Friday, July 30, 2010

Jangan putus hubungan

Ini dari suratkhabar, baca sepintas lalu, speed reading, sekadar perkongsian.

Perempuan yang didatangi haid boleh membaca ayat suci, apa yang tidak boleh adalah membaca ayat-ayat suci hingga kedengaran ke telinga sendiri apatah lagi jika datang haid dan baca kuat-kuat, tidak boleh.

Perempuan yang didatangi haid boleh baca ayat-ayat suci sebagaimana kebiasaan amalannya seperti baca Fatihah, 3 kul, ayat kursi, mungkin Yasin dari 1 - 9, mungkin ayat seribu dinar dan lain-lain lagi sebagaimana amalan yang dizikirkannya sepanjang masa. Caranya adalah dengan baca dalam hati atau setakat kumat-kamitkan mulut sahaja, jangan kedengaran di telinganya sendiri.

Jadi para wanita yang anggun cantik jelita bergaya, jangan jadikan alasan didatangi haidlah, uzur syarielah untuk memutuskan hubungan dengan Khalikmu.

Teruskanlah berbismallah untuk makan, tidur, minum, berpakaian, memakai kasut dan membaca ayat-ayat suci sebelum tidur dan teruskan zikir harianmu.

Salam mesra :)

Terima kasih sya mansor, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Aku dan Kamu

Aku tak pernah penat terhadapmu.
Tapi kamu satu hari nanti, akan berasa penat jua terhadapku.
ITULAH SEBABNYA
aku adalah mak
dan kamu adalah anak......

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, July 29, 2010

Periodontal Disease

Semalam petang aku temankan hubby ke klinik gigi, ada sebatang giginya yang perlu dicabut. Klinik lengang saja masa tu, ada seorang pesakit di dalam dan kedengaran nggiiingggg ngggiinnggg mesin dentist tengah bekerja. Sungguh ngilu, baru dengar bunyinya saja. huhuhu.

Tak lama, hubbyku dipanggil masuk. Aku keseorangan di luar, boring, aku baca poster yang ditampal sambil mengangakan mulut seolah-olah sedang mengadap dentist. Tiba-tiba aku terperasan ada kamera, alamak! malunya, unscripted plaks aksi aku ni, aksi terlampau. Malu sungguh...... lalu aku duduk di kerusi diam-diam dengan penuh kesopanan.

Mata berat dan hubby masih di dalam bilik dentist. Mata berat, berat, berat.....

Tiba-tiba aku berada di sebuah hutan!! hutan batu di Kuala Lumpur, tanganku dicapai oleh seorang tua white witch which one? Alah, the kind one.... the one that helped the king back to his kingdom, he is gun-dwarf. The beard was white and got colourful manik(s).

He hold my hand but I told him no need to hold one, you bukan my muhrim! He's asking me to follow him, to a cave. He said he knows what i did last summer, errr... he meant, he knows what I did last time, i.e cave exploration. Alah, yang badan i semua jadi penat-penat tak tentu hala tu...cave explorationlah salah-satu aktivitinya.

So this kind witch white gun-dwarf took me to a wet cave, the floor was red and weird, and the walls covered with white buildings or what i am not sure, he pointed to one corner, he told me, "maksu wuxahwkyl, look at that thing, that is periodontal disease". (please bear in mind that he cannot pronounce my name correctly, just as like so many other people, i don't know why, but always wrong one, i so boring one... bluwekks to them, go to school but cannot say my name correctly, hampehlah they all tu, oops! ai ter tak sengaja ter marah). Then i replied,

"what period?"

"no period, but periodontal disease, gum disease, sakit gusilah", he said finally. So i nodded my head, "oo the wise old white witch which one the kind one, you explain". He then shoot his laser pointer to a powerpoint slide apa menatang entah tu kat dinding tu, there were some pictures, ugly pictures, it's uglier than the person yang janji nak berbogel tu (fifa 2010).

So after the slide show presented by gun-dwarf, I realised that periodontal disease caused of the film surrounding your tooth or some teeth, that has harden up to become tar (jalan tar?) and you did not brush your teeth according to the teknik (no need to go to sekolah teknik to learn this teknik), you did not floss, you did not see your dentist to clear those tar.

Soon after i almost can digest every information, i felt that somebody touched my shoulder or my forehead or what aaa? It was my hubby, i asked him, "sudah potong?"

He just pointed to the helmet on the chair next to me, and he has this tisu ka apa ka in his mouth, he went to the cashier and paid the fee.

Eventhough he has difficulty to talk, he managed to say this, 'tidoq sampai berjejeh ayaq liuq'.

And so I went blink blink blink. If you want to know more or want to look at the picture, go over here ->
maksud periodontal disease

wikipedia ada gambarnya

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, July 28, 2010

I cannot join that contest tag

I cannot join that contest tag, you don't know? Alah...... the one that needs you to show your beautiful eyes ..... remember or not? Well, simply because my eyes got bag.

Not prada or louis vuitton or coach, but eye bag!

Not only my eyes have eye bag but also paper bag, plastic bag don't use it anymore, recycle bag, reusable beg, wedding gift bag, i beg your pardon, hen beg hen for a rice, errrr for 2 rices, 3 rices lah, 4 rices also can......

SELINGAN, you cannot count rice so don't put s eventhough there are many rice on the plate, hahahaha, salah ajaran plaks.

CONTINUE, yeah, my eyes got bag, so how to join??

I can see many female bloggers joining that contest, how about male bloggers? I think they have beautiful eyes too :D

If you don't believe me, see here.

My eyes got bag, kan..........

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tag dan Award, the bestest blog

Saya tengok buku tiga lima saya ni, tup-tup terperasan ada hutang belum langsai, hutang pada mamarempit, dan list bertambah, dari cik pah juga. Tag dan award yang sama, bestest blog. Terima kasih buat mereka berdua, huhuhu.

Ini link mama rempit dan ini pula link cik pah.

Syarat-syarat:
1) Kena buat ayat puji kepada pemberi award:

mamarempit dan cik pah: saya berterima kasih pada anda berdua sebab sudi berkawan dengan saya, biarpun secara siber, saya senang datang ke blog anda berdua sebab saya rasa selesa dan comfortable dengan posting-posting anda yang bersahaja dan saya dapat rasakan keserasian, caiyuk caiyuk, all the best to you bloggers :)

2) Kena pass pada 10 lagi penerima seterusnya:
zareda norman
zino
kak erna
hemy
masy
shasha
zulkbo
zaitun
kaktiny, dan
yunus badawi

3) Bagaimana blog anda boleh digelar blog yang best and great?
Tanya pasal blog sayakah? Oh, saya rasa gelaran blog best dan great tu memang amat kena dan sesuai dengan blog saya ceritakosong ni, sebab biarpun url yang anda perlu taip adalah ceritakosong, tapi cerita-cerita (posting-posting) saya tidaklah kosong, tetap ada isinya. Silalah lihat dan kaji, ada tak ada, setuju tak setuju, MESTI ada huruf a, b pun ada, c pun ada, d, e, f, g, h etc etc.

:D

p/s: saya bukan gemar mengeluh tentang perangai orang seperti di link ini tapi saya rimas dengan orang yang sentiasa sentap untuk perkara yang langsung tak ada kena-mengena dengan dia. sebenarnya semalam saya talking on the phone, saya tergelak, adalah benda yang kelakar, lagipun bila kita on the phone, eventhough orang tak nampak muka kita, tapi pihak yang satu lagi akan senang hati jika berbual dengan orang yang ketawa ceria dan bersenyum. malangnya hati dan jiwa yang sekoq tu yang rajin sentap tu, tiba-tiba dia jadik annoyed dan sindir-sindir, awat? padahal saya ni bukan jenis drama queen or drama king or rajin make a scene, saya ni duduk kat kerusi saya senyap-senyap saja. macam itulah keadaan saya kat sini, kat tempat cari makan ni... kalau andalah kan, anda cakap kat telefon dengan bos anda, laki anda, bini anda, kawan sekolah anda, client anda - dan anda berbual dengan riang-ria dan meletus sedikit ketawa sekadar 5 atau 6 harakat dan tiba-tiba anda kena sindir dengan neighbourhood yang tak frenly, anda pelik tak?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, July 27, 2010

lah dah international dahlah

kalau menonton wayang kita cerita kita wayang siapa kalau bukan wayang kita, adalah tidak menjadi kehairanan bila terdengar dialog:
okeylah
aku nak pergi makanlah
kau mandilah dulu
kau tolong belikanlah
aku suka baca blog kaulah tu sebab aku datang selalu (oops, ni tak pernah dengar lagi dalam wayang)

Tapi selepas menonton 2, 3 filem Tamil yang disiarkan di tivi, maksu tengok mereka sudah mula menggunakan menambah 'lah' di hujung beberapa ayat-ayat mereka, sudah tentulah cerita mereka filem mereka itu berkaitan dengan Malaysia dan culture kita (baru-baru ni saya tengok Vijay, hero cerita Tamil yang hensem wajah babyface tu, cakapkan alamat suatu tempat dalam Bahasa Melayu, yeah, saya seronok plaks, macamlah Vijay datang ke Malaysia nak cari saya), hahaha.

Eh wahlah, hebatlah, lah sudah jadi internationallah.

Saya sungguh banggalah :D

Tapi ada satu hal ni, buat saya menjadi hairanlah. Saya kelirulah, kenapa ada hati dan jiwa yang suka sentaplah walaupun tiada siapa sentuh, usik, touch dia..... kenapa ha?

Hati dan jiwa itu akan rasa terganggu bila:
ada orang genyeh mata depan dia
ada orang senyum sambil pandang henpon depan dia
ada orang masuk ke dalam ruangan kerja sambil pegang beg warna coklat di depan dia
ada orang masuk ke ruangan kerja dengan muka yang tensen
ada orang masuk ke ruangan kerja dengan pandangan mata yang keliru
ada orang lalu depan dia sambil ketawa beramai-ramai dengan kawan-kawan
ada orang berjalan dengan gaya tunduk memandang ke lantai
ada orang bersiul-siul kecil lalu di depan dia
ada orang pakai kasut tumit tinggi 5 inci lalu depan dia
ada orang jawab telefon dan berbual-bual di telefon di depan dia atau berhampiran dia
ada orang mengeluh marah di depan dia, hampir dengan dia, untuk perkara lain tapi dia terdengar
ada telefon bimbit orang membunyikan lagu scorpion tatkala terima panggilan
ada orang tengok gambar vacation di pc dan dia kebetulan terlihat

- kalau nak dilistdownkanlah, banyak lagilah perkara yang menjadi kesentapanlah kepada hati dan jiwa orang itulah, saya berasalah sangat hairanlah.......

Hhmmm, hairanlah tak lah or awak hairanlah? Pelikkanlah..... iyalah, suka hatilah....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Gelang di tangan penambah seri

Hari ni aku datang kerja pakai gelang tangan sebab baju tak ada bunga, so nak bagi naik seri sikitlah. Nak makan sirih penyeri tak berani pulak, takut ada orang hantar bunga... aaauuwww
Aku belum makan tengahari lagi ni, aku tengah lapar ni sesangat ni; tadi aku pergi ke klinik untuk buat blood test, renal dan apa ntah katanya. Aku rasa aku berjalan macam orang lidi, entah bila-bila boleh diterbangkan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lapar sungguh, lepas taruh gambar makanan kat posting ni, aku nak makanlah. Nyum nyum nyum
Minggu lepas kitorang pergi makan di Little Jakarta, Jln Klang Lama.


Moh kita beramai-ramai snap gambar makanan...... dan saling mengambil gambar kamera masing-masing, hahaha


Aku mintak nasi lauk ayam kremes.


Penghujung, desert Cendol Jawa Spesel.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tujuh belas menit

adalah bersamaan dengan 1020 detik. Itulah nombor yang tersiar di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, menggambarkan suasana huru-hara dalaman di Malaysia, sebuah negara yang aman damai dan permai.

Menurut akhbar berkenaan, purata satu orang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit dan sekarang sudah ada lebih 200,000 orang bayi yang tidak ada rekod bapa kandung!!

Kenapakah kejadian sedemikian terjadi?

Pada pendapat aku, perkara ini melibatkan ibubapa sekitar umur 38 - 48 tahun, dan remaja umur 13 tahun ke 21 tahun.

Apakah sebabnya? Apakah ini semua adalah fenomena yang dibawa oleh kemudahan internet? ataupun budaya kerja suami_isteri? Ataukah keperluan duniawi yang memerlukan ibubapa kerja kerja kerja tanpa mengira sumber pendapatan? Ataupun remaja yang dilanda kebosanan dan nak amusekan diri sendiri hingga lupa nak jaga nyawa sendiri mahupun nyawa lain, adakah mereka sudah tiada respek kepada tuhan mereka sendiri? Agama apa pun tidak suka perhubungan tanpa nikah, tapi kalau untuk keperluan kebaikan.... hish, tak tahu apa nak cakap!!

Carilah ke akar umbi punca permasalahan ini dan berikan dos antibiotik yang kuat agar kepincangan dapat diluruskan... teringat kepada cerita lakunan P Ramlee, Semerah Padi. Rotan!!! Sula!!!!

Garang bertempat itu perlu untuk kebaikan kerana manusia memang lemah dalam ingat dan peringatan.

Adakala menjadi kawan untuk perkongsian tapi sandarkanlah pada hormat dan adab untuk kebaikan.

Saya suka dengar lagu 'empat minit' tapi tak suka kepada pakaian penyanyinya yang cuma berbaju dalam saja, tapi saya tak suka kepada purata 17 minit.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, July 26, 2010

Menjawab tag dari Rozita

Tag ini telah dikenakan oleh

rozita telah mengenakan tag ni kepada aku, iaitu Dini's 4th giveaway. Juga kena letakkan banner tag di sidebar blog kita. Follow tidak termasuk dalam syarat-syarat perjanjian, sangat sempoi :D

Cuma perlu tag 3 orang dan linkkan entri anda di tempat Dini. Aku nak tag
makdara terdiva
cik pah
ain
m.q.

Akhir ucapan, Selamat Berjaya! :D

p/s: tarikh tutup 8 ogos 2010.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Berani belasah sajalah

Sebagaimana yang telah diberitahu, aku pun balik kampung aku pada semalam, aku lima beranak saja tanpa paksu chot, dia tak nak ikut katanya, penat nak tidur-tidur saja di rumah. Biarpun aku berani-berani takut nak memandu, aku beranikan diri belasah saja, aku pasti tak sesat, sebab nak balik ke kampung sendiri. Aku pun memandu masuk ke LEKAS dan melepasi simpang Temiang, terus ke simpang Jelebu / Kuala Pilah / Ampangan. Aku fikir takkanlah aku akan sesat di Ampangan, arwah uwan den dulu duduk di Ampangan tu lamo...... Sebaik bertemu traffic light di kawasan tu, aku mula gelabah, semuanya nampak asing, alien, co-pilot pun tidak banyak membantu. Adakah patut guna jari untuk tunjukkan simpang kiri atau kanan yang patut aku ambil, aku ni kan adalah pemandu amatur yang dah lama ada lesen..... hue hue hue.

Sudahnya, aku termasuk ke simpang Port Dickson sedangkan sepatutnya aku masuk ke simpang Rembau/Tampin. Alahai, nasib baik mata yang berusia 40 tahun 10 bulan ini ternampak signboard PLUS Johor Bharu, aku berani belasah saja terus memandu ke simpang itu, dan memasuki PLUS. Ingat nak jimatkan duit tol sikit, sebab belum gaji lagi ni.... huwaaaa huwaaaaaa huwaaaaa

Perjalanan yang seronok bermula semula selepas saspen tadi, sesampainya di simpang nak masuk ke kampung aku, aku disambut dengan pembangunan! Usaha membesarkan jalan sedang rancak dijalankan!


Kuranglah sikit takut aku untuk memandu di kampung sendiri jikalau jalanraya dah besar, hahaha...

Peace peace.....

Berjanji dengan kawan-kawan nak ada di rumah pengantin pada pukul 1pm, tapi aku sampai cepat, berani belasah makanan dahulu ..... yes!!

Pengantin sudah sampai lah!!! Mari sambut.


Pakcik ni sedang menari tarian piring (dulu2 depa taruh lilin supaya lebih dramatik), buka gelanggang :)

Ewah pakcik, gelek pakcik, gelek, goyang perut tu....
Sedang menari tarian piring, kting kting kting, eh wah, kting kting kting

kting kting lagikkk
Anak-anak aku sangatlah teruja, tak biasa tengok persembahan tarian lilin. Dulu-dulu, pengantin akan diarak di atas tandu untuk masuk ke kawasan rumah, tapi sekarang tak ada siapa nak angkat tandu kot, kenalah berjalan sendiri, kalau tidak, tentu menjadi kenangan manis buat anak-anak aku. Silat pulut tak dak, tapi orang kompang dan rebana adalah pakcik-pakcik belaka, mana orang muda?

Dari kiri berdiri: M, L, H, A (kawan baik masa darjah 1).
Duduk dari kiri: J, [tetttttt], bini kepada I.
Budak kocik tudung pink tu anak sapo ontah.......oh, anak M ler.... Sama-sama dengan w main pasir kat bawah rumah guest, hahaha
Guys: M, L, R (dia ni adalah anak buah saya) dan Az (dia ni husband kepada J, bila masa dorang bercinta entah, rasa-rasanya mereka mula bercintan masa di U, kebetulan mereka di U yang sama katanya)
Jelitawan-jelitawan SPM 1986: P, J dan [tettttt]
Huih, ramai sangat dalam gambar ni, aku pun tak larat nak namakan mereka. W totap ado :) Tapi kita tak bawak cekotak.
Wealls lagi!!! Yeaaa.... bilakah next event for reunion budak-budak SPM 1986?

Gambar-gambar lain: kaki anak perempuan sapo ni? huhuhu
Musim rambutan dah, kakngah dok usha rambutan jer kerjanya.
Sekian, terima kasih :D
Terima kasih kat cik oryza sudi follow blog ni :D
Hadiah kahwin? Mula-mula tu tak nak bawa w balik, so aku cadang nak singgah kat pasaraya kek rembau nun cari cawan koh pinggan koh mangkuk koh. Tapi w sedar dan nangis nak ikut, bila bawa dia, aku tak mahu jejak kaki kat mall mana-mana, kesudahannya, ang pau lagi........
Perasaan aku, seronok sungguh dapat jumpa kawan-kawan. Last beramah-tamah dengan mereka adalah pada tahun 1986, jumpa semula tahun 1987 untuk ambil keputusan SPM, lepas tu putus hubungan, dan jumpa semula di sini. Terimakasihlah A, kawan baik aku masa di darjah 1, dialah yang temui aku di facebook. Aku tak tukar nama pun.
Kenapa laki aku tak nak ikut balik ek..... padahal aku ni, bini dia, adalah pempuan yang boyfren_less masa di bangku sekolah, tak dek sapa nak buat aku jadik gepren depa, apatah lagi bila depa baca nama penuh aku, depa trus jadik trauma... huhuhu, Aku rasa faktor utama adalah semua segan + sangat segan kepada arwah abah.... hihihi. Tak kisahlah, aku lebih senang berkawan sebegini.....jujur, telus dan tulus.
Weiiii... korang dengar tak? i miss u all.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, July 23, 2010

Hadiah untuk orang kahwin

Kawan sekelas aku sejak darjah 1 hingga ke tingkatan 5 telah pun melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya pada minggu lepas, dan minggu ini, kenduri kahwin akan dilangsungkan di rumahnya, maknanya.... BALIK KAMPUNG DEN yang nun jaoh di mato tapi dokek di hati oh Rombau juo Tampin yang kucintai............ selepas reunion di Bangi 2 bulan yang lalu, kami semua warga sekolah [tuutttt] berjanji akan berjumpa semula di kenduri kahwin nanti jam satu tengahari ketika matahari pacak di atas kepala sebab kami nak makan bersama-sama sambil shuffel dan buat lompat bintang juga bersilat pulut dan bertari tarian lilin (penat tak baca? tak ada tanda berhenti ataupun koma, hahaha)

Sebenarnya, sudah banyak tahun aku tak membeli hadiah kahwin, selalunya bila ke kenduri kahwin, aku cuma hulurkan paket angpau. Rasa-rasanya last aku belikan hadiah kahwin adalah pada tahun 1995 lebihkurang. Selepas daripada itu, cuma paket angpau sahaja. Mak aaii..... mesti blur andainya aku nak carikan hadiah untuk bekas schoolmate classmate ni.

Lagi satu maklumat, orang ni iaitu lelaki itu... berkongsi tarikh lahir denganku, kami berbintang Libra.

(bukan libre........)

;D

Hhhmmm, apa nak beli ni?

ada p/s lagi, terima kasih kepada ~asha~ dan kakLuna kerana sudi follow cerita-cerita di sini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari

Aku teruja bila ke blog encik ben di sini, ada-ada saja bloggers yang nak berkongsi kenangan ramadhan mereka. Aku tertahu tentang hal ni sebab aku memang follow encik ben, i setia tau. Aku usha dari kejauhan, lama-lama, tak tahan plaks, bukan kerana cemburu bukan kerana nak merapu tapi sekadar nak berkongsi cerita denganmu, ehwah.

Ramadhan 5 tahun yang lalu, sahur yang pertama, aku dikejutkan dengan suara deringan telefon yang menyatakan bahawa kakak iparku telahpun meninggal dunia. Dia menderita kanser payudara yang merebak menjadi kanser tulang selama lebihkurang 11 tahun. Sebelum Ramadhan tiba berminggu-minggu jugalah dia berumah di Hospital Selayang. Mujur di KL, senang untuk aku melawat arwah.

Selepas beberapa minggu di Hospital Selayang, pihak hospital membenarkannya keluar, lalu abangku mengusahakan kenderaan untuk membawanya balik ke kampung, iaitu sehari sebelum hari melihat anak bulan.

Arwah merupakan seorang yang low profile dan dikurniakan tangan yang berbakat, pandai memasak, juga pandai menjahit, selalu tersenyum. Kain sarung kusyennya pun merupakan buatan tangannya sendiri apatah lagi langsir yang menghiasi tingkap rumahnya.

Sabar dan tidak mahu mencari simpati mengenai penyakit yang dialaminya, sentiasa mempamerkan wajah yang tabah dan cekal biarpun kesakitan membelenggunya. Tawa sentiasa di hujung bibir.

Hormat aku yang besar untuknya dan al-fatihah, moga rohnya ditempatkan bersama roh-roh para solehin/solehah. Aminn.

Masih berbekas di ingatan.

Itulah kenangan Ramadhan terbesar buatku. Apa yang menjadi kepiluan yang besar buatku adalah kerana aku sampai ke rumah arwah ketika arwah telahpun selamat dikebumikan.

p/s: terima kasih miemiey_slamzer sudi follow blog ini. Ca$h mommy pun ada. Tq

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, July 22, 2010

Telling the story

Noon just now Kuala Lumpur was dihujani with cats and dogs, i even can hear the voice of wind blowing, hhoooooooo, hhuuuuuuuuu, hhuuuuuuu. Luckily the wind tak saying huuuhaaaa hheeee hooooo, or else, i will be running like the FI car itself, of course, with someone driving it. hahaha (aik, gelak lagi, i am imagining a cute FI car, cute as me, oops!).

Well, i just want to tell, that if 'you' want to tell me a story, 'you' just tell-lah. 'you' don't teach, okey. Why in the first place 'you' tell a story but 'you' are making it, role-playing it as if 'you' are teaching me on how to live a life?

I have a feeling that 'you' have no respect to others. That's all. End of story. Well, how do 'you' tell a story to your grema (grandma)?

'You' tell her, 'you' story her or do 'you' teach her?

'You' see aaa, 'your' grema eaten lots of salt already, that's why she is called grema. When 'you' talk to people who has had have having eaten lots of salt, 'you' tell 'you' share. 'You' don't teach, that is rude, 'you' know.

Same with otherslah. Amongst friends, also the same concept maa... We all ni, also have been eating salt since our babyhood when we are were hooded by our mommy. I understand clearly if 'you' somehow need to talk to tell, to share, to complaint, to bla bla bla, i do that too. I bla bla bla a lot, to people, to cyborg, i bla bla bla saja Sometimes I bla bla bla alone sometimes I bla bla bla many many. No harm one..... sit okay.

So i advise 'you' (advise is a verb, advice is not a verb), if 'you' want to tell, just tell, alah...just tell-lah, i don't mind listening. BUT DO NOT TEACH other people. If 'you' do this long long and prolong, no one would want to listen to 'you' anymore, hear me clearly i eventhough not wise but i am cute, hih hih hih. 'Your' friend will gone with the wind bye bye ma love.

That's all I want to tell, err....did i tell? or i teach? or i just bla-ing bla-ing bla-ing?

I oso don't know, i just tell.

p/s: Terima kasif syaf, atas kesudian follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Senandung Jiwa


Ini W buat aksi the flying mantis, hih hih hih.... sekali dia sepak, berdengung tiga hari. Sepakan no shadow tu.... hebatnya. Sekarang w selalu cakap, "mak memang hebat". "mak memang cantik". "mak cantik sangat". Hih hih hih....ai loikee.

Pagi tadi masa aku sedang bersiap-siap di depan cermin, w nyanyi.....
Ibu
Ibu
engkaulah hatu hatiku

Ibu
Ibu
engkaulah hatu hatiku


dia ulang ulang rangkap ni beberapa kali, kemudian aku betulkan perkataannya, 'bukan hatu, tapi ratu, ratu hatiku, cuba cakap ratu, rrraaaaaa ttttuuuuuu"

'RATU'

'okey, nyanyi balik, mak nak dengar'.

Ibu
Ibu
engkaulah hantu hatiku

Ibu
Ibu
engkaulah hatu hatiku


'eh! bukan hantu, bukan hatu, tapi ratu, ratu'

Ibu
Ibu
hatu hatiku, hatu hatu

Hih hih hih, suka hatilah w nak nyanyi macamana, hatu pun hatulah.

Di bawah ni adalah gambar aku baru sampai ke rumah, w selongkar beg aku dan menemui kamera. Dialah yang ambilkan gambar ni, suka sangat, "jangan padam gambar mak ni dari kamegha tau mak", pesannya.
Sambung cerita pagi tadi, 'mak cun', katanya. Mula-mula aku ingat dia cakap apa? Aku gelak-gelak sajalah walaupun tak faham, dia cakap lagi, 'mak cun, oo, mak mekap ya'. "mekap? mana pernah mak mekap, hahahaha", aku gelak lagi, aku memang suka gelak, selain suka geram, oops!

"mak cun, iya, w tengok mak cun jer'.

'a'ah, mak memang cun, hahahaha', gelak lagi.

lalalalala

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, July 21, 2010

Makan sampai pinggan licin

Awal bulan haritu kami ke Sate Samuri, di Kajang... jalan sesak malam-malam tu, semua orang keluar mencari makanan, agaknya semua nak celebrate pendapatan masing-masing, macam kami juga..... Punyalah susah nak cari parking, pernah pergi ke Kajang town tak? Finally kami parked kereta di dekat-dekat courts mammoth tu, di seberang jalan tu... nampak tka? kat sinun...

Berjalanlah dalam gelap malam tu, tapi tidak meraba-raba, kerana Malaysia sudah lama diterangi lampu-lampu, terima kasih kepada teknologi dan ekonomi :)
Sesampainya di restoran, kami mencari tempat duduk dan tunggu, tunggu, tunggu, sampailah ada seorang abang waiter kata kami kena pergi order di kaunter. Aik? Ooh... ada perkembangan terbaru..... tiada lagi waiter datang ke meja anda mengambil order. Okeylah, aku pergilah ke kaunter, order order dan terus ambil kuah satay yang menjadi kesukaanku dan sepiring nasi impit. Terus bayar! oohhh, macam style fast food yang lain-lain, bagus juga buat macam ni, tak kisahlah.

Gambar makanan baru sampai tak ada, tapi gambar pinggan dan licin adalah.
Dah kenyang, kami pun balik....... burp.... alhamdulillah.
Aktiviti makan-makan selepas ini? Rasa-rasanya nak terai yang lain pulalah, bercambah-cambah kedai di area Kajang tu, yang semuanya nampak menyelerakan dan boleh menambat selera :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Jadual padat

Sejak balik dari sekolah tempohari, aku mula memaksa diriku untuk mengerah anak-anak buat revision dengan aku menjadi observant mereka dan pemeriksa mereka.

Sekarang, pen merah ada di tanganku, siapa tak buat kerja rumah, kena denda... hehehe.

Syukurlah budak-budak ni tak merungut, bukan untuk kebaikan aku, untuk kebaikan mereka juga. 2 orang akan menduduki peperiksaan besar tahun ni, SPM dan PMR.

Selain dari itu, usaha aku untuk membantu mereka adalah dengan bersama-sama membaca al-quran pada hari kelepasan am, Sabtu, Ahad, membaca surah-surah yang berkaitan dengan remaja, pelajaran, hati seperti Mulk, Yaasin, Kahfi dan lain-lain.

Jadi sekarang ni, jadual aku juga padat, siang mengerah tenaga untuk kegunaan di tempat cari makan, malam pula menjadi guru di rumah :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, July 20, 2010

dia lah maling

kenalanku ada
lah maling
dia bukan mencuri hatiku
bukan juga merenggut cintaku
TAPI dia
lah maling
yang merobek amanku
telah memergoki tenangku
juga mengasari syahduku
dia
lah maling
yang besar
hidupnya hanya untuk dirinya
tiada pernah memikiri
akan nasib-nasib aku
waima mereka
jiwanya kasar
huh!!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kun Faya Kun - 2

Terima kasih dengan komen-komen yang ditinggalkan di kotak komen untuk entri Kun Faya Kun semalam, banyak tips yang saya dapat tentang minum air dan cara yang paling baik. Insyallah, saya akan ubah..... apalah alasan ek, malas nak pergi tandas, sampai sanggup tak minum air seharian, hahaha.

Terima kasih kepada syaf, sudi follow blog ini :D, hehehe

So, sambung cerita kun faya kun, tempat cari makan sediakan kemudahan basic medical checkup semalam, lalu tanpa berlengah-lengah, aku mendaftar. Giliranku tiba selepas pukul 2pm, i.e, selepas makan, very light lunch, nestum segera dan kuih, aku pun pergi ke bilik mesyuarat yang dikhaskan untuk tujuan ini.

Jadinya, sebagai perkongsian, inilah resultnya:
BP - 131/85, Pulse 89.
Glukos darah 9.1
Kolestrol darah 5.21

BP check semula: 120/82, Pulse - 84.

Result menunjukkan macam aku "sedang membunuh diri".... huhuhu.

Overall, aku dinasihatkan untuk memperbanyakkan minum air dan senaman. Alahai, sit down aku pandailah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, July 19, 2010

Kun Faya Kun

Aku tak mai ke tempat cari makan hari jumaat lepas, tak sihat, pasal kaki sakit nilah. Dengan ditemani w, aku ke klinik, minta ubat sapu untuk kaki, sakitnya di keliling buku lali dan tapak kaki area tumit.

Doktor yang baik hati tanya ada apa-apa masalah lagi tak? Aku kata tak ada, anyway doktor ni memang penyayang rasa-rasanyalah, doktor penyayang ni rare, hehehe. Kemudian dia pun ambil benda apa ntah tu, letak kat lengan aku dan isikan udara sampai rasa sakit kat lengan aku ni.

Lepas tengok-tengok nombor, dia suruh jaga kesihatan sebab jantung yang lemah dengan low bp, 88/64. Katanya mungkin sebab aku kurang minum air. Memang kurang pun. Nak minum air macamana? Kat tempat cari makan ni, temperature adalah sekitar 15 - 18 degree, so, nak buat apa minum air? Setakat ambil oksigen saja pun aku rasa nak terkucil kerapkali dah.

Katanya lagi, kurang minum air menyebabkan jantung kekurangan fluid untuk mengepam darah, makanya darah kurang naik ke kepala. Menyebabkan kurang peratusan oksigen di kepala.

Untuk memastikan doktor tanya lagi, adakah aku selalu sakit kepala, pening? Aku kata, selalulah. Malahan tak tentu masa, tiba-tiba saja boleh jadi gelap mata. Dan rasa berat nak ambil nafas (cheh, tetiba jer, tapi memang betul). Sebenarnya aku ingatkan aku nak dapat asma - maklumlah, umur dah meningkat; TAPI lemah jantung? Hairan bin ajaib sungguh. Tanpa ada masalah kolesterol, tekanan darah tinggi, kencing manis whatsoever.

Masih tak percaya lagi, tapi..... nak buat apa? biar aje lah, kun faya kun.

p/s: Terima kasih kepada insan marhaen, liNDa dan zaireey sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, July 15, 2010

A Multipurpose Tudung Saji

Semua tentu dah tahu yang baby w memang suka bermain dengan cekotaknya. Tengoklah gambar-gambar yang tertera ni, w tidur dengan cekotak di dalam tudung sajiku, sangatlah multipurpose tudung saji ni, boleh buat tutup lauk, hiasan dinding, juga jadi tempat tidur toddler.
1 - letakkan cekotak dalam tudung saji.

2 - selimutkan ia

3 - uji kestabilan dengan berdiri di dalam tudung saji

4 - bolehlah duduk sebelah cek0tak
5 - dodoikan diri sendiri

6 - dah lena dah.....
Punyalah sayang si w ni kat cekotak, dia dah mandikan cekotak, DUA KALI!!!! Siap tolong cekotak ambil wuduk.

Cekotak ni handal, bila kita tekan jantung hatinya, ia akan berbunyi, krookkk krookkk.

Tapi sekarang ni, janganlah hairan, sebab cekotak sering mengigau. Tiba-tiba saja dia akan berbunyi krookk krrookk tanpa sesiapa tekan jantung hatinya, tak kisahlah di tengah malam, tengah siang, tengah rumah, tengah bilik. Nightmare agaknya (mesin suara rosak sebab kena air).

Haritu tengah seram-seram tengok cerita the real pocong lakunan Ashraf Sinclair, tiba-tiba cekotak berbunyi, like non-stop!. Aku tengok kiri kanan untuk memastikan w tak ada, kemudian aku tampar-tampar pipi cekotak 5, 6 kali,

"cekotak! wake up, cekotak! wake up, you mengigau ni!"

p/s: terima kasih Rina_2314, sebab sudi follow maksu :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Cerita Kosong: Iyalah, tapi siapa dia tu?

Jarum pendek telah berganjak melangkaui angka 6, orang yang ditunggu-tunggu masih tak kunjung tiba. Aku melangkah perlahan-lahan ke meja penyambut tetamu di lobi, kedua-kedua kerusi yang disediakan telahpun berpenghuni, Alberto Messi sedang bertugas sebagai penyambut tetamu gentian dan pakcik Graham Muller duduk santai di sebelahnya.

Aku tersenyum panjang sambil menghampiri mereka dan alberto tersenyum mesra kepadaku, nampaknya seperti dia tak sabar-sabar hendak berbicara, aku memulakan, ‘Alberto Messi kena bertugaskah, kenapa tak pakai baju kurung? hahahaha. Mana Shakira Hannah Maisara ?’. ‘Shakira Hannah Maisara balik cepat, ada hal’. ‘kak, kak, akak pernah dengar tak pasal ofis kita ni?’.

‘apa dia? Apa dia?’, tanyaku pura-pura tak tahu sedangkan aku terus dapat mengagak apakah yang dia maksudkan. Aku sendiri dan beberapa rakan pernah ada unexplained weird encounter sebelum ni. Alberto Messi memandang kepada pakcik graham muller yang sedang duduk tenang melihat orang yang lalu-lalang berhampiran, ‘pakcik Muller, ceritalah, biar akak Kimora Raihanna ni saspen, tak berani duduk dalam gelap!’, gertaknya mengharapkan aku menggigil ketakutan.

Aku yang teruja terus mengasak pakcik Graham Muller bercerita, dia yang pada mulanya tenang dan cool tanpa berlengah-lengah terus bercerita, ’tak ada apa, tak usah takutlah, saya pun tak berapa nak percaya benda-benda ni, tapi tang ni, saya percaya cerita budak tu’.

’hah?! Apa dia? Cerita apa? Budak apa? Cepatlah, dah tak sabar ni, dok tershuffel-shuffel dah ni tak sabar’.

Pakcik Graham Muller meneruskan ceritanya, ’2 hari lepas, ada satu budak ni sampai cepat, dia nak pergi buat air kat pantry, kiranya dialah yang first sampai kat tingkat tu’. Dia berhenti sebentar menarik nafas, ’dia tak buka lampu sebab masa tu baru pukul 7pagi, ataupun lebihkurang pukul 7 5 minit pagi macam itulah; tapi dah terang jugalah, cahaya matahari pagi dah mula masuk dah ikut tingkap, bolehlah kalau setakat nak pergi buat air’. Aku mengangguk-angguk tidak sabar nak tunggu penyudahan kisah ini.

’kak, dia nampak hantu kak’, tiba-tiba Alberto Messi menyampuk. ’hantu? Siang-siang tu? Kat mana? Kat mana?’, aku mulalah jadi tambah tak sabar.

’hish Alberto ni, nantilah, aku tengah cerita ni’, sergah pakcik Graham Muller, dan menyambung semula ceritanya. ‘tapi saya ni prinsip saya senang saja, aku buat kerja aku, engkau buat hal engkau, aku tak kacau engkau, engkau jangan kacau aku’. ’saya ni, baca saja ayat kursi ke mana-mana, tempat ni memang keras’, tambahnya.

’ya lah, tapi siapa dia tu?’, aku mula tak sabar.

’kita jangan ambil tahu siapa dia, kita ni kalau boleh, jangan minta nak jumpa dia’, kata pakcik Graham Muller.

’akak nak jumpa hantu ker?’, tanya Alberto.

’hish, orang bukan tanya pasal siapa hantu tu, orang nak tahu, siapa dia budak yang nak buat air tadi, cerita belum habis’, kataku, mula geram.

’adalah budak Cina tu, manager tu, dia kata dia nak pergi pantry buat air, masa dia lalu tu dia ternampak kat tepi tingkap dekat dengan pantry tu, ada satu orang, tinggi besar hitam memandang ke arah dia, budak tu terus menggigil ketakutan dan terus lari ke depan, dia tunggu saja kat situ sampailah ada orang lain masuk ke pejabat pula’, pakcik Graham Muller menyambung ceritanya.

Aku cuba bersiul tapi tak menjadi, ’siapa dia? Siapa dia?’

’kat tempat ni memang macam tu, ramai dah kata jumpa macam-macam, tapi saya tak mahu tahu siapa, biarlah, dunia dia lain, dunia kita lain’, pakcik Graham Muller menerangkan.

’tak, maksud saya, siapa dia manager Cina tu?’, kataku memperjelaskan soalanku. ’Alberto, siapa dia?’

’saya tak tahu kak, saya pun dengar cerita saja’.

’saya pun ada pengalaman pelik-pelik’, kataku pula. ’dalam tandas’, tambahku lagi, langsung aku bercerita tentang beberapa pengalaman rakan-rakan dan aku sendiri di tandas.

Setelah mendengar ceritaku, Pakcik Muller dengan tenang mengeluarkan pendapatnya, ’hhmmm, tak pasti, tak tentu, kadang-kadang perasaan saja, tapi pengalaman manager Cina tu saya percaya, memang betul tu, sebab ceritanya, dia takut sungguh-sungguh, memang dia tengok dengan mata kepala sendiri’.

Aku mula ingin berbalah, ’kalau takut, ramai yang takut, kita tak tahu yang dia nampak tu betul atau cuma perasaan saja sebab dia seorang masa tu, kan, sunyi, tentu perasaan seram dia dah buat dia lihat macam-macam, terasa yang bukan-bukan, ni saya tanya ni, siapa dia tu?’

’aku pun tak kenal siapa’, kata pakcik Graham Muller, ’tapi aku percaya cerita dia, dulu tempat ni memang tempat jin bertendang, dulu-dulu orang kata ada suatu pokok besar tak boleh nak tolak dengan jentolak, lepas tu ada orang panggil bomoh semahkan dengan darah kambing, barulah pokok besar tu boleh ditolak’.

’wow! Siap panggil bomoh, bomoh Melayu ker bomoh apa?’.

’tak tahu’, kata pakcik graham muller.

Aku nak cakap lagi, aku nak menjawab, kecil pula rasa hati ini, aku cerita dia kata perasaan saja, tapi yang dia dengar cerita dari siapa entah, dia percaya sungguh-sungguh pula?? Kenapa? orang melayu kuat auta? orang lain adalah betul?

Nasib baiklah ketika itu orang yang ditunggu-tunggu pun sampai, dan sampai sekarang, aku tak tahu siapakah manager Cina yang di dalam cerita ini.

Aku pula, berasa bengang terhadap pakcik Graham Muller, janganlah perlecehkan orang sesuka hati dan percaya kepada cerita-cerita dari orang yang berpangkat sahaja. Apa...! ingat orang bawahan ni suka mereka-reka cerita sebab nak cari glamourkah? Tidak ada yang seronoknya dalam pengalaman encounter dengan paranormal.

Siapa dia aku pun tak tahu, inilah dia suatu kisah cerita atas cerita.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, July 14, 2010

Sembang petang

Sebelum tadi dah beritahu pada encik tali leher yang aku nak melawat seorang rakan di hospital, sampai di sana, dah ramai dah menunggu giliran kerana hanya 2 pelawat dibenarkan sekali masuk, dia ditempatkan di icu. Pesakit dah sedar, alhamdulillah. Hhhmmm, itu saja yang dapat aku beritahukan. Dah tentu kawan-kawan tahu apa yang kelihatan di wad icu, wayar sana sini dan semuanya membikin seriau.

Sambil menunggu giliran, berbual-bual dengan seorang kakak ni, yang memang rapat dengan pesakit, menurutnya setiap kita memang ada sel-sel "berunsur negatif" di dalam badan TETAPI janganlah diaktifkan dengan stress stress stress jikalau tidak, akan terhasillah sel-sel kanser dan yang sewaktu dengannya.

Fuhhh..... suatu peringatan untukku.

Selain dari itu, aku suka juga nak berkongsi tentang perkembangan kaklang, dia akan menghadiri perkhemahan untuk PRS (Pembimbing rakan sebaya) pada hujung minggu ni.

Syabas kaklang!

Biarpun kaklang lambat membaca di awal persekolahannya dulu, cikgu di sekolah rendah nampak potensi dirinya dan telah melantiknya menjadi pengawas, lalu ketika di sekolah menengah ini (tingkatan 1), cikgunya merekomenkan agar dia menjadi PRS.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Semakin nyata semakin menggila

Tengahari ini aku nak pergi melawat rakan di hospital ampang, dia telahpun menjalani pembedahan brain tumor semalam.

2. Aku telah lama mengamalkan jika tidak senang pada apa-apa, luahkan cepat-cepat, keluarkan dari badan, supaya tidak rosakkan badan. Falsafahnya, biar merah di muka jangan terbuku di dada, oleh itu, aku keluarkan ketidak-puasan hati aku di sini.

3. Sejak dapat tempat di sebuah IPTA dulu, iaitu tahun 1988, aku membuat janji akan membaca quran setiap hari. Aku lakukannya ketika itu kerana aku menjadikannya amalan harianku, sebagaimana amalan kedua orangtuaku. Selepas itu aku membaca quran atas rasa syukurku kepada Allah swt yang memberikan aku hidup ini. Selepas itu aku membaca quran untuk menumbuhkan juga menguatkan rasa cintaku kepadaNYA kerana aku semakin menuju ke penghujung riwayatku. Selepas itu aku membaca quran setiap hari agar aku dapat ketenangan dalam menjalani hidup ini. Selepas itu aku membaca quran setiap hari agar aku tidak jadi gila dan jadi serial killer di tempat cari makan kerana meroyan meragan diperlakukan tanpa keadilan tiada respek tiada penghargaan tiada perhatian. Selepas itu, aku baca quran setiap hari agar anak-anakku akan menjadikan ini (membaca quran setiap hari) sebagai amalan mereka kelak.

Abah, insyallah anakanda maksu xyz akan cuba menurunkan amalan ini kepada anak-anak.

4. Apa yang kamu boleh pelajari dari kacamata aku yang tidak pakai kacamata ini? Bahawasanya manusia hanya akan nampak kamu, lihat kamu, hargai kamu atas kerana duit kamu, kewangan kamu yang hebat, pangkat kamu, anugerah dunia yang ada pada kamu. Bahawasanya orang yang kaki gebang mudah naik, dan orang yang senyap akur akan berada di telapak selalu.

I am always gravitised........

5. Aku adalah orang yang tidak suka dikerumuni perasaan tidak enak, bahawasanya aku akan sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari belenggu perasaan yang tidak enak, insyallah. Habis tu macamana nak maintain awet muda kalau asyik runsing sahaja? kan.....?

6. Bahawasanya setiap pembohongan yang dibuat ke atas orang yang jujur, akan dijadikan tampak jelas nyata juga... kemana kamu nak pergi!!!? I see!!!! you know.......... don't play play aaaaa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pencarian babysitter semalam

Pertama-tama adalah ucapan terimakasih buat azura atas kesudiannya follow blog ini.

Sambung cerita semalam, semalam Pn L sudah tolong tanyakan kepada seorang jiran tentang perihal penjagaan w ketika kakak-kakaknya ke sekolah. Alhamdulillah, jiran itu bersetuju. Jadi aku tak payah peninglah nak fikirkan soal ini lagi.

Tapi aku ingatkan hati aku akan girang, malah aku jadi tambah gusar dan kegersangan kerana keinginan aku meluap-luap untuk meninggalkan tempat cari makan yang tidak memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada aku ini.

Aku fikirkan bolehlah menggunakan soal babysitter sebagai batu loncatan tapi nampaknya aku kena berusaha lagi memikirkan cara lain untuk meninggalkan tempat ini.

Hhhmmm - aku sangat teruk..... kan?

Apa nak buat, aku dah sampai berasakan yang pendapatan ini is not everything in the world, usaha naik motor setiap hari, petang-petang kadang-kadang berhujan, tidak berkira dalam apa hal, menolong sesama taulan, berkongsi ilmu pemberian Tuhan dengan orang lain - adalah sudah tidak berbaloi.

Bila perasaan dah jadi begini teruk, tidak ada lagi ubatnya melainkan berambus. Kan.......?

Hhhhmmm, entahlah, apakah perasaan teruk ini akan berubah esok lusa?

Lain-lain perkembangan, beberapa ruangan kerja peribadi dan ruangan kerja umum dicuci dengan ubat nyahkuman semalam sebab ada saspek [teetttt] di tempat mencari makan ini.

Buat masa ini, tidak pula ada sebarang arahan untuk kuarantin.

Ya Allah....tolongi aku.

p/s: rasa-rasanya selagi di sini dan begini, aku akan berduka selalu :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, July 13, 2010

Berada dalam DILEMA

Bila dalam dilema, makan buah delima pun tak terasa kemanisannya.

Begitulah yang aku rasa sekarang. Antara nak tengok Ong Bak, atau Mantra. Ong Bak memang tak dinafikan suatu filem aksi yang menjadi minat utamaku. Tapi selepas melihat cara pembikinan Mantra, aku jadi tertarik juga. Kedua-duanya akan ditayangkan bermula pada esok 15 Julai.

Satu lagi dilema yang besar sedang melanda diri aku ini ialah babysitter w yang baru tu sudah hendak berhenti pula menjadi babysitter beginning 16 July. Jawatan babysitternya hanya akan berkuatkuasa hingga tarikh 15 Julai sahaja. Selepas itu, dia pencen, opt for early retirement di negeri Selangor ini dan akan pindah ke negeri lain pada hujung minggu ini mengikut suaminya yang dapat kerja di utara.

Waduh....macamana nak handle permasalahan ini ya kawan-kawan?

Dulu, sedua tiga bulan yang lalu, aku baru saja pindahkan baby w kat Puan L ni, sebab w tak mahu lagi tinggal dengan auntie A, yang menjaga dia dari umur setahun lebih. Sekarang dia dah happy tinggal dengan Puan L, tapi malangnya Puan L pula nak pencen dah.

Apa yang harus aku lakukan?
. aku cuba cari orang lain untuk jaga w, sudah pasti tak akan hantar dia ke auntie a lagi.
. aku berhenti kerja?
. paksu chot berhenti kerja dan jadi househusband?
. orang gelakkan dan ejek paksu chot sebab berhenti kerja ??
. aku berhenti kerja dan jadi surirumah dan cuba cari duit tambahan dengan jaga anak orang lain pula dan berisiko samada dibayar atau tak dibayar (seperti yang selalu aku dengar rungutan2 dari para penjaga kanak-kanak di rumah)
. aku berhenti kerja, ambil upah jaga anak orang, kehilangan a few privileges kerana bakal kekurangan pendapatan yang besar seperti kebiasaan, simpanan epf pun akan berkurangan

Aku tak kisah kekurangan pendapatan, kalau makan nasi lauk telur mata masak kicap setiap hari pun tak apa, kalau jemu buat sambal ikan bilis, kalau jemu ikan temenung pun ada - aku ni low maintenance, beranak pun aku tak mahu dah, 4 is enough.

Motor dah habis bayar, kereta sedan lagi 3 tahun habislah hutang tu. Rumah kecik flat ni pun oklah, kalau bosan sangat, dapat duit epf nanti, baliklah ke kampung halaman.

Entahlah, nak buat solat istikharahkah? Antara patutkah aku berhenti kerja or paksu chot berhenti kerja or cari lagi babysitter baru.

p/s: w sudah pandai tulis 'a' capital. Tanpa aku ajar. Seronotnya..... hari tu, lepas dia taruh timun kat mata dan hidung, lepas tu dia mencakar2 pula, aku ingat nak lukis gambar alien, rupa-rupanya dia tulis A, 0, +, -.

Good observation W!! caiyuk caiyuk

p/s lagi: terimakasih kat Donny dan Whitetulip tales sebab sudi follow kita dan jadi geng kita yang tak kosong :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, July 12, 2010

Berikan kekuatan

Sewaktu berziarah ke rumah seorang taulan, aku membunuh-bunuh masa dengan menyelak helaian-helaian kertas yang ada di meja, selak punya selak terjumpa buku, kebaikan amalan Al-Fatihah. Buku kecil sahaja.

Lalu terjumpalah ayat Al-Qadr ini, surah no. 97 di dalam Al-Quran.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Bacalah 1000 kali di hari Jumaat, untuk memperkuatkan iman. Tidak ada apa yang perlu dikuatkan di akhir zaman ini, kekuatan imanlah yang paling utama.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Pergi tengok orang

Kami dapat jemputan ke kenduri kahwin @ makan-makan ke Kapar pada hari Sabtu lepas. Acara makan-makan dibuat pada waktu malam. Bermula pukul 5pm hingga 10pm. Sejuk saja suasana, makan pun dalam keadaan santai. Tengoklah tu, pinggan paksu chot dah licin dah. Tunggu baby w makan, dok kira nasi tak sudah-sudah.
Cantik rumah tuan rumahnya, batu-batu tak sama saiz tu, dia tampalkan sendiri ke dinding. Sangat kagum. Kalau ada duit lebih, aku nak suruh paksu chot tampal batu tu kat bedroom kitalah...weee huuuuu (ada ker orang buat?)
Pengantinnya tak berbaju songket, jadi aku agak keliru. Tapi setelah tuan rumah perkenalkan, barulah eden tahu, hi hi hi.

Untuk pengetahuan sahabat blogger semua, tengahari ni aku nak pergi melawat rakan yang tidak sihat tempohari, yang aku katakan dia pengsan kat pejabat tu, di sebuah hospital swasta di Ampang sinun.

Kasihan juga mendengar ceritanya, brain tumor. Anak baru seorang, umur dekat nak setahun kot, masih beri anaknya susu badan rasanya... huhuhu, kasihan, al-fatihah buatnya yang sedang sakit itu, moga diberikan kekuatan dan kesembuhan dari Allah Taala. Aminn

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Gaya dia yang lebih

Weekend lepas, kakak komplen, bawah matanya lebam, terkejar-kejar menyiapkan kerja-kerja sekolah yang penting untuk menambahkan lagi point untuk peperiksaan SPMnya nanti (Sejak balik dari sekolah tempohari mengambil report card, aku dah berubah menjadi diktator (pada waktu-waktu yang bersesuaian) jadi setiap hari dia dikerah untuk menyiapkan tugasan sekolah, alahai).

Oleh kerana itu, aku ketepikan sedikit hirisan timun untuknya, buat tekapkan di mata. Tak lupa juga, aku ketepikan 2 keping setiap seorang untuk kakngah dan kaklang. Untuk aku pun ada juga. Tapi ini budak w, gaya dia yang lebih, lawan taukey Tengoklah tu, macam kat spa, dengan 3 hirisan timun!! remote dekat dia, lapik kerusi dengan selimut busyuk kesayangannya.Adoi, tak boleh tahan tengok gaya budak ni, lebihlah pulaks...

Inilah dia salah-satu kerja yang kakak kena siapkan, lukisan batik. Canggih betul sekolah sekarang, siap kena buat kain batik / lukisan batik. Kalau masa maksu sekolah dulu, kain batik diguna buat samping ketika menyanyi di pentas, untuk persembahan penutup sekolah dan penyampaian hadiah hujung tahun.

Lain sungguh kan.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, July 11, 2010

Terapi wanita

Hubby menyarankan kepadaku untuk membelanja diriku sendiri, "nanti dapat gaji, pergilah beli baju baru untuk hang".

Terima kasih dengan saranan. Suamiku prihatin juga, ingatkan dia tak sedar... huhuhu

Sudah berapa tahun aku tidak bertukar baju; tidak berbaju raya yang baru... dalam pada orang lain mengupdate lemari gobok masing-masing saban bulan dengan pakaian-pakaian baru samada berjenama atau tak.

Mungkinkah paksu chot jadi sakit jiwa bila melihat calar-balar di jiwaku lately?

Aku pula, tak tahu nak berekspresi macamana, apakah senyumanku ala-ala,
kerang busuk ?
cicak tertelan kapur ?
senyum kambing ?
senyum sumbing ?
manis di bibir saja ?

Sudah lama aku tak melayan diri aku sendiri, biasanya keutamaan adalah untuk mereka.

hhmmmm, siapa kata gula-gula itu manis? dan garam itu masin?
bagiku - semua adalah tasteless, ataukah mungkin deria rasaku telahpun tepu?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, July 9, 2010

Traffic jam in my heart

I don't like complaints
I don't like critics

Especially when they are meant

to kill me

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Loyal maksudnya Tak Laku??

Bosan sungguh, banyak sudah dihantar, tapi sampai saat ini, tiada jawapan memuaskan, bukan setakat jawapan - tiada sebarang panggilan telefon pun untuk aku! Alah... i promise, tentu kita akan suka sama suka, tapi kena jumpalah dulu, barulah berputik cinta suka.

Ada satu tempat tu, tiada surat-menyurat, hanya panggilan telefon dilayan, bila aku telefon, dia kata nak orang berpengalaman, tapi gaji cuma takat 3 angka, aku nak 7, 8 angka, barulah aku boleh beli helikopter! oops!

Sebaliknya, orang yang aku telefon tu, tanya samada bolehkah aku mengajar tusen, malangnya aku tiada pengalaman mengajar tusen secara official, walaupun aku tusenkan dan mengajar mengaji kepada ketiga-tiga anak aku sendiri , huhuhu. So far, dari apa yang aku lihat, markah pelajaran anak-anak aku ada pembangunan.

Tapi kalau nak ajar anak orang lain, aku tak yakin, aku takut.... apatah lagi bila aku tengok kereta bapak budak-budak, begtangan mak budak tu, kasut tinggi parents, ketebalan wallet parents - tentu mereka nakkan keputusan pereksa anak-anak mereka flying colours! huh! tak sangguplah aku nak ambil risiko.

TAPI sekarang ni aku jadi troma memikirkan, kalaulah aku terpaksa loyal hingga umur 55 tahun, adoi matilah.......... meroyan meragan semua ada. Malangnya orang tak percaya tanpa alami apakah perkara-perkara yang membuatkan aku tertekan setiap hari; oleh itu, aku ni sebenarnya rela hati nak bagi orang pakai kasut aku, duduk di kerusi aku dan pakai baju aku supaya mereka dapat feel perasaan aku yang tertekan, selalu.

Berbalik kepada cerita loyal, ada jokes ni menyatakan (sumber emel):
Loyal - means cannot find work anywhere else.
Good communication skills - spending lots of time on the phone chit-chatting
Career minded - back stabber
Sense of humours - knows lots of dirty jokes
Uses logic - getting other people to do his/her work
Quick thinking - many excuses
Relaxed attitude - sleeps at desk

weeehuuuuu,,...... layanzzz

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, July 8, 2010

Makan cili lalu pedaslah lidah

Dalam suatu temuramah yang aku tertonton, ada artis ni menyatakan yang dia suka makanannya pedas-pedas, dia suka masakan bercili dan mungkin itulah salah-satu faktor yang menyumbang kepada kelangsingan badannya hinggalah sekarang.

Nampaknya, selain senaman turun naik tangga seperti yang biasa aku buat juga seperti yang disarankan di tempat cari makan ni, aku bolehlah tambah diet cili ke dalam makananku.

Adalah dikhabarkan bahawa melebihkan lada hitam juga rempah-ratus ke dalam masakan juga boleh membantu meningkatkan pembakaran lemak dan kalori.

Sebenarnya walaupun aku ni orang NS, masakan ala-ala wajib pedas-pedas gila, tapi sebenarnya kemampuan perut dan juga lidah aku terhadap rasa pedas adalah lebihkurang 65% sahaja, kalau pedas sangat... tak mampu den, huhuhu. Bukan cari air, terpaksa cari sweets, gula-gula untuk meneutralkan semula.

Dapat pula baby w tu, langsung tak mahu makan makanan pedas. Semasa mengandungkannya, janganlah mimpi nak makan kari mamak, nak pekena teh tarik mamak, terus termuntah. Pembawakan budak agaknya, tapi sampai sekarang dia tak mahu makan masakan pedas biarpun aku ada juga perkenalkan sikit-sikit. Sejak berkahwin dan mempunyai anak sendiri, darjah kepedasan masakan aku cumalah di sekitar 45%.

Memandangkan aku selalu mengadu sakit kaki, ada orang menasihatkan aku untuk melakukan senaman basikal. Baik untuk pinggul, paha, betis. Wah....nanti i lebih ayu ler lepas ni. Tapi buat masa ini, hanya beskal ini saja yang ada, itupun sudah hampir tak muat dah untuk baby w, lutut berlaga dengan handle!Tengoklah tu, siap ikat dengan wayar penyidai kain, patah sebab kaklang yang ngada-ngada sibuk nak kayuh basikal adik dia.

Bila w berbasikal di taman di petang yang damai, cekotak selalunya diletakkan di dalam bakul hijau tu, sedondon jer... huhuhu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kalah sudah.....TAPI saya Menang!

Pagi-pagi tadi selepas bersiap-siap, hubby duduk di depan tv lantas saya terus tanyakan keputusan perlawanan antara Jerman dan Sepanyol yang telahpun berlangsung tadi malam, 2.30am.

Pertanyaan saya dijawab oleh kakngah, "eh mak! belum lagilah, dorang lawan malam ni".

Lalu, saya dok lawan bertelagah kata dorang dah lawan, tapi saya satu lawan ramai. Depa semua kata, belum lawan lagi. Kakngah siap ajak bet, kalau saya kalah, saya kena beri dia RM5.00. Saya tak setuju, saya kata saya pasti menang, sebab saya dah lebih dulu makan garam, bukan saja garam, malah gula, serbuk perasa, jeli, koko, tomyam, soto, ikan bakar, sup tulang dan lain-lain lagi. Tapi kakngah dengan penuh konfiden menyatakan kemenangan adalah di pihaknya.

Oleh itu, balik petang ni, saya nak tadah tangan minta duit kemenanganlah. hahahaha.

Biarpun pasukan yang baru saya minati iaitu Jerman kalah 0 - 1 kepada Sepanyol, tapi saya tak kisahlah, ada orang nak beri saya RM5 nanti.

Paul oh paul.... sedangkan ikan kaloi pun berakhir riwayatnya di pinggan bawang putih bawang merah, bagaimana pula nasib kamu dan bagaimanakah presentationnya? Apa menunya?

hihihi, just kidding.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, July 7, 2010

Pandang terbalik berpusing kena tikam

Bila dibaca semula, macam pelik sangat bunyi tajuk ni, tapi itulah nama yang aku berikan untuk gambar ini.

Errr.... ! aaaaaa, hhhmmmm.... aaaahhh, kira oraitlah nama tu.

Sebenarnya saya berbesar hati dengan jemputan dari Gadis Kg Separa Bandar dari nurrcahaya blogspot

Malangnya saya tak dapat nak sertai contest yang dianjurkan sebab ia hanyalah untuk pengguna kamera telefon bimbit dengan 10 mega pixel, sedangkan saya dah setat pakai kamera digital dengan 12.2 mega pixel.

Saya suka gambar tu, macam ada sesuatu di sebalik apa yang dipamerkan, yang saya sendiri tak pasti apakah ia... soalannya, di manakah baby w ketika gambar ini diambil? hehehehe (saya pun tak ingat, hahaha)

Thanks Gadis Kg Separa Bandar sebab sudi mengetag maksu :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Miss Call

Aku susah betul nak ajar si kaklang tu buat miss call, baru-baru ni saja dia faham makna buat miss call / tembak henpon.

Kalau selalunya dia akan miss call macam ni,
"mak, telefon adik balik"
"ayah, telefon balik"

ataupun hantar sms, "telefon balik kat rumah"

Dia guna telefon yang selalu digunakan oleh kakngah, selalu kakngah marah-marah, adik habiskan kedit buat miss call.

Ha ha ha

Tapi sekarang dia dah pandai dah, tembak saja. Tiada lagi miss call dengan pesanan suara yang lucu ;D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menjadi Jin

Masih tentang cerita jimat tenaga gunalah tangga untuk kesihatan anda, buat orang-orang yang tidak dapat pergi ke gym (samada tak sempat, ataupun nak mampu nak bayar yuran - like me).

Eh... tak kuasalah nak gunakan tangga untuk ke floor lain, tahu tak ada apa? Bukan masalah jin. Tapi masalah makan asap.

Aku ni asyik makan asap saja di tangga, asap rokok perokok tegar. Di sana asap di sini asap, asap lori asap bas asap motor.

Lama-lama, aku ni, menjadi JIN

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, July 6, 2010

Cakap sorang-sorang, Jimat tenaga

Aik?! Sunyi sungguh hari ini, huhuhu, nampaknya aku cakap sorang-sorang kat blog, feeling feeling macam this is beginning of my blogging hobby di tahun 2006 sebelum baby w lahir. Memang cakap sorang-sorang, tiada kenalan. Hari ini? ada kekangan di mana-mana agaknya.

Kat sini orang-orang bertali leher mewar-warkan penjimatan tenaga elektrik bangunan, gunakanlah tangga.

Bila banyak bergerak makanya badan pun penat apatah lagi hati ini, lagilah penat. Oleh itu aku bertindak menjimatkan tenaga dengan tidak menggunakan tangga, i.e jimatkan tenaga aku.

Nanti kalau aku jatuh terjelepuk di tangga, adakah orang datang menjenguk? mereka-mereka itu (?)

Semalam ada perempuan yang langsung tak pernah bertali leher sepanjang kariernya, asyik menerima arahan dari mereka-mereka telah pengsan di kerusinya. Sebelum-sebelum itu, sama juga, perempuan yang tidak pernah merasa bertali leher sepanjang kariernya, telah jatuh sakit, badan dari 70kg jadi 50kg, kurus kecut kerana kekurangan kesihatan.

Sebelum sebelum sebelum itu, sama juga, perempuan, juga tiada tali leher, sakit dan masih mc, pengsan di kerusinya. Kenapa?

Tenaga mahu jimat, hati orang-orang yang tiada pernah memakai tali leher seperti aku ini, jagalah sebaik mungkin, tiada orang macam perempuan-perempuan untuk memudahkan kerja... maka akan sukarlah pekerjaan depa.

Mereka yang pengsan tersebut berusia sudah cecah / melebihi 40 tahun, ada yang dah capai 50 tahun - tak pernah sakit sepanjang kareer mereka.

Sebenarnya aku pernah tercakap sebelum ini, orang-orang bawahan ini akan jatuh sakit juga satu hari nanti jadi minta belas ihsan, lebihkanlah bajet perubatan, kalau boleh berikanlah kemudahan periksa kesihatan tahunan.

Hhhmmmm.... sigh :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

The source is email

To remove chewing gum from clothes: Keep the cloth in the freezer for an hour.
(bagus untuk handle masalah chewing gum yang selalu melekat di baju w)

To whiten white clothes: Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes
(boleh putihkan semula baju sekolah anak-anakku)

To get maximum juice out of lemons: Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them. (wah, kalau macam ni, kalahlah pakar masakan-pakar masakan di ruangan rencana tivi)

To avoid tears while cutting onions: Chew gum.
(eh! makan singgam? aku ingat untuk elakkan mata berair masa potong bawang adalah dengan suruh orang lain potongkan bawang, hi hi hi)

To boil eggs quickly: Add salt to the water and boil.
(aik? telur asin? sesuai untuk ibubapa yang nak sediakan telur rebus sebagai buahtangan kepada tetamu jemputan di kenduri kahwin)

To get rid of mice or rats: sprinkle black pepper in places where you find mice or rats.
They will run away. (haaaaachummm!!!!! terbersin plaks)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Gambar terkini


Inilah dia w, dengan cekotaknya (anak patung katak kaler ijao), sangat sayang, dibawa tidur dan juga ketika berbasikal di petang hari bersiar-siar. Masa mula-mula diberikan, dia sangat takut pada katak itu, lalu aku kata, ini bukan katak, ini cekotak.


Ini w, dia selongkar barang kakak-kakak dia dan jumpa inai, dia ingat pen tulis-tulis lalu nak cakar dinding, sebelum itu terjadi, meh aku cakarkan tangan dia.... lalala


kakngah bergembira peace peace selepas menghabiskan duit kutunya.


W bergaya dengan baju pink yang dia berjaya dapatkan selepas dia mengugut akan nangis golek-golek di kedai. Aku kata, 'mak belum dapat kutu lagi, kakngah yang baru dapat kutu'.
Dia pun jawab, 'ambil saja kutu dari Li_li, Na_na, Ti_ti, tapi w mesti nak baju pink ni sebab w suka jadi cantik pakai pink' (dia pegang tak lepas)

Teropong teropong.... "net not net not, anda di mana? anda di mana?"

Terima kasih buat ~yus~ & Tihara yang sudi menambahkan geng tidak kosong maksu, yea yea yea :D
Maksu target geng seramai anam billion, lepas tu boleh buat koperasi, heh heh heh (angan-angan)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kisah minggu lepas

Hari Khamis minggu lepas aku rushing balik ke rumah sebab baby w demam panas, aku gerak dari tempat cari makan pukul 10.30am, dan sampai ke rumah pukul 4pm ++... hebatkan....terima kasih kepada pihak kerajaan ker pihak berwajib ker yang tidak menyediakan sistem pengangkutan bas yang menepati masa mahupun menepati kehendak penduduk awam yang memerlukan..... huhuhu. Makanya, tidak dapat buat apa-apa dengan baby w, tawakal sajalah, pasrah sesangat.

Hari Jumaat terpaksa EL lagi sebab demamnya tak kebah, cemana nak kebah? sebab maknya sampai lambat ke rumah eventhough rushing tak hengat.

Hari Sabtu pagi, pergi sekolah ambil report card, didapati cikgu tak cukup pen biru/hitam. Aku sangat-sangat hangat hati, aku berhentikan tusen orang yang masuk tusen tu, dan mulai hari sabtu malam, aku tusenkan sendiri anak-anakku (of course, dengan hati yang hangat tak hengat) (memandangkan dalam rumahtangga, aku lebih garang terhadap anak-anak dibandingkan dengan paksu chot). Aku tak kisah bab pelajaran, aku tak pernah paksa-paksa dorang untuk dapatkan markah 100% dalam peperiksaan, tapi yang penting kelak adalah berdikari dan berusaha untuk kejayaan, tak semestinya kalau awak tak jadi manager syarikat awak tak boleh ber_uwang.... kan. Wang boleh dicari, tapi knowledge dan pengalaman itu lebih utama. Yang penting, agama, maruah, nama baik keluarga jangan digadaikan.

Sabtu petang tu, pergi bawak anak-anak jenjalan menghabiskan duit, sebenarnya kakngah baru dapat duit kutu, seratus lebih. Dialah yang nak beli macam-macam, aku? non ado... sekadar derebar sahajo sebab paksu chot malas nak layan anak-anak daranya. Seharian suntuk, tersengguk-sengguk aku tahan kantuk. Duit aku terbang ke stesen minyak, sebab budak-budak perempuan ni, tak cukup 1 tempat nak pergi ke 2, 3 tempat pula. Dahlah tu, paksa aku belanja dorang makan, hish, kena potong duit belanja sekolah ni nampaknya ;p

Hari Ahad, pergi ke ijn melawat dia, sudah dipindahkah ke wad biasa, sukanya tengok, lega... dia pun dah mula sedar sepenuhnya, bukan lagi mode separa sedar.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, July 5, 2010

Afrika Selatan yang hangat

4 - 0? hah?? huhuhuh, cayalah Jerman! aku pun memang sokong Jerman, sebab bahasa mereka senang nak dicakapkan....

;lopkjsjf98767/,.=-+-^%mdsfil
Terjemahan, go Jerman go, go Jerman go, caiyuk caiyuk, hervat
(kih kih kih, sekadar gurauan - tapi saya memang sokong Jerman)

Jum tengok gambar,

Gambar 1, 2: Geram jangan engkau geram geram geram, geram bermacam ragam... kerana suka kerana marah janganlah kau geram (lagu retro)

4 - baju hitam. psst, hang dok skodeng apa tu?
- baju kunen.. sshhh, diamlah, nak mai dah nak mai dah
- baju hitam: tapi lutut kau tu atas keting akulah!!
5: eh wah eh wah.... timbang jangan tak timbang timbang jangan tak timbang
6: aku dapat cekup aku dapat cekup (senyum comel)

7: aduh, migrain migrain
8: oops! sori, terlututkan daguk engkao, aku aimed kat football sebenarnya
9: hoi! sapa pijak belakang aku ha.....??

Gambar-gambar adalah sumber sendiri.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.