Monday, August 30, 2010

Puasa 20: Suka menulis

Itulah dia gambar quran bertulisan tangan, hasil kerja tangan Tuan Tulis atau nama asalnya ialah Ismail Jaaman. Gambar itu saya ambil dari blog ontahsapo. Dia telah pergi membuat lawatan ke makam Tuan Tulis yang terletak di di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid itu dikenali dengan nama Masjid Tuan Tulis Ismail.

Siapa Tuan Tulis ni? Beliau tak tulis blog, tapi sebaliknya Haji Ismail Hussin (nama sebenarnya) dikatakan lahir sekitar tahun 1840an di Kg Talang, anak yatim piatu; adalah seorang yang penduduk kampung yang sangat alim, dan diceritakan orang yang dia akan menulis kalimah 'Allah' pada daun, batang pokok juga pada batu, ketika mencari rezeki di hutan.

Satu perkara lagi, Tuan Tulis ni diberi jolokan Tuan Tulis kerana kerajinannya menyalin isi-isi kitab. Kitab I yang disalinnya ialah Tafsir Jalalain dan juga tafsir Al Quran 30 juzuk yang disimpan oleh Tuan Haji Ismail Hussein, iaitu imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang.

Pen yang digunakan oleh beliau dikatakan orang berasal dari bilah kabung segar dan dakwatnya adalah dari campuran arang & getah limau kasturi.

Beliau meninggal di tahun 1923, dan sempat mendirikan sebuah masjid yang masih kekal kini di Kg Talang. Beliau meninggal pada 10 ramadhan, selepas subuh ketika berusia 83 tahun.

Ada beberapa petikan cerita tentang kewaliannya di space ini, dan boleh sahaja membaca buku Tujuh Wali Melayu, tulisan En Abdul Ghani Said.

Selamat menyambut hari merdeka ke 53 tahun, Malaysia tanahairku tercinta, bangsa Malaysia berbudi bahasa, terus berjaya, Akhirat dijunjung dunia dikelek. Biarlah apa orang lain jiran tetangga nak kencohs, apa nak buat, mungkin masalah pms suka moody agaknya.... huhuhuh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Makan siang di bulan ramadhan

Assalamualaikum semua, terima kasih dgn petua parut tu, nanti balik karang kita cari minyak bervitamin e yang sesuai untuk w, bercakap tentang makan, di atas adalah hidangan pada hari ahad. ayam masak lemak cili api, sayur goreng, ikan kicap. Tak pernah pergi beli makanan di param, sediakan sendiri DANNNN tiap-tiap hari dapat makanan dari jiran-tetangga, samada lauk-pauk mahupun kuih-muih, selalunya hidangan simple 2, 3 lauk akan menjadi 5 lauk dan 4 jenis kuih-muih.
Alhamdulillah, biarpun sedih berganda-ganda baru-baru ini, tapi Allah hiburkan hati ini dengan cara lain.
TAPI...pernah tak mimpi makan di bulan ramadhan, di waktu siang? Aku tahun ni ada dah,
1 - mimpi orang suapkan kuih or nasi kepal,
2 - mimpi orang sediakan lauk sayur dan suapkan sesudu kepada aku, aku siap buka mulut dan ada udang seekor dalam sudu tu
3 - mimpi orang suapkan kuih, cookies, berbentuk segi empat tepat
dan setiap kali mimpi begini, di siang hari di bulan ramadhan tahun ini, aku bagaikan mengunyah-ngunyah makanan demikian buat beberapa ketika sebelum aku tersedar dari lena-lena ayam (tengahari panas, tak boleh tidur lena pun, ala-ala saja, timing selalu time zohor)
apa maksudnya ya? maksud burukkah?
Punyalah pelik, malu sungguh kalau ada orang terlihat aku lena tapi mulut sedang mengunyah. hahaha
oh ya, terima kasih kepada as leenda, sudi follow blog ini :D
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Macamana nak pulihkan parut

alahai, macam tak comel pula nampaknya,

tengok dari depan tak perasan sangat, tapi kalau telek betul-betul, akan ternampaklah parutnya. kisah w dapat parut, ada "di sini".

macamana nak buat ya?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, August 27, 2010

Pakcik nak miscall saja

Pakcik driver ni memang kelakar, dia nak miscall aku, dia tembak nombor aku nak suruh aku telefon balik, tapi dia punya miscal sangatlah lama, ring ring ring lebih dari 5 kali ring aku jadi rimas, lalu aku angkat telefon, tiba-tiba terdengar suara sedih, 'pakcik nak miscal saja'.

"Ok pakcik, ok, saya telefon pakcik balik ya", dan aku membayangkan dia tersenyum girang sebab berjaya selamatkan kreditnya.

Memang stail dia miscall begitu, lama-lama aku dapat idea, rendahkan suara deringan telefon, memekak, nanti aku tak pekak, orang lain pula yang pekak. ho ho ho

Anak aku si kaklang tu macam itulah lebihkurang ceritanya, miscall tapi lama sungguh, aku dah ajar dah, sikit-sikit sudahlah, mak tahulah kamu nak miscall.

Nanti kredit cepat habis, minta duit kat sapa?

kan........ duit epf lambat lagi nak dapat ni......

p/s: mekasih ya PinkCactus, sudi follow blog maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

We were CALL GIRLS










Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

27 Ogos, 17 Ramadhan

Sama saja tarikh tu kan, 7 dengan 7. Kebetulan pula, hari ni hari Jumaat, penghulu kepada 7 hari dalam seminggu. Tapi ini tak ada kena-mengena dengan penghulu Kampung Dusun, kampungnya si Sharif Dol.

Hadis menyatakan selemah-lemah iman adalah membangkang kemungkaran, di dalam hati. Bukan apa, 2 petang yang lalu, masa budak-budak ni balik dari sekolah, katanya ternampak satu awek menonggek naik motor siap terkeluar daging-daging punggong dan ternampaklah garisan thongnya. Bila aku sampai ke rumah, budak-budak ni berceritalah.

Aku pun respon, 'alah biasalah orang perempuan nak menunjuk-nunjuk pungkoknya kat orang, nanti kalau orang tengok atau terbeliak biji mata atau mencebikkan bibir, nanti perempuan penggoda itupun akan tersenyum lebarlah, berjaya buatkan orang lain marah, berjaya menggugah iman orang-orang yang sedang berpuasa', dan menyambung, 'jangan awak pula buat macam tu, ingat, jaga nama baik'.

Itu kisah orang perempuan anak-beranak berborak, tapi si ayah mereka tak suka, "dahlah, jangan mengumpat lagi". Oleh kerana aku pun tak tahu aku ni mengumpat atau apa jadi di sini aku nak khabarkan kat lelaki atau perempuan yang hebat sangat samada mereka rasa tubuh badan mereka sangat sempurna dan lentik dan sasa dan dot dot dot lalu suka-suka nak tunjuk kat orang, fikir banyak kalilah, berapa lama kau nak menunjuk? Nanti nyawa kau diangkat, dan badan kau tu orang golek-golekkan ke kiri ke kanan, mengeluh sedikit pun kau tak mampu".

In other words, saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada handai taulan siber atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih kepada rakan siber yang hantar sms tempohari. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan takziah lewat facebook.

Walau macamanapun, ada juga terasa ralat sedikit sebab 2 orang yang dekat dengan saya (bukan saja dekat, malah ada perkaitan kekeluargaan juga!) langsung tidak ada telefon, sms mahupun buat misscall ataupun tembak, in case mereka tak cukup kredit. Sedangkan di rumah mereka ada telefon hingga 3, 4 ketul, termasuk telefon rumah TM.

Ralat sebab bila mereka ada kesusahan hati, mereka hubungi aku dan aku lendedkan my ear (lended? peliknya bunyinya) dan extendedkan my shoulder..... hhmmm, sampaaaiii hati. Macam tu lah perangai orang, kan... mahu dilayan, tapi bila diminta layanan, tak mahu melayan. Diaaaaa sajalah yang ada masalah, orang lain ni?

Tak lupa terima kasih kepada relevan dan eliana, atas kesudian follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, August 26, 2010

Deleting old mails

What am i doing now?

i am deleting old mails, suddenly i saw bunch of mails from that someone (her), i have been keeping her mails since 2008. some jokes, motivational talks, selamat hari raya wishes, menu for raya open house, plan to visit a few houses, normally we will go in pairs...... hhhmmmm

i don't like to clog my mind with fond memories, i like to let go.

am continuing deleting mails, i am letting you go....

:(

with sorrow

p/s: peace be with you, insyallah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menidakkan kebenaran

itulah aku

semasa jenazah kekanda aku terbujur di ruang tamu, aku sentiasa memandang-mandang kepadanya dan berharapkan yang dia hanyalah pengsan ataupun tidur dan akan tersedar sambil marah-marah kepada kami, kenapa kami bungkus-bungkus dia atau kenapa kami membaca yassin di sampingnya, apatah lagi ketika sedang dimandikan, aku masih berharapan yang sama.

Tapi bila aku lihat semula kekakuan dirinya, entah berapa kali aku mengesahkan penglihatan aku ini, aku terima kebenaran bahawa yang tinggal, hanya jasad semata-mata, benarlah bahawa tanpa adanya roh, tiadalah jasad kita ini mampu melakukan apa pun hatta menguitkan jari, teramat sedih rasa di hati kerana arwah adalah seorang yang tidak biasa duduk diam.

Kadangkala aku ini seperti anak kecil yang kehilangan orang tua pula padahalnya orang tua aku sudah lama tiada, bagaikan dialah pengganti mereka, untuk aku menumpang kasih. Aku believe in personal touch, whilst hayat dikandung badan, lihatlah sekarang, tiada apa lagi, yang dapat menyambungkan, kami.

Keakraban kami jadi bertambah erat sejak kematian ibu kami, akulah satu-satu adiknya yang sudi melayan dia, aku sudi membalas surat-suratnya, aku sudi menjawab panggilan telefon darinya, aku sudi berbalas sms dengannya walau apa pun keadaanku samada dalam sedih, dalam riang, dalam tak ada mood dalam terang dalam gelap, akulah. Kerana walaupun aku ni anak bongsu dan dia anak tengah, kemanjaan dia kepada mak adalah lebih lagi peratusannya dibandingkan dengna aku........dan dia juga sudi melayan aku, sudi mendengar keluh-kesahku, sudi mendengar luahan rasaku, sudi mendengar omelanku, sudah pastilah, kerana kemana hendak dicurahkan sayangnya melainkan kepada adiknya yang bongsu ini

(tidak ada pengganti)

Aku teringat suatu masa dahulu, pernah dia memandikan aku, ketika aku sudah bersekolah, di sekolah rendah rasanya. Sentiasa ingat untuk memberikan jajan kepadaku setiap kali berjumpa, dan kami berkongsi luahan perasaan masing-masing.

Petanda: ada,
1) mimpi pelik membawa maksud tidak berapa elok dan aku menangis di tempat cari makan setelah dapat tahu dia susah nak recover selepas pembedahan jantung,

2) kemudian lebih kurang 1 atau 2 malam later, aku terkejut jaga dari tidur kerana jantung rasa macam dihentak, walaupun penat lelah aku tetap pergi melawat dia di IJN tidak sedikit pun aku alpa.

3) aku menangis tika melihat keadaannya yang diletakkan under nurse care 24 jam, sedih itu sebenarnya kerana melihat sesuatu yang telah ditunjukkan kepada aku ketika itu (biarlah ia jadi rahsia kepadaku, melainkan kepada orang-orang yang aku percayai sahaja). Aku keluar dari biliknya sambil mengesat airmata, tidak sanggup menghadapi kebenaran yang mungkin terbentang di hadapan, malangnya airmata aku telah dapat dikesan oleh anak-anak dan suaminya, dan aku cepat-cepat mengesat airmata dan berkelakar dengan mereka. Anaknya melihat aku penuh hairan, sebenarnya sejak arwah sakit, memang katil hospital menjadi teman akrabnya jadi adalah perkara biasa buat anak-anaknya bila mak mereka hospitalised.

Akalku yang tertanya-tanya menjadikan mulutku celupar ketika melawatnya setelah dia pulih dan boleh duduk dan makan-makan, aku bertanya apakah dia ada mendapat apa-apa alamat semasa pengsan? Aku dengan tidak malu bertanyakan soalan itu di hadapan suaminya, tapi arwah menjawab, 'tak ada apa-apa'.

Seterusnya aku membuat kesimpulan bahawa semua yang aku alami, saksikan, mimpi adalah berpunca dari kerisauan aku sendiri. Aku berasa lega.

Oleh kerana itu, aku kurangkan menghubungi dia selepas dia dibenarkan balik ke rumah dan seperti yang aku beritahukan, aku cuma hubungi dia pada hari khamis, iaitu hari yang dia telah pun nazak! itupun aku tak sedar! aku ingatkan dia cuma demam biasa....

Namun tatkala melihatnya di hospital HKL pada kali penghabisan, selepas berbuka puasa, ketika aku seorang di tepi katilnya, ketika nurse meminta bantuan aku untuk mencempung tubuhnya yang kaku kerana perlu menukar cadar katil akibat dilimpahi darah arwah (komplikasi jantung, organ dalaman failure) aku terasakan bahawa itulah salam terakhir darinya dan terasa-rasa bahawa itulah kali penghabisan aku akan melawatnya ke hospital dan aku berbisik pada diriku sendiri, mungkin saatnya telah sampai. 1 jam selepas aku meninggalkan hospital untuk balik ke rumah, dia telah pun pergi selamanya, dalam usia 51 tahun.

Mungkin karangan saya tidak jelas, yang benarnya dia bukanlah makcik saudara saya, tetapi adalah makcik saudara kepada w.

Walau apa pun, terima kasih kepada manje dan kak idalara atas kesudian mereka follow blog saya yang penuh dengan cerita 0 ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, August 25, 2010

di celahan sendu, aku tertawa

sebaik terjejak saja kaki kami ke wad kecemasan, w tanya, 'siapa ni?', 'kenapa tidur?' Aku nyatakan padanya bahawa ini mak saudara dia, sedang sakit. tak sihat, kena berehat, kena tidur.
lain daripada berasa hairan, w menghiburkan hatinya dengan berlari-larian di sekeliling wad dan membuatkan mata-mata nurses terbeliak melihatnya, oh ya, jahitan di dagunya sudah pun dibuka, ada parut dan doktor suruh rajin sapukan losyen bervitamin e (terlupa pula nak ambilkan gambar untuk ditepek di sini, hehehe)

seterusnya setelah khabar bertukar iaitu si dia sudah tiada, dan tika jenazahnya diusung ke dalam rumah dalam keadaan sudah berbungkus, w berbisik (tapi suara kuatlah), "mak, mak, itu pocong!" dan dia mendekat kepadaku. aku beritahu, itulah makcik saudara tadi, sudah mati.

"mati tu apa mak?"

"mati tu maksudnya sudah tak boleh bernafas, hidung dia tak larat nak hirup udara dah", "jadi dia matilah", "cuba w tarik nafas, fuuuu fuuuu haaaa haaaaa fuuuuuu", aku menggayakan dan w mengikut caraku dengan penuh semangat.

Alamak! tidak perasan rupa-rupanya perbualan kami menarik minat seorang kakak iparku yang duduk berdekatan. Dan si kakak tersenyum mengangguk tanda setuju dengan penerangan yang aku berikan buat seorang anak kecil berusia 4 tahun.

Siangnya, tika si pasangan kepada si mati leading mengusung jenazah ke masjid dan tanah perkuburan, paksu chot tidak lupa menghulurkan tangan bak pepatah, "ringan sama dijinjing, berat sama dipikul".

Oleh kerana kedudukan pengusung tidak sama rata tinggi rendah, paksu chot yang tidak mempunyai ketinggian seperti basketball player berasa amat sukar di mana kayu pengusung tidak terletak di atas bahunya sementara anak arwah pula tinggi-tinggi belaka.

Dengan ramainya pengusung yang volunteer, dengan kedudukan tinggi rendah tak sama, dengan kawasan perkuburan berada di atas bukit, sudahnya, selipar paksu chot, koyak dan tercabut...! ;)
(gambar hanya hiasan semata-mata, dari koleksi peribadi)

Selepas ditanam, w tanya mana makcik saudara dia? Aku katakan, dia dah disimpan dalam tanah, sebab dia dah mati, dia tak boleh bernafas lagi, biarkan dia tidur dalam tanah saja. dah w bising pula nak tengok makcik! nak tengok makcik tidur! nak tengok makcik dalam tanah!

ish, buat malu sajalah

yang kakngah pula dok tanya pada ayahnya, "apakah wajib bagi orang yang mengusung keranda itu untuk setiap kali melangkah kena baca al-fatihah?", tentulah paksu chot yang kepenatan jadi tambah penat, mana boleh, waduh, bila nak sampai kalau 1 langkah 1 fatihah berhenti, kemudian 1 langkah 1 fatihah berhenti, patut boleh kebumi sebelum zohor, jadik kebumi dekat nak maghrib.... ffuuuhhhh

(tergelak juga aku dibuatnya)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 24, 2010

dan lagu rock yang berkumandang di udara

bagaikan mengerti rasa ini,

engkau
pergi tanpa pesan
tinggalkan ku dalam kesepian
cintaku yang suci bagai tak kesampaian
terkubur di tengah jalan

hanya air mata doa
yang dapat ku kirimkan bersama
kepada Yang Esa ku pohonkan semoga
Tempatmu disisi NYA

lirik mungkin ada salahnya, nyanyian kumpulan mana, tak ingat.....

kitorang last jumpa 1 ogos, itupun setelah berkali-kali dipanggil oleh dia pada 30 julai untuk melawat dia di rumahnya. dan aku menjawab tidak mahulah, dan beralasan sebab aku dah kerap berulang melawat dia semasa dia di ijn.

walau bagaimanapun, hatiku terbuka untuk menziarah dia di rumahnya pada 1 ogos, kelihatannya dia adalah sihat cuma perlu menambahkan stamina sahaja selepas pembedahan jantung yang dilaluinya.

5 hari sebelum hari ini aku tiba-tiba teringat untuk bertanyakan khabarnya tapi tiada jawapan, sehari kemudian dapat reply menyatakan dia demam dan diarhea, dan aku membalas ringkas, 'moga cepat sembuh'.

memang, sembuh dah dia dari tanggungan kesakitannya

menurut pasangannya, dia demam sejak 5 hari sebelum hari ini, iaitu hari yang aku bertanya khabar, oh... alangkah, jikalau aku menelefon saja rumahnya, tentu aku akan berkejar ke sana.

wahai hati..... tiada langsung petandakah yang engkau terima??

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Belasungkawa

Pemergian kekandaku, acik, buat selama-lamanya
tiada lagi kerunsingan
(buatku)
tiada lagi kerisauan
(buatku)
tiada lagi tandatanya
(buatku)
tiada lagi tertunggu-tunggu
(aku)
lewat emel, sms mahupun
vokal lemahmu

Dia telah pun pergi
11 ramadhan tempohari
pergi terus meninggalkan kami
tidak sempat kami
untuk berbalas pamitan
sebak
mengharapkan miracle to happen
that this is not the end
tika jenazah rehat di ruang legar
tika bermandian kasturi mengharum
bagai terasa sentuhan tanganmu
tika kau memandikan aku
suatu ketika dahulu

hanya doa sebagai iringan
berserta talkin diiringi ucapan
ucapan salam penghabisan
sebelum tanah terakhir
menutup liang lahat
tinggalkan dia dalam kelam
moga dirahmati Tuhan
disinar cahaya terang

kucupan di dahi dinginmu
sentuhan di pipi sejukmu
kekalku pahatkan
di dalam memori(ku)
p/s: Tak lupa, terima kasih buat cik LyndaWawa dan syuhadahyusof atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, August 22, 2010

Puasa 12: I let it die

Aku bersabar saja tau, siap dengan rendah hati lagi bila laki aku kata dia rindukan masakan mak dia, iaitu kari ikan sembilang dan kalau dapat ratah bahagian kepala, sedap sungguh katanya. Saja jer kan, nak buat aku terliur, tapi tak menetes-netes okeh sebab aku....

TAK MAKAN ikan sembilang mahupun ikan keli or cat fish or cat, err...... Katanya maknya akan menggiling rempah kari sendiri sebab MIL ni memang tak akan masak/makan rempah kari serbuk yang dibeli di kedai tak kira apa jenama pun. "Itulah yang powernya", kata paksu chot lagi.

MIL tak sihat, sejak serangan strok kira-kira matematik agak-agak 9 atau 10 tahun yang lalu, tangan kanannya sudah tak boleh berfungsi lagi, sekarang ni berjalan pun slow sangat, lemah saja, menyeret kaki. Lalu aku cadangkan, "suruhlah kak ipar abang masakkan kari ikan keli untuk abang", aku kan isteri penyayang dan waras, tentulah aku akan berikan cadangan bernas kepada laki aku, sila tepuk tangan, terima kasih, DAN laki aku pun setuju, selamaaaat aku.... hahahaha

Sebenarnya aku segan-silu nak mengaku pada paksu chot yang aku pernah let the ikan sembilang went dead begitu saja pada suatu ketika dahulu. Masa tu abang aku si A tu, bawa balik ikan sembilang, entah berapa ekor, dalam plastik, dia main passing macam tu saja kat aku, aku ni kan.... tak geng dengan dapur kaedahnya, jadi aku takut tengok ikan sembilang sekawan tu, tanpa melihat kepada mata-mata mereka yang mencerlang lalu aku cepat-cepat campakkan ikan sembilang tu ke dalam freezer peti ais refrigerator mak aku kat dapur tu, tapi sebelum tu, aku pastikan si A dah blah go away [takut kena leter].


Malamnya, dia tanya, "mana ikan sembilang tu?", aku beritahulah aku dah simpan ke dalam peti ais. Dorang punya berleterlah, tak sesuai sungguh kata mereka tentang treatment aku terhadap ikan sembilang yang malang tu..... siap suruh aku pergi kursus masak. Ada aku pergi?

Aku pergi kursus kahwin, hahahaa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, August 20, 2010

Paket sudah dapat

Baru 10 hari berpuasa, tapi di tempat cari makan ni.... aku dah dapat paket untuk duit raya, mereka dah siap distributekan. Aku dapat 5 paket. Setiap paket ada 10 sampul, kan?


Biasanya pun aku guna sikit saja, anak buah aku ramai dah besar-besar, kan aku ni mak saudara yang bongsu... yeaaahaahahaha, lega. Anak buah paksu chot pula boleh dibilang dengan 10 jari, sebab adik-beradik dia tak seramai adik-beradik aku.

So tadi kakak keemasan ternampak paket-paket angpow ni terlantar kelemasan tiada ghairah di atas mejaku dan dia nak sikit, aku beri kat dia 2 paket, ada lagi 3 paket baki kat aku.


Masalahnya, duitnya non ado?


Tahun ni frankly speaking aku adalah status heavily inflasi.... aiyayaya, buat rumah tertutupkah seelok-eloknya? Lepas tu kalau terserempak sanak-sedara yang ada anak kecik, buat-buat pengsan.... kan?

Paket angpow ada, tapi takut kot kena pow, aku siapkan penampau sajalah, boleh tak? ngeeeee


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Puasa 10: Nogori Somilan

Dah 10 hari puasa, barulah nak bercerita tentang negeriku, N9 (nogori somilan). Kato orang kampung den, curiosity kill the cat, tapi tak kill me sebab kenalah kita belajar tepis-menepis, insyallah......

Maklumlah hari ni katanya nak cerita tentang martial art selepas tertengok budak jantan rambut pacak tu, a'ah, yang cari telur naga tu, tadi malam.... tengok tak?

Masa aku kecil-kecil dulu kalau nak pergi ke rumah uwan mesti lalu di samping (di tepi) Jalan Datuk Siamang Gagap, aku selalunya tak tahu samada nak hairan atau nak hairan dengan nama itu. Sampai sekarang pun aku begitu, hairan bin hairan binti ajaib.

Kenapa siamang gagap? why? why..? tell me why? tell me, tell me (takut plaks nak tanya banyak kali, takut kena lempang dengan bloggers yang nak tahu cerita selanjutnya, hahaha)

Jadinya di dekat Jalan Datuk Siamang Gagap ni ada pusat membeli belah centre point, dan kalau kita jalan terus sampailah kita ke rumah arwah uwan kita di Ampangan Blok A.

Seperti yang kita telah baca di blog Pak Latip iaitu novelis cerita-cerita sejarah tu, salam hormat buat Pak Latip :) , adalah diceritakan orang bahawa pernah wujud seekor siamang di Seri Menanti dan penduduk kg menganggapnya keramat kerana ia akan berbunyi tatkala ada musuh hendak datang menyerang. Oleh kerana bisingnya bunyi siamang itu, penduduk dapat bersedia menghadapi bala mendatang. Please take note that siamang di dalam cerita ini adalah gagap bila berbunyi (hari ni nak lawat Pak Latip di wall FBnya). W/bagaimanapun, tidaklah panjang umur si siamang gagap itu, matilah ia jua akhirnya.

Jadi, itulah kisahnya asal-usul penggunaan nama Siamang Gagap, makanya difahamilah bahawa biarpun hanya seekor animal, siamang pun ada kebaikan dalam ciptaannya oleh Yang Maha Esa.

Seterusnya, gelaran Panglima Siamang Gagap telah dianugerahkan oleh Yamtuan Seri Menanti kepada Kahar bin Haji Mukmin atas jasanya menyelamatkan Seri Menanti dari serangan orang-orang Rawa. Beliau lahir di Repah pada tahun 1817 iaitu tempat ini berdekatan dengan Tampin. Kahar adalah seorang anak kecil yang lincah dan cerdik tapi ada kekurangan iaitu dia gagap, lama kelamaan dia dapat mengatasi masalahnya. Dia pernah berguru dengan Tok Kali Singa dalam bidang agama sebelum ke Patani menyambung lagi belajar ilmu agama Islam dan juga ilmu persilatan, almarhum kemudian ke Minangkabau menyambung lagi belajar ilmu persilatan.

Kahar ini dikenali dengan nama Pendekar Siamang Gagap, dan beliaulah yang memimpin angkatan perang melawan orang-orang Inggeris di Bukit Putus pada 25/11/1875, malangnya angkatan perang pimpinan Datuk Siamang Gagap ini telah dikalahkan oleh kerana faktor bilangan askar Inggeris yang ramai juga mereka ada meriam.

Okey, itulah saja yang aku nak tahu, kenapa nama Datuk Siamang Gagap, rupa-rupanya ia adalah nama gelaran yang diberikan kepada Kahar b Haji Mukmin, orang Repah yang mana pabila diteruskan pembacaan di blog Pak Latip ni didapati bahawa Kahar telah meninggalkan tanah kampungnya, tapi ke mana tidak pasti kerana tidak ada rekod. Adakah beliau ke Pahang? (menukar nama kepada Datuk Bahaman? menyertai grup Datuk Bahaman?), ke Kajang? ke Bahau?

Untuk tahu lebih lanjut, jangan tanya saya hehehe ;)

Oleh itu, marilah mengimarahkan ramadhan dengan pegi join terawih di masjid, surau ;D

p/s: ramai lagi pahlawan-pahlawan Melayu yang tidak berapa ku kenal tapi aku akan find out.... tungguuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Staring blankly at the monitor

Salam jumaat, eh, dah jumaat dah..... alhamdulillah, kureng skit seksa aku kat 'sini'

Memandangkan pagi tadi tak dapat nak makan sebab gas habis dan kita tak ada spare gas kat umah (melainkan gas natural, oops!), maka kita rasa kita agak lemah-longlai hari ni, nak taip pun tak tentu hala, apatah lagi kalau menaip tanpa lihat kat keyboard seolah-olah staring blankly at the monitor tapi tangan engkau tangkas juga kan, menaip gitu.

Oleh itu, marilah kita gunakan kaedah copy - paste untuk pengisian (tanpa motif):

person 1... oifapfjoaksdjpfaoru89w0ruew890ej

maksu... hik hik hik, . ,mzxcv'asdklfjei[rop1=-385

person 1... cacat lah ko kak..hahhaaa...()@&($YDJkjkospf[u0a

maksu... cacat? akak berlatih staring blankly sambil tekan tekan keyboard dengn lebih gigih7894546512

maksu... 98885819[qeriop'adfj]/avnkls

person 1... ko memang...suka buat aku tegelak sorg2 kak oi....

person 1... KODPAIDUOP &@*(E*(XNKXSL:A

maksu... heh heh he, lailahaillallah, akak serender lah

person 1... hehehee....mcm main paintball kan? ko dah surrender kak? kalau si m, sampai nak penuh satu mukasurat ms word, dia buleh taip tau...

maksu... hih hih hih, maluler akak kat dia

p/s: sebenarnya kita baru found out ada satu orang ni dia looks busy sebenarnya dok tekan keyboard just for the sake of to look busy.

sorilah, ganggu friday uols yang harmoni.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, August 19, 2010

Malam ke 10: Rama-rama terapung, Lebah menyengat

Bila disebutkan dalam Bahasa Melayu tentu susah nak kenali, apa ni? apa ni menatang rama-rama terapung lebah menyengat? Tapi kalau tulis dalam bahasa inggeris tentu semua tahu dan kenal tentang lagak seorang ahli tinju yang suka "provok" lawan, gerakannya yang lincah di dalam ring. Itulah dia Muhammad Ali, lahir pada 17 Jan 1942 (dah lepas dah birthdaynya) dan dinamakan Cassius Marcellus Clay, Jr (Cassius Clay)

Dari segi sejarahnya, Clay sebagai amatur telah menang pingat emas dalam pertandingan Light heavyweight pada tahun 1960 di Olimpik Musim Panas di Rome (amboi, tuanya Ali ni, aku belum lahir tau tahun 1960, i am still young).

Selepas jadi profesional, dia adalah yang pertama memenangi lineal heavyweight championships sebanyak 3 kali.

Terkenang-kenang tika di sekolah rendah dulu, ada 1 scene ni dalam kepala otak aku yang ketika itu berwarna hitam putih, kami semua duduk di dewan tonton tv sambil jerit Ali! Ali! Ali!... pada ketika itu aku ingatkan dia memang Ali (memanglah Ali, bukan Nasir, ahaks), maksudku, aku tak tahu pun dia adalah mualaf.

Jadinya, hari tu aku dah cerita tentang Malcolm X yang ada kait-mengait dengan keIslaman Ali, alkisahnya Ali ni ada seorang abang yang telah pun memeluk Islam, tapi bagi Ali pula, dia telah mengikuti secara senyap-senyap perkumpulan Nation of Islam . Sehinggalah pada tahun 1964 Ali mengumumkan yang dia adalah ahli Nation of Islam dan ketika itu orang ramai memberikannya gelaran Cassius X dan seterusnya pada 6 haribulan 3 tahun 1964, Malcom X secara rasminya akan diberikan kebenaran menggunakan X di belakang nama Cassiusnya.

Walau bagaimanapun, pada sebelah malamnya pula, Elijah Muhammad telah membuat pengumuman bahawa Cassius akan dinamakan Muhammad Ali.

Kronologi:
1964 - memeluk Islam
1975 - ikut fahaman sunni
sekarang - sufism

Ali pernah digantung lesen tinjunya kerana engkar atas arahan kerajaan Amerika menyuruhnya ke perang Vietnam, katanya 'agamanya tidak ajar dia memerangi orang' (saying his religious beliefs forbade him to fight). Rujukan

Buat masa sekarang, Ali telah bersara. Pada tahun 1999, Ali dianugerahkan "Sportsman of the Century" oleh majalah Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century".

Buat yang berminat nak tahu lebih, bolehlah google ya :)

TQ kepada Putree Sejinjang & piewahid sebab sudi folo blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Dia saja yang tahu moody

Aku memang dah cakap tak mo tulis tentang hal manusiawi di bulan ramadhan tapi aku meluat dengan seorang orang ni,

when he's panic, he'll be in a moody mood plus windy head

some say that he barks as well but not biting whilst others doing the barking together with biting

i don't care, i don't like moody people who barks and bites and just barks no bites or bites without barking

they do that simply because they don't respect other people

Dia saja yang tahu moody?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Puasa 9: Berjabat tangan

Ceritanya bermula bila seorang lelaki muda bertanya pada paksu chot, kena jabat tangankah untuk bayar zakat fitrah? Lalu teranglah difikirku bahawa aku tak pernah pun bayar zakat fitrah apatah lagi nak jabat tangan amil dan mengucapkan, "Wang sebanyak tujuh ringgit ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir Masihi 2010/Hijrah 1431 tunai kerana Allah Ta'ala".

"Bang, ayang anje stroberi cupcake blueberri muffin tak pernah bayar fitrah, dulu abah bayarkan, lepas dia meninggal abang A bayarkan, sekarang ni paham-paham ler, kan. Ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin tak pernah jabat tangan amil, nak jugak tahu feelnya macamana".

"Hang nak jabat tangan amil buat apa, nanti akad fitrah jadi akad nikah! hoh! Biar orang lelaki uruskan".

Alamak, sudah marahlah..... Jadinya zakat fitrah ni adalah tanggungjawab ketua keluarga:
- untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- jika ada ahli tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Untuk lebih memahami, syarat-syarat WAJIB zakat fitrah ialah:
- orang yang ada lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- bayi yang dilahirkan sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- orang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Seperti dalam akad di atas, kadar zakat untuk negeri Selangor tahun ini ialah RM7/- atau bersamaan dengan 1 gantang beras (2.70kg) atau senilai dengannya ditentukan oleh Majlis Agama negeri-negeri, sebagaimana diterangkan di sini: "...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya". (Riwayat Muslim)

Sebagai ulangkaji, ini ialah kefardhuan zakat fitrah: "Rasullullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang syair ke atas tiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada orang Islam". (Riwayat Muslim)

Sebagaimana buka puasa kena tengok jam, solat tengok jam, bayar zakat fitrah pun kena tengok jam:
WAKTU WAJIB - bila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehinggalah terbit matahari esoknya.
WAKTU AFDHAL - sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri
WAKTU SUNAT - sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH - selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM - selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Untuk bacaan lanjut boleh klik wikipedia dan di sini juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, August 18, 2010

Puasa 8: Petua-petua kita

Hari ni letak beberapa petua di sini, senang saya nak refer sekali-sekala, dua-kala ker, tiga-kala ker. Lagipun boleh anak-anak buat rujukan kot-kot saya dah 'blah' nanti, :)

Nombor 1, bawang merah, saya kerap sakit kepala, dulu dah kurang, tapi sekarang ni penyakit ni datang semula. Menurut pengirim emelnya, ambil seulas bawang merah belah dua, segera sedut aroma tengik bawang tu pakai straw hidung. Kemudian akan terasa perit buat sesaat dua tapi terus sedut aroma bawang tu, jangan menyerah kalah kepada bawang. Kita manusia, kita boleh penyek-penyek bawang sesuka hati, ingat, jangan menyerah kalah. Selepas 2 - 5 minit, insyallah sakit kepala akan hilang.

Nombor 2, memandangkan sekarang ni musim denggi merebak, apakata tukar kepada minum jus epal hijau untuk pesakit denggi yang payah nak kebah, ada juga dikatakan orang, ia lebih mujarab dari sup ketam.

Nombor 3, siapa kenal daun durian belanda angkat tangan? errr... ok, ok, turun tangan. Daun durian belanda ni ambillah barang beberapa helai dan cucilah dulu, blenderkan dengan air mati (air mati tu bukan air batu tau, aiyayaya), tapis dan bolehlah diminum airnya, kata orang, cara begini adalah untuk menangani penyakit kanser (p/s: tak perlu pergi ke belanda nak petik daun ni, kat belakang rumah dia pun ada, tu, dia tu... a'ah)

Nombor 4, kalau hubby ke pasar, tentu taugeh jadi pilihannya, buat masak lemak dengan tokua (betul tak ejaan ni) (tokua - tauhu. Tahu tak?). Yang makan kemudiannya, cuma saya dan dia. hahaha, budak-budak tu? semua tak nak makan sayur. tah hapa-hapa ntah.

a. adalah orang dah buat kajian, katanya taukeh taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia seperti canavanine (sejenis asid amino). Kanavanin ni katanya berupaya melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

b. Taugeh juga ada estrogen semulajadi. Awak ada estrogen tak? Haa.... estrogen taugeh ni dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis), ooooo...... nak makan taugehlah petang ni.

c. Buat orang wanita, taugeh boleh membantu menghindarkan dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Hah? mesti nak makan taugehlah

d. macam-macam lagilah, biarpun taugeh tu rendah, janganlah pandang rendah kat dia, sian dia tau..... tengok, sesiapa yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, yang ada lemak darah yang tinggi dianjurkan mengambil tauge dalam menu harian mereka. Padat dengan antioksidalah, jenis sayur yang buat anda tampak lebih mudalah (cepat-cepat pandang kat paksu chot...... oooooo), taugeh ni ada banyak serat dan air. Tak caya tengok kat taugeh, kan, ada kan.

Nombor 5 (eh! dah 5 dah??). Timun dan kentang tu, bukan boleh dibuat makan saja, tapi boleh buat masker untuk settlekan masalah parut jerawat. Timun tu tak buang kulit pun tak apa, tapi kentang tu dibuanglah kulitnya, parut halus kedua-dua bahan tadi altogether dan letak garam kunyit sudah lumat lalu tepekkan ke muka. Biarkan ia kering sendiri, orang putih kata room temperature, tak perlu taruh kat pendiangan dan lepas tu bolehlah dicuci dengan air bersih (bukan air sirap bandung ya).

Cukuplah ni, penat dah aku menaip, dahlah posa, letih jari-jemari ai. siku pun letih juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 17, 2010

Dessert

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummabariklana, fima razaqtana, waqina aza bannar. Amiinnn
Ngap!!

Sebelum dapat dingap, kenalah uli dulu
Angkat dari air panas mengelegak tu dan campakkan saja ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Bolehlah dihidangkan.
p.s, nampak tak kuih buah melaka yang kecil-kecil saiznya tu? itu w yang buat, dia siap kata tak nak letak gula (sebab dia tak reti nak letak lagu mana, gula tu asyik tertanggal dari kuih, hahaha).
p.s, kakngah sangat bengang, sebab dia yang termakan kuih buah melaka versi tanpa gula.
Oleh itu, w walaupun dagu berjahit (ada danggut), kenalah didenda, basuh pinggan.
Kalau sinki tu tinggi, ambil bangku buat alas.
Sila pastikan jangan berminyak ya sayang.... kerja rajin-rajin, nanti kita boleh buat lagi kuih kelepung (kuih buah melaka).
Ucapan terimakasih buat aisyalyea, kay_amida, ina dan Rose, atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, August 16, 2010

Warna-warni Dunia

Sudah-sudahlah buang bayi..... sungguh tak ada perasaan ek..... bangga dah?

(gambar sumber emel)

Doktor bagi krim ni, untuk lenguh-lenguh, warm.

Ada sesiapa nak ke restroom?
Kesegaran di celahan kerikil.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

A Total Blank

Ya Allah, terasa kalut hari ni, entah-entah aku ni...... mengalami acute_amnesia tak????
Aku tak tahu nak buat apa, aku tak tahu nak start kat mana, aku tengok orang terus aku jadi fobia. Aku tak tahu nak tanya siapa, aku tak tahu nak tanya apa... aku.....aku.... forgetfulness.

I think acute amnesia is a disease, yang akan mengena kepada orang-orang yang cute saja.
Aku tak tahu hari ni aku puasa ataupun tidak ataupun aku dah break fast atau belum atau aku tengah tulis blog atau sedang taip sms?
aaaaaaaaaaaaa (jerit2 sambil tarik rambut)

Aku nak ucap terima kasih kepada Tukang Cerita & Fariza, dengan ucapan angpow tu lebihlah sikit, hehehe
eh! aku tak tahu apa yang aku cakap, aku ni umur 4 tahun ker 14 tahun nak mintak duit raya?
p/s: Thanks Tukang Cerita, Fariza sbb sudi folo blog ini (maksu sebelum kena penyakit amnesia)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, August 15, 2010

Puasa 5: eerrrrrrr

adoiyai..... sembelitlah pulak

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, August 13, 2010

Malam yang empat

ra ra ra ra ra (perut kenyang, errkkk, burp - alhamdulillah)

Selepas makan bolehlah menyanyi sambil menonton tivi, tapi selesaikanlah dulu amalan sunat Tarawih dulu.
eh dia tengok kita
eh dia jeling mata
amboi mak senyum lagi
amboi nona manis sekali
eh dia tengok kita
eh dia jeling mata
amboi mak senyum lagi
amboi nona manis sekali
dia menjeling
adoi mak aku dicubit
siapa dia
oh putri remaja
eh dia malu-malu
di sebalik selendang
yang biru
dia senyum padaku
itulah gadis impianku
dia menjeling
adoi mak aku dicubit
siapa dia
oh putri remaja
eh dia tengok kita
eh dia jeling mata
amboi mak senyum lagi
amboi nona manis sekali

disclaimer: lirik ikut sedap menyanyi saja, ingat-ingat lupa, lagu ni popular di zaman 50an 60an kot, siapa penyanyinya? entah, mungkinkah R Azmi?

Ucapan selamat hari raya terima kasih kepada gadiscomel & suamihanyisterizuki atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Puasa 3: eks

Pada tahun 1952, dia telah menukar surnamenya dari Little kepada X, katanya bukan dalam Bahasa Melayu, 'X adalah lambang kepada nama keturunan African Americannya yang tidak mungkin dia akan tahu'. Dan ada sambungan lagi di mana saya telah mengambil keputusan untuk bersikap malas dan biarlah sesiapa yang berminat carinya sendiri di laman sesawangnya (yang sebenarnya aku malas nak translate, har har har)

Malcolm X (atau nama lainnya ialah El-Hajj Malik El-Shabazz) dilahirkan pada sembilan belas haribulan Mei tahun 1925, di Omaha, Nebraska diberikan nama Malcolm Little.

Bapanya meninggal ketika Malcolm berusia 13 tahun dan ibunya pula dihantar menjalani rawatan di hospital mental.

Jika dibaca di laman sesawang, dapatlah diketahui bahawa Malcolm merupakan seorang kanak-kanak pintar dan sangat fokus, beliau merupakan seorang pelajar cemerlang. Beliau telah hilang minat untuk meneruskan persekolahan selepas guru kesayangannya menyatakan bahawa menjadi peguam bukanlah suatu cita-cita yang realistik untuk seorang negro.

Selepas ketiadaan orang tuanya, Malcolm berpindah ke rumah anak yatim ke sana ke sini dan telah terlibat dalam jenayah kenit di kawasan Boston dan New York (kenit sebab dia pun budak lagi masa tu, kalau jenayah besar, maknanya pelakunya adalah orang yang besar, oops! apa punya penerangan ler - ish, ini tak boleh pakai), lalu seterusnya Malcolm telah menjalani hukuman penjara selama 8 ke 10 tahun.

Tika dalam penjara, beliau menjadi ahli Nation of Islam, dan selepas dibebaskan dengan parol pada tahun 1952, beliau menjadi salah-seorang jurucakap juga salah seorang pemimpin kepada pertubuhan tersebut. Selepas sedekad dengan Nation of Islam, unfortunately wujud ketegangan antara Encik Malcolm X dengan Elijah Muhammad menyebabkan Malcolm mengambil keputusan untuk meninggalkan pertubuhan berkenaan pada tahun 1964.

Hidayah datangnya dari Allah subhanawataala, (sejuk rasa perut bila menyebut namaNYA dan dada seakan ingin memecahkan diri sendiri), walau bagaimanapun Encik Malcolm X terlibat dalam menginspirekan Cassius Clay untuk menjadi seorang Muslim dan seterusnya BERTUKAR! kepada Muhammad Ali.

Selamat jalan Malcolm X.

Malcolm X telah ditembak oleh 3 orang lelaki dari grup mana entah ketika sedang berucap dalam sebuah majlis di New York yang membawa kepada kematiannya iaitu pada tahun 1965, dua puluh satu haribulan dua.

Ketika masih bersama dengan Nation of Islam, Malcolm menyumbang dalam menaikkan angka mualaf dari 500 pada tahun 1952 menjadi 25 ribu pada tahun 1963. What a big number!

Rujukan Malcolm X dan wikipedia.

Terima kasih kepada joyahsport, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, August 12, 2010

Puasa 2: B E N A R

'yang berkata benar', adalah gelaran yang diberikan kepada Encik Abu Bakar, yang lebih dikenali dengan nama asalnya Abdul Ka'bah, bermaksud hamba Ka'bah.

Kemudian sahabat baiknya, Rasullullah menggantikan kepada Abdullah (hamba Allah), iaitu Abdullah bin Abi Quhafah sehinggalah beliau dikenali dengan nama Abu Bakar as-Siddiq.

Sebelum Khalifah Abu Bakar menjadi Islam, beliau merupakan seorang tokoh kaum Quraisy yang dihormati kerana keluhuran budinya, perangai-perangainya yang terpuji dan kekayaannya yang melimpah-ruah. Berasal dari keluarga bangsawan Quraisy yang kaya-raya dan muda 2 tahun dari baginda Rasullullah saw.

Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang shahih dari Aisyah, dia berkata: "Demi Allah, Abu Bakar as Siddiq tidak pernah melantunkan satu syairpun di masa Jahiliyah dan tidak pula dimasa Islam. Abu Bakar as Siddiq dan Utsman bin Affan tidak pernah minum minuman keras di zaman Jahiliyah".

Rasulullah menghargai hubungan persahabatannya yang akrab dengan Abu Bakar sejak zaman sebelum wahyu, dan Abu Bakar adalah orang ke-3 memeluk agama Islam selepas Saidina Ali dan Zaid bin Harithah (hamba kepada Rasulullah). Rasulullah bersabda, "Tak seorang pun yang pernah kuajak memeluk Islam yang tidak tersendat-sendat dengan begitu berhati-hati dan ragu, kecuali Abu Bakr bin Abi Quhafah. la tidak menunggu-nunggu dan tidak ragu ketika kusampaikan kepadanya."

Rasulullah sangat menyayangi Abu Bakar dan pengorbanan amat dihargai Baginda, "Islam tertegak diatas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Saidina Abu Bakr r.a".

Ketika orang lain menafikan pengalaman Rasulullah dalam peristiwa Isra, Abu Bakar berdiri teguh membenarkan kata-kata Baginda, "Sekiranya Muhammad s.a.w yang memberitahu ini maka aku percaya, malah lebih dari itu lagipun aku mempercayai".

Marilah kita perhatikan diri kita, jika kita bersahabat dengan seorang yang berlidah lurus dan tidak mengamalkan tipu-daya atau muslihat untuk kepentingan dirinya sendiri, kita tahu itu kerana kita kenal dia, adakah kita akan membenarkan sebagaimana tulusnya persahabatan Abu Bakar bin Abi Quhafah dengan Muhamad bin Abdullah [??]

Ada beberapa sumber menyatakan biografi Abu Bakar As-Siddiq, ini antaranya, (sumber 1) dan (Sumber 2).

Tambahan, menurut An Nawawi, Abu Bakar, MASUK ISLAM dengan sempurna....
wow!

Apakah kita, dari perut ibu ke dunia serba canggih ni, dan masuk pula Islam, dengan sempurna [??]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, August 11, 2010

Puasa 1: Alif Ba Ta

Aku rasa aku ketinggalan mendengar lagu-lagu dari the previously known as Cat Stevens, aku cuma kenal Yusuf Islam melalui lagunya Alif Ba Ta,
Alif for Allah, nothing but Allah
Ba is the beginning of Bismillah
Ta is for (tak ingat)
Sa is for (tak ingat)
dan seterusnya hinggalah ke Ya.


Itupun masa itu aku dah pun berusia 16 tahun.

Jadi selain dari lagu bahtera merdeka, sepohon kayu daunnya rimbun, iqraq, aku juga senang dengan lagu alif ba ta oleh Yusuf Islam.

Selepas aku kenali internet barulah aku tahu bahawa Cat Stevens itu adalah Yusuf Islam, yang pernah bertanggapan bahawa dunia kemasyhuran adalah tuhan, duit adalah segala-galanya, yang pernah kena sakit TB, yang pernah mempelajari ajaran Buddha dalam pencariannya, dan yang telah dihadiahkan sebuah Al-Quran oleh abangnya yang non-muslim.

Janggutnya yang merimbun membuatkan aku teringat kepada cerita-cerita Arab yang biasa ditayangkan di kaca tv di bulan ramadhan. Kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tidak pernah aku terfikir yang dia adalah seorang warga Britain.

Sesungguhnya Islam tidak menukar kewarganegaraan seseorang, cuma ia menukarkan jatidiri seseorang dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta. Itulah yang lebih berhak.

Bagi yang berminat nak tahu transisi islamnya Yusuf Islam, bolehlah lawat ni.

Terima kasih kepada nidus2 atas kesudiannya follow cerita kosong maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Puasa 1: Mendapat hidayah

Nakal sungguh budak Malek AbdulAziz tu bila ditengok-tengok kembali sejarah silamnya, entah nakalkah, entah apakah, kalau ikut budaya kita, mungkin dia dipanggil 'budak liar' (teringat lagu Kaza masa Faizal Hussein naik motor dan lalu di Rembau).

Masuk penjara entah berapa kali, dunia tinju yang diceburinya pun penuh kontroversi, tapi ada kemungkinan juga lambang bulan dan bintang 5 penjuru yang diberikan oleh guardiannya iaitu mendiang Cus Damato telah menyumbangkan mendorongkan kepada keIslaman Mike Tyson, subhanallah. Aku pun tak tahu apa bendanya, rantaikah? atau sekadar brooch, ia adalah kepunyaan Muhamad Ali.

Beliau masuk Islam ketika di penjara Indiana iaitu di awal tahun 1990an.

Melihat filmografinya, bagaimana dia kehilangan emaknya, kemudian Cus, Jimmy, isteri (bercerai), dipenjarakan - aku bagai terasa yang dia memerlukan seseorang yang hampir di jiwa untuk 'memegang'nya agar tidak terlalu jauh menjadi wild kid. Ada kebaikan juga hukuman 6 tahun penjara itu dijatuhkan kepadanya, selamat menjalani ibadah puasa buat Malek Abdulaziz di sinun, yang dia pun tak kenal aku ni siapa ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 10, 2010

Tengok anak bulan

Ingatkan semalam tengok anak bulan, rupa-rupanya hari ni.

Sebagaimana ucapanku kepada kawan-kawan sekolah, 'Marilah kita teruskan menghayati Ramadhan dan keberkahan yang dibawanya, selamat datang Lailatul Qadar, dan berpuasalah dengan sebaik mungkin bukan setakat tahan lapar dan dahaga juga, malah juga lakukan puasa batin'. 'Kita bukan lagi kanak-kanak sekolah yang berlarian di padang bermain baling tin, malah kita dah pun melepasi umur 40 tahun; lalu marilah berhijrah ke usia yang lebih membanggakan'

Sebagaimana ceramah pendek dalam radio yang baru aku dengar, tingkatan puasa ada 3:
1 - hanya puasa lapar dahaga
2 - puasa lapar dahaga dan lain-lain perkara membatalkan puasa, dan pengharapan mereka terhadap Allah swt adalah syurga
3 - perkara-perkara 1 dan 2 di atas, tambahan, puasa hati juga - tiada buruk sangka, dendam, irihati dan lain-lain penyakit hati, pengharapan mereka hanyalah redha Allah, biarpun tanpa balasan syurga, asalkan dapat redha Allah pun sudah cukup.

Mampukah saya ikut puasa di tingkatan ke tiga?

Maaf zahir batin atas keterlanjuran kata-kata penulisan di dalam blog ini buat semua.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Puasa dan kehendak

Anak aku, si kak ngah tu suka sangat kalaulah diberi cuti sekolah selama sebulan berpuasa, katanya dia pernah teringat-ingat lupa bahawa ada satu ketika, dia bercuti sebulan di bulan ramadhan. Aku kata mungkin masa tu ramadhan jatuh di bulan disember, kan..... aku pun tak ingat, tahu puasa jer.

Tapi dia masih tak puas hati, masih menguatkan bahawa alangkah elok sungguh kalaulah cuti di bulan puasa ni. Katanya letih menunggu bas di bulan puasa, adakalanya bas awam lambat hinggalah dah azan barulah bas menjelma, huuhuhu.

Lalu aku ingatkan dia kepada perang yang pernah umat Islam lalui ketika bersama Rasulullah saw iaitu Perang Badar. Tidak pula ia ditangguhkan hingga ke lepas menyambut raya.... hai budak-budak ni, macam-macam akal mereka.

Maklumat lain ada di sini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Meninggalkan parut

Baby w jatuh - masa berlari-lari di atas jalan tar, dan terkoyak sikit dagunya, nak bersihkan takut. Tengok dia nangis pun takut, tengok darah pun takut, tengok air paip takut, tengok kapas takut, tengok minyak gamat takut - aku lah. Makanya, bawalah w ke klinik. Aku cadangkan kat hubby, bawa dia ER di hospital gomen saja, hubby tak setuju sebab takut juga, takut w dilayan dengan kasar di sana, oh! aku pun takut!

Lalu kami ke klinik swasta, dan seorang doktor hensem (Punjabi kot), membersihkan dan menjahit lukanya. Banyak batu-batu kecil dan pasir, alamak, itu yang aku takut tu....

Alhamdulillah w tak menangis pun. Doktor kata, "she's a very brave child".


Sekarang w dok komplen, w ada danggut, hi hi hi. Tengoklah tu, siap pakai rantai tau nak ke klinik, melawa sudah mesti ;)

Sabarlah, awak tu lasak, macam-macam parut dah ada. Parut kena ekzos kat betis kanan dan kiri, luka tersepit di basikal, kena sterika dan macam-macamlah dia tu.

So, fee yang dikenakan adalah 135/-. Lepas tu second round datang, katanya untuk cuci, kena 15/-, giliran doktor lain pula. Alamak! tak masuk akal langsung. Fee ini sangat meninggalkan parut di hati aku, 15/- hanya untuk rebalut sahaja, ta da cuci apa pun.

Macamana nak buat ni? ridiculous! aku surgerykan sendiri aje lah

p/s: terima kasih Zaidon, sudi follow cerita kosong ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, August 7, 2010

nama dia alvin takda umah harga 8juta

Yang bertanya soalan itu ada di blog alvin dan aku pula bernama mak su yang tak ada umah harga 8juta, ataupun 800 ribu, 80 ribu pun tak sampai!! heheehe (tak lelevan, sowi).

Aku dah lama tak buat tutorial, itu di zaman-zaman kat template lama yang berbunga-bunga tu, jadi aku ambil kesempatan ini untuk buat a short tutorial macamana nak halang orang copy penulisan kita. Selain dari kita pukul tangan orang or kita lastik orang or kita letak perangkap tikus, kita boleh letak coding yang khas untuk menghalangi.

Ada 2 jenis coding aku letak di blog ini, satu adalah bila anda di ruangan home, anda right click mouse, tidak ada tulisan copy yang keluar. Dua adalah bila anda klik pada tajuk dan cuba right click mouse, tiba-tiba anda terlatah! sebab aku dah letak coding 'oopppooccott!!' juga.

Nak letak coding tu senang saja, pergi ke:
Design
Add a gadget
pilih HTML/Java Script,
lalu Savekan.
Kalau nak letak kedua-dua coding, buat dua kali proses seperti di atas.
Bagi yang berminat nak coding, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen ya, sebab aku tak ada private email. huhuhu
Nak create private email kena pergi ke cc, penuh dengan budak jantan jer sibuk main tembak-tembak. Tak ada peluang langsung.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, August 6, 2010

Giveaway Nuraarin: 10 years love anniversary

Ramai yang buat giveaway, tapi baru kini hati aku terbuka nak join, iaitu Nuraarin Giveaway 10 years love anniversary.

Ia sempena ulang tahun perkenalan Nuraarin dengan tunangnya yang tersayang. Semoga kasihsayang Nuraarin dan cik abangnya berkekalan sepanjang hayat, kekal berkasih-sayang dunia dan akhirat, mmuuaahh :D

Kalau ada yang berminat nak sertai, ingat ya, ini hanyalah untuk bulan Ogos, untuk sama-sama Nuraarin memeriahkan bulan Ogos yang amat bermakna buat dirinya.

Sebagaimana giveaway-giveaway yang lain, sudah tentu ada cenderahati dari tuan blog, silalah berjalan-jalan ke blognya untuk info yang lebih lanjut.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menjawab tag dari ejamaria

Hari ni macam kosong saja, tak tahu apa nak dicoretkan di blog, oleh itu, mari kita buka buku hutang ;p, dan lalala, aku ada tag dari ejamaria yang masih menunggu dijawab, tanpa berlengah, let's gone......

1. Apakah yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda? Biasanya saya tak buat apa-apa, saya buat bodoh je

2. 6 orang dihati anda? Husband dan anak-anak, dan parents saya, dan orang-orang yang sincere terhadap saya tanpa mengira kekurangan saya yang amatlah banyak tahap dewa gaban juga sahabat-sahabat yang dikenali di blog -> ramai tu.... dah lebih dari 6 :D

3. Anda rasa anak anda comel? Comel! sebab saya pun comel!

4. Single or taken? Taken

5. Blog yang anda suka? Yang saya sentiasa kunjungi bila-bila saya ada masa

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari? Yang pasti katil mesti kemas setiap hari, bilik tu kira kuis dengan jari kakilah kalau-kalau ada habuk, hahaha

7. Lagu terakhir yang anda dengar? lagu Madonna dia cakap time goes by so slowly, slowly. Time goes by so slowly, slowly. Apa tajuknya entah.......

8. Last text message? none, sebab tak ada handphone

9. Last phone call? telefon anak

10. Hari terakhir anda menangis? Jumaat, Sabtu, and still going on........

11. Senaraikan LIMA warna kegemaran anda? Maroon, putih, hitam, beige, biru (agaknya ler... hahaha)

12. Orang yang terakhir anda berYM? None, don't have

13. Game yang paling anda suka? Game ular di handphone

14. Adakah anda peminta MCR? minat kat vampire rambut pashak

15. Apa perasaan anda jawab tag ni? Excited, ejamaria is remembering me

16. Anda rasa tag ni best? Best! Yeah!

17. Tag 10 rakan anda. Tak apalah, tak tag sesiapa.

Terima kasih Wak Jengkol, sudi follow blog kita ni....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, August 5, 2010

Kembar tak Kembar

Seperti yang dikongsikan, semalam adalah besday kakak dan w, mari lihat gambar. Seronok kakak yang lebih, w apa tahu, suka bab tiup lilin dan cincang kek saja, hahaha.
whoa, ini budak sungguh tak sabar tau......


Sebagai mak yang menghadapi kemelesatan ekonomi yang merudum rudum tak tentu hala (entah di mana silapnya), aku sediakan karipap dan samosa segera jer, dan keropok apa tu yang berwarna-warni tu, w dah belasah dulu sebaik siap digoreng.

tengoklah dia tu, tak sabar-sabar nak potong kek (cincang kek)

Ha... mari ambil gambar, senyum dan buat tangan pis pis

Terima kasih kepada gee ryder sudi follow blog maksu ek, :D
Selepas diorang balik, senang saja nak kemas sebab semuanya LICIN :), yea yea

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Takut patung susu

Patung susu tu di econsave, budak w punyalah menangis keriau takut kat patung susu. Mata patung tu pun terjojol, aku pun seriau tengok.

Rasa-rasanyalah kan... kalau cekotak versi raksasa; w suka tak? hahaha.
"Hep!! Jangan gelak kat saya, nanti saya fire!"

Tengoklah tu kat belakang tu, ada lagi mural ek... aku ingatkan dia dah tak melukis di dinding dah.... huhuhu (gambar alien)

Hujung julai itu hari, 3 anak-anak aku tu masuk pertandingan bola jaring suka-suka sempena function apa ntah anjuran siapa ntah, aku hapa pun tak tahu ntah. Memandangkan mereka masuk bertanding secara suka-sukarela dan paksa-paksarela, mereka pun dapat hadiah saguhatiiaitu 3 ketul bekas kedap udara.Warna macam sudah diatur sebaiknya, ikut warna kesukaan masing-masing.Senang, tak payah berebut bergaduh, masing-masing ambil warna kesukaan masing-masing.

W tak bising nak join baling bola sebab aku angkut dia ke econsave, jumpa patung susu... hahaha dan belikan dia baju baru, seluar baru, tak sabar nak melaram. Cadangnya untuk hari raya, tapi as you all can expect, dah kopam dah pun........Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, August 4, 2010

Puisi selandak

Akukah landak ?
eksotik yang kecil
idaman hati
mu
aku yang lahir
bersama
duri keluli
sungguh bermutu
tapi tiada armour buat penahan
dari menjadi seekor landak
yang lucu dan lugu
senantiasa menjadi tontonan bahan lelucon
Mereka

Mereka mencabik duri keluliku
dari serata arah dan waktu
dan ketogelanku yang kesejukan
membuat mereka riang tertawa

dan sehabis puas
Mereka menendangku jauh
Jauh
hingga aku tersesat
Entah
di mana
aku
buntu
di telinga
juga
di mata
hati
ini

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, August 3, 2010

4 Ogos 2010

Besday baby w adalah pada 4 ogos, umurnya 4 tahun dah ler, dan juga kakak, they share same birth-date. Jum tengok gambar kito orang pergi zoo negara pada hari ahad lepas, watching the animals (it's better, rather than watching animals like behavior near you, oops! huhuhu)

1. mula-mula sekali mesti ambil gambar w

2. hoh! itu vampire kah fox kah? ada kuda padi - comelnya, anak rusa nani pun ada, iguana pun ada
3. Binatang yang mula-mula ditemui adalah siamang, kemudian kenyalang. then is apa ntah... pelanduk kot dan jum tengok aghnab masak sambal pun sodap.
4. aiya.... of all the animals, aku bergambar dengan beruangs yang tengah berdiri. fuyo, garangnya
5. Baby w dengan gajah batu-batuan, bukan gajah zaman batu ya, itu namanya mammoth. 6. Itu paksu chot sedang usaha tegakkan pokok, or is it dia tengah betoikan pinggang dan tulang-temulang yang dah lenguh, hahaha
Bateri kamera kaput time kakngah beri gajah makan tebu yang berharga 3.00. Dan sungguh sayang sekali kerana tak dapat nak rakam kerenah paksu chot mengusik kangaroo yang sama berdiri tinggi dia, gelagat paksu chot diminati oleh pelancung arab dan orang tu continue plaks mengacah kangaroo yang sporting dan pandai imitate lagak orang. Aku takut kalau kangaroo tu bagi flying kick, nah kau.... silat ke mana, tomoi ke mana, bukalah langkah seribu ;p
For info, bayaran masuk dewasa adalah 20.00, budak-budak umur 3 - 12 tahun is 6.00 dan parking is 4.20. Trem lain harga, ada bee museum, kitorang beli madu lebah asli sebab penjual tu kata bagus untuk minda, aku belikan untuk kakak, spm. Dan untuk kakngah, pmr. Kedua-duanya di tahun ini.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Rotan dan Buaya

Pagi tadi masa tunggu waktu untuk kill-kill the time, tivi menyiarkan berita bahawa buaya tembaga (bangkai) telah ditemui di PD dan ini nampaknya mengesahkan berita yang pernah tersebar dahulu bahawa ada buaya di laut PD.

Aku berkali-kali ajak paksu chot ke PD mandi laut or tengok laut, tapi dia selalu mengelak dengan menyatakan ada buaya sesat di PD dan mengganggu orang di tepi pantai.

Jadi, apakah selepas ini, pelawaan aku akan dia penuhi? hhhmmmmm, fikir-fikirkanlah, jangan biarkan diri anda diselubungi mee kari.

Lain pula kisahnya dengan perogol kanak-kanak, ada yang bersetuju dengan hukuman mati mandatori dikenakan ke atas mereka namun ada yang tak setuju. Pelbagai pendapat diutarakan, tapi apakah pendapat mereka ke timur ke barat ke barat daya? Tak tahulah. Aku rasa bolehlah timbangkan antara rotan 40 kali, ataupun hukuman mati di tali gantung.

Selain dari itu, Ya Allah, peliharalah kami kesemuanya, amiinnnn

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, August 2, 2010

You and Me

You have your own drives, i can see very clearly, those are:
money, lots of cash in the bank(s)
power, in the hand in the mind in the body and soul
popularity, fame - known in the whole world, big name, big impact, anyone mentioning your name and immediately will be sweating heavily because of afraid your enormous image portrayed.

And you also love and in love with the people with the same behaviour.

Oh yes, I respect that, it's only that I am so sorry that I can't change my drives besides that.... I have my own, 'SODAQOLLAH HUL AZHIM'

When the day and time come, ciao and say with me sodaqollah hul azhim.

I have no involvement with you or your click or your interests.

Sadly, I don't know when it is, is it today tomorrow next month? I am happily ever after to say Sodaqollah.

p/s: thanks penjejakmaya, sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.