Monday, May 31, 2010

Be afraid, be very afraid

Saya ada kuasa power yang sangat hebat SEBAB saya ada MEMAKAI

pakaian yang lengkap bila saya keluar dari rumah. Sayalah gergasi.... be afraid, be very afraid. HUAA HUAAA HUAAAA (evil_lish laugh)

"Boleh saya potong awak, no need to turn, saya angkat saja awak ke tepi"

"Minta maaf, saya nak parking lot ni"

"saya nak letak signboard baru, warna pink, warna kesukaan anak saya, baby w"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Seikat lidi adalah teguh

Pernah masa kecil dulu, arwah mak mengajar saya yang seikat lidi penyapu adalah lebih teguh dibandingkan dengan sebatang lidi penyapu. Dia pula telah diajar oleh siapa agaknya.

Saya ada juga beritahu pada anak-anak, bahawa rezeki bukan di tangan manusia, rezeki di tangan Tuhan, tiada manusia yang boleh memberikan mudarat kepada manusia lain.

Tapi andainya perkara yang kita harapkan rancangkan tidak menjadi, bumi Allah ini besar.

Saya kata, mungkin pada suatu hari nanti, saya akan duduk di rumah dan menunggu mereka pulang dari bekerja, saya akan memasak makanan yang lazat-lazat dan ayah mereka, paksu chot balik ke rumah dengan hati yang senang, kerana rumah berkemas bersih.

Seandainya itu terjadi, apakah tindakan mereka?

Kakngah kata tak perlu khuatir, sedangkan sekarang pun dia dah mula mencari rezeki secara sambilan, mengikuti seorang jiran kami menjual sayur-sayuran dan ikan-ikan di pasar tani.

Gambar di atas tu adalah dari handphone kakngah, pemandangan di pasar tani. Sekali kakngah pergi, dapatlah upah antara RM20 - RM40.00.

Terima kasih.

Buat masa ni nampaknya, kakngah memang matang dalam hal ni, saya selalu cakapkan padanya, sentiasa tenang dan jauhkan sifat melatah dalam diri.

hhhmmm, begitulah....entahlah, tak tahu apa nak diceritakan lagi.... we see how.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, May 30, 2010

My wish

Orang kata buat wish di wishing well, kebanyakan well yang saya jumpa adalah blinded well (perigi buta).

Tak apalah, saya minta doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, murahkanlah rezekiku, supaya aku tidak menyusahkan orang, dan aku perlukan barang-barang ini juga, untuk mencapai matlamat dalam memajukan diri sendiri, seterusnya untuk kebaikan ahli keluargaku... amin ya rabbal alamin"

Saya perlukan suatu kelengkapan capaian internet untuk memudahkan saya berblog di mana dan dari mana saja waima sedang buat apa pun walaupun di dalam bilik termenung, (tegarlah katakan), tapi saya masih dalam kebuntuan bab bajet (biasalah tu), keperluan yang bersesuaian dengan spesifikasi saya.

desktop kah laptop?
iphone kah blackberry?
macamana dengan printer? printer colour kah printer biasa?
kamera digital kah kamera dslr?
mpv kah sedan? (anak semua perempuan, ada 4 orang)
asb kah unit trust?
personal insuran kah trust fund?

untuk cita-cita saya untuk duduk di rumah pula:
berniaga barang kering seperti kain baju handbeg telekung kah ataupun barang makanan seperti kuih raya, homemade jem/kaya, cookies?
mencuba menulis novel kah ataupun membuat blook?
hantar puisi ke majalah kah ke suratkhabar?

eh.... bertambah panjang pula list ni. Mula-mula tadi sebenarnya saya nak minta pendapat, patutkah saya dapatkan laptop atau desktop? iphone atau blackberry.... melalut pula, hehehe

Buat semua rakan-rakan, tolong berikan cadangan, komen ya.... duitnya belum pun nampak lagi, buat masa ni, saya pasang angan-angan saja dulu, kadang-kadang kesian dengan anak-anak pun ada, nak kena cari gambar ataupun maklumat di internet, cc pula tak buka (pekedai cc tu buka cc bila-bila masa dia suka saja, freelance cc kot).

Saya pula, saya suka kalau dapat berblog 24 jam, dengan capaian internet yang laju mengalahkan kapal angkasa yang naik ke angkasaraya yang membawa pelancung angkasa.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, May 27, 2010

Kill the time

Buat yang dah lama mengikuti cerita-cerita aku di blog cerita kosong ini, tentu terperasan tentang suatu entri bergambar, tentang kisah paksu chot, hubbyku menyiapkan kabinet dapur kami sendiri, dengan bantuan kami anak-beranak. Saya bantu bab sediakan air 0.... hehehe.

Baru-baru ini ada jiran kami meminta paksu chot membuat kabinet dapur di rumahnya pula. Anak jiran tu berkawan dengan kakngah. Tapi paksu chot serbasalah, sebab bila di rumah sendiri, kalau nak potong kayu pakai pisau sayur pun tak apa, tiada siapa akan hairan. Tapi kalau buat kerja di rumah orang, kenalah dengan peralatan yang serba-serbi lengkap. Hubby sedang memikirkan permintaan si jiran ni.

Buat sementara dia nak buat keputusan ni, marilah tengok apa kerja paksu chot untuk kill-kill the time.
Langsir dari CD, lalalala.... cd yang dah calar-balar. Cd yang dibeli dari [ttuuuuttttt], oops.Ini pula gambar satu corner di rumah flat kami tu, frame-frame gambar dari kayu, warna pilihanku. Tukang memakukannya ke dinding, sudah tentulah paksu chot :)

Nak tambah gambar lagi, yeaaa......

p/s: esok aku nak ajak paksu chot ke Bukit Broga, biasalah kami. Sejak memulakan aktiviti cave exploration, minat pula kepada aktiviti lasak berlengas ni, lepas berpeluh-peluh masam, pergilah mandi, ek... hari tu dah dapat banyak deodorant dari Gatsby, hihihi.

Bukit Broga tu agak-agaknya jarak 1 jam, i jam lebih sikit perjalanan dari rumah kami.

Tak dilupakan, terimakasih kepada annfredly, sudi follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, May 26, 2010

Nak berjalan malam

Cuti penggal persekolahan akan bermula di awal Jun ini, sebenarnya dah banyak kali anak aku, si kak lang tu ajak ke Zoo Negara, zoo malam. Last pergi pun masa dia berumur 3 atau 4 tahun kot.

Tunda punya tunda punya tunda, bila aku survey di internet nak tengok kadar bayaran masuk; aku dapati yang zoo malam tak ada, yang ada cuma zoo siang. Kata orang yang menjawab telefon tadi, kalau tak silap dia, pihak pentadbiran zoo dah hentikan zoo malam sejak bulan Mei atau Jun tahun lepas.

Bayaran masuk pun adalah RM25 untuk pemegang MyKad dan RM9 untuk pemegang MyKid. Rasa macam nak menyelinap masuk kat situ jer. Tapi kalau pergi ke Kuala Gandah tengok gajah pun seronok agaknya. Tak tahu lagilah, nak kena panggil mesyuarat tergempar ni... buat keputusan secara beramai-ramai. Dah boleh bincang dengan anak-anak dah, anak-anak pun dah besar, kecuali w, masih nak pesan gula-gula setiap kali menelefon dia :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tuesday, May 25, 2010

Berakhir ketika bermula

Semuanya telah berakhir, pada hari ia bermula. Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan berjuta kecewa.

Begitulah kata-kata hati pada jiwa, membuatkan aku tenggelam dalam lautan airmata (masin jugak rasanya), lantas suamiku menghulurkan tangannya (yang tidaklah berurat-urat sangat macam tangan ahli gusti), menarikku ke atas semula.

Katanya, "sabar, jangan ikutkan rasa kecewa dan gundah-gulana, boleh saja ikut kata hati, tapi hakikatnya, mata kenalah lebih telus memerhati".

Terima kasih buat yang memberikan kata-kata semangat :)

Sebarang risiko yang melanda, suka tak suka, akan dihadapi juga.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, May 21, 2010

Ibubapa kena hadir

Hari minggu yang lalu aku menghadiri majlis pelancaran tusen yang disediakan oleh DUN [tteetttt] untuk anak-anak yang akan menduduki SPM 2010. Anak aku terpilih untuk menghadiri tusen itu, ia terhad kepada 100 orang saja untuk satu DUN.

Terima kasih ADUN DUN.

Semasa di dalam dewan, aku duduk di sebelah seorang kakak yang ramah, banyak juga tips yang dia beri dalam penjagaan anak, dan di penghabisan cerita, dia kata dia adalah mak saudara kepada seorang penyanyi lelaki, yang dulu menyanyi dengan kumpulan yang nak jumpa pakcik, tapi lepas tu penyanyi utama bersuara tinggi tu meninggalkan grup tersebut.

Tiba-tiba jer lalalalala kerja lalalala kerja berkumandang di hati ini.

Dalam hati aku berkata, "Eh! iyalah! patutlah ada rupa!!!"

Alamak, seronok pula berbual dengan dia. Terasa macam dah kenal lama, mesra, kakak tu memang tak sombong. Dan aku nak juga ucapkan terima kasih kepada ustaz pengelola majlis, sedap kari ayam yang dibawanya, kenapa ustaz tak sediakan plastik tapau?



Selamat berjaya buat anak sulungku dalam SPM 2010, ingatlah kehadiran mak di majlis ni, biarpun mak tak happening, tapi doa mak tetap mengiringi engkau...... belajar betul-betul, kutip ilmu masa dalam kelas, jangan sibuk berborak pula. Kalau tak, macamana dengan masa depan engkau tu? Mak ni hidup tidak menongkat dunia, masa mak akan sampai juga nanti. ok?

(heh heh heh, cakap dengan anak kena tegas skit, eh wah)

Terima kasih kepada tun, zulkbo, totyati sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, May 20, 2010

Dialog sasau

A. saya dah tawar hati, sampai tahap buka pintu opis terus sakit kepala, tak sanggup lagi dipandang hina disini

B. alergiklah tu, tak ada ubat tu, faham faham, susah nak bergaul dengan orang yang sangat-sangat hidung tinggi

A. saya pelik kenapa dorang ni sangat2 berlagak, hidung tinggi, sombong. Agaknya dorang cuma hormat kepada orang yang ada master kot

B. master? ai yem HE-MAN, I AM THE MASTER OF THE UNIVERSE, jerit-jerit sambil pegang pedang, and pakai spender cetotet jer

A. sambil angkat pedang pastu ckp "i want to kill the ****", heheeahahhahhaha

B. kill the time?

A. no not kill the time ... time is golden and diamond but i want to kill the [teeettt]

B. ahaks..... betul, don't kill the time, but kill the [teeettt]

A. kan sesuai tu, motto terbaru, 'what are you doing?', "i am killing the [teeettt]"

B. yezza....... lepas tu buat karibous

A. euwwww tak lalu ler

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Is this a poem? I want to cry like avatar

I want to cry, like Avatar
Aaaaaaaa
Aaaaarrrrrrrrr
Aaarrrrggggggghhhhhhhh

The cry is so loud, even you can hear from afar
I am blue, with clothes on
I also wearing neckless made from rocks and stones
And I am crying
Like the avatars, they did it under the tree, oops!
But I don’t do things like that, especially under the tree
We should fine a comfortable space
Oh shut up, I am talking about a bed

And I feel like crying again, like avatar
Oh should I put ‘a’ or ‘the’ infront?
I have no idea
Because my grammer is not even better
Compared to a cricket, playing in the open air

Aaaaaaaa
Aaaaarrrrrrrrr
Aaarrrrggggggghhhhhhhh

Why do I cry? Why must I cry?
Nothing. I just feel like crying
Like the avatar lady
So thin tall and blue
Yet so brave
And the cries was unique
So overwhelming
I want to do the same

Aaaaaaaa
Aaaaarrrrrrrrr
Aaarrrrggggggghhhhhhhh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, May 19, 2010

Terima kasih abah

Saya baru selesai sembahyang ketika w datang melompat menerjah ke atas sejadah. Terus....praaakkkkkk

Koyak dah sejadah tua ni.... memang tualah, kalau bela unta, dah lama boleh buat korban.




Sejadah ini disediakan oleh arwah abah untuk saya, di penghujung tahun 1987 bila saya berjaya di terima masuk ke sebuah pusat membeli-belah menyambung pelajaran di peringkat diploma.

Nama saya yang di belakang sejadah itupun dia yang tuliskan. Tak pernah tengok arwah abah mempamerkan kesungguhannya dalam hal anak-anak sebegitu. Ketika itu, barulah saya sedar, abah saya adalah a human being (was, dia meninggal tahun 1988 bulan Jun), and he had everything to be loved as a father figure and I look up on him. Abah ketika hidupnya melambangkan seorang yang sangat tegas dan jangan cuba buat kesilapan, siaplah. Itulah kebagusannya, aura seorang abah.

"Terima kasih abah, abah nak tahu, saya bawa sejadah ini ke mana-mana dan baru-baru ini saja sejadah ni koyak, cucu abah yang tengah lasak itulah meloncat ke sana-sini, tapi saya tak marah kat dia pun, budak-budak besar tu, apa yang dia tahu, kan. Masa abah hidup dulu pun, abah tak pernah marah kepada saya ketika saya berumur sebaya w, dan saya tak pernah lihat abah marahkan cucu-cucu abah yang hingar-bingar lasak masa mereka pun, sebaya w. Moga roh abah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah swt".

Sorry..... please excuse me, i have watery eyes.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Ragam W

Kan aku pernah cerita yang w nangis-nangis tak mahu pergi rumah makcik, dia masih lagi menangis setiap kali nak dihantar ke situ, jadi, antara segan, terpaksa, tak sampai hati, kasihankan anak sendiri, susah hati takut akan kecilkan hati babysitter, aku tebalkan muka minta undur diri dari rumah yang biasa hantar w.

Dan pada masa yang sama, minta kepada kakak-kakak w tolong carikan babysitter yang baru. Kebetulan, ada orang baru tampalkan iklan, penjaga kanak-kanak. Tanpa berlengah, aku mengatur janji dengannya.

Lega, alhamdulillah, dia sudi untuk menjaga w. Penjagaan w hanya ketika kakak-kakaknya ke sekolah sahaja, setiap hari lebih kurang 3 jam. Kalau ada kelas tambahan, barulah hingga setengah hari, kadangkala sahaja - sehari suntuk.


Sekarang w, ceria di rumah babysitter yang baru.



Aik, pandai plaks w sorok-sorok muka, dapat bakat dari siapa entah?



Aku nak berkongsi cerita, sudah banyak tahun makanan tengahari aku sangat-sangat simple, biskut, roti sapu planta dan kaya, kuih-muih macam ni, goreng pisang - aku sudah train perut aku agaknya. Tapi, malam-malam selalu pekena nasi juga. hehehe, diet failure namanya.

Anyway, pada pandangan aku, apa yang aku makan, tidak sepatutnya jadi kegusaran kepada orang lain, apa yang aku makan tidak melambangkan apa-apa yang perlu mulut-mulut lain cok-cekkan. Biarlah aku dengan makanan aku sendiri, cara aku sendiri, ia langsung tidak melambangkan samada aku tak ada kawan untuk makan, ataupun samada aku tak ada duit nak makan, ataupun samada aku seorang pemboros, seorang pembazir dan sebagainya. Lebih baik mulut-mulut yang sering cok-cek itu jaga mulut dan perut sendiri, takut tersembur airliur masa tengah telan nasi, sapa nak tolong tepukkan belakang awak tu? Kalau orang tak usik awak, tapi awak dok mengata kat orang.... adaker orang sudi nak berkawan dengan awak? Fikirlah sendiri... bak kata Nabil.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, May 18, 2010

Sudah terima kad jemputan kahwin dari ieyna

Terima kasih cikgu ieyna atas kesudian jemput maksu meraikan hari berbahagianya, bertemu jodoh dengan buah hatinya pada 5 Jun 2010 nanti.

Malangnya tidak dapat hadir kerana jadual untuk bulan Jun ini, sudah pun penuh.


5 Jun, anak buah paksu diakad-nikahkah di Selangor
6 Jun, anak buah aku berakad-nikah di Johor
12 Jun, anak buah aku (yang lain) berakad-nikah di area Ampang, tapi katanya majlis kecil, maksu tak perlu datang meramaikan. Oh... so nice of you for not inviting me. Thanks, jimat duit minyak
12 Jun, anak buah paksu yang kahwin pada 5 Jun dihantar ke rumah lelaki di Perak
13 Jun, anak buah paksu (yang lain) diakah-nikahkan di kampungnya di utara Perak nun.
18 Jun, anak buah saya (yang 12 Jun ampang) berkenduri di rumah parents yang telah beli rumah di sanun nun.

19 Jun, 26 Jun, 27 Jun, aku pandang kau, kau pandang aku, kita sama-sama gigit jari sambil garu kepala sebab poket menipis, wakakaka.

Saya nak ucap terima kasih kat r@tn@, sudi follow blog ini.

Buat Ieyna, maksu thinking-thinking how..... hhmmm, susah gaks ni... tak apa, whatever it is, yang paling penting sekali....maksu doakan kebahagiaan buat Ieyna dan cik abang sayangnya :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Monday, May 17, 2010

Bertemu juga selepas lebih dua dekad



Perkenalkan diri saya sendiri kepada semua.... saya yang bertudung hitam berbaju blaus biru dan ada di setiap gambar. Tak sampai nak hampakan rancangan reunion pada hari Sabtu yang lalu, saya teruskan juga. Alhamdullilah, bertemulah kami, cuma 12 orang yang mampu berkumpul. Hingar juga suasana sekitar dengan gelak tawa. Entah bilakah akan bertemu lagi.

Kami berpisah di tahun 1990, ketika saya 21 tahun. Bertemu semula baru-baru ini, dan tahun ini saya akan berumur 41 tahun. 20 tahun berpisah. Masing-masing berbangga dengan ukurlilit pinggang masing-masing ;)

Saya lihat nama-nama hai, qyme.fuz, madu dan racun - terima kasih kerana sudi follow blog ini.

p/s: menjawab pertanyaan, tiada rakan yang berasal dari Kuantan yang bernama Maziah. Rakan-rakan sekelas saya orang KL, NS, Melaka, Johor. ITM Melaka, 1988.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tilikan, percayakah tidak?




Arwah emakku pernah tengok urat-urat yang berselirat di kakiku, katanya, 'maksu, ekau ni memang tak ado poluang nak poie luar nogaro' (terjemahan, maksu, engkau ni memang tak ada peluang nak pergi ke luar negara).

Dia juga pernah tengok-tengok tapak tanganku, katanya, 'susah nak berduit'.

Ada jiran di kampung pernah tengok tapak tanganku, katanya, 'banyak masalah dan kesusahan dalam hidup'.

Tengok gambar yang menyambut kedatangan anda di blog ini, gambar dahi aku dan paksu chot. Menurut kata seorang rakan yang pernah menghadiri suatu kursus, orang yang kening tidak jarak, adalah susah nak jadi kaya.

Menurut seorang guruku di sekolah rendah, aku anak jin, sebab keningku bercantum.

Tafsirannya?

Hhhmmm, patutkah aku dan paksu chot pergi buat operation adjust kening nak bagi jarak, satu di hujung sanun, satu di sebelah sinun, manalah tahu, lepas tu kita boleh jadi kayo, sambil makan roti sapu kaya.

Hahahah, weird...tapi, tak kesahlah. miskin miskin pun, aku dah tuwa dah ha, tunggu panggilan jer......

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Inginkan paha pinggul menawan

Lagi tentang majalah yang dibaca semasa tunggu untuk menggunting rambut di salun [teetttt]. Kali ini tentang cara-cara membentuk pinggul, paha, betis dan pergelangan kaki yang cantik, mengikut cara artis Asia.

Cara-caranya biasa saja, semua orang dah tahu dah ni.

Naik tangga, berjalan (brisk walk) dan juga jalan berjengket.

Jalan berjengket ni biasanya boleh dilihat pada kanak-kanak yang baru pandai berjalan. Oh, patutlah pergelangan kaki mereka sangat comel dan cute.

Aku nak mulalah, jalan berjengket.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat hari guru buat semua guru-guru yang saya kenali melalui blog, antaranya

Brahimnyior
Jinggo edukid
CKLah
Akirasuri
Ieyna
Hani@debumelukut
Cikgu Zue
Chekdeenoor
Uncle Leenoh (pensioner)

siapa lagi ya......?

Dan juga kepada semua guru-guru di blog yang mungkin saya terlupakan nama-nama mereka. Juga buat semua guru-guru yang saya kenali.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Friday, May 14, 2010

Entah dapat entah tidak

Perkara dah dirancang sejak bulan lepas, sejak saya mula bertemu rakan-rakan di FB. Esok adalah hari yang dijanjikan untuk pertemuan semula yang akan diadakan di sebuah hotel yang boleh nampak bintang di kotaraya Kuala Lumpur yang indah permai... hampir separuh rakan sekelas telah bersetuju untuk hadir.

Pagi-pagi buta tadi saya telefon 'aduka' menyatakan saya tak dapat hadir, last minute cancellation. Dia marah-marah pada saya.
Aduka tidak kelihatan dalam gambar ni (Aduka adalah nama samaran, dia pernah jadi housemate masa di asrama dulu, di area Melaka). Saya adalah yang di dalam bulatan warna biru, gambar ini diambil pada tahun 1989 ataupun 1990.

Saya risau juga takut-takut aduka run amuk, sekarang ni banyak run. Run run bersama abang bomba, ada run chicken, run run show, runaway with the running bride,
.
.
.
.
Serba-salah jadinya. Err, dia tahu rumah saya di Rembau, juga rumah saya sekarang...habislah, tak ada alasan.

Insyallah, cubalah.... see how. See you, when i see you, happy weekend.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kisah robot

Ketika menunggu giliran untuk bergunting rambut di salun [teeetttt], aku tidak membuang masa, sebaliknya aku membaca majalah yang berlambak-lambak di kedai itu. Dari itu, barulah ku tahu dan berasa, kenapakah aku seolah-olah bagai dirobot-robotkan sahaja selalunya.

Menurut majalah itu, yang telah aku terlupa namanya, orang yang suka warna biru (aku) adalah gloomy. Manakala, bagi penggemar warna merah, (juga aku), amatlah sukar untuk meluahkan perasaan kepada orang lain.

Aku penggemar warna biru dan merah, gloomy dan sukar meluahkan perasaan.

Patutlah aku sering dirobot-robotkan. Alamak, sedihnya, patutkah aku bertukar kepada warna lain pula?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Thursday, May 13, 2010

Telekung awam berbau busuk

Masih lagi rasa simpati pada kak ah, selain dari itu, rupa-rupanya seorang lagi member telah kehilangan telekung, juga telekung hadiah, yang dibeli di Mekah Al-Mukarramah. Hanya tinggal kenangan. Moga-moga si pencuri tu pandai-pandailah bawa diri ya, jangan tercekik kain telekung sudahlah.

Masa nak sembahyang zohor tu, aku cakap pada kak ah, 'sabarlah kak, pakailah dulu telekung wakaf yang ada kat surau ni". Tapi kak ah tak nak, dia kata, 'akak tak nak, telekung wakaf ni bau busuk hapak tak berbasuh'.

Tiba-tiba ingatan kembali ke suatu zaman (bukan zaman dinosor), iaitu ketika seorang hamba Allah spesis perempuan yang tidak pun punya wajah rupa badan yang cantik; Beliau telah mengambil telekung-telekung wakaf di sebuah masjid, bawa balik ke rumah, basuh tangan, sidai sampai kering di bawah terik mentari, lipat kemas-kemas bagai digosok sterika dan hantar semula ke masjid.

p/s: Ya Allah, curahkan rahmat ke atas roh arwah omak ku, amin ya Rabbal alamin.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tidak tahan lama

Kakngah dan kaklang tidak berapa bersemangat nak ke sekolah minggu ini, ini kerana kasut mereka dah pun hancur. Aku ragu dengan kualiti kasut sekolah sekarang, tapi menurut mereka, ini kerana kasut itulah yang dipakai ke sekolah, berkawad, sukan dll. Apa nak buat, aku dan paksu chot belum mampu nak sediakan pelbagai jenis kasut buat sekian-sekian aktiviti mereka :(




Tengoklah, tunggu gaji ayah mereka pada pertengahan bulan ni.....

Sabar ya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, May 12, 2010

Sindiket

Telekung aku tak up-to-date, tapi ada juga orang pakai. Ni kisah telekung yang ditinggalkan di surau di tempat cari makan. Ada dulu orang pakai telekung aku, tapi jenis perempuan pemalas kot, lepas pakai, tak betulkan tali pengikat, main ikat mati macam tu saja, lepas tu gulung-gulung... wah...aku naik berang juga, sebab aku walaupun hampeh, tapi telekungku adalah kemas berlipat macam bersterika, konsep jimat cermat, boleh pakai lama.

Nak kata kedekut kata ler, tak kisah.

Tapi paling sian kat kak ah, telekung dia hilang, beg kompeni hilang, sejadah pun hilang, yang tinggal cuma kain tuala kecik lap muka dan bedak2.

Kak ah bengang sungguh, sebab telekung tu hadiah harijadinya yang baru disambut minggu lepas. sabar ya kak ah.

Aku ingat itu satu jer, rupa-rupanya ini adalah SINDIKET!!!

Bukan kak ah saja hilang telekung, tapi si Ar, si sapa lagi ntah, ada 4 orang kot kehilangan telekung, semua tu telekung yang cantik-cantik dan hadiah dari yang tersayang :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

SELAMAT HARI IBU

Terima kasih buat anak-anak, terutamanya kaklang, idea ini dicetuskan olehnya dan mendapat sokongan padu dari kakak dan kakngah. Selepas pertandingan kawad kaki, mereka ke pusat membeli-belah, untuk membeli kad dan gift, selepas itu boleh blah.

Terima kasih, mak doakan engkorang berjaya dunia dan akhirat, sentiasa dalam lindungan Allah swt, dapat jodoh lelaki yang baik beriman dan beramal soleh, murah rezeki, berkat. Amiiinnnn

Apa hadiahnya? ni... makanan segera. hahaha, kaklang teringat kot, aku pernah minta dia belikan junk food inilah, sekali beli kena beli 3 peket sekali, aku penggila junk food.

Harapnya masih tidak terlambat untuk wish Happy Mother's Day buat semua ibu-ibu, bonda, mak, ibonda, mother, mommy behind bushes (ooops!), mama - may happiness be with you always.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Gelagat W di padang KRS


Amboi seronoknya dia. Nasib baik kurang dah lasaknya, kalau tak, tentu pengsan nak mengejar dia di seluruh padang kawad.
eh wah, eh wah.

Kita sokong kakak-kakak di tepi padang, peace....

Panas, baby w sibuk nak buka baju, boleh juga buat lap peluh. Ahaks...eh! tertutup muka plaks, sowi.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tuesday, May 11, 2010

Tahniah kepada pasukan kawad kaki KRS

Pada hari Sabtu lepas, seperti diberitahu, ketiga-tiga anakku yang menganggotai KRS telah berada di tempat pertandingan seawal 7.30am. Ini kerana pasukan mereka, KRS perempuan, akan mengadakan persembahan pertama.



[dok gelak-gelak sebelum pertandingan bermula]


[sudah kena betulkan barisan]

[sila berdiri dengan cermat dan tegap ya]

[ha, macam tu lah, dongak, jangan tunduk pandang ke lantai, ni nak kawad, tapi kalau nak lalu depan mertua, kena tunduk hormat ya]

[yaahhhhh, caiyuk caiyuk, mulakan langkah, Serentak!]
[ini pula adalah pasukan KRS lelaki]

[tahan panas tu, anggap sebagai ujian]

Hasilnya, kedua-dua pasukan dapat tempat ke tiga. Satu peningkatan, pada tahun 2009 - pasukan perempuan dapat no. 8, sementara pasukan budak-budak laki-laki dapat no. 13. Tahun depan cuba lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Bukanku tak sayang

Dengan perasaan sedih dan susah hati, saya terpaksa memberitahu yang saya mendapat kekangan demi kekangan untuk meneruskan keaktifan berblog.

Terasa diri bagaikan sebutir telur cicak kuben di hujung tanduk kambing yang lincah, goyah. Sukar nak berblogwalking, bloghopping, reply comments.

hhhmmmm :(

Terima kasih kepada yang masih sudi melawat blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Saturday, May 8, 2010

Naughty yet cute?

Keadaan aku di tempat cari makan memang sentiasa tak cukup tangan, mana nak jawab telefon, mana nak walk-ins, tapi macam biasalah, tanggapan orang terhadap kita mahukan kita sentiasa power, superb bla bla bla, so bored...

Telefon berbunyi bagaikan tak berhenti, ada banyak voice messages yang ditinggalkan, malangnya aku hanya mampu mendengar semula rakaman setiap 3, 4 bulan... boleh dikatakan, AKU MALAS NAK LAYAN.

Patutkah orang yang jarak 4, 5 meja, jarak 1, 2 tingkat tinggalkan voice messages, sedangkan tuan tali leher sudah sediakan kemudahan untuk beremel dan internal chat. Kenapa lembam sangat dan masih ditakuk lama hendak tinggalkan voice messages juga, ingat aku ni ada banyak masa nak menelinga?

Oleh itu, silakan dengar pesanan suaraku yang terbaru, aku cipta special untuk para-para pemanggilku, "kalau saya tak jawab telefon, saya adalah sibuk, tolong telefon semula, jika tidak, saya alu-alukan anda menghantar emel, saya akan menjawab secepat mungkin".

Ada orang kata aku, 'naughty! yet so cute'....

hanya kerana mesej sedemikian.

Aku buat lagi ya.....?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, May 7, 2010

Selamat berjaya pasukan KRS Sek Men Abdul [teettttt]


"Dok sibuk berpeace-peace, bila nak bersiap tu?"

Apa yang dipaparkan hari ini adalah gambar pertandingan di peringkat sekolah tempohari, pertandingan antara pasukan KRS, Kadet Polis, Kadet Tentera, Puteri Islam dll. Alhamdulillah, anak-anak aku bertiga yang masuk pasukan KRS telah menjadi johan.

Oleh itu pihak sekolah menghantar pasukan KRS, lelaki dan perempuan ke pertandingan peringkat daerah yang akan dijalankan esok.

Selamat berjaya semua :)

caiyuk caiyuk!

kiri kanan kiri kanan kiri kanan, ke belakang....pusing!!
langkah ke hadapaaaan, cepat jalan!!





Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tubna Illallah, Tubna Illallah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[Al A'raaf.23] ......., "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Sedikit petikan, seperti yang diriwayatkan oleh Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu mengenai seorang Arab badwi yang datang berjumpa Rasulullah saw tentang 'kesempurnaan diri muslim', lalu baginda berkata, 'tanyalah apa yang engkau kehendaki'

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah
akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Tubna Illallah
Tubna Illallah
Tubna Illallah
Waraja'na illallah
Wa nadimna ala ma faalna


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Thursday, May 6, 2010

Boleh makan kari-bous

Masih tentang cerita dikelilingi orang-orang yang tertekan, di mana mereka secara sengaja atau tak sengaja, akan menekan orang-orang di sekeliling mereka.

Tukarkan ia menjadi lelucon. Itulah caraku untuk mengelak diri sentiasa dalam keadaan tertekan. Aku tidak mampu berada dalam keadaan tertekan, aku ada banyak hal lain yang pelukan perlukan aku.

Semasa makan sesama kita orang-orang yang sekufu dan sedarjat ini, seorang perempuan remaja purba telah menceritakan tentang dirinya dalam keadaan tertekan angkara orang atasannya. Aku cuba menyabarkan, "relaxlah Khadijah Raihanna, kalau kau terus-terus mencuka marah macam ni, aku takut nanti masuk paper pula"

Dia, "kenapa?"

"manalah tahu, nanti ada headline tajuk, ada orang atasan hilang tak tahu ke mana pergi. lepas tu kat tempat cari makan ni, kau pula datang bawa sebelanga masakan kari"

Dia, "pandai-pandailah engkau, kari apa?!", katanya, mula nak marahlah tu.

"Kari-bous"

Dia, "kari-bous?"

"iyalah, kau masak kari, kau cuma pesan kat kita bawa nasi masing-masing, dalam pada tu, orang atasan sudah hilang tak tahu mana pergi, rupa-rupanya kita semua sudah ngap dia sampai kenyang"

Dia, "hei! mengarutlah! aku tak nak lah makan kari-bous, eeiiii, tak ada selera, nak tengok muka pun tak larat, inikan pula nak masakkan dia jadi lauk kari"

"hahaha, dahlah, dahlah, cerita mengarut merepek ni memang seronok, layanzzz"

Kari-bous....??? apakah? eeiiiooouuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Misi itu panggil saya adik

Hai semua, saya gembira ni, sebab saya adalah di paras normal, apatah lagi, misi itu, yang memeriksa saya itu, memanggil saya adik!!! Heh heh heh, heh heh heh (gelak macam sin chan)

Ha..... kenalah belajar rahsia ah_weks mudas belias dengan saya, wakakakaka

Saya banyak merungut sekarang, saya geram saya kecewa saya sedih, saya tak ada kemampuan nak pergi buat blood test, saya hebat, saya boleh beri banyak alasan untuk permasalahan ini.

Masa, kewangan, faktor geografi... lagi!? faktor ... errr, suami saya tak layan rungutan saya (?), err, boleh pakai tak jawapan ni? ouch!

Hari ni encik tali leher sudah sediakan program pemeriksaan darah anjuran sebuah yayasan yang ada kaitan dengan buah pinggang.

Hasil pemeriksaan secara am (secara am saja, bukan detail - tapi.. alhamdulillah):
blood pressure: 114, 77
glucose: 5.4
kolesterol: 4.49
malangnya tak buat yurrrr... errr, yuuuurrrr, eehheeem, yurikkkkk...ish, susah nak cakap, ujian air kencing sebab [tetttttt].

Masalah saya, overweight, BMI 29. Gila banyak!!!! huhuhu, misi pesan, 'adik tahu tak punca penyakit apa? makanan, adik ni overweight, jadi adik kena lebihkan exercise dan lebihkan fiber dalam makanan'.

'Baik kak'

Adik? wow!!

Terima kasih buat Insan Biasa, zaidharis sudi follow blog ini.

Adik??? fuyooooooo

hehehe, walau bagaimanapun, saya kena periksa kenapa tumit saya sakit, bukulali saya sakit, ada sakit lutut, bla bla bla (tua dah sebenarnya, tapi kenapa misi panggil adik? adikkkk?? wow!! - dahlah! nanti lupa diri plaks)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Siapa kata menggalas batu itu mudah?

Adakalanya aku menjadi sebal dan sebu bila berhadapan dengan orang yang penuh amarah, hidup sentiasa tertekan, mata berapi-api. Mereka ini sentiasa melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Yang menjadi mangsa selalu adalah orang bawahan @ orang yang bertugas menolong orang. Mentang-mentanglah dikalahkan oleh kuasa, kedudukan kewangan, pangkat, harta :(

Adakalanya aku menjadi simpati kepada mereka yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan tetapi tidak tahu cara untuk melepaskan diri, aku lihat mereka itu bagai hidup dalam keadaan terbelenggu, tidak lepas bebas, fikiran terkurung dalam musibah.

Iya, aku mengaku, aku bukan manusia sempurna, aku tertekan juga, tetapi ... malaslah nak fikir dan layan perasaan dukacita. Lebih baik diteruskan saja perjalanan hidup yang singkat di atas dunia ini dengan sebaik mungkin, walaupun mungkin diri aku ini bagaikan pulut-pulut yang mengganggu di seluar mahupun skirt sesiapa... huhuhu, dah tersedihlah pulak... padahal nak cerita lain.

Lihat ni, karangan Imam Ghazali, buku Mau'izatul Mukminin, aku ambil sebaris dua petikan:

- Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan merasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

- Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Jagalah jangan engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sekali-kali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda marahmu ucapkanlah isi hatimu dgn baik.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Respon kepada respon (3) (Pak Long Sifu)

pak long said...
salam buat maksu...
aktifkan la entri yang terbaik lam blog jamilahayu tu...nak jugak baca entrinya..
May 5, 2010 12:49 AM


Buat pak long, blog jamilahyangayu dot blogspot itu memang saya kurang war-warkan, sebab saya segan nak memperjuangkan idea saya bersajak, berpuisi yang tidak pun secanggih mana jika nak dibandingkan dengan nama-nama tersohor yang lain.

hhmm, kalau nak kongsi memang boleh, malangnya saya dah delete blog tu, saya cuma simpan entri-entri saya sahaja, di pendrive.

Tapi saya berasa seronok nak kongsi apa yang baru saya sumbangkan di esastera,

LUAS

aku bersahabat dengan alam
aku selami lautan rasa
aku jejaki dasarnya

lalu aku didengarkan bisikan
syahdu
meruntun di jiwa

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

Sungguh ajaib segala ciptaanMu Ya Allah

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Pujian untukMu Ya Allah
setiap detik sungguh bermakna

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
aku menaruh harap hanya kepadaMu Ya Allah

Allah
Allah
Allah
• SAJAK > 2010 (Januari - Jun) > LUAS disumbangkan pada Khamis, 6 Mei 2010 10:06:04 AM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 6 Mei 2010 10:06:04 AM oleh Ayu Jamilah

p/s: terima kasih ina, sudi follow blog ini:)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Aku bagaikan ikan masin di dalam pingganmu

Sejak joined fb ni, aku dapati ramai juga pemblog-pemblog mewar-warkan tentang blog mereka di dalam fb. Cuma aku saja yang belum. Aku segan. Maklumlah, di fb ada rakan setempat mencari makan, sanak-saudara, adik-beradik, rakan-rakan semasa di institut, rakan-rakan sekolah yang pernah mengenali aku sejak di darjah satu.

Kalaulah tiba-tiba mereka tahu yang aku ada blog, apakah tanggapan mereka? Aku bersembunyi di sebalik pokok, sedangkan mereka kenal wajah aku yang lugu ni. Aku menggunakan nama mak su, dan mereka memanggil-manggil aku dengan nama yang terpahat di surat beranakku.

Macamana? Adakah mereka akan memandangku sendeng?

[terjemahan dari vcd tttuuutttt, 'awak tidak boleh menyendengkan perkara ini'. 'barang itu adalah menyendengkan the but dia tiada di sini is']

Hish, macamana ek? Sedangkan bak kata Encik Ben Ashaari yang tidak berlakun bersama dengan Ben Kingsley di dalam filem Gandhi tu, salah-satu cara untuk meningkatkan trafik ke blog kita adalah melalui fb.

Haduh (letak tangan kat dahi), terbayangkan ikan masin di pinggan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, May 5, 2010

Telah tiada lagi

Aku ingin mengucapkan takziah buat N kecik di blog ini, http://greentea-alice.blogspot.com/ atas kehilangan adiknya pada siang tadi, iaitu lebihkurang pada pukul 3petang. Terus-terang, aku tidak sedar akan kehilangan tersebut sehinggalah tiba-tiba N kecik mengeluarkan tangisannya dan keadaan agak kelam-kabut sehinggalah seorang rakan memberitahu yang N kecik menangis atas kehilangan adiknya.

Takziah dan al-fatihah buat adik awak ya N. Bersabarlah.

Teringat pula kepada suatu emel yang pernah diterima, isinya mengingatkan tentang kematian;
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

28 April 2010

Pada 28 April lepas, aku dapati bahawa earnings dari Nuffnang sudah boleh dicashkan, sudah melepasi border RM50.



Bolehlah sikit-sikit, buat belanja anak-anak makan. Untuk sekadar berkongsi, pendapatan pertama aku (nombor 1) adalah selepas 5, 6 bulan aku mula meletakkan iklan nuffnang di blog. Pada mulanya, aku checked status setiap hari, lama-kelamaan, aku belajar cool down sikit, sedar tak sedar, selepas banyak bulan jugalah, dapat juga RM70+. Yes!! Selepas clicked cashout button, kena tunggu pula pihak pengurusan Nuffnang memproses.

Begitulah adanya, untuk mendapat yang nombor 2, pun begitu juga. Lama nak menunggu. Sama dengan nombor 3. Cuma yang nombor 4 dan 5 tidak jauh sangat jaraknya kerana baru-baru ini aku menyertai Gatsby Deodorant Street Fair.

Walau bagaimanapun, ini pengalaman manis bagiku, iyalah... suatu ketika dahulu, orang mengatakan bloggers adalah seperti mon***, kuat berangan, tak ada kerja, tah hapa-hapa, so bored bla bla bla. Sekarang, jangan mengata, tengok sekeliling. Jangan tengok aku, aku ni blogger biasa-biasa saja, tengok orang lain yang berjaya mendapat pendapatan sampingan dari Nuffnang berjumlah ratusan ringgit ribuan ringgit dari iklan.

Yea!! caiyuk caiyuk, bloggers.... all the best to you!

:)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Penting adanya kemahiran

Sambung lagi cerita w tak mahu pergi rumah makcik, hubby kata dia nak beli vanlah, nak bawa budak-budak sekolah, boleh angkut w, dan kalau w dah sekolah, boleh terus hantar ke sekolah, tak perlu fikir-fikir nak cari transportation.

Entahlah, perancangan saja. Aku pula? Macam-macam yang aku fikirkan, semata-mata untuk kebahagiaan anak. Tapi, sejak 3 anak-anak yang dah besar tu bersekolah menengah, kesesakan amat-amat dirasa!! Untuk bulan lepas hingga minggu ini, setiap hari mereka bersekolah pagi, petang. Ada latihan kawad, ketiga-tiganya masuk. Pertandingan peringkat daerah adalah pada hari sabtu ini. Sudah tentu mereka bertiga dah ingatkan kami, hampir setiap hari.

Jadi, tentang baby w tadi, aku ingat nak kena berniagalah, perniagaan internet. Tapi tak mahu nak mula di mana, modal pun tak ada, idea pun kurang. Nak jual apa? karipap frozen, donut frozen, kuih badak frozen, muruku, kerepek pisang, kain ela, kain tudung, brooch, alatan perkahwinan, baju baby etc etc.

Tak tahulah, betul-betul kebuntuan idea nak menangani :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Fikiran serabut, awan pula mendung

Fikiran serabut, kusut, tak tenteram, macamana nak pergi kerja kalau baby w nangis nangis nangislah. Di luar pula, tengok awan kelabu macam tu... seolah-olah turut membaca apa yang bersarang di fikiran.

Inilah dia, menangis meleleh-leleh airmata, "tak nak pergi rumah makcik, tak nak pergi rumah makcik". Aku jadi sesal, kesal, didatangi perasaan ralat kerana tiada kemahiran untuk dipraktiskan di rumah, tak tahu nak kesali apa...? Kesali diri sendiri? Nauzubillah....


Dia dah besar, maklumlah, orang dah tak perlu pakai lampin pakai buang lagi dah di waktu siang. Iyaler, orang nak masuk umur 4 tahun pada bulan ogos ni, tiap2 hari komplen, "bila mak nak hantar w pergi sekolah? w nak naik van..., w nak baju sekolah pink, kasut pink, sepit pink, bulu mata pink, rambut pink, cekak pink, seluar pink"

Lepas tu dengan lasaknya, kacau budak sana, kacau budak sini, baby sitter marahlah kat dia gamaknya, suruh dia tidur. "makcik marah w, makcik marah, tidur, tidur".

Cakap pun masih tak betul susunan ayat.... macamana nak buat? Aku sedihlah... Hati aku tak tenang nak bekerja minggu ni :(

Walau apapun, saya nak ucap terimakasih kepada cdot the dot, Cikgu Ili dan oklah10, atas kesudian mereka follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tuesday, May 4, 2010

Aku peribadikan, Jamilah.yang.ayu



Aku tutup blogku yang dinamakan, Jamilah Yang Ayu kerana cemburu. Lucukan, aku, maksu, menulis di ceritakosong, juga di jamilahyangayu, mencemburui blogku sendiri.

Pada mulanya aku hairan, kenapakah blog jamilahyangayu yang tidak aktif lagi mendapat tempat top 50 beberapa kali. Bukan ceritakosong...hairan? Di sana aku berbicara tentang jiwa, di ceritakosong aku bercerita yang kosong-kosong sahaja. Hairan, aku hairan.

Tapi sekarang aku sedari, ini semua terjadi mungkin kerana salah faham sahaja. Ini semua kerana kesilapanku dalam meletak dan mengupdate stat counter, motigo.

Walaubagaimanapun, jamilahyangayu, sudahpun aku peribadikan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Bersyukur kepada Allah itu adalah sebuah keberatan

di kala diri dalam keadaan kepayahan, tenggelam, tenggelam dalam habuk dan debu-debu yang senantiasa berterbangan melata ke sana dan ke sini.

Betapa beratnya lidah ini untuk mengungkapkan ucapan 'Alhamdulillah', aku bersyukur kepadaMu Ya Allah di kala diri ini, sibuk dan sebal, menepis habuk-habuk, debu-debu dan zarah-zarah yang hinggap sebentar cuma mahupun lama masanya.

Biarpun jisimnya kecil, tapi amat payah dan berat, sedangkan dalam masa yang sama, jangan jangan jangan, jangan tinggalkan, 'Alhamdulillah', kerana apa yang berlaku hari ini, bukan dalam pengetahuan.

Apa yang ditempuhi, merupakan coretan pengalaman, perkara yang mendatang, sambut penuh kelapangan.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Telur ayam yang belum direbus, letaklah di hujung tanduk

lalu bacalah mantera ini, 'bagai telur di hujung tanduk'

Tetapi aku ini, masih berharapan, kerana diri ini, masih memerlukan kepada oksigen.

Biarpun telur ayam yang belum direbus itu mungkin kan jatuh, dan pecah berderai, boleh beli telur ayam yang lain sebagai pengganti.

Nak ambil kesempatan ini untuk ucap terimakasih kepada Suhana, adam yusof, roslaini saad - atas kesudian follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Monday, May 3, 2010

Selamat berblog buat anak buah ipar

Pada mulanya aku sekadar berseloroh dengan owner blog ini, http://oliveanna.blogspot.com/
iaitu Suhana (anak buah iparku). Tak sangka, berminat pula dia untuk berblog.

Di sini, aku nak ucapkan, selamat berblog buat anak buah iparku, Suhana, caiyuk caiyuk.

Selepas berblog, barulah dapat feel dan tahu kenapa maksu berblog. Nak cerita apa pun tak tahu, lalu selami dan rasailah sendiri :)

Ini gambar header blognya {tak pernah terbayang dek aku....yang aku akan ada dan buat blog.. errmmm semua ni gara2 mak su... thanks maksu :) KAU SUMBER ILHAMKU.. (ewah)}

Wah.... kome buat maksu rasa terharu ler, ada tisu tak? nak lap airmata, hihihi.

a href="http://2.bp.blogspot.com/_wvQtBcCbLik/S96hRJt1HrI/AAAAAAAADlg/yRKCpBY1yis/s1600/her+blog+suhana.JPG">

Selamat berjaya Suhaha, happy blogging :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.