahun 1999 hinggalah sekarang ini. Kebiasaan cuti raya aku hanyalah 3 ke 4 hari sahaja, hanyalah pada tahun ini aku mengambil cuti raya yang panjang iaitu 6 hari, 6 hari saja, bukan 16 hari. Itupun sebab aku kecewa dan sakit hati setelah sekian lama aku masih TIDAK DIHargai di sini.

MC pun baru digunakan 3.5 hari sahaja, dan emergency pun cuma baru 4 hari. Baki cuti pun masih banyak lagi, menandakan aku bukan KAKI TUANG, har har har.... (dengan bangga)

Kepulangan aku yang dinanti-nanti disambut dengan perasaan marah dan geram oleh pekerja yang menggantikan tempatku dengan menyatakan bahawa kerusi dan kasutku adalah panas, terrible, dahsyat, too many works, cannot cope, so many things to do, terrible terrible terrible. Siap compare pekerjaan aku dengan pekerjaan dia yang memegang tangga gaji dan kedudukan yang sama dengan aku, tapi pekerjaan dia adalah sangat relax sampaikan dia boleh buat kerja MLM SLM QLM PLM ZLM JLM entah apa-apa m lagi lah during office hour!....

Adil ke tak adil ni? Aku yang dah kerja kat sini dah 11 tahun dah, dia baru kerja 2 tahun dah dapat kedudukan dan gaji yang sama..... "ala kipas ala kupas ala lupas ala lipas".

Teruk kan... aku ingatkan aku bakal disambut dengan kompang dan bunga manggar.

Tapi aku ni bangsa spesis berat mulut, diammmmmmm saja sampaikan apa aku buat pun orang tak tahu, jadi nak bagi orang tahu dunia aku adalah dengan melarikan diri seketika dan biarkan dunia orang lain berputar tension menanggung keperitan aku.

Tapi entahlah dia insaf entah tak..... kuang kuang kuang.

Well.........

* * SEKARANG BARU KAU TAHU KERJA AKU, kan...... kan kan kan??!! kau ingat aku kat sini kerja kira bulu mata aku ada berapa helai dah tercabut? Lepas tu kerja cungkil gigi bersihkan gigi???"

Dia tu dulu pernah assume aku hanya melepak sahaja di tempat cari makan ni. Yang benarnya selagi kau tak duduk kat kerusi aku, tak pakai selipar aku, kau tak akan tahu cemana aku suffer.

So aku jawab, "this the reality of my work if you want to know, that's why you always see me so quiet and tense, i have lots of things to do" (nak saja aku cakap lebih-lebih kasi pedas berdesing telinga dia, tapi tak sampai hati pulak)

Well, datang-datang kerja saja dah tensi, nantilah petang-petang sikit ker aku upload gambar-gambar raya yang sakan........ Hmmm, ginilah nasib sorang pekerja yang pendiam dan tidak happening, just a plain girl next door. Tidak dihargai, dipandang enteng, dipandang remeh, dipandang rendah (dan rendang) adalah parts and parcels of my life. Aku nak berlatih jadi peramah dan cakap terjerit-jerit dan jadi drama queen pun dah tak mampu dah, memang darah yang mengalir dalam badan aku ni jenis darah senyap, nak buat cemana...... ek..

till we meet again....daa

:D

p/s: ada lagi umurku ini di mana sumur, dapatlah kita berblog lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, September 17, 2010

WASIAT (n3 auto publish)

Akhir-akhir ni kerap terfikirkan mati, dan tak sah bila fikir mati tanpa wasiat, bukan harta benda yang nak diwasiatkan buat anak-anak, tak ada apa pun, simpanan tak ada, yang ada cuma duit epf dan telah dinamakan setiap seorang.

Arwah abah mati dulu tak sempat tinggalkan wasiat
samalah dengan arwah mak
arwah kakak yang baru meninggal ni pun tak ada wasiat
begitu juga anak buah yang meninggal dulu tu
arwah kakak ipar pun sama juga, tiada wasiat

bukan wasiat hartabenda, bagi orang yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang macam aku, wasiat hartabenda adalah jauh sekali dari panggang, yang boleh diwasiatkan adalah:
. berapa puasa yang belum diganti
. berapa solat yang tak sempat dibuat
.berapa banyak hutang-piutang kat abang ngah, kak cik, kak long, makcik j, kakak L, mr J, abang Go, kak Sr
. ingat solat setiap hari, jangan jadi muslim pagi kafir petang, muslim petang kafir tengahari, kafir subuh muslim asar, jangan....
. mintak hidayah (bukan hadiah), hidayah akan datang bila kita mendekatkan diri dan menambah taat kepada Allah dari sehari ke sehari
. adik-beradik berteguh, jangan bercerai-berai
. sayang-menyayang dan saling tolong-menolong dalam keluarga, ingat, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
. hormat kepada pak sedara mak sedara mak dan ayah, ziarah mereka selalu
. kalau kenal dengan kawan-kawan mak dan ayah, ziarah mereka juga, itu sangat dialu-alukan
dan macam-macam lagilah.

Kalau boleh, aku mahu supaya aku tahu bila matiku, agar aku boleh panggil anak-anakku untuk bersiap-siap dengan wasiat-wasiat, mungkin lagi seminggu, 3 hari, 4 jam, keinginanan sahaja, semuanya pun terpulang kepada qada dan qadar ketentuan Allah. Yang Maha Mendengar Maha Dekat.

Bismillahirrahmanirrahim
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf : 16-18).

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran " (Qs Al Baqarah, 2: 186)

Saya pasti tentu ada yang pernah terbaca kisah wali-wali Allah/muslim yang taat kepada Allah tidak berbelah-bahagi dimana mereka tahu masa mati mereka, ala-ala tepat gitu,
1. si polan ni siap mandi dan kapankan diri, cuma tinggal nak cover muka dan dia minta anaknya untuk tolong lakukan (tak ingat nama)
2. si polan ni sempat siapkan keranda sendiri, cuma tak sempat siapkan cover saja (cerita dalam Mastika kalau tak silap)
3. si polan ni membaca "laqodjaakum....." (dari surah Taubah) dan meninggal selepas itu dengan sebelum mati tu dia kata, "walaupun aku nak mati dah ni, tapi laqodjaakum tetap basah di lidahku" (lebihkurang)

oh... alangkah indahnya 'HIDUP' ini.

(p/s: alhamdulillah kakak saya yang paling tua ada bermimpi arwah abah memberikan wasiat untuk disampaikan kepada adik-adik)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Lahir (n3 auto publish)

Hari ini, pukul 4++ pagi, 13 tahun yang lalu, anak aku si kaklang dilahirkan di sebuah hospital gomen di NS.

Selamat ulangtahun kelahiran ke 13 kaklang, best wishes and everything :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA, KEMAAFAN dipinta pada semua. Terimalah pantun ini, ikhlas dariku (tak sempat nak gunting manilakad nak buat kad raya, dok bizi bodi jer aku ni....huhuhu ):

Okeh.... nanti dah baca sila ler balas :)

ketupat rendang jadi hidangan
lemang beratur di tepi dinding
tak cukup blog aku ulurkan tangan
kemaafan dipinta you jangan menjeling

baju kurung dan kasut tinggi
kening disapu celak ehwah cantiknya dia
hari raya hari yang dinanti
bertemu sanak-saudara tertawa bergembira

Kupohon maaf zahir dan batin, banyak salah-silap ni selama blogging ni, entri sindir, entri hentam, entri syok sendiri yang mungkin buat orang lain terkentut laju-laju, oops! hahaha. Semoga gembira di hari raya, insyallah ada sumur di ladang, bolehlah saya menumpang mandi, hahaha, dan jumpa lagi

Lalu, cuti raya pun bermula.... weewwiitttt, lalala

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mari cerita tentang kenangan balik raya

aku? aku teringat masa bujang dulu, alah masa dok "marketing" dulu kan, nak balik rembau banyak alternatif, samada boleh ambil bas direct dari puduraya or naik bas lompat-lompat. Jadi bila nak balik ni, hari tengok anak bulan, aku dengan penuh konfiden pergi ke puduraya dan tengok orang beratur di lane SKS panjang giler tak tahu berapa batu jauhnya dan siap buat u-turn.

Jadi, aku berlari-lari anak pergi ke lorong bas foh hup, kl - kajang - seremban. Selepas bertolak-tolak berhimpit-himpit sesak nafas sesak hidung bau tengit, dapatlah naik, tapi kena berdiri sampai dah dekat ke seremban, barulah dapat duduk,... makan hati woooo.

Lepas tu dah sampai seremban, naik pula bas Southern seremban - tampin, dan turunlah aku di destinasi aku iaitu di pekan tetttttt, tunggu teksi sapu untuk ke kg [teettttt], bayaran cuma seringgit, naik teksi 'pegawai', dengarlah dia punya marketing pula, aduhhhhh, malas nak layan.

paksu chot? pengalaman balik kg dia yang paling best masa belum berjumpa dengan aku tu, alahai, time tu dia usha awek lain tau.... eleh.... lepuk kang! time tu balik nak keretapi bestlah, nak balik ke utara. Beli tiket dah, beratur dah, tempat duduk? tak ada..... full house, bukan takat full house, malah kena duduk di 'penyambung-keretapi'. Dia siap duduk berlunjur kaki, goyang kiri goyang kanan ikut gerakan keretapi. Tukang tiket nak periksa tiket pun susah, memang sesak ya amat, time tu lah, sekarang lain... banyak kemudahan ada.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, September 6, 2010

Menu ingat-ingat lupa

hhhaaaaa!!!!! (tekejut pulak)

Apakata kalau kita hidangkan teh herba di hari raya hari yang mulia, maaf bermaaf sesama kita tua muda miskin dan kaya...eh! aku termenyanyi! sori

Menu ni namanya bukan ingat-ingat lupa, tapi akulah yang ingat-ingat lupa, ini dapat dari rancangan sedap dan chefnya ialah Puan Asmah Laili, dari S'pore dan anak-anak aku selalu terpana setiap kali menonton ; sebelum azan subuh berbunyi (time sahur) ; kerana dialeknya tak sama dengan dialek kita orang Malaysia. Begitulah nusantara, serumpun tapi lain dailek, tapi jangan bakar bendera ya, hep. babap kang.

Sediakan:
kayu manis seketul
halia seinci dan ketuk
buah pelaga 5, 6 biji
bunga raya dan ros cengkih beberapa ketul
gula sesedap rasa
susu tin beberapa tin, oops! nak kena diabetis ker hang?

Cara-cara:
. jerang air secerek
. sudah masak masukkan herba-herba (ini yang aku lupa ni, ada lagikah atau dah cukupkah herba-herba tu? nak kena tambah bawangkah, lengkuaskah, kunyit hidupkah... mak aiii...)
. biar mengelegak dan masukkan daun teh
. tapis dan bancuhkan gula/susu

Hidang panas-panas, sedap!....

Begitulah cara-caranya, selamat mencuba.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Contest senyuman maneh

Entri ini adalah bertujuan untuk menjawab tag dari Nurrcahaya di blog Gadis Kampung Separa Bandar dan gambar yang dipertaruhkan adalah gambar aku senyum di pokok emas :D





Amacam? Ok tak?

Seterusnya kena tag dua orang, jadi aku dengan senangrela nak mengetag Jard dan ezzati, silakan, silakan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, September 5, 2010

Murahlah rezeki anda, amiinnn

Haritu masa balik kampung untuk pengkebumian arwah kakak aku, anak buah aku yang di overseas tu kirim a few barang-barang untuk mak-mak saudara dan sepupu2nya. Untuk aku dan hubby, aku dapat dompet, dan hubby dapat t-shirt, anak2ku pula dapat dompet2 cute. Terima kasih!

Untuk arwah kakak tu pun ada barangan untuk dia, apa nak buat, memanglah tiada rezeki namanya tu.


Brooch yang terpampang di atas tu pula adalah dari ct, dia pergi bercuti ke Sabah. Dah 2 bulan dah agaknya dalam simpanan aku, tapi lupa nak kongsikan kegembiraan ini di blog.

Well, bila kita dapat rezeki, elok kita khabarkan, bila kita dapat kesusahan, kita comparekan dengan kegembiraan-kegembiraan kita yang banyak tu, oleh itu kesusahan elok kita diamkan.

Tapi kalau nak kabarkan pun silalah, ek... ai tak marah, har har har, namanya pun sekadar nak kongsi perasaan di blog, kan, auuwww

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, September 3, 2010

Ingat-ingat lupa

Aku main accept saja sesiapa yang nak add aku di fb, natijahnya, entah siapa-siapa orangnya yang ada dalam friendlist aku, yang hebat tu, kalau orang tu add aku untuk berkawan dengan aku, engkau responlah posting aku kat fb, ni tak! senyapppppp jer, engkau mengintaikah? Ha!!!??

Aku rasa nak remove some nameslah, fb should be exclusively for friends, real friends. family members, real family members, bukan entah siapa-siapa nak add-add tapi tak kenal tak pernah jumpa setakat nak checking what am i doing in my daily life, sangatlah gampeng, kan....

Dah tu, bila aku tegur dan respon kat posting engko, engko harem zhade mahu balas. Apakah?? Jadi tujuan kau add adalah sekadar nak menunjuk-nunjuk ker? eeiii, cam hagham

Lagi satu yang aku musykil ni, memang ramai rakan-rakan sekolah yang dah ada di fb, malangnya samada mereka tu tak pernah tegur aku semasa di sekolah ataupun mereka di kelas lain tapi mereka kenal aku. Walau bagaimanapun, style aku, bila dah added, adalah rakan. Aku tegur engkau tegur, aku tegur engkau tegur, gitulah. TAPI, aku ingat-ingat lupa. malunya kalau he knows.

Aku ni memang popular di bangku sekolah, thanks to arwah abah, he memang was a public figure. Tapi aku tak lah, hahaha

So, should i ask him or what? aku takut dia kecik hati, sebab dia kata dia kenal aku... huhuhu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tak dapat nak makan

Maaf ya semua, sbb maksu dok layan bosan, entahlah, sekali-sekala datang pula penyakit bosan ni, nak beralih bulan kot...?



oops, macam baby plaks, ahaks



By the way, maksu tengah frust ni, sebab tak dapat nak makan masa majikan menjamu staff-staff dengan majlis buka puasa di hotel 5 bintang; sebab tak boleh, i tak boleh you, i kecewa, lihatlah gambar2 beberapa jenis makanan yang aku takat mampu tengok saja :-
ikan bakar, pelbagai jenis bubur, sate ayam sate daging, nasi ayam (antara salah-satu jenis nasi yang dihidangkan), juga pasta. Itu yang di dalam gambar, yang di luar gambar lagi pelbagai maknika makanan! huhuhu, frustnya.

Bila orang dok hulur, aku cuma sengih-sengih jer, yang sebenarnya perut mengah bagai nak gila. Baru starter jer, baru ambil 2 puding, kuih2 4, 5 jenis, teh tarik baru minum 1/3 cawan - aku dah rasa kenyang giler. Belum lagi makan nasi dan melantak lauk-lauk yang disediakan! Hah!! Awat?? Adakah perutku sudah serender??Tapi walaubagaimanapun, jangan tunjuk frust tak dapat makan di depan orang, senyum bersimpul-simpul itu satu kemestian. Tengok pinggan kakak sebelah tu, licin wa cakap lu. Tengok pula pinggan aku, ituler pinggan ke-2 aku, pinggan nasi, dapat makan takat 2/5 jer. Tapi kurusnya idak jugak... hu hu hu (aku nak kurus macam avril lavigne sambil kurus sambil main gitar jeng jeng jeng, mata pulak nak pakai celak warna maroon, fuyooooo)

"aaa ya kak, akak makanlah, tak per tak per, no worries, saya sambung masa sahur nanti, tak pun saya continue esok"

p/s: terima kasih aibaks, juga buat luahfikiran - sudi juga kome berdua follow maksu ya, mekasih :D so bila nak panggil maksu bukak posa, maksu makan sepiring jer, ahaks (putu piringlah)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, September 1, 2010

Puasa 22: puasa kita

sebenarnya,

hari ini,semalam hari tu.....

aku dah mula rasa bosan............ :(

entahlah, tengoklah later later, how.....

TQ Forum Malaysia, sbb sudi follow blog ni

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.