Wednesday, June 30, 2010

Kaki menjadikan sakit Kaki

Hari ini ada makan-makan dengan seorang bekas rakan setempat cari makan, dia dah berjaya dapat kerja di tempat lain. Katanya, miss kawan-kawan lama. Dia suruh aku gather geng-geng kamceng dan kita pun berjanji-janjian nak makan, di sebuah tempat rahsia dikenali sebagai rahsia resepinya.

Yang tak best tu, sebenarnya kaki aku tengah sakit lagi... terjengket-jengket ke tempat makan, tapi kerana seronok, layankan saja, iyalah, dia kata dia nak belanja kawan-kawan. Seronok oooo.

Dah sampai di sana, kawan tu sms pada seorang geng lain mengatakan dia bakal lewat 1 jam, selepas 1 jam, dia sms lagi, dia mungkin lewat mungkin tak boleh datang, last-last kami makan sajalah, dan dengan kaki sakit, aku berjalan perlahan-lahan balik ke tempat cari makan.

Sakit! Di area buku lali ni, macam krem,... ker macam krim? eh! tak pasti dah, sebab sakit sangat. Dahlah tak ada sesiapa pun belanja penyudahnya, kecewa.

Oleh kerana itu aku ingat nak minta excuse pada laki akulah, si paksu chot tu, hari sabtu ni, tak boleh nak masaklah rasanya. Relevan lagi tak? sakit sekarang, tapi minta excuse untuk hari sabtu.

Ooh, bukan sebab sakit kaki yang hari ini punya, tapi sebab nak pergi jalan-jalan ke Key Ell cari kain-kain, tudung-tudung, baju-baju apa-apa ajelah. Nanti, kalau lepas berjalan-jalan, tentu bakal sakit kaki....

hehehe, alasan...............

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Vice Versa

Bila balik kerja sambil membonceng motosikal paksu chot, aku kadang-kadang berasa sakit hati bila ada pemandu kereta kecil comel memandu kereta mereka seperti sedang menunggang motosikal pula, cilok sana cilok sini, duduk di lane tengah (atas garisan putih) macamlah kereta mereka tu bersaiz motosikal! Tak tentu hala, tah hapa-hapa ntah.

Baru-baru ni, sambil mendekati sebuah plaza tol, aku menyuruh paksu chot ambil lorong yang di kiri sekali, supaya senang nak terus masuk ke simpang ke kawasan kami.

Dengan berhati-hati, paksu chot memandu kereta buatan nasional mendekat lorong yang di kiri sekali, tiba-tiba kedengaran hon comel di belakang kami, sebuah motosikal berhenti dan ada seorang lelaki yang sedang marah-marah. Alamak!!!!

Kami berada di lorong yang dikhaskan untuk motosikal. Sambil malu-malu kucing mengangkat tangan, paksu chot reverse kereta buatan nasional masuk semula ke lorong paling kiri yang dikhaskan untuk kereta.

Ish ish ish, vice versalah pulak... maluuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, June 29, 2010

Sayalah Black in the Listing

Aku perlu duit - banyak nak kena settle, lagipun bolehlah aku clearkan kad kredit aku ada lagi 1 kad dah terminated masih dalam proses bayaran semula. Jadi aku cadang nak buat refinance rumah, aku pun ambil borang, pergi epf kiosk dan cucuk ibujari kat mesin tu, aku isi borang dan hantar ke bank.

Bank pun telefon, puan maksu xyz, puan blacklist, kami tak boleh proses permohonan puan.

saya? Blacken? how?

Mesin basuh ni puan, puan ada beli mesin basuh tak bayar ker?

Ada, tinggal lagi below RM500, tiba-tiba collector tu berhenti kerja dan tak ada sapa datang untuk buat collection. Tak ada ganti, head office mesin basuh tu pun tak pernah telefon saya, mula-mula saya selalu kacau, lama-lama saya pun terlupa.

Saya tak tahu berapa hutang puan, tapi puan yxz de maksu kenalah clearkan dulu blacklist ni. Lagipun saya advise puan refinance lagi 2 tahunlah, pinjaman rumah puan baru saja berusia 3 tahun.

Balik rumah apalagi, aku pok pek pok pek kat paksu chot. Dia pun contact headoffice mesin dan pok pek pok pek. Orang yang jawab tu kata "awaklah salah, sebab awak tak nak bayar". Paksu chot kata "tara boleh itu macam, sebab you tak arrange collector datang macam biasa". Cuba awak semua kengkawan fellow bloggers bayangkan, dari tiga ribu lebih kita boleh bayar. tiba-tiba tinggal lagi 500 lebih tak leh bayar?? gilaker apa?

Sekarang hutang dah jadi RM600 lebih.

Satu lagi masalah dengan syarikat mesin basuh bodoh tak hingat tu, kitorang update current address tapi dia orang guna old address as per ic, mana boleh, itu ic masa kitorang umur 12 tahun, sekarang sudah berpuluh tahun usia kitorang, sedangkan agreement kitorang terima, takkanlah tiba-tiba tang reminder kitorang tak terima, tak masuk akal.

Mesin basuh bukanlah suatu item desperate sangat, masa tu baby w baru lahir, mesin basuh semiauto tu rosak, aku terpaksa cuci kain guna tangan masa lepas pantang tu. Kerana kasih, eh! kasihan, paksu chot tanya kawan-kawan dia sapa ada jual mesinbasuh, sebab masa tu aku terlepas CAKAP!! aku kata aku berkenan kat mesinbasuh jiran sebelah, mesin basuh muatan hadapan. Aku cakap jer, bukan aku kebuluq pun. Sedangkan rantai tangan pun tak pernah paksu chot belikan.......... sebab aku bukan jenis memintak-mintak.

Anyway, sorang kawan ni syorkan sorang kawan tu, dia jual mesinbasuh, aku tak nak sebab dia cuma jual mesin basuh 5 kg, apa barang 5 kg anak empat orang? Tengok sekarang? hari sabtu aku pusing mesin tu sebanyak 5 kali 6 kali, hari ahad aku pusing mesin 3 kali, macam kedai dobi! Siap sistem air panasnya pun dah rosak!

Masa salesman tu datang, aku dah hint hint kat laki aku, aku tak nak jugak jugak mesin basuh 5kg tu, buat apa, tapi dia plaks balas sambil bisik-bisik, "kesian orang dah datang kat rumah kita beri keterangan, alah, cincailah, ambil sajalah"... meluat, kerana kawan, paksu chot pinggirkan kepentingan aku, bukan kawan dia nak basuhkan kain kami pun. Nak kena ambil hutang, sebab dengan gaji kami yang setakat RM2700 dicampur campur berdua, tak mampulah nak ambil mesin basuh mahal tu! So, keluarkan slip gaji laki aku, salesman pandai, dia tak nak, "gaji abang kecik", katanya. "Saya nak minta payslip orang rumah abanglah", dia tahu aku juga bekerja. Nak tak nak tanpa rela tanpa hati ikhlas, aku keluarkan payslip aku. Begitulah ceritanya macamana nama aku tersangkut di mesin basuh.... huhuhu

Dahlah kena mendobi banyak-banyak during weekend, jadi blacklisted pulak!!!! aku sepak mesin basuh ni kang...... kot melambung sampai ke Timor Timur.

Aku nak mesin basuh 30 kg!

Sangat membazir rasanya, tak terill langsung, jadik blacklisted untuk mesinbasuh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ibu yang Samseng

Haritu botol susu budak w tu hilang, tapi kini dah jumpa dah. Sebelum ditemui, paksu chot dah belikan botol susu yang baru buat w, botol kecik tu saja. 5 auns kot. Dia bukan banyak menyusu dah pun, iyalah, dia pun dah nak masuk 4 tahun.

Rupa-rupanya botol susu tu tertinggal kat rumah jiran, baby w pergi tanya kat rumah kawan dia tu, budak na_na, "na_na, ada nampak botol shushu w tak? bagilah balik. nantikan, mak w marah kat na_na, mak w baling-baling selipar kat na_na, mak w tumbuk-tumbuk na_na"

Lepas dia cakap macam tu, jeng jeng jeng, dia dapat botol dia balik.

Aku kat tempat cari makanlah, si kaklang cerita, amboi w, angin betul aku dibuatnya, adakah patut dia cakap aku macam tu kat budak na_na yang baru umur 2 tahun plus tu, aku takut bapak na_na tu datang plaks kat umah aku bawak cemeti, huhuhuhu. "Sori encik, saya tak ajar pun w cakap macam tu, aiyaya"

Ayoyo, dia yang tercicirkan botol susu, aku plaks yang jadik samseng.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, June 28, 2010

Bebal sekeping hati

setelah berdekad-dekad
aku tlah melupakan
terlupakan
dilupakan

namun hakikatnya jasad ini
sering teringati
sering mengingati
apakah diingati?

ah... bebal sekeping hati
yang tiada akal di sisi
sudahlah sudahlah berasa sebal

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, June 25, 2010

Menembak suka-suka

Sekarang aku minat ambil gambar, aku ambil gambar dari sana, aku letakkan di sini..itulah hobiku.

p/s: Cik Pingu, terima kasih ya, sudi follow geng yang tak kosong, ke 116 :D


1. aku pernah kerja di sini, Dayabumi :D


2. Ambil gambar cermin kat rumah orang pun cantik gaks

3. merah

4. Buah ijao

5. biru dan nyum nyum nyum
6. Cuba mengeshoot dari dalam kereta, dapat ambil gambar tanglung
7. Apa? fikiran kamu kacau dan berselirat?
8. eh eh, ada makananlah


9. Berjurai tapi bukan rambut

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ghairah si udang butter

Mari lihat gambar, sila meleleh airliur melihat udang butter yang berwarna oren ini, lihatlah pinggan lapiknya yang berwarna putih berseri, ada pula karot buat pengisi ruangan kosong... lihatlah.... lihatlah.....Berbalik kepada agenda awal, pengantin lelaki dengan bungga manggar berbentuk payung sedang bercakap-cakap dengan pasukan pancaragam kompang.
Beras kuning kunyit menyambut ketibaan ketika pengantin lalu di bawah gerbang indah bertemakan putih dan oren.Bersenyumanlah yang gembira di atas pelamin.Untuk gambar di hadapan santapan di bawah ni, saya suka aksi ni, sebenarnya kebetulan sangat-sangat. Kedua-dua pengantin sedang mendengar/bercakap dengan pengapit masing-masing.Senyum sikit....... camera woman nak ambil gambar
Eh! budak baju pink pun ada.... hehehe


Sudah kenyang, rasa gembira :D

Itu tadi adalah gambar-gambar yang diabadikan di Palong 4, pengantin perempuan adalah anak saudara kepada paksu chot.

Di bawah ni adalah di Ipoh, kenduri kahwin anak saudara saya (yang lelaki)

Gambar dari celah pagar ni adalah hasil bidikan budak w itew....Dan kedua-dua pengantin berpakaian putih sedondon senyum gembira melihat ramai tetamu yang hadir meraikan mereka.
Gambar last, Saya - di Palong 4, juga di Ipoh... macamana tu? Pada hari yang samakah? Saya adalah sangat magician.
Scene 1 - di Ipoh, saya dengan abang saya, hari Sabtu
Scene 2 - (dekat pintu gerbang), di Palong 4, saya dengan paksu chot, katanya, 'walaupun hang pakai baju ni 2 hari berturut-turut, abang tak kesah'....wakakaka. terbongkar rahsia.

Rancangan asal tidak akan ke Palong 4 pun, sebab letihlah ke utara ke selatan. Tapi abang long paksu chot panggil kami buat meramaikan majlis, tanpa ada kesempatan untuk balik ke rumah untuk replenish supply, kami follow saja rombongan pengantin yang dari utara bergerak ke Gemas, NS pada hari Ahadnya pula.

Waduh........... Anyway, it's exciting.
1. saya tak pernah sampai ke Palong, saya dah sampai dah.
2. saya tak pernah dijemput makan di meja pengantin, dah dapat dah... (masa saya kawin dulu, hidangan dibentangkan di depan pelamin sahaja di dalam rumah kampung, tak ada meja, duduk bersila). Bila dah jadi mak saudara, tada satu anak saudara or kaum-keluarga pelawa saya makan kat meja pengantin pun... huhuhu, sedih, adakah sebab saya tara cun...?
3. dalam 2 hari saya cover 5 kewilayahan! Perak (Taiping, Ipoh), KL (IJN), Selangor (bertemu dengan adik-beradik paksu chot di Klang sebelum gerak ke Melaka), Melaka (bermalam di sini dengn adik-beradik paksu chot), NS (Gemas)

Makan sambal telurlah :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, June 24, 2010

Like doubling the tears

Semalam aku tak sihat - so tak ada postinglah. Terasa sakit di tangan kiriku ini sejak hari Isnin dan kesakitan sangat terasa pada sebelah malamnya. Nak gerakkan sakit, nak angkat barang sakit, nak cuit apa-apa dengan ibujari pun sakit, nak dial telefon dengan jari kiri sakit, semua sakit. Bila jumpa dokter, dia beri losen minyak panas, katanya aku kena muscle strain.

Ada masa lagi selepas jumpa dokter, lalu aku buat keputusan sendiri untuk terus pergi melawat dia di ijn, dia ni bukanlah anak buah kepadaku, tapi adalah saudara satu mak satu bapak. Redah jer, stereng di tangan, kayuhlah. Sesat dari Maluri nak masuk ke bulatan Kg Pandan, eh! dah lain lah!!! tersesat masuk ke sg besi, terpaksa U-turn di Loke Yew masuk semula ke Jln Tun Razak.

Rupa-rupanya dia sudah ditukarkan ke wad lain, masuk ke wad 1 katil dengan 24 jam under nurse watch, the term is "limited- visitor" or "no-visitor at all" (nasib baik aku tanya dulu di kaunter penyambut tetamu yang sentiasa ramah dan manis dengan senyuman, kalau tak tentu aku sesat di ijn)

Wayar-wayar masih berselirat di sana sini, alhamdulillah dia sudah sedar betul, bukan seperti minggu lepas, banyak pula ceritanya - serasa tak cukup pula masa melawat yang diberikan.

Menitis juga airmata ini sedikit, terharu campur gembira campur sedih, feels like to double the tears from last week upon seeing her condition. Don't know what to say.

Organ dalaman ada moisture sebab dia tak upaya nak buang air kecil, dan bengkak pula lengan kiri :(, sakit katanya, tapi sudah buat senaman fisioterapi.

Lain pula ceritanya dengan anak aku si w tu, sudah kehilangan botol susu. Bila dibancuhkan susu dalam cawan, tak sedap katanya. Dah pesan dah, nak botol susu pink, nak baju pink seluar pink kasut pink beg pink sikat pink llalalalaalla.Terima kasih kepada Erina Asmawani dan Su atas kesudian follow saya di blog yang santek kebiruan kehijauan ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, June 22, 2010

Petang yang dingin

kerana angin dari udara sejuk buatan yang kuat.

Mendapat khabar dari anak buah aku yang pergi melawat dia di ijn, katanya dah sedar, dan dah boleh minum. Alhamdulillah.

Keadaan dia boleh dikatakan agak genting minggu lepas, moga-moga ada perkhabaran gembira selepas ini.

Aku menahan diriku dari pergi melawat mahupun bertanya khabar, rasa-rasanya aku tak mahu ganggu family dia yet, biarkan mereka lalu tempoh ini dalam keadaan bertenang.

Sedikit waktu, aku akan bertanya lagi

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Warna-warna alam

Semalam kepenatan kemengantukan seharian. Hampir2 terlena masa jawab telefon, sangatlah sangap.

Memandangkan ramai yang suka ditiadakan butang read more, oklah, saya mengikut ajer (cakap sambil tersenyum simpul) (eh... macam time orang datang meminang plaks beberapa tahun yang lalu ;p)

Rasa-rasanya, warna biru background dan gambar background tu dah cantik dah, tak perlu nak ubahsuai lagi, cumanya sejak letak iklan Mangga, saya sudah jadi ahli ordinary saja dengan Nuffnang. Tak apalah, sebab saya nak terai Mangga juga.

Kalau kita ni kan, pergi melawat orang sakit ler... Siapakah yang sebenarnya kita lawati? Pesakitkah? Katil dia kah? Nurse yang cantik-cantikkah? Doktor yang macho-macho kah? (itupun kalau dia still macho lah, and kalau dia bujang lah, oops!), ataupun sebenarnya lawatan kita tu adalah untuk menunjukkan sokongan moral dan sebagai a shoulder to cry on untuk keluarga si pesakit?

Semalam masa di kedai makan masa aku memesan kueh tiaw goreng, terlihat orang lap peluh masa permainan bola tengah rancak di dalam hujan lebat di sanun nun. Haduh, terfikirkan bab early retirement pula bila melihat nombor kosong yang berbalas banyak terpampang di skrin tivi, sangat sadis. Kalau akulah jadi jurulatih, tentu letih.

Terfikir suatu cadangan, itupun kalaulah aku jurulatih, sebab kadang-kadang tengok orang kejar bola, aku tengok semua orang dok kejar bola, kecuali goal keeper, kalaulah goal keeper boleh kejar bola, tentu dia pun kejar kejar kejar. Aku nak gubal suatu rang undang-undang perbolaan, sesiapa pemain tinggalkan posisi dia lebih dari 5 minit, kena bayar denda sebanyak RM50.

Eh! apa barang RM50, RM2,000 lah!!!!

Susahnyaaaa.........

Terima kasih kepada azrina 0307, follower # 113. Sebenarnya saya juga nak ucap terimakasih atas kesudian mengfollow kepada follower # 112, juga # 111 :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, June 21, 2010

3-kolumn

Dari dulu aku minat sangat dengan blog 3-columns, tapi tak tahu nak buat setting. Belajar coding html pun tak habis, bukan cikgu meninggal, tapi aku meninggalkan syarikat yang sudi hantar aku berkursus. Sekarang, padan muka aku sendiri.

Tapi thanks to blogspot, sebab mereka dah siapkan semuanya, tinggal click jer, ta ra .... sudah jadi 3-columns.

Nampak pelik sikit, tapi tak apa, aku study slow-slow untuk mencantikkan blog. Cemana, susah ker tak nak loading?

Button Read More pun dah hilang, nak buat balik, dah terlupa kat mana tutorialnya... huhuhu... tolong....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Penat menjelajah Malaysia

Aduh, badan penat....

Hari Jumaat pergi IJN, didapati blood dia ada infection kuman pula, dah bertambah pula dah jumlah kuman dalam darah.

Kisahnya, ada satu hari tu dia guna mesin cuci-cuci di suatu tempat, tanpa disedari darah dia dan beberapa orang lagi telah dijangkiti kuman hepatitis c dari mesin cuci-cuci. Alahai, lepas satu, satu.... huhuhu.

Dengan tanda soal yang banyak, petang tu kami sekeluarga ke utara, mengambil anak-anak (kakak dan kaklang) di rumah abang iparku, dan hari Sabtu ke Ipoh pula untuk menghadiri kenduri kahwin sambut menantu anakbuah lelakiku, dia bertemu jodoh dengan orang KL.

Sabtu tengahari, bergegas semula ke IJN, Sabtu malam pula berkumpul beramai-ramai di sentral Malaysia dengan adik-beradik hubby pula. Hari Ahad, aku dan adik-beradik hubby berempat kereta ke Palong 4. Anak buah hubby yang kahwin pada 13 Jun hari tu, bertemu jodoh dengan orang Nogori (sama macam aku ler, cumanya aku ni orang Rembau, jodoh dia tu orang Gomeh [Gemas])

Dah selesai kenduri di sana, baliklah wealls ke rumah kami. Bersama baju bertimbun-timbun nak didobi, nasib baik sempat kemas rumah sebelum bergerak ke utara ke selatan, kalau tak, lagiii lah penat.

Malam semalam, masak nasi, buat sambal telur penantin sambil cicah gula-gula dari rumah penantin, pemanis mulut pula adalah wajik dan bahulu dari rumah penantin :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, June 19, 2010

Ku bukan tapak sulaiman

bagai diriku bukan tapak sulaiman
bagai terdampar di lautan sepi
ooooo.... ooooo

Memang bukan, sebaliknya, TETAPI aku adalah!.... Bagaikan beggar.

Bukan burgerlah, beggar. Bukan bega bega kain langsir jadik selimut... tak, tak pandai menjahit.

Setiap tahun beginilah, bila tiba masa "akhir-tahun-year-financial-hujung-habis-end".

Masa rakyat jelata marhaen kemuncup di tepi seluar ni berkira-kira mencongak-congak bab gaji dan imbuhan samada lumayan atau tak, masa bapak-bapak tali leher sibuk bermusyawarah tentang berapa sen kah nak disedekahkan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik setia yang menunggu menadah tangan kais pagi makan pagi kais petang makan petang - masa itulah mereka-mereka yang di atas tu sibuk dan tak ada masa nak memikirkan tentang nasib poket poket golongan marhaen.

Malangnya selama 330 hari lebihkurang, ketika bapak-bapak dan ibu-ibu tali leher sibuk melata ke seluruh pelusuk bumi memberi arahan itu ini begitu begini, mereka hanya mahukan kepantasan, betul, segera, baik, menurut perintah dan sebagainya.

Kemudian ada pula pihak yang lagi satu menyuruh untuk memperingatkan...? Apakah maksud kalian? Selama 330 dari 365 hari tu mereka menggila merusuh berhamuk mendera, tiba-tiba bila tiba masa INI, ya, MASA INI...tiba-tiba engkau suruh kami all untuk meminta-minta?

Setiap tahun begini, setiap tahun begini.... awak tak suka orang ingat-ingatkan awak, awak sibuk, kan..... takkanlah setakat nak buat keputusan samada nak beri markah 1 atau 2 atau 3 atau 4 pun payah.... ataupun setakat nak putuskan bahawa , "oh... si bodoh hampeh tu kita beri begini begini, si bangang tu kita beri begini begini, susah sangatkah?"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, June 18, 2010

Solat sunat tahyatul masjid

Kehadiran saya di beberapa kenduri kahwin dan bersumberkan kepada pengetahuan am saya sendiri, dan juga websites ini, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/04/91-solat-tahiyatul-masjid.html, http://fekah.blogspot.com/2008/01/solat-sunat-tahiyatul-masjid.html, http://walausetitik.blogspot.com/2007/08/akad-nikah-di-masjid-ketika-sedang-haid.html membuatkan saya terfikir tentang beberapa perkara.

Perkara utama yang saya terfikirkan adalah tentang solat sunat tahyatul masjid. Berkaitan dengan alasan mengambil berkat masjid / mengadakan akad nikah di masjid. Saya tahu, memang amalan mengadakan akad nikah bagaikan sudah sebati di kalangan kita-kita, bila ditanya kenapa? Maka terdengarlah jawapan, 'mengambil berkat'.

Berkenaan dengan bab solat sunat, saya ciluk beberapa hadis dari blog di atas, "Jika salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Solat, no. 444. Muslim, Kitab Musafir & Qasarnya, no. 714)

“Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no. 1163)

Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.

Sebagai seorang penyibuk, saya dapati di sini sudah ada beberapa kekurangan,
1 - siapa nak buat solat sunat sedangkan semua sudah datang dengan siap bertouch-up apatah lagi pengantin perempuan. Secara amnya mereka semua datang dengan niat nak bagi pengantin kahwin lepas tu boleh balik rumah makan makan
2 - anak-anak kecil berlari ke sana ke sini, hingar-bingar, tidak terkawal
3 - rombongan yang menghantar beramah-mesra antara mereka sebab lama tak jumpa, kalau tak ada hari raya, mereka cuma dapat berjumpa masa kenduri-kendara.
4 - wanita berhaid juga masuk ke masjid sebab dia nak meraikan kegirangan kedua-dua mempelai
5 - jurukamera sibuk ke sana ke sini mengambil gambar
6 - pengapit pengantin perempuan / keluarga rapat pengantin perempuan sibuk lap-lap peluh si pengantin yang berpeluh menunggu selesai upacara akad nikah
7 - sibuk ambil gambar di dalam masjid bla bla bla selepas selesai akad nikah
8 - pok pek pok pek
9 - cok cek cok cek

Habis tu bila saya highlightkan perkara ni, tentu timbul persoalan, habis tu maknanya berdosakah buat akad nikah di masjid..? Maksu cerita kosong penyibuk tu adalah totally penyibuk.... Dun worry.

Bahawasanya akad nikah disunnahkan dilakukan di dalam masjid (Sunnah bukan SUNAT). Tapi masjid tidak boleh dimasuki oleh orang yang sedang dalam keadaan janabah (contohnya,wanita yang sedang haid). Berkenaan kalau ibubapa mahupun pengantin nak juga mengambil berkat masjid, ketahuilah bahawa akad nikah tidak perlukan kehadiran kaum wanita. Memadailah 4 orang laki-laki saja iaitu,
1. Calon suami atau wakilnya
2. Calon mertua laki-laki atau wakilnya
3. Saksi laki-laki pertama
4. Saksi lak-laki kedua

Juga sebagai ulangkaji kepada orang-orang yang dah berkahwin, Rukun nikah ada lima iaitu,
Ada calon suami yang sudah tertentu, Ada calon isteri yang sudah tertentu, wali, dua saksi dan ijab dan kabul (rujukan, http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/2-perkahwinan-mengikut-islam/8-pernikahan-dan-syarat-syaratnya).

Pada tahun 1992, saya mencadangkan kepada arwah mak saya, yang saya nak supaya akad nikah antara saya dan paksu chot dijalankan di masjid, maklumlah masa tu orang dah mula menjalankan upacara akadnikah di masjid-masjid, jadi...SAYA NAK IKUT TRENdlah, tidaklah nanti orang kata saya kolot dan tiada pembaharuan, tapi abang saya halang, katanya, 'buat apa buat di masjid, rumah kita kan ada, rumah pun besar, lebih elok buat di rumah'.

Hari ini di tahun 2010, saya sokong kata-katanya.

By the way, saya cuma utarakan selatankan pemerhatian dan fikiran saya yang tak pandai ini di blog, bukan apa-apa pun, saja saja jer ;) , saya ni sekolah pun tak tinggi setakat 2 tingkat jer, tak pernah masuk sekolah pondok pun.... jangan ambil hati ya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, June 17, 2010

Aku dalam takut mulut tertutup

Alamak! Posting aku yang bertajuk hobin jang hobin adalah sangat mengelirukan, patutnya aku highlightkan, itu adalah metafora. Minta maaf atas semua salah faham, tapi aku tetap berterima kasih, alhamdulillah banyak-banyak, ramai sebenarnya yang prihatin kat dunia blog ni. Hanya segelintir orang di dunia nyata yang masih mengamalkan "apa aku pedulikan hal kau......! huh! tak tahu malu mahu minta simpati".

Aku menangis teresak-esak hari selasa petang, sendirian.... sedangkan keliling aku ramai manusia... hebat kan.. Apa kata mereka? tentu mereka kata, "nangis? bila nangis? tak sedar pun".

Iyalah, engkau kan... berprinsip, "aku jaga hal aku, engkau jaga hal engkau, aku manusia sempurna ciptaan Ilahi, engkau banyak onar, aku tak kawan engkau sebab engkau adalah a bosan human being". Kata maksu: Iyalah, teruskanlah. Moga engkau terpelihara dari memerlukan pemerhatian orang ataupun kasihsayang orang.

Lagipun, takkanlah aku si tua bangka ni tak nangis terjerit-jerit golek-golek di atas lantai tatkala dapat berita tentang seseorang yang berada di ijn, dalam kepayahan. Maka sebenarnya, "hobin jang hobin" dan "mak dan abah" adalah berkenaan perasaanku terhadap orang yang berada di ijn itu. Buat perkongsian bersama, aku mempunyai rasa yang super sensitif terhadap penderitaan orang lain. Dan biasa mendapat alamat-alamat yang tidak enak untuk dikongsikan dan tidak bagus untuk dicakap-cakapkan.... cuma boleh harap nauzubillah, ianya adalah tidak benar belaka biarpun kebiasaannya adalah BENAR BELAKA.

Semalam di ijn, aku berasakan senyumanku sungguh kelat dan gurau-sendaku bersama keluarga dia adalah sangat pahit, sepahit tiub-tiub, ubat-ubat dan wayar-wayar bak jalinan broadband di keliling katilnya. Kasihan kepada anak kepada si anak of mak dan abah, kurus-kurus dan kelat belaka senyuman mereka :(

Malangnya ada aliran air sungai yang tidak bisa dipotong oleh apapun bagaikan telah terpotong; mungkin kerana kesibukan duniawi. Maka tiadalah masa mereka itu untuk melawat dia yang terlantar unconscious di ijn selepas lebih 60jam pembedahan open heart. Sudahlah dibedah, kena serangan "tarik" pula!

Tak terbayangkan keperitan........

Takutnya dia tentu tidak terkira, kalaulah ada doa mak dan abah mengiringi anak mak dan abah itu ke dewan bedah haritu.........

Dating yang aku rancangkan di awal june haritu tidak menjadi kerana kesibukan masing-masing memberi support untuk perkahwinan-perkahwinan, aku ke utara, dia ke selatan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 16, 2010

HOBIN JANG HOBIN

aku tanya arwah mak aku dulu2 time aku kecik, hobing tu apo? katanya, hontak kuek-kuek. Engkau orang pernah rasa jantung engkau orang kena hontak kuek-kuek?

Aku rasa dah, tadi malam, aku dah baring atas katil selepas tidurkan w, biasalah, after 12pmlah. Elok2 dok menjejeh airliur tidur terlentang lepas baca 3 kul apa semua, tiba-tiba rasa macam kena hobing (jantungku rasa terhentak), aku terkejut. Aku buat dunno, aku tidur-tidur ayam semula.

Lepas tu kena lagi, rasa jantung bagai kena hentak, rasanya macam kena penampar yang kuat dari belakang sedangkan aku tidur terlentang.

apakah ????????????

yours truly nak pegi ijn

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, June 15, 2010

Mak dan Abah

aku ada rupa mak
aku juga ada rupa abah
aku ada perangai mereka berdua

dan jangan pernah kau kata, aku tak pernah memikirkan kau

aku hubungi kau masa kau senang
aku hubungi kau masa kau riang
aku juga hubungi kau masa kau susah
aku juga hubungi kau masa kau sedih
aku hubungi kau masa kau tak boleh tidur

jangan pernah kau kata, aku terlupa

p/s: dia dah selamat dioperasi semalam di IJN, dan, saya risau.

before this operation, that another person complained to me sadly, that this person said that wanted to leave, to go to the richest of all the richest... to leave whatever here, to go to the richest of the richest so that all the needs will be fulfilled easily........ (in my dream a few days back) (not necessarily all dreams are true, but yours truly is very worry now)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Timun dan Inai dan Kenduri Kahwin

Kitorang balik ke utara hari Jumaat, sampai di sana lebihkurang pukul 3pagi, sebab abang ngah hubby nak suruh dia repair bilik air, untuk mak (MIL saya). Tapi memandangkan hari Jumaat lambat sangat tiba, abang ngah dah panggil tukang yang duduk dekat rumah dia tu.

Macamana nak buat, walaupun paksu chot tu ala-ala handyman, tapi tidaklah dia ada keupayaan nak ke sana ke sini dengan mudah dan cepat upon someone's request, kena ambil cuti, kena korek tabung untuk cari duit minyak duit tol lalalala.

Maka jadilah hari Jumaat tu sebagai hari untuk menggiling inai.
1 - seranting inai
2 - daun inai dah masuk bekas
3 - inai tidak berkulitkan timun, timun tu saya potong untuk dibuat ulam makan tengahari
4 - kakngah tengah menggiling inai
5 - inai sudah di jari
hari Ahad adalah hari kenduri,
1 - katil pengantin
2 - hantaran untuk lelaki
3 - closeup, bunga telur untuk lelaki
4 - kek 3 tingkat
5 - eh!? sapo tu? psssttt, ada hidangan cendol juga tau
hari Sabtu mereka dinikahkan,
1 - gemuruh tak?
2 - yea... dah kahwin
3 - mempelai di atas pelamin
4 - eh wah, bergaya ala model
5 - mempelai di pintu masuk
Dengan seronok dan kembang hati, gambar-gambar yang tertera di sini adalah hasil kerjatangan saya, hubby dan juga anak :)
p/s: kakak dan kaklang masih di kampung, yang ikut saya balik KL cuma kakngah dan baby w.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, June 14, 2010

Saya sokong Malaysia

Tahniah kepada pasukan Afrika Selatan, menjaringkan gol pertama di Piala Dunia FIFA 2010. Tahniah kepada pasukan Korea Selatan, kemenangan pertama di Piala Dunia FIFA 2010.... ini adalah satu rekod cemerlang kepada kita, penduduk benua Asia.

Malam semalam punya game, yang pukul 2am tu kita tak tengok pun sebab utamanya adalah paksu chot bukan peminat football mahupun netball mahupun volleyball. Badminton ok lah.

Yang lucunya ketika di kampung, semua orang huuuuuu haaaaaa aaaaaaaa oooooooo boooooo alahhhhh bodoohhhhhh masukkkkkk alamakkkkkk, paksu chot dengan selamba mengatakan offsite. Dorang pandang remeh kepadanya. So kata paksu chot, 'jangan pandang remeh, aku selalu main game bola kat ps2, aku tahu undang-undang offsite'.

hEH HEh HeH

p/s: kat rumah kami tiada demam bola, tapi kami sokong Encik Subkidin di sana sebagai pengadil utama, yeahhh go Malaysia, hebat!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Lenguh pinggang

Hi, who used the PLUS highway yesterday? My family and I were from my husband's kampung and we started our journey in the afternoon and reached our house, at 10.00pm!! What a tiring journey. Not a very pleasant experience for me, especially when my family hardly met with jam like this. Normally we opt to use the old North - KL road, or we will travel in the middle of the week to avoid traffic jam.

Anyway yesterday, hubby was very tired and as expected, hubby cannot drive after an hour or so, Sleepy. So I took the wheel at Tapah R n R area, just at the junction because did not manage to enter the area, too many cars, busses waiting for their turn.

Actually right after the old Ipoh's toll plaza, we were greeted with traffic jam, sadly, no kaya no butter.
We were at his hometown to celebrate his anak menakan's wedding, the eldest daughter of his eldest brother, abang long punya anak sulung. I am still in the midst of cutting the trees photos and pasting the photos into jpeg document.

The highway was packed till the Jalan Duta toll plaza, by the way, paksu chot took the wheel back at R n R Ulu Bernam, I had to stop because of lack of confidence to drive in heavy rain. And again, we exchange seat nearby the junction. Couldnt enter the place at all!! Aku nak terkucil pun terpaksa tahan, not good for my kidney... huhuhu.

Why aaaa it's always like that, is it because the R n R area are shrinking?

By the way, I would like to thank Ryan Valentine, follower #109 :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, June 13, 2010

Petua halau lalat

Mengikut cerita orang yang biasa rumah mereka dikerumuni lalat, binatang ini adalah bermusim. Nampaknya macam betul, macam ada 1 rumah tu, saya tengok banyak sungguh lalat.... janganlah terlupa tutup lauk ataupun tutup lauk tak rapat, habislah diselami oleh lalat. Bukan setakat selam, siap berenang-renang gaya kupu-kupu. Tapi kadang-kadang, seekor pun tak ada... hairan bin ajaib.

Jadinya, saya pun tanya sana tanya sini tanya kenalan, sumber emel pun ada, dapatlah dikumpulkan beberapa petua:
1- bakar duit syiling (syiling 1 sen kalau masih simpan, atau guna syiling 5 senlah) dengan lighter, letakkan di tempat yang ada lalat. Keberkesanan adalah dalam lingkungan 3 kaki persegi lebihkurang.

2- taburkan daun kari dalam rumah

3- guna perangkap serangga macam di kedai-kedai, yang ada lampu ungu tu.

4- gantung air paip di dalam bekas plastik jernih

5- letakkan perangkap lalat yang berupa kertas

6- rendam bunga cengkih beberapa kuntum di dalam mangkuk atau cawan dan biarkan terbuka moga baunya boleh menghalau lalat

dan misteriusly, lalat tak datang dalam rumah yang sentiasa dihidupkan dengan bacaan Al-Quran dan penghuninya tidak meninggalkan solat.

Lalat terbahagi kepada 6 jahanam jenis,
lalat rumah, lalat hijau, lalat tsetse (berasal dari Afrika - menyebarkan penyakit tidur, biasanya menghisap darah manusia / binatang), lalat bunga, lalat buah, lalat askar hitam (terbang dekat-dekat kompos untuk mengawan dan bertelur), http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, June 11, 2010

Awak cakaplah, saya dengar

Iya, saya dengar, betul, saya serius ni, insyallah, saya akan cuba untuk:

. tak korek hidung tika awak bercakap atau periksa samada ada taik mata atau tak
. tak membuang pandang ke tempat lain
. hanya tumpukan perhatian kepada segi tiga, maksud saya ialah menggilirkan pandangan mata saya kepada mata kanan mata kiri dan mulut awak dengan sopan dan tidak keterlaluan
. tidak garu-garu kepala atau cabut uban
. tidak tumpukan perhatikan kepada televisyen ataupun mp3 4 5, walkman cdman apa man
. tidak menyampuk masa awak sedang serius berkata-kata
. tidak gelak tak tentu hala macam kena rasuk hantu
. mengangguk-anggukkan kepala dan kata a'ah, a'ah sekali-sekala melambangkan saya berminat dengan topik yang awak utara selatan timur baratkan
. tidak menjejeh airliur sambil menguap berkali-kali menahan kantuk
. tidak kentut halus or kasar bertalu-talu
. tidak akan menjawab panggilan telefon seandainya tidak perlu
. saya akan dengar hingga awak habiskan cakap, kemudian baru saya cakap

TAPI, awak jangan pula cakap dengan volume yang kuat hinggakan audience awak bukan sahaja saya, tapi sampai semua orang kat bangunan boleh dengar, saya malulah.

Dah tu, awak jangan pula sombong, asyik awak saja nak cakap, kasi canlah saya cakap pula. Takkanlah saya saja kena jadi good listener, dan awak maintain good talker...aduhs, where got road?

Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya: "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saya bengang sebab mengantuk

Saya ada terbaca di blog anakbuah saya, http://oliveanna.blogspot.com/, yang anak-anaknya susah nak tidur malam. Sebenarnya bukan dia saja, saya pun sama. Budak w tu, susah sungguh nak tidur, dah berapa kali dah saya terbangun, ingatkan tengah malam, rupa-rupanya pukul lima pagi!!! televisyen terpasang! siaran kartun 24 jam tu.

Banyak kali macam tu, samada kakngah temankan dia, hubby temankan dia... mereka ni sabar, tapi saya tak, adakalanya saya temankan w, saya terlena, saya terjaga pukul 2pagi, dia belum tidur, saya terjaga pukul 3pagi, dia belum tidur, dan saya terjaga lagi, pukul 5pagi, dia baru lena!!!! Geram dibuatnya.

Lalu saya mainkan peranan diktator, tak boleh berlemah-lembut saikologi lagi, NO MORE!. Kena buat undang-undang paksaan. Memandangkan dia dah pandai pilih siaran apa dia nak tengok, saya kata, 12malam mesti tutup tivi, sebagai latihan untuk ke sekolah di tahun 2011. Dia macam faham.

Malam 1, dia nangis kuat-kuat macam kena rotan sampai ayahnya keluar dari bilik dan pujuk dia, saya bantai lena, bo layan.

Malam 2, dia menangis lagi, saya slow talk dengan dia

Malam 3, dia nangis juga, saya tak peduli, undang2 sudah tetap.

Seterusnya, dia sekarang ikut arahan saya, kena tidur bila dah pukul 12. Tutup tv, tutup lampu, pasang lampu kecil saja, semua orang pun kena tidur! Bila w dah lena, barulah saya selimutkan dia elok-elok dan saya pun terjah katil sendiri.

Masa tahun 90an dulu senang, tiada tivi 24 jam. Tapi memang style saya, tutup lampu, tutup tivi, senyap-sunyi, anak-anak memang tidur. Budak w tu pun, bila saya ketatkan undang-undang, dia lena tak sampai sejam, 45 minit, 30 minit, 20 minit, dah lelap dah. Syukur alhamdulillah.

Tapi tak semua budak sama caranya, ada macam-macam perangai, petua yang saya pernah tahu:
jangan berikan anak-anak makanan minuman manis berkafein sebelum tidur, makan nasi sebelum 7pm or sebelum isyak ler, cat rumah dengan cat yang soothing calming, pakaian tidur yang selesa dan lembut warna lembut, bercerita, baca buku cerita, kurangkan tidur siang, tetapkan waktu tidur malam yang tetap. Bawa anak jumpa doktor jika didapati anak-anak hiperaktif. Juga jangan lupakan doa. Gembira dapat pewangi ketiak.


Testing pakai tudung sekolah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, June 10, 2010

Menjawab tag happy dari Tihara dan nombor2

Tag ni bertarikh 26 Mei kot, dari Tihara, http://herba-tihara.blogspot.com/

Tag 10 Things that makes me happy
Saya tak tahu bila saya happy, tapi lebihkurang macam ni lah.....

1. dapat tulis tulis, tak kiralah di kertas, esp bloglah, seronok, serasa bebas, bila emosi tertekan, saya tulis kat blog, saya luahkan jer... :D

2. tiada gangguan bodoh-bodoh di tempat cari makan.

3. pabila tak ada orang perlakukan saya macam amah, biarpun memanglah kerja saya adalah 'kerja orang tolong orang', walaupun low class, tapi halal.

4. ambil gambar tangkap gambar, syok-syok sendiri main dengan creativity

5. bila orang muda tidak sombong dan cakap dengan penuh egoistik maklumlah depa sekolah tinggi bertingkat-tingkat

6. shopping seorang diri tanpa kawan-kawan atau suami, serasa shopping complex tu ana yang empunya

7. mandi laut yang jernih boleh nampak bulu kaki sendiri, wakakaka, tak suka mandi di laut yang keruh kotor warna kecoklatan

8. makan makanan manis seperti egg tart, aiskrim, agar-agar warna-warni, kek dan krimnya juga

9. berbual-bual dengan bayi atau anak kecil yang baru pandai bercakap, juga berjumpa orang tua yang tak annoying, mereka tak memandang kepada anda macam nak cari salah anda, malahan mereka sanggup bercerita dengan berlapang dada untuk kebaikan dan iktibar

10. tengok filem aksi be it Tamil movie, cerita Cina, omputeh. Cerita thriller, saspense (Anthony Hopkins berlakon jadi saiko adalah sangat best). Oh ya! malam tadi saya tengok cerita Tamil lakunan Vijay arahan Prabudeva... best giler, giler kentang goreng rangup!! Rasa macam nak jadik fan club! Penuh warna-warni dan emosi yang true, dialog lucu dan menggeletek usus perut :)

Saya kenakan tag ni kepada izman, http://izzi-income.blogspot.com/

Seterusnya, dua awards ni dari Tihara juga, terima kasih banyak diucapkan.

Seterusnya terima kasih diucapkan kat sahromnasrudin, follower #108, cantik nombor tu... campur campur jadik 9. Nombor saya di Gatsby adalah 99 (saya belum ambil sijil Malaysia Book of Records kat pejabat Nuffnang, huhuhu, kirim kat sesapa boleh tak?)

Hubby dapat nombor 70.

Selepas salin baju t-shirt merah, ambil gambar di dinding :)
Tengahari yang lapar, mana nasi saya?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Forwarding the mail

Kemudahan internet ini membolehkan kita mengforward emel dengan mudah, samada gambar-gambar lucu, cerita kelakar, cerita sedih, cerita iktibar, bantuan mohon derma juga cerita kesusahan sesama golongan marhaen dan sebagainya.

Semua pun tentu pernah terima emel-emel forwarded dari pelbagai sumber, dari rakan-rakan sebelah meja, dari rakan-rakan setempat kerja yang jarak 5 meja mahupun dari rakan sekolah.

Hari ini aku terima beberapa emel tentang rayuan bantuan untuk adik Adrianna Alysya Bt Mohd Hani, berumur 6 tahun 10 bulan dari KL. Pengidap penyakit kronik jantung
berlubang yang juga adalah OKU (kurang bab dengar, cakap, berdiri). Emel tu bertajuk "Fw: Merayu Bantuan (DAPAT DI PANJANGKAN EMAIL NI PUN JADI LAAa)".

Permohonan bantuan untuk:
1) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak, lebih kurang RM 3,000.00
2) Membayar IJN lebih kurang RM25,000.00.
3) Menampung perbelanjaan kos rawatan semasa.

Ada dilampirkan gambar adik ni pada emel yang saya terima. Diberikan no akaun bank CIMB untuk saluran bantuan:- Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521 (ibunya, Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030).

Apa yang aku nak highlight di sini, bukan tentang kisah adik yang minta bantuan ni, tapi tentang perihal mengforward emel. Emel lagi yang aku terima tentang ni siap tulis, marilah tambah saham pahala akhirat, dapat panjangkan emel pun jadilah. Daripada kasihan melihat gambar2 yang dilampirkan, aku tergelak seorang diri. Apa taknya, orang minta bantuan, berilah barang sekupang dua tiga posen, transferkanlah duit ke akaun banknya, boleh saja, mengikut kemampuan. Kalau nak derma, kalau tak nak derma pun tak apa. Duit kita kan, suka hati kita lah... ikhlas mana boleh dipaksa beb. Lagipun kita kena teliti, samada ni spam atau tak, nak tahu, call saja nombor telefon tu dan pergilah check kesahihan akaun tu kat cimb. Aku rasa itu tak salah, so that can channel the money to the right source.

Tapi masalah aku ni adalah, errr, macam ... errr... tak tahu nak cakap macamana. KALAULAH 20 - 30 orang dok forward emel ni dan tulis marilah kita tambah saham pahala akhirat kita dapat sekadar panjangkan emel pun jadilah... BILAKAH masanya itu anak kicik mau dapat itu kurusi roda?

Tepuk dada tanya selera. Terima kasih kepada akmal amil sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, June 9, 2010

Tag Kasut (dari sayangsayangibu)

mangsanya adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.................

1- YB, 2- TUN, 3- CP, 4- MENTIBANG (sobab dia dah lama tak berblog..)

yang perempuan pulak....Sya nak bagi pada
1.SI CANTIK NIH, 2.DOC NIH.., 3.CIKGU NIH, 4.MAKSU SOROK TUTUP MUKO

Ambillah wahai mangsa mangsa ku.... ;o
jalankan tugas anda .............
Hik hik hik, itu adalah kata-kata penutup dari blogger sayangsayangibu yang bermastautin di http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/

Tag ni bertarikh 25 Mei, kalau tak silap. Maaf, lama sangat simpan... ada tumbuh dah cendawan kulat bagai, togeh pun ada, tapi tak apolah, saya makan sorang-sorang ya ;P

Huk uhuk uhuk tersedak saya dibuatnya, maksu tutup muka? hihihi, tapi yang di atas tu, baby w yang tutup muka... dari manalah dia dapat bakat tu.... ?

Masalah saya sekarang ialah saya lupa salin syarat-syarat tag ni, oleh itu, selagi ada gambar kasut, saya letak di sini.... ;)gambar paling atas - kasut-kasut yang bergelimpangan di rumah pengantin di Kelang pada hari Sabtu. Kelihatannya, tiada kasut dari butik Jimmy Choo (saya minat kasut Jimmy Choo, minat jer lah so far, huhuhu, nantilah tunggu duit epf boleh beli, wakakaka).
Kasut sukan warna hitam itulah yang kakngah masa pemilihan hoki tempohari, malangnya, tidak terpilih untuk wakil daerah.
Gambar dekat, kasut bertelinga mickey, selipar favorite saya beli di KL Sentral, masa promosi RM5. Saya beli 4 sekaligus!!
Gambar last, kasut-kasut yang terdampar di depan tangga, di rumah, di kampung, iaitu di NS pada suatu hari di hari raya.

Sekian, saya tak nak tag sesiapa :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Alhamdulillah, dapat buku... TAPI..... :(



Balik dari makan, di tempat cari makan ni, pada minggu yang lalu, aku tersua buku ni, di atas meja. Alhamdulillah, PPZ hantar buku, compliment, dan kali ini adalah surah Al-Kahfi. Terjemahan dan huraian.

Walau bagaimanapun, sekarang aku rasa macam sesal kerana menggunakan alamat cari makan sebagai communication address dan postal address.

Tahun lepas ketika aku dapat buku Al-Mulk (kalau tak silap), adalah seorang wanita ni tanya-tanya tentang zakat. Aku terangkan kepadanya dah. Aku kata bayaran zakat adalah mudah, macam-macam cara telah disediakan. Melalui perbankan internet, melalui cek, pergi ke kaunter.

Jadi baru-baru ni, wanita itu, sebaik ternampak Al-Kahfi terletak di atas meja, dia pun datang lagi bertanya dengan suara yang kuat tentang zakat, bla bla bla, lepas tu siap nak bincang tentang hafazan quran pula. Tahun lepas aku dah pesan, you jangan kuatkan suara bila nak bercakap dengan i tentang zakat, i takut kalau orang sekeliling i terdengar, nanti dorang kata i nak menunjuk-nunjuk. Iyalah, zakat setakat beberapa sen sebulan, nak heboh.

Masalahnya aku tolak dari akaun pendapatan bulanan sejumlah yang amat minimal ke PPZ, alamat yang terdapat di bank berkenaan adalah alamat tempat cari makan, aku tak guna alamat rumah sebab takut surat-menyurat hilang, maklumlah, aku duduk rumah flat. Sekarang aku rasa, patutkah aku tukar alamat saja, aku tak sukalah kecoh-kecoh macam ni.

Jangan kata aku poyo pulak, wanita itu dengan excited dan penuh teruja dok ajak aku berdiskusi tentang tabiat menghafal quran sehingga 2 hari, bayaran zakat, buku-buku percuma dari PPZ, lagi apa lagi yang aku dapat dari PPZ bla bla bla semuanya diakibatkan oleh buku complimentary yang dia tengok ada di atas meja aku, by the way, she borrowed the book immediately that day. Itu tak jadi hal, tapi tak payahlah nak sebut-sebut banyak-banyak hari kuat-kuat supaya semua orang dengar.... aku rimaslah, nanti yang kena kata, kena kutuk... akuuuu jugak.

Dari segi yang lain, memang bagus, orang jadi tertarik nak bayar zakat, tapi do you need one year to decide? Pergi holiday oversea boleh, takkanlah bayar zakat tak boleh. Eh! suka hatilah, ya tak... duit hang, hang pandailah. Tapi janganlah ketawakan aku di khalayak ramai bila aku kata aku ni seumur hidup tak pernah naik kapalterbang, apatah lagi nak shopping telekung dari luar negara. Dan tak perlulah nak diskus bab halaf quran dengan aku, kuat-kuat, di tempat cari makan ni... sedangkan bab solat pun boleh dikembang-kembangkan menjadi keluh-kesah lain (seperti di entri sebelum ini).

Teruk kan... why lah....oh dunia.......

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, June 8, 2010

Kakak-kakak yang tidak sihat

Ingat entri, misi itu panggil saya adik? Kitorang kan baru saja menjalani pemeriksaan kesihatan general di mana misi datang ke tempat cari makan ni, cek darah, cek tinggi, BMI, dll.

Ada seorang kakak di sini telah didetected dengan masalah buah pinggang dan penyakit kencing manis pada tahap 13. Dia telah dimasukkan ke wad, tapi telah keluar dan menjalani rawatan susulan, usia kakak tu dah 53 kot. Pucat dan kurus saja nampaknya. Kakak ni orang NS juga, pantang ternampak aku dia dah tanya dah, 'ekau balik kampong tak? dah musim buah lom?"

Sekarang kakak ni diam jer, katanya badannya kebas-kebas, nak bergerak pun tak boleh lincah-lindah dah......Tapi katanya dia sendiri heran, selama dia hidup, tak pernah ada masalah sebegitu, tup tup telah mendapat. Sekarang kencing manisnya adalah ditahap 4. Aku tak tahu baca nombor, mungkin 4 adalah normal (?).

Sementara itu, petang ni tadi, seorang dari kakak2 aku yang ramai tu dah masuk ke IJN.

Hhhmmmm, didoakan yang baik-baik saja buat mereka.

Oh ya, sebelum terlupa, terima kasih kepada kabakoga, ~aSHa~, kerana sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sayalah wedding photographer, heh heh heh


Ini adalah gambar-gambar yang saya ambil ketika menghadiri perkahwinan anak buah paksu chot. Mereka menggunakan payung warna putih, yang menggunakan payung warna hitam itu adalah pelakun-pelakun drama Korea ya.... tidak ada kena-mengena.

Di masjid, untuk upacara akad-nikah. Pengantin berpakaian sedondon warna hijau.



Aik, ni sapo plaks pelakun tambahan ni... hei awak dua orang, jangan bawa lari itu uwang...

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil pada hari Sabtu.

Cheh wah, ehem... dengan bangganya saya nak beritahu, apa yang dipaparkan di sini, semua adalah hasil kerjatangan saya dan anak, dan juga hubby :D

Seterusnya, adalah gambar-gambar pada hari ke-2, hari Ahad.

Mereka menggunakan khidmat girls, bukan flower girls, tapi bubble girls.Budak yang tertera di bawah ni, memang got bubbles..... blub blub blub. Uuuuiii mak aii jang, bosanyo mato ekau......gogham den nengok eh...


Seterusnya, di bawah ini bukan bubble girls, tapi bebel gegerl, we can bebel anytime you like, wakakaaka. Yang bertudung biru muda tu adalah mak pengantin, beras saya, eh! biras.

Seterusnya, kita ambil gambar di bawah pokok.
Lepas dah penat bergambar, silalah makan kek.



Saya berpeluang kenal-kenal dengan seorang profesional wedding photographer dan dapat sesatu sedua setiga petua-petua untuk mengambil gambar darinya. Kalau rajin, searchlah di flickr, cari akieeko akie. Untuk borak-borak dengan dia, search di facebook, akieeko akie. Dia menyediakan 3 pakej ranging from hundreds to 2,000, bergantung kepada kehendak dan keperluan pengantin dan mak pengantin yang mengeluarkan derma siswanya, heh heh heh.

Encik akieeko akie juga boleh memberikan pakej tailor_made mengikut kadar kewangan. Dia berpusat di kawasan Cheras, Kg Cheras Baru dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya.

Antara barang wajib yang mesti ada ialah, gambar 5r siap frame, cd siap edit dengan 180 gambar, 120 gambar dengan sticky album. Ada disediakan gambar besar, gambar itu lebih tinggi dari w :). Ada juga gambar magazine style.

Tapi kalu nak pinggan arcopal, maaflah, akieeko kata tak ada. Kalau nak, kena tunggu saya pergi ke Langkawi pula ;p<>Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, June 7, 2010

Meneruskan perjalanan ke Bukit Melawati



Anda boleh temui 'si dia' dengan banyaknya di kawasan Bukit Melawati. Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, salah satu tempat bersejarah yang terdapat di negeri Selangor.

Sebaik saja memarkir kereta, anda akan dapat melihat monyet-monyet tu, lepas bebas. Ada ramai penjaja menjual makanan monyet.

Gambar 2, bayaran masuk ialah Rm3 dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.Gambar 3, anda akan dihantar ke atas, ke stesen pertama di dekat muzium, dengan menaiki trem.Gambar 4, nampaknya, meriam-meriam di situ di kawal ketat, jangan cuba-cuba nak ciluk meriam seketul untuk dibuat kenang-kenangan...Gambar 5, hhmmm, apakah nasib masa depan anak kecil berwarna oren tu? meneruskan ceritera ibundanya? Lepak-lepak dan bermain dekat meriam.
Gambar 6, berehat-rehat di Busut Melawati, tempat di mana Raja berehat dan melihat perlawanan sabung ayam.
Gambar 7, inilah batu hampar...




Gambar 8, pintu pagar ke kawasan makam dikunci, dalam balutan kain kuning itu adalah Petoi Boga.


Gambar 9, apakah sejarah Petoi Boga, saya pun tak tahu, juga dikenali sebagai Meriam Penggawa.



Gambar 10, naik lagi trem, ke Taman Alam, ada akuarium ikan air tawar. Ada juga Taman Burung di situ, tapi kerana penat, kitorang tak pergi ke Taman Burung.Gambar 11, walaupun tak kena mendaki, tapi penat juga... sejukkan tekak yang kering dengan aiskrim.
Gambar 12, apalah dorang ni, patutnya berikan adik w main buaian... ish ish ish

p/s: Terima kasih shahrullail, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.© 2010 Hakcipta Terpelihara.