Friday, April 30, 2010

Kambing, susu dan aku yang punya tumit

aku cadang nak beli susu kambing, orang kata ia adalah replacement terbaik untuk susu ibu. Nak cari ibu susuan, tapi, errr....... arrrrkkk!!!!

Ada seorang kawan di tempat cari makan ni jadi ahli menjual kambing punya susu. Kiranya senanglah aku nak dapatkan stok. Sudah periksa websitenya, ada macam-macam produk, ada pelembap muka, ada sunblock aka pelembap muka juga.

masalah aku ialah aku tak penah pakai pelembap muka seumur hidupku...errr, penah kot. Masa hari bersanding [kahwin], mak andam yang tepekkan.

Selain dari itu, tak pernah. Salah satu alasan, takut tak sesuai dengan muka.

So, should i try now? using a moisturiser? Sekarang ni aku cuma ada pencuci muka, scrub muka, scrub badan, lotion baby untuk sapu di muka setiap hari, baby oil untuk sapu di badan setiap hari (sebab nak elakkan kulit kering), dan talkum powder. Sekarang sedang pakai talkum powder berbotol pink kepunyaan w, sebab dia sudah tak nak pakai sebab dia dah ada talkum powder gambar ikan duyong mermaid yang santek.

please, please, tolong beri idea

Tengok iklan tivi produk untuk kecantikan wajah, cantiknya si penyanyi wanita tempatan yang kahwin dengat mat saleh, Omar Sharif.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tukar tayar motor

Tayar motorsikal sudah botak dah kedua-duanya, huhuhuhu. Pantang lalu depan bengkel motorsikal tentu akan dilambai-lambai oleh tokei kedai. Senyum-senyum, ramah sungguh.

'Abang, bawak isteri cantik, tapi tayar sudah botak. Jangan bang, kasihan sama amoi, itu tayar botak dua-dua kasi tukar, saya jaga ini motor macam abang jaga isteri abang'.

Amboi ayat, sekarang tokei kedai adalah membuat direct selling, direc direct dia selling kat you.

Anyway, sudah pun tukar tayar botak, kedua-duanya sekali, kena campur tolak 150, terbang, terbang (lambai kepada 'uwang'). Kami guna tubeless, tak pakai dah tayar bertiub tu, huhuhu, sadis. Pernah dulu, dibuatnya tiap-tiap hari berturut-turut kena paku, asik berulang ke bengkel motor tukar tiub, sekali tukar kenalah dalam 16/17 ringgit.

Anyway, ini tayar tiub-less, kitorang lanyak sampai bunga tada, benang juga keluar.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Tukar peranan

Baby w ajak aku main masak-masak. Dia jadi mama dan aku jadi anak. Mama pun masak, mama masak manik-manik rantai siapa entah dia dah buraikan dan mama masak dalam pinggan dan periuk yang ditemuinya dengan mudah di dapur. Tak kesah, asalkan jangan dia buat perangai.

Sebagai anak, kerja aku adalah minta makannnnn saja. 'mama' pun masakkan nasik, lauk sup, ada sayur. 'anak, anak makan ya, suap sendiri'

'uweekkk, uweeekkk (nangis), mama mama mama, mama suaplah, anak letihlah nak suap sendiri' (cakap gaya hagemaru).

lepas tu w pun suapkan aku, wakakakaka

lepas tu dah ngantuk pula, tukar peranan lagi. Dia jadi baby, aku jadi mama.

Dia nak tidur dan suruh aku dodoikan. Aku dodoikan lagu 'sallallahu ala Muhamad", dia tak nak. Sebab!? Tersalah lirik ..... Dia suruh tukar.

Selalunya aku dodoi dia dengan lagu 'solla alai kaulah huya adnani.......' lalalalala, lalalaalla (sori, terlupa lirik).

Lepas tu tiba-tiba dia cocok lubang idung aku. Aku tanya, "kenapa?"

Dia kata dia dah jadi doktor, nak cek hidung mak.

Iya? boleh?

p/s: jadi doktor kerja cek lubang idung orang ker? ish ish ish, susah sungguh peranan kamu..... ;p

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Thursday, April 29, 2010

POEM: Preach What You do

Do not teach your tongue to lie, that's what happen around us. People may talk, people may say that they could dance, but do they really mean it?

Preach What You Do
you have been so bold
in your sarcastic words
yet I can see from the untold
you are afraid in your life

you don’t want to take any risk
you are living behind a shadow
hiding behind a curtain

and now I am demanding for you
to say your talk
clearly
visibly
I want to see the truth
Preach What You Do

Preach What You Do disumbangkan pada Rabu, 5 November 2008 11:31:36 AM • Kali terakhir diubah pada Rabu, 5 November 2008 11:31:36 AM oleh Ayu Jamilah

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

"Akak pakai tudung"

Masih dilanda kebizian.

Scene, chat box:

orang 1... kau free tak? ada lagi nak tanya.....
M... ye puan
orang 1... client ni, company name dia, sendirian berhad atau berhad?
M... berhad kak
orang 1... wokeh...... tapi semua ada word capital in front, kan
M... tak da
orang 1... ok, pening dibuatnya...
M... panadol kak
orang 1... panadol? aaaaaaa , jerit sambil tarik tarik rambut
M... sabar kak, akak pakai tudung
orang 1... tak apa, jerit sambil tarik tarik tudung pun boleh

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mengejar mengendong dan risau

Semalam aku ada di tempat cari makan, walaupun w demam. Dan cuma sempat buat satu posting, sebab kesibukan melanda.

Boleh saja ambil cuti kecemasan, itulah sebaik-baiknya bagi wanita beranak kecil, tetapi ada kepentingan pula di tempat cari makan. Aku kena menyiapkan

bayaran pendapatan untuk bulan April untuk kakitangan sokongan. Kalau aku tak ada, khuatir jika pendapatan pakcik [tettt] terpaksa ditunda ke hari ini, sudah tentu pakcik [tetttt] akan bermuram-durja.

Setelah mengambil uwangnya, pakcik [tettt] tersenyum ceria, dan pada belah petangnya pula, aku berasa lega kerana demam w sudah lega. Hari ini, tiada kerisauan dan boleh menghadirkan diri di tempat cari makan dengan berlapang dada. Terima kasih untuk jejak-jejak bertapak yang ditinggalkan untuk entri semalam, akanku jejakimu, insyallah :)

Terima kasih kepada Zarul_maxoil, Cik Pah, Ibuhani atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Wednesday, April 28, 2010

Yang dikejar tetap dikejar, Yang dikendong tetap dikendong

Tetapi hati yang risau dan tidak senang, tetap sahaja risau dan tidak senang.

Balik ke rumah senja semalam terkejut kerana badan w panas, demam, dengan selsema. Ubat pula dah habis (ubat demam untuk toddler).

Suruh kakak pergi belikan ubat demam di kedai runcit pakcik K, aku pesan, 'ubat demam untuk kanak-kanak, katakan umur yang dalam 3 tahun'. Dan dia bawa balik ubat deman pil (jenis hisap), ubat ini mengandungi paracetamol, keep out of reach of childern (kalau makan ubat ni, tentu tidak dibenarkan memandu kenderaan).

Sebelum itu, w dah muntah di tepi tilamnya, di bilik air dah muntah 2 kali (malangnya henpon tidak dapat dihubungi sehari-harian semalam, salah siapa? salah line providerkah? takkan salah duit syiling, sebab aku bayar advance ni, oops!)

Aku berikan ubat pil itu kepada w, mula-mula ok, lepas tu tup-tup dia termuntah terbelahak. Terus menangis, tak nak dah ubat ni.

Geram juga, dan aku lepaskan marah kepada kakak, 'awak dulu masa kecik macam ni, mak berikan ubat air, bukan ubat pil'. Entahlah, tak tahu nak marah siapa, pekedaikah atau pekilang?
Lalu aku buka baju seluar baby w, tinggalkan sepentot saja, ambil tuala kecil, basahkan dan laplah badan w, lap sahaja, lap terus badannya sehinggalah suhu panasnya menurun, dan w segar semula. Dan seterusnya, lega, alhamdulillah.

Aku pesan pada anak2, kalau budak kecik besar baby w demam, tanggalkan pakaiannya, basahkan badannya, jangan selimut, beri minum air kosong.

Aku sangat seriau dengan anak kecil yang demam, kerana pengalaman buruk dahulu. Lihat sini, http://arkibceritakosong.blogspot.com/2009/02/everybody-will-experience.html, http://arkibceritakosong.blogspot.com/2009/02/inilah-dugaan-buat-seseorang.html

Di bawah ini gambar yang sempat diketik di hospital ketika itu, Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, April 27, 2010

Respon kepada respon (2)

lAgak teruja setelah membaca respon dari SYAbAR, kak SYAbAR. Katanya, kenapa sembunyikan wajah,


baca seterusnya,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SYAbAR said...
Salam. Terima kasih dik sudi jengah dan tinggal jejak kat blog s/usaha veteran ni. Sebab apa akak kata veteran, dah 21 tahun dalam dunia kesetiausahaan tanpa berfikir untuk beralih bidang.

Awat che' suka sembunyi2 wajah, kurniaan Allah tu kan terbaik buat insan yang dicipta lahir ke dunia.

Moga silaturrahim yang terjalin hari ini berterusan.
APRIL 20, 2010 4:53 PM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya ketika mula berblogging dulu (Apr 2006), saya ada letak gambar, tapi bila saya dah mula pandai blogwalking, saya dapati ramai bloggers tidak meletakkan gambar mereka, malah mereka tidak gunakan nama seperti di dalam kad pengenalan MyKad sijil lahir sijil berhenti sekolah, lalu saya pun terikut-ikut trend -> tidak meletakkan gambar. Sekarang ni nak letak gambar boleh saja, tapi masalahnya saya ni tidak fotogenit fotogedik fotogenik.

Kemudian, tentang panggilan itu, sebenarnya saya rasa saya dan Kak SYAbAR ini lebihkurang sebaya saja kot, saya ni dah nak masuk 41 dah. Dah bekerja semenjak mid-1990. Latarbelakang pekerjaan pula, lebih banyak dengan expatriates, lebih banyak menggunakan first name. Jadi saya memang biasa memanggil orang begitu-begitu saja :)

Yang benarnya, saya sepatutnya memanggil kak juga kepada bloggers Kujie dan Kayteeze/Tie. Ok, mulai esok... saya janji (sambil buat lambang fist peace).

Tiba-tiba teringat kepada seorang rakan lamaku, Jahnny Depth, Jan iteww, dia tu makan gambar orangnya. Kalau bergambar, cantik sokmo. Tak makan tua pula tu, apa yang dia makan entah, sandwich atau nasi?

Sori, bergurau. Buat Kak SYAbAR, saya ingin meneruskan persahabatan siber ini, mungkin kita boleh berkenalan di luar dunia siber juga, malangnya link akak sudah hilang.... huuhuhuhu, camner saya nak visit lagik? uwaaaaa uwaaaa

motif? nak mintak link (ehheeem, teknik saikologi) (alamak! tercakap plaks!)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Manusia bermasalah

Memang biasa sangat kita dengar, "aku ada masalah". "aku ada masalah". "aku ada masalah"

Tapi apakah dengan bercakap begitu masalah akan lari? Tak... sprinter akan lari, bila wisel ditiup, tapi kita ini, jangan lari dari masalah. Embrace and then, let go. Survive.

Bagaimana hendak selesaikan masalah andainya tidak berlapang dada, kerana setiap hari 1 masalah baru akan menerjah ke ruangan lingkup diri kita ini. Masalah datang pula, dalam pelbagai bentuk.

Oleh itu, apakah patut tinggalkan rupa bentuk manusia dan kembali ke alam haiwan? Maka nanti jadinya makan tidur kencing berak nafsu nafsi, balik balik itu, balik balik itu.

Ada banyak telah diajarkan, tapi aku percaya, dengan hati dan fikiran yang lapang, setiap masalah boleh dilalui dengan mudah. Bukan nak ceritakan tentang jalan penyelesaian, setiap individu ada pendekatan tersendiri, di sini aku nak ceritakan tentang berlapang dada dalam bermasalah.

Pastinya semua orang tahu apa itu Asmaul Husna, Daripada Abu Hurairah r.a., beliau brkata: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yg menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga". Hadis Riwayat Bukhari.

Seterusnya bacalah doa selepas membaca AsmaulHusna, "Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu & anak hambamu & anak hamba perempuanmu, uburku dalam genggamanmu. Perintahmu telah lalu atas diriku dan Engkau Maha Adil dlm Qada'mu. Aku memohon kepadaMu dengan segala namaMu yang untuk Engkau berikan atau Engkau turunkan di dalam kitabMu atau Engkau mengajarkan sesiapa makhlukMu atau Engkau yg sembunyikan ilmu ghaib (dalam) pengetahuanMu disisiMu supaya jadikan Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku serta menghapuskan duka dalam diriku".

(Rujukan: buku kecil warna putih, ada frame hijau, surah-surah untuk amalan harian [sori, tak ingat tajuk sebenar])

Terima kasih kepada followers #72 dan #73 (azliza) :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Pengalaman anak buah paksu chot kena semput

Saya tak sempat nak reply komen satu persatu untuk hal semput earlier, tapi di sini saya nak sambung lagi cerita semput. Ini adalah cerita anak buah paksu chot sendiri, budak lelaki itu tidak pernah aktif dalam apa-apa pun aktiviti di sekolahnya malah tidak biasa masuk unit beruniform pun. Kelihatannya dia adalah seorang yang kurus dan lemah. Adik-beradiknya ramai dan bapanya cumalah seorang pekerja di kilang kayu arang, ibunya pula adalah seorang suri rumah.

Dia adalah anak ke-2, selepas SPM dia duduk sekejap dengan kami di KL, ikut paksu chot kerja. Tidak berapa lama, dia jemu di KL dan balik ke kampung. Selang beberapa bulan, kami diberitahu yang dia telahpun diterima masuk askar. Dia memanggil paksu chot yang dipanggilnya pakcik ben untuk pulang ke kampung kerana dia perlukan bantuan pakcik ben (pakcik ben adalah panggilan untuk paksu chot di kampungnya).

Anak buah ni meminta bantuan paksu chot untuk menguruskan, membawa dia pergi berjumpa seorang ustaz untuk minta penawar asthma.

Seterusnya, anak buah ni sukses dalam askar dan setelah posting ke Sabah dan Sarawak, sekarang berada di KL, dan tiada pernah lagi mendapat serangan asthma semenjak meminum air penawar berkenaan, alhamdulillah, doa ustaz tersebut mendapat makbul dari Allah swt.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Kasut ayang anje stroberi cupcake blueberi muffin dah patah

Uish, panjang sungguh nama manja aku, tapi dah manja kan...pedulik hapa.

Tak perasan pula pagi tadi, kasut aku yang ala-ala crok tu boleh terpeleot cakoknya. Tapi aku tersasul, aku jerit kat hubby, "bang! kasut ayang anje stroberi cupcake blueberi muffin dah patah".

Hubby muka pelik-pelik, lepas tu aku pun pelik. Rupa-rupanya tersalah cakap, patutnya cakap putus, cakoknya putus. Maksud meaning?

Belilah kasut baru untuk ai please, heheheeh. Kali ni tak nak yang ala-ala crok. Nak yang ori.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Monday, April 26, 2010

Dia tak datang sebab dia lepak di hospital...

"Kenapa lepak di hospital pukul 10pagi? dia melawat kawan dia beranakkah?", tanyaku tatkala si penerima panggilan di sebelah sana menerangkan kenapa minnie tidak datang berkerja.

Aku sedikit bengang, lepak di hospital? Kerja yang ditinggalkan terbengkalai ini macamana? Tapi selepas si penerima ketawa-ketawa mendengar remarks dariku, barulah dia menerangkan, Minnie sebenarnya pengsan di tempat cari makan kerana semput/asthma. Oh, manaku tahu, engkau patut terangkan dari awal, jangan menjemput remarks bernada songsang, huhuhu

Teringat kepada kakakku yang dimasukkan ke hospital, dia pun semput/asthma juga.

Sebentar tadi, hubby menelefon, jirannya di kampung, iaitu di utara tanahair, telah pun meninggal. Makcik A. Innalillahi.......

Makcik A juga ada semput/asthma, selalu dia komplen, 'makcik penat, makcik penat'. Bercakap sedikit pun sampai mencungap-cungap. Selain dari itu, makcik A juga adalah was a cancer survivor. Makcik A adalah (was) besan kepada ibu mertuaku.

Nak ucapkan terimakasih buat follower #69 dan 70, juga Nonie, follower #71.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


Saya berkahwin pada umur 23 tahun

Oleh itu, sekarang saya nak layan tag dari saudara silbi abigail, http://silbiadekabigail.blogspot.com/2010/04/tempias-juga.html yang saya dapat pada 4/4/2010.

Kenalah fahami peraturan, sebaik anda telah dikenakan tag been, anda dikehendaki menulis nota dengan with 23 perkara secara rawak tentang benda, fakta, habitat (habitat? giler punya tag), gol anda (Masyallah.... pengsan). Ujung-ujung, pilih 5 orang untuk to be tubi tag dikenakan.

(the original rule is in English, aku gatai campo penin, itu sebablah aku translate macam hagham) (Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag!!)

Lama simpan tag ni, sebab tak ada modal nak berniaga jawab sebenarnya.

1. rimas bila bercakap dengan orang yang banyak gunakan perkataan 'ooi' untuk bercakap atau menulis
2. tak suka bercakap banyak, sebab dalam mulut ada emas
3. lebih suka mengemas rumah dari masak
4. lebih suka menonton filem action, thriller dari cinta
5. menonton filem Tamil adalah lebih seronok dari menonton cerita Hindustan
6. menonton cerita lawan dari HK atau Thai lebih thrill dari menonton cerita lawan2 dari M'sia
7. baca Quran & terjemahannya lebih baik dari baca novel
8. boleh biadap dengan saya, jangan biadap dengan Yang Beri kamu O2

alahai.... baru lapan......

9. suka mee hailam
10. suka makanan percuma, oops!
11. nak belajar errr.... apa entah, mengonglah aku ni.....

12. bermulut cibai dengan saya memang boleh, tapi nanti saya jawab balik bai bai bai
aduh... tak ada idea sungguh nak cerita apa. ha!!! Fakta! yes!

13. habitat saya di atas darat
14. habit saya suka bersihkan rambut yang bersepah di sikat
15. habit saya akan pakai bedak sejuk kalau terasa muka ada jerawat
16. saya sekarang sedang minum air rumput (wheatgrass)
17. saya nak pergi cuti ke pulau perhentian, tapi laki saya ni nak ke gunung jerai

errr.... ok lah ni, saya mengaku kalah, huhuhu (18 hingga 23, please fill in the blanks).

huhuhuhu

Silbi abigail, jangan marah ya......

Saya tak tag sesiapa :), sweet dream!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Menjawab panggilan telefon sambil merapikan eyeshadow

oh tidak! ini semua dalam anganan saja. Beli eyeshadow pun tak pernah, inikan pula nak buat kerja two-in-one, apa kes? saya ni!! buat kerja, all-in-one. Ni sambil tulis blog saya tunaikan hutang tag sambil blogwalking sambil bloghopping sambil kunyah muruku sambil rehatkan minda.

Proceed (mak aii, macam garang).....

Terima kasih azq, http://azq.blogspot.com/2010/04/tagged-by-cik-wan-all-in-ten.html sebab sudi mengetag saya (sebenarnya dah jawab tag ni, tapi saya lupa kat mana, lagipun thanks to azq, dia ni layan gaks saya punya feeling! eh, bukan feeling tot tet tot tet tu, kadang2 saya merepek tak tentu hala, pun dia layan gaks, tq tq)

1. Siapakah Diri Anda Di Rumah? Banker (ya? awak nak jumpa saya? sila isi borang ambil di kaunter).

2) Siapakah diri anda di samping rakan? Entahlah, tak tahu apa pandangan mereka tentang saya, kira macam boleh geng kot.

3) 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai (blueberry yang ada internet connection, yacht, bungalow on hill top, swimming pool yang ada wading pool, motorsikal kuasa tinggi)

4) Siapakah Nama Pasangan Anda? Chot.

5) Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda. Entah, tak perasan, tahu kahwin jer, huhuhuh

6) Tarikh anda couple ? Entah, tapi berkenalan di early June 1990, alah, yang saya sesat kat atas bas tu.... aauuwww

7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda? [penat dok fikir ni, menung depan pc], entah, tak perasan, tahu kahwin jer, aauuww.

8) Lagu tema cinta anda? Tak ada lagu, too busy with each other, oops!! oopss!!!!

9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda. No hair? oops!

10) Tag 10 rakan. Tak apalah, tak tag sesiapa :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Kepala pusing laluku layan tag wasiat

Here me here me, dengar sini semua, saya tengah pening kepala, maklumlah, merenangi lautan kencingan... huhuhuh, rasa macam nak pitam, mood -> non ado. Oleh itu, lebih baiklah saya layan tag yang baru saja dapat hari ini (saya masih berhutang tag silbi abigail juga tag dari azq, huhuh, insyallah, hari ni nak buatlah). Kasik perabis semua.

Bila saya baca tag ini, saya pun sedarilah, entah ada kaitan atau tak, sebab ia berasal-usul dari ORANG KAYA KG SEPENING LALAT!!


Tag ini telah terbang dan pelepap, jatuh di ceritakosong ini dari http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

Tag yang jatuh pelepap, bukan itu lembu punya barang...hihihi. Proceed.

1.Thank & link the person that gave you the cik Cow (JGN LUPA COPY PIC). Thanks Lya.
2. bg balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or 7 paling tak active..hahaha. Err, saya tak mahu tag sesiapa.
3. bagi tau dorng ni yg dorng dapat wasiat dari orng kaya kg sepening lalat. Oh tidak mengapa, memandangkan saya tidak tag sesiapa.
4. cerita3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv. makan nasi, minum air, duduk, baring, terlena, buat peta atas bantal
5-Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan. rendang kuda, itu saja rasanya, belum pernah lagi makan ikan todak masak asam pedas.
6-cuba bg tau brp orng dah kawan anda kat FACEBOOK. Tak ramai - adalah dalam 80 orang kot, saya baru deleted beberapa orang yang tidak pernah menegur sapa saya di dalam FB, nama friend, tapi sombong.. apakah meaning? Saya baru juga deleted beberapa nama BERLAINAN JENIS sebab terlebih friendly pula nak berkenalan.
7-paberet soalan ni.....camner korng berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...Jumpa paksu chot atas bas, saya tersesat nak balik ke rumah masa hari pertama saya bekerja di key ell.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


Saturday, April 24, 2010

Pesanan buat anak-anakku

Ingatlah, muda hanya sementara, usia berlari mengejar akhirnya

Kita sekarang ini hidup di dunia, menuju ke negeri abadi.

Ingatlah pesanan mak ini, "tiada jaminan terhadap kedudukan kita di akhirat kelak, adakah kita ke kiri ataukah berada di kanan. berusahalah untuk kebaikan"

Al-A'raaf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[46] Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

[47] Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Friday, April 23, 2010

Teruskanlah bermain-main

Teruskanlah bermain-main, aku adalah pemerhatimu. Dan ada Yang Lebih Hebat juga turut memerhatimu, teruskanlah. Sampai ke mana, ya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(Al-Mulk)

[67.16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

[67.17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

[67.18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

[67.19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[67.20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


[67.21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

[67.22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Because We Are Malaysian

Bila agaknya, 2 malam yang lepas kot, menonton Aduan Rakyat. Terpikat hati menonton cik adik manis si gadis wartawan yang membuat lapuran, dengan rambut potongan pendeknya, nampak comel dan bersahaja.

Sekali bila namanya tertera di kaca tv, kami semua terkejut! Oh, India rupanya! Tapi fasih sungguh berBahasa Melayu. eh! Bahasa Malaysia. Eh! Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu sama saja, dari rumpun bahasa dunia, benua sebelah sini juga. Bahasa Melayu juga ada mencilok beberapa perkataan dari Bahasa Tamil untuk digunapakai seharian, contohnya almari.

Tak mahu bicara tentang tu.

Berbalik kepada cik adik gadis manis wartawan Aduan Rakyat yang petah berBM tu, terkenang pula beberapa orang di tempat cari makan ni, yang juga petah berBM. Jika berbicara dengan mereka di sebalik dinding atau di telefon, tentu tidak sangka bahawa mereka adalah orang Cina, orang India.

Malangnya, generasi Melayu, mak bapak Melayu sekarang ini...... berslanga pula Bahasa Malaysianya, slanga orang puteh sudah tentu!! Tak tahu kenapa? Agaknya terlebih menonton tayangan cerita orang puteh?

Bila ada 'R' maka sebutannya jadi lain, bila ada 'T', sebutannya jadi lain.... eeeiii, geli ketiak mendengarnya

Alamak, perlukah sebegitu? Sedangkan orang Cina orang India dan lain-lain bangsa etnik di Malaysia ini berusaha melatih lidah mereka agar boleh berBahasa Malaysia/Melayu dengan baik, kenapa pula mesti orang yang mother tongue Melayu berusaha untuk mendapatkan slanga yang dari barat?

Errr, saya tak pandai berbahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis, Tamil, Hindi... bagus juga kiranya pandai, multi-lingual :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Risau kerana kopi

Kakak kedai, "nak minum air apa?"

Aku memandang sekeliling mencari-cari air susu kambeng 3 in 1, tiada dalam perkhidmatan stok.

"Air tongkat ali lah kak", tapi kakak kedai memberikan jawapan yang agak menggusarkan, "ish, itu untuk orang laki-laki, kamu minum ni, kopi fatimah, ada collagen".

"Oh, ada collagen kak? elok juga tu, bagi mantop wajah saya ni", jawabku sambil tersengih-sengih, sudah terbayang muka comel macam penari gelek Arabian night.

Tapi serta-merta menjadi risau... kerana apa? kerana di tempat cari makan ini, tidak disediakan kopi fatimah yang ada kolagen tu, sebaliknya disediakan kopi tongkat ali ginseng, dan itulah yang aku minum saban petang.

Jadi, lambat-laun, adakah aku akan....

.
.
.
.

menjadi....

.
.
.

LELAKI? yang berginseng pulak tu.....!!!
HAH??!!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Kopi dan Teh

Habis makan nasi lemak dan roti canai, aku bersegera ke kaunter pembayaran. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.11am. Akak di kaunter pembayaran bertanya, masuk kerja pukul berapa?

"Sekaranglah kak, saya dah terlewat ni".

"Iyalah ni, hari-hari pun kamu ada di sini waktu-waktu begini"

"hehehe, apa nak buat kak, ayam jiran saya mogok berkokok". (alasan)

Kakak kedai, "makan apa tadi?"

"Nasi lemak, roti canai, kopi tarik, teh kambeng"

Kakak kedai, "eh??!" (dahi berkerut), "Kami tak jual teh kambeng"

"OOps! silap, susu kambeng 3 in 1"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Thursday, April 22, 2010

Yang halus-halus dan halus

Ingat lagi tak pada cerita 'knock 3 times', ini linknya untuk yang belum biasa baca: http://arkibceritakosong.blogspot.com/2010/02/cerita-kosong-knock-three-times.html

Banyak kali aku merungut dalam hati ketika di tandas kerana rasa terganggu dengan bunyi ketukan-ketukan.

Sekarang dah tak kedengaran, alhamdulillah. Mungkin betullah, mungkin ada gangguan pada sistem paip air bangunan.

Sekarang lain pula, timbul semula cerita terlihat kelibat, malahan, kak Ti* kata, dia pernah kena cuit di dalam lif!! Iya.... ko tak percaya? Aku tak nak cakap, aku takut.

Adalah seorang rakan setempat kerja, dengan naifnya tanya pendapatku, betulkah benda ghaib wujud, entah-entah cuma mainan perasaan?

Aku dengan kebodohanku yang berada di tahap tapir menjawab, 'sudah tentulah benda ghaib ada, malaikat, syaitan, iblis, jin semua ada'. Tapi aku malaslah nak terus berdiskusi dengan dia tu, sebab dia macam jenis tolak tolak tolak semua, apa yang nyata adalah nyata, apa yang tak nampak adalah ilusi, mainan perasaan, mirage dll.

Iyalah, aku kan tak mengerti bab ni, TAPI virus, kuman, bakteria - itu semua kau perlu gunakan mikroskop untuk melihat, kira ghaiblah tu.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ar-Rahmaan
14 - Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
15 - Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.


Kita tutup cerita kena cuit, melihat kelibat hitam melintasi di tepi pipi engkau, tu, lihat kat tepi tu, ha'ah.... huhuhu, aauummmm

Pada pandanganku, jikalau virus kuman apa mak nenek tu, mahu dilihat perlukan bantuan mata teknikal yang boleh melihat benda halus, apakah mustahil manusia juga boleh dikurniakan oleh Allah swt mata yang boleh melihat dengan jelas benda halus?

Apa yang penting, kurniaNya dapat merapatkan lagi perhubungan ruhani antara makhluk dan Yang Maha Pencipta.

Jangan tolak tolak tolak dan pandang rendah kepada perkara yang di luar pengetahuan.

Rugi sungguh, sayang sungguh, ingatlah bahawa dunia adalah untuk diterokai. Akhirat untuk dikejar, balasan baik untuk didambakan. Semua yang ada pada kita milikNya, hendak dikurangkan, hendak ditambahkan, mahuNya

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Sejuk lawannya Panas

Sebenarnya masa mengandungkan si kecil w ni, aku terfikir untuk menamakannya Siti Fairuz. Sebaik dia lahir pada pukul 1pagi+, aku menelefon paksu chot untuk memberitahukan berita gembira, tetapi belum sempat bercakap banyak, si kakngah dah merampas telefon dari ayahnya.

Langsung aku beritakan kepada kakngah, yang adiknya yang terlatest sudah selamat dilahirkan. Bila kakngah bertanyakan namanya, aku suruh kakngah pilih antara Siti Fairuz dan Siti w, mana lagi best. Kakngah memilih Siti w kerana ramai rakan-rakannya (lelaki, juga perempuan) bernama Fairuz, nampaknya nama Fairuz/Fairus adalah unisex.

Baru-baru ini, ketika aku memakai bedak sejuk (untuk tegeng kulit muka), w komplen, ‘mak busuklah!’ katanya sambil memicit hidungnya. Aku suruh dia datang dekat-dekat, dia mendekat, tapi masih dengan menutup hidungnya, ‘w nak tak pakai bedak sejuk?’

“w tak nak pakai bedak sejuk, w nak pakai bedak panas’

Hah? W dah pandai tatabahasa! Dia tahu perkataan berlawan! Oohhhh (terharu)


(Gambar: tengoklah tu, dia tepek bedak banyak-banyak macam tu, aku tak komplen pun, bila aku berbedak sejuk, dia kata aku busuk, huhuhuhu)

Terima kasih buat Aida aka beardot & kaksu72 atas kesudian mereka follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Mom behind bushes no lah

Ramai yang tengok aku secara luaran kata aku jenis manusia yang tak pandai marah, hanya pandai tersengih saja.

Padahalnya, bagi anak-anak : ayah (pak su chot) adalah seorang yang mempunyai hati yang lemah-lembut, penuh kasih, TAPI cakap banyak, sementara mak (mak su) ni diam saja. Apa yang penting, sekali mak cakap, semua orang kecut perut.

Well - dalam rumah kena ada balancing, kalau dah ayahnya jenis kuat cakap (talkative), aku pula adalah spesis pendiam, tapi bila aku bercakap (kepada anak-anak), they should be afraid of me, kerana aku memang garang di rumah. Aku tak takut nak ajar anak dengan cara orang lama. Mana yang salah, tetap salah, tambahan lagi sekarang ini, kita ajar a b c, dia kepandaiannya I, II, III. Tengok! jauh panggang dari api.

Biarlah jika mereka nak panggil aku an evil-lish mom yang langsung tak ada kena mengena dengan mummy hiding behind bushes.

Di hari yang lain lagi, paksu chot nasihatkan anak-anak, kalau nak bergurau dengan mak engkau tu, si mak su x ni, please show some respect. She is still your mom, walaupun mak hang pa boleh bergurau-gurau, gelak ketawa, boleh berjalan-jalan sama-sama macam kawan-kawan dengan hang pa, boleh bergurau-senda bergaul dengan kawan-kawan hang pa, status mak hang pa tetap emak.

Terima kasih bang, ni yang buat ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin sayangkan abang ni.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Sambung lagi cerita kahwin cepat

Salam mesra semua, berkenaan entri semalam, ingin pula saya teruskan mengulas,

MOKCIK AZWA said...
satu kelebihan kahwin muda, by the time kita 40, anak dah besar...dah abis belajar, tinggal tunggu timang cucu jer lagi.


tapi setengah orang jodoh nya lambat, ada yang tak datang langsung jodohnya di dunia...tak per jangan kecewa, pasti ada hikmah disebalik segalanya.
April 22, 2010 8:16 AM

pye:rudz said...
kawin awal atau lambat bukan urusan kita yang menentukan. itu semua kerja tuhan. takde apa yang nak dimalukan. setiap yang berlaku ada baik-buruk.


ada hikmah.

sekian, terima kasih.
April 22, 2010 8:50 AM

Alamak! Mungkin motto yang saya pegang terdahulu agak menyinggung hati orang. Ada sebabnya,

Sebenarnya di tahun 1990, selepas menamatkan pelajaran di institut, saya merantau SEORANG DIRI ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan dengan duit di tangan tidak lebih dari RM50. Sebelum itu, abah saya yang merupakan seorang pensioner dengan pendapatan tetap hanya sebanyak RM170 dah meninggal dunia di tahun 1988 (semasa saya masih di institut). Saya mempunyai 4 orang abang-abang dan abang ipar yang garang-garang belaka, di mana beberapa orang adalah polis, special branch, askar.

Oleh itu saya tak mahu cari pasal.

Bermusafir di KL duduk menyewa dengan kawan-kawan di tengah bandar ini menemukan saya dengan pelbagai orang dan tempat (hard rock apa rock apa star semua saya dah jelajah, kelakarkan....) dan keadaan dan orang-orang yang ingin MENGENALI HATI BUDI DAN BODY keperempuanan saya, sebagai anak bongsu yang digula-gulakan dengan cerita azab neraka dll, membuatkan saya khuatir TERJEBAK ke lembah maksiat. Akhirnya, saya bertemu jodoh dengan paksu chot, bertunang awal tahun 1992, kahwin november 1992, ogos 1993 dapat anak (bunting pelamin)

Maka, sebab itulah saya memegang motto itu (berkat wanita pada perkahwinan yang cepat, mahar yang murah, cepat beranak), dan saya memang bermohon pada Allah swt untuk motto itu tercapai.

Saya tidaklah mengclaiming bahawa saya ini perempuan yang berkat, tetapi dua motto yang teratas, saya ikuti sepenuhnya (kahwin cepat, mahar murah).

Gusar pula rasanya hati ini, takut-takut jika respon semalam mungkin menyebabkan sesiapa berkecil hati.

In other words, saya sokong sepenuh hati, jiwa dan raga kata-kata mokcik azwa dan encik pye:rudz. Saya bukan nak provoke sesiapa.

Saya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh orang, sebaliknya SAYA INI senantiasa ditanya, bila kau nak dapat anak lelaki? Kerana biarpun ketiga-tiga motto di atas tercapai, saya TIDAK BERJAYA ada anak lelaki

- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang lambat mendapat jodoh dan sering ditanya bila lagi nak kahwin
- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang lambat dapat anak walaupun dah 15 tahun kahwin
- sedih saya adalah seperti sedihnya orang yang bercinta bertahun-tahun tapi masih belum dipinang

Saya merasakan sekelian kesedihan, dan saya tidak pernah runsing tentang perihal jodoh orang. BENAR, sayalah orangnya yang tidak pernah bertanya, 'kenapa kau belum kahwin?'

Saya bersyukur dengan anak-anak perempuan saya, yang 4 orang itu, dalam dunia ini, saya cuma risaukan kemaslahatan mereka saja.

Salam sayang,
mak su yang ada tanda x

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, April 21, 2010

Respon kepada respon (1)

Pernah terbaca satu soalan di ruangan 'jejak bertapak (komen)', bertanya, (kalau tak silap), seronokkah kahwin muda? (tapi tak ingat soalan ni datang dari which blogger)

Perkara-perkara yang menyeronokkan ni subjektif, tambahan pula, sepatutnya soalan ni tak ditujukan kepada saya, sebab saya tua, saya cuma boleh beri jawapan yang bernada tua, ahaks.

Terus-terang, motto saya masa sebelum kahwin dulu sangat mudah,
Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin) (sumber: http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/3-/23-peringatan-untuk-wanita).

Makanya pada usia 24 tahun, saya dah dapat anak sulung.

Motto saya sekarang, 'cukuplah mati itu sebagai ingatan'

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Berbaloi, rasa nak join lagi event Nuffnang

Jard The Great said...
patutnya RM50 da masuk akaun mak su.. ehehe
April 20, 2010 4:43 PM

Respon dari Jard ini membuatkan aku berlama-lama di laman sesawang nuffnang, tapi entahlah, rasanya masa tu tak ada lagi, mungkin lambat, sebab nama maksu ada x. mak su x

Aik, macam Malcolm x. Malcolm x tu adalah pendakwah berkulit hitam yang dah lama meninggal dunia di Amerika tu.

Kalau mata terang, sila cari maksu,
Gambar yg sangat kabur, tahun 1976, darjah 1... saya manja dengan cikgu, mesti nak dok dekat-dekat cikgu, hehehe (masa kat kelas cikgu itulah, yang saya dok terkepit tu, saya salah pendengaran. cikgu cakap 'repeat', saya ingat dia cakap 'pipit' - maaf ya cikgu, maaf, maaf).


Gambar sebelah tu pula adalah masa saya di darjah 5.Gambar ni masa saya di tingkatan 3, saya jadi ketua kelas, siapa bising, saya tulis nama dia atas batu, huhuhu (saban hari ku menanti waktu, pulanglah segera kepadaku, nyanyilah pulak)
Siapa keliru pabila melihat gambar ni? janganlah, ada x tu (ni di tahun 1994 kot)

Saya peminat Sabri Yunus (where's-my-golok [Wan Ismail Golok], Pi Mai Pi Mai Tang Tu)

Rupa sekarang? lain sangat dah, hahaha

Akhirnya penantian saya berakhir, duit RM50 dah masuk dah,
Berbaloi joint event Nuffnang, ada lagi?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Maaf ya farwalis, tersalah tarikh

Ingat tak aku ada ambil kuiz di facebook, rujuk entri ini, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/04/ambil-kuiz-di-facebook.html

Ini pula adalah respon yangku terima dari farwalis,
farwalis said...
maksu. saya lahir hari ape ek?

15 may 1986
malasnya nak cari.hehe
April 19, 2010 7:03 PM

Lalu aku pun carilah jawapan untuknya, tapi rupa-rupanya dah tersalah tarikh da.... aku buatkan kuiz untuk 15 april 1986! Tak betullah namanya tu. Alamak.... so sorry.

Tapi bila dilihat semula pada tarikh lahir farwalis, muda belia lagi dia ni. Tahun 1986 tu kan, maksu berada di tingkatan 5. Tengah struggle untuk menghadapi SPM, cita-cita nak jadi best student, tapi tak tercapai.

Walau bagaimanapun, maksu dapat best award untuk keputusan terbaik dalam mata pelajaran geografi SPM tahun 1986 di sekolah dulu, yea yea, seronok. Itupun agaknya rakan-rakan sebaya yang ambil SPM 1986 tidak berjaya melukis peta dengan baik kot, lainlah maksu ni, sentiasa berlatih lukis peta, terutamanya masa tidur. Hehehe, kat atas bantal, oops!

Tengok lagi pada tarikh lahir farwalis, a’ah, muda sungguh dia kan. Bandingkan dengan maksu, fuyoo... jauhnya! Hmmm, betapa tak mudanya aku ni.

Sambil melihat dengan penuh perasaan kasihsayang kepada bayi yang tersenyum lebar ketika diagah yang memakai lampin pakai buang, kerana mahu didukung.

Eh! Tak! Tak! Ini bukan farwalis, ini gambar adalah dari sumber emel.

Terima kasih buat firahadifa kerana sudi follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


Tuesday, April 20, 2010

Dapat vs Tak Dapat, alhamdulillah


Baru jumpa gambar ni, diambil sekitar tahun 1989, (masa ni belum kahwin). Memang sah!! Aku ada bakat sorok-sorok :)

Hari ni teruja dengan kehadiran emel dari Nuffnang, mengucapkan terima kasih atas kehadiranku di Gatsby Deodorant Street Fair tempohari, moga-moga kehadiran itu membuahkan hasil bernilai RM50/-

Sebelum itu, aku menerima emel dari Nuffnang menyatakan aku tidak berpeluang mendapat RM20/- untuk entry minggu ke-6, frust....

Aku baru dapat cenderahati dari akirasuri (blogger), buku-buku tajuk Salju Sakinah, Warkah Cinta Berbau Syurga dan Bila Allah Menduga Kita. Terima kasih banyak-banyak :)

Selain itu, di tempat cari makan ni, CT yang baru pulang dari Jakarta memberikan kipas dengan kata-kata, "kak, berlatihlah mengipas". "Eh eh, terima kasih CT, akak akan berlatih bersungguh-sungguh" (perasaan penuh terharu)

:p







Dapat atau tak dapat, syukur alhamdulillah for everything, Syukran Ya Allah.

I believe, laughter is the best medicine

Gambar telur-telur dapat dari sumber emel. Hope you all have an “Egg cellent” Day!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

We Built This CT

Do you want to sing??? Do you want to? I can’t hear you… Sepanbob sekuwear pen

Eh! Wrong!!

we built this Siti
we built this Siti with rock n roll
built this Siti
we built this Siti with rock n roll

We? Alamak! Lirik ini mengundang kontroversi. Saya tidak ada kena-mengena dengan awak.

Ini gambar-gambar siaran tertunda sambutan hari lahir kakngah yang ke-15 pada 5/4 tempohari.

clap clap

"saya ada pisau, yea yea yea"

"cepatlah nyalakan, dah tak sabar dah ni"

"ish lambatlah! aku tiup dulu....!"

"adik w! kenapa hang tiup lilin tu, tak apa, kakngah ada hadiah"

p/s: terima kasih kepada Shukri Mohd Ali, nano atas kesudian mereka folo blog ini

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Contest : malam indah bersama joegrimjow

joegrimjow mempelawa bloggers, tak kira follower atau tak untuk join contest yang dia anjurkan, iaitu membuat satu entry yang kreatif untuk 'wish joegrimjow happy birthday'

joegrimjow main salji
maksu belum beli bikini
tak ada siapa pun nak pakai bikini

makan nasi lauk ikan temenung
joegrimjow jangan dok bermenung
ini maksu datang, kamu jangan berselubung

berdiang di api, panggang ikan kembung
joegrimjow jangan dok belasah ratah makanan
takut nanti perut kembung

kalau joegrimjow makan ikan jaket
maksu akan memakai jaket
sambil lepak-lepak, kita makan kek

joegrimjow muda belia
hatinya riang penuh gembira
maksu doakan, kamu selalu dalam bahagia

kalau malu nak tiup lilin
baby w ada, jangan main-main
tapi ingat, jangan dok jeling-jeling
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Monday, April 19, 2010

Ambil Kuiz di facebook

*Anda lahir pada hari Minggu , berikut ini watak dan karakteristikmu: "Mudah bergaul, favorit semua orang, suka merendahkan diri, pandai berbicara, berjiwa besar dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik."*

eh wah.... :D

Di samping itu, saya juga adalah kura-kura,

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri
Oktober 16-27 ~ Kura-kura

- Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu (iya ker? eeiii, malunya!)
- Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman (betoi ker? malu ler!)
- Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka (oops! iya ker? hehehe, i talk juga sikit-sikit, i tak perfect, oops! eeiii, malunya!)
- Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan.
Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal (oh wow! iya ker? shy-shy cat!)


oh ya, terima kasih kepada syaquena sebab sudi folo :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


Kesihatan suatu kemestian

2 minggu yang lepas aku tercari-cari doktor wanita untuk pemeriksaan kesihatan, itupun selepas merasa yang diri ini tidak sihat.

Menurutnya tidak ada apa-apa masalah dengan diriku, cuma mungkin tubuh-badan yang letih dan stressful membuatkan aku berada di zon tidak selesa.

Semalam petang menghampiri senja, aku dikejutkan dengan berita kakakku dimasukkan ke hospital Seremban, dia berada dalam keadaan koma, punca tidak diketahui, mungkin semput, mungkin batuk-batuk yang lama.

Alhamdulillah, menjelang maghrib, dia sudah sedar semula tapi sangat lemah. Tidak kesampaian hajat di hati untuk melawatnya memandangkan jarak KL - S'ban yang tidak mengizinkan, lagi pula tentu highway sesak dengan kenderaan pergi - balik (S'ban - KL, to/fro).

Hari ini, tuan tali leher di tempat cari makan ni menyatakan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, pada awal bulan Mei, tanpa berlengah, aku mendaftarkan diri.
Penatnya, kat mana-mana pun boleh lena

Di atas pokok pun boleh merehatkan diri

Kalau dapat beradu di sini, lagilah syahdu

* gambar-gambar dari sumber email.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Bertemu tetamu-tetamu Gatsby Deodorant Street Fair di TS



Kata orang, satu gambar menceritakan sejuta penceritaan.

Dalam gambar ini ada hubbyku (gambar A), ada Bro Framestone (gambar B) dan juga aku dan Kak InaKL. Pagi-pagi buta dah ternampak wajah-wajah yang kukenali (2 bloggers itu), kerana wajah mereka yang tertera di blog masing-masing. Dengan penuh selamba, aku menegur mereka, dan terima kasih kerana sudi membalas dengan ramah :)

Oleh kerana aku tiada mengambil gambar (cemburu tengok bloggers yang mana masing-masing melengkapkan diri mereka dengan kamera yang canggih-canggih, fuuhhh, sabar, sabar, one day nak rembat gaks), aku cilok gambar ini dari blog kak inakl.com. Sorry kak, Terima kasih kak.
Menjelang tengahari aku dah tak larat nak mengumpul point kerana kasut mengerlit ni, dah makan kaki aku... inilah akibatnya rembat kasut anak dara sendiri, hehhehe (kasut si kakak, kasut anak sulungku). Cuma mampu mengharapkan kepada paksu chot untuk mengumpul points, dan di penghujung hari, kami dapat bawa balik 8 roll-on deodorant.3 perfume spray, 3 jel rambut. Oraitlah tu, stok untuk berbulan-bulan :)

Aku juga ada bertemu [suziey] dari szsh.blogspot.com :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saturday, April 17, 2010

Tinggalkanlah (sumber: emel)

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang zuhud di dunia, Allah akan memasukkan hikmah ke dalam hatinya, lalu ia mengucapkan dengan lisannya, memperkenalkan kepadanya penyakit dunia dan obatnya, dan mengeluarkannya dari duniadengan selamat menuju ke kampung keselamatan."

Rasulullah saw bersabda: "Zuhudlah kamu di dunia, niscaya Allah mencintaimu, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki manusia, niscaya kamu akan dicintai manusia."

Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang ingin dikaruniai oleh Allah ilmu tanpa belajar dan dibimbing tanpa pembimbing, maka hendaknya ia zuhud di dunia."

Rasulullah saw juga bersabda: "Akan ada sesudahku suatu kaum yang tidak didirikan kerajaan untuk mereka, kecuali dengan peperangan dan kesombongan; Tidak ada kekayaan kecuali dengan kesombongan dan kebakhilan. Dan tidak ada kecintaan kecuali mengikuti hawa nafsunya. Ingatlah, barangsiapa di antara kamu menjumpai zaman itu, maka hendaknya bersabar atas kefakiran walaupun mampu untuk menjadi kaya, bersabar atas kebencian walaupun bisa untuk dicintai, dan bersabar atas penghinaan walaupun bisa untuk dimuliakan.
Jangan inginkan semua itu kecuali karena Allah, niscaya Allah memberikan kepadanya seperti pahala lima puluh orang yang benar."

Setelah ditanyai tentang makna "lapang dada terhadap Islam", Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya jika cahaya telah masuk ke dalam hati, maka hati akan menjadi lapang dan luas." Kemudian beliau ditanyai: "Ya Rasulullah, apakah ada tanda-tandanya?" Beliau menjawab: "Ya! Meninggalkan kampung yang fana', kembali pada kampung yang abadi, dan bersiap-siap sebelum kematian menjemputnya."

Ada suatu kisah: Pada suatu hari sekelompok utusan mendatangi Rasulullah saw. Mereka berkata: Kami adalah orang-orang yang beriman.

Rasulullah saw bertanya: "Apa tanda keimanan kalian?" Mereka menjawab: "Kami bersabar ketika ditimpa bala', bersyukur ketika senang, ridha terhadap ketentuan takdir, dan tidak gentar ketika musuh datang." Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Jika kalian demikian, maka janganlah kalian mengumpulkan harta yang tidak kamu makan, janganlah kalian membangun rumah yang tidak kalian tempati, dan janganlah kalian berlomba-lomba terhadap apa yang akan kalian tinggalkan."

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 16, 2010

Lantas, hidungmu memerah

Bukalah mata
Lihatlah dunia
Lihatlah segala isinya
dan sekelian dukacitanya
juga cerita sengsaranya
Lantas
hidungmu memerah

Tatkala gerhana menyapa
membawa khabar durjana
bagai ingin berhenti
menjadi pendoa
Aaahhh! Usah dimakbulkan
Jangan!

aku remuk dalam ilusi
berdendam pada dendam
sebuah kehilangan yang mega
bagai terasing dalam kepompongan
Buangkan bejana duka
lepaskan dari genggaman

Rupa-rupanya sengsara itu
hanyalah helaian-helaian
yang bakal tercarik
dari jurnal harian
sebuah kehidupan
yang lama dan panjang
SAJAK > 2010 (Januari - Jun) > Permainan Jiwa disumbangkan pada Rabu, 17 Mac 2010 6:32:57 PM oleh Ayu Jamilah

Rangkap 1: Sajak, kalaulah boleh nukilan rasa ini dinamakan sajak (siapalah saya ini, cuma seorang orang kecil) melambangkan perasaan saya terhadap apa yang berlaku di sekeliling saya, kisah-kisah malang dan tragis yang menimpa manusia-manusia yang lemah. Samada disengajakan mahupun tidak disengajakan. Apabila saya lihat ke sekeliling, sebak rasa di jiwa, lantas hidung pun memerah menahan sendu tapi ditahankan juga.

Rangkap 2 dan 3: Ada ketikanya, putus-asa melanda jiwa, bagaikan ingin menjemput kematian agar diri ini tidak berupaya lagi mengangkat tangan untuk berdoa, untuk kemaslahatan diri dan sekeliling, tapi saya sedari, permintaan sedemikian adalah amat malang dan busuk, maka Ya Robbi, janganlah Engkau tunaikan sebuah permintaan yang bodoh itu yang terlahir dari ilusi kekecewaan tidak berperhentian.

Rangkap 4: Padahal yang benarnya sengsara, derita itu hanyalah suatu kisah kecil yang sememangnya akan menimpa diri kita, kerana itulah ujian dan dugaan, untuk kita. Hidup ini perlu dipenuhkan dengan sesuatu yang bermakna, jangan disia-siakan.


p/s: buat yang baru melayari laman ini, saya gunakan nama, Ayu Jamilah sebagai nama glemer untuk berpuitis (kih kih kih...alamak, ayu ker aku ni?)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Lapuran buat En Ben Ashaari

Pagi ini dengan penuh teruja, aku check motigo status, Nuffnang analytics status dan apa sahaja barang yang berstatus dan didapati status aku ada up. Wow! shock! syok!


graf naik mencanak (tengok 15th)


dapat 257 views semalam

ini dari Nuffnang, ada 353 views

Thanks to choco, sudi follow blog ceritakosong ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Memo buat Housemate aka Roommate with regards to Gatsby Deodorant Street Fair

Abang, ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin sedang memikirkan teknik camouflage yang paling sesuai untuk kita pada esok hari.Abang jangan buat-buat lupa pula, ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin sudah mendaftar untuk acara ni lama dah, sejak anak-anak kita belum dilahirkan lagi. Abangkan tahu, ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin ni memang sentiasa energetic dan bersemangat gigih giler....Jadi, ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin akan pastikan kita bersedia dengan:
Kasut, stokin, tidak bawa anak kecil (baby w, duduk rumah masak nasi dan masak lauk tomyam ayam ya, nanti mak balik tentu lapar)... tidak dilupakan, ’teknik penyamaran’ yang manthop!

Abang, nanti kita kena perhatikan Kaunter Pendaftaran Nuffnang nombor 1, sebab url ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin adalah berhuruf C (eh, terhebahkan pula.....oops!)

Dan, abang, ingatlah, kenalah kita bergaya ala-ala macho, rasa-rasanya ada wartawan nanti ni, tambahan lagi, ini adalah event untuk memecahkan rekod, perhimpunan bloggers terbesar/teramai. Jawapan memo dari suami:
di mana ni?


(ringkasnya jawapan? penat aku tulis panjang-panjang, baiklah, nah! ini jawapanku)

Ehheem, errr, 2 tahun lepas ada kawan ayang anje stroberi cupcake blueberry muffin bercuti di sebuah pusat peranginan, dia pergi ke sana naik kapalterbang, tempat itu di sebuah pulau di utara tanahair.

Upon reading this, we both look at the motorbike, helmet and raincoat and imagine we fly over the moon to go the said place; oh ya! sambil garu-garu kepala baca peta (jauhnya, utara? sakitler pungkok naik motor).

Terima kasih ya hanie, sudi folo maksu di sini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 15, 2010

REUNION KELUARGA

Malam tadi terima sms dari abangku yang tua tentang reunion keluarga yang telah dirancang akan diadakan pada 1 Mei ini di telapak keluarga di Rembau, Negeri Sembilan. Semua ahli keluarga dari keturunan Datuk Syahbandar Haji [teeettt] adalah dijemput dari pukul 8.00am, tujuan untuk mengeratkan talisilaturahim.

Budak-budak yang membaca sms ni seronok tak terhingga bila mengetahui yang moyang mereka adalah datuk syahbandar, tapi aku dah ingatkan dah, sudah-sudahlah tu berlompat bintang, moyang ni bukan yang masuk dalam buku teks sejarah sekolah tu.

Masalahnya pula, tak faham, apa maksud datuk syahbandar.

Aku nak cerita pun susah, sebab aku pun tak kenal moyang sendiri. Jangankan moyang, atuk sendiri pun aku tak kenal.

Aku kata lebihkurang dengan datuk lembagalah tu. Tapi budak-budak ni hairan juga, lembaga jenis macamana? Macam lembaga kuning yang ikut handphone itukah?

Hish, piat telinga kang.

“Bulat anakbuah menjadikan buapak
bulat buapak menjadikan lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.
Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).”

Rujukan, http://ludek05.tripod.com/warisan/

p/s: seronok ni nak jumpa dan berkenal-mesra dengan ahli keluarga, tapiku tahu, ada seorang dua juga yang tulis blog, patutkah aku berjalan sebegini?

Terima kasih kepada makdara terdiva sudi folo blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Saya suka lalu berlompat bintang



Terima kasih yang banyak sangat dan besar sangat buat En Ben Ashaari yang sudi menjelajah blog ceritakosong ini. http://www.benashaari.com/2010/04/jelajah-blog-mak-su.html

Apa nak cakap ni ek? Seganlah pulok, hehehe.

Jadi, en Ben, patutkah saya rebranding kepada mummy hiding behind bushes? (hehehehe, just kidding).

http://ceritakosong.blogspot.com/2010/04/mummy-is-hiding-behind-bushes.html
Dalam pada itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada Brother One, Nor Aishah sudi follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Penasaran

Bagai sebuah jiwa kosong
aku, PENASARAN

Pagi ini terlewat bangun, terlupa mengucapkan syukur alhamdulillah kerana telah dibangunkan dari mati (tidur).

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali"

"Segala puji bagi Allah yang mengembalikan roh kepadaku dan menyihatkan jasadku"


Doa diambil dari http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/doa_bangun_tidur.asp"

Teringat tentang instant cash blogging yang belum satu sen pun aku dapat, dan pagi ini, masih belum ada apa-apa.... :(

Semalam petang pula dikejutkan dengan berita kematian seseorang yang telah menggempakkan facebook.

Saban hari pula, mata dan telinga ini disumbatkan dengan berita kematian bayi, penderaan bayi, bayi berbadan comel gebu didera dengan puntung rokok (?), anak-anak yang .......

tak mampu nak meneruskan kata-kata

Maaf

Walau bagaimanapun, terima kasih buat embun d tgh malam, al-lavendari & SIREH JUNJUNG atas kesudian mereka follow blog ini.

(TAMBAHAN, 15/4, 3pm - berita itu cuma SPAM, mengong kan..... )

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, April 14, 2010

Dodoi si dodoi

Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan mengenang orang yang jauh
hendak tidur, tidurlah mata


alamak, tak ingatlah lirik lagu dodoi-dodoi ni. Yang baby w tu, nyanyi lagu "tudung merah, solehah, cinta, suka".... tak fahamlah. Sama melayan kakak-kakak dia tu, lagu tudung merah.

Nak tidur mana boleh layan lagu cintan, lebih baik aku nyanyi lagu yang syahdu tangkap lentok.

Tudung periuk, tudung periuk pandai menari
menarilah lagu, menarilah lagu
putera mahkota

kainlah yang buruk, kainlah yang buruk
buat menyapu
buat menyapu si air mata

cak pong
cak pong
cak pong

Senyap, senyap, senyap....tiba-tiba berderai tawa si kakngah, "Mak, bestlah lagu mak nyanyi, kakngah terbayang kita duduk di tepi hutan, dan berjiran dengan bawang putih bawang merah".

sshhhh, dah lena dah.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

A Mummy Is Hiding Behind Bushes

I believe you have heard, learned about the success of a well-known blogger, Redmummy at redmummy dot com. I sincerely adore her, admire her, salute her and respect her blogging career and creativity in blogging. Congratulation Redmummy.

Actually my officemate told me about Redmummy in the news, so yesterday evening I googled "redmummy harian metro" and found many many news about her, from the newspaper itself, also from blogs. And, after reading her success story, I've been thinking to change my name to ....
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.

mummy hiding behind bushes. Manalah tahu, mungkin dengan tukar nama dari mak su kepada mummy hiding behind bushes, saya boleh menjadi blogger yang successful pula.

just kidding ;)

(hehehe, orang suruh gunakan tektik-tektik blogging yang betul, aku pula sibuk nak upgrade nama, hahaha. Taklah, ni dah ok lah ni, kan, kan?)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, April 13, 2010

Awak mengantuk?

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

Seseorang sedang berwirid dengan kusyuk usai menunaikan solat zohor.

"Allahuakbar", kedengaran di hujung sana seseorang mengangkat takbiratul ihram. Di luar sana, bunyi air mengalir dari paip yang disediakan untuk berwuduk. Suasana di surau tengahari itu memang nyaman biarpun cuaca adakalanya panas terik, sesekali disinggahi awan tebal.

Tiba-tiba, surau menerima seorang pengunjung lagi, "Assalamualaikum", ucapnya sambil melangkahkan kaki kanan masuk ke ruangan yang disediakan oleh pihak syarikat untuk umat Islam bersolat.

Ada yang mengangguk, ada yang menjawab, waalaikumsalam. Tiba-tiba ada yang berkata, "Oops! opocot tolupo!! eden tongah somayanglah!"

Aduh...terjawab salam pulak dahhhh, dah nak masuk ra'kaat ke tiga ni, kena repeat. aduuhhhh.........

Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib, tetapi haram menjawab salam di dalam solat dan batal solatnya.

Perhatian: Cerita ini adalah rekaan saya semata-mata

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Barang Tak Guna Boleh Menceriakan

Pagi-pagi ni kaklang sibuk tanya mana barang tak guna, mana barang tak guna, nak bawa ke kelas/sekolah untuk menceriakan suasana. Aku cadangkan kepada dia supaya dibawa saja katil dia yang dah patah dua tu, memang barang tak guna tu, tapi fikir-fikirkan semula tak sampai hatilah. Nanti susah pula kaklang kena sewa lori.

Macamana tak patah katil tu, kakngah, kaklang dan baby w melompat-lompat atas katil.

Lepas diselongkar serba-sedikit, aku jumpa bekas telur pengantin beberapa biji, dan lapik-lapik meja, bolehlah tu.

Kalau kaklang nak sabar sedikit, petang nanti aku boleh bawa banyak barang tak guna dari tempat cari makan ni.

Barang tak guna nombor 1, mesin pencetak, kertas jem....TAAA GUNNNAAAAA (cakap macam katun imported alihbahasa)

Barang tak guna nombor 2, mesin penyalin, begitu juga, kertas jem, cat melimpah ruah habis tangan kotor, TAAAAAKKKK GUNNNAAAAAA

Barang tak guna nombor 3, telefon, asyik berbunyi saja, kucing hilang telefon aku, kucing tak hilang-hilang telefon aku, pembaris tak jumpa telefon aku, extension rosak telefon aku, cari kerusi telefon aku, aku pun maki internally externally TTAKKKK GUNNAAAAAA!!!! makian tak guna ini adalah boleh digunapakai oleh telefon ataupun penelefon atau kedua-duanya sekali bergantung kepada circumcision circumstances.


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

Lepas makan ni tak tahu nak buat apa, serasa nak buat apa-apa pun sesuka hati, tak mahu ada kongkongan atau halangan dari mana-mana pihak. Jiwa bergelora, I am looking forward to a ‘No Strings Attached’ kind of relationship

– tapi jangan ditiru pemikiran ini. Kerana saya tidak berbicara tentang alam rumahtangga, sebaliknya saya sedang memikirkan tentang tugasan terbaru yang diberikan oleh Nuffnang bertajuk No Strings Attached.

Pada mulanya saya ingat ‘No Strings Attached’ bermaksud baju dalam wanita yang tidak ada tali. Alah, jenis baju dalam yang sesuai dipakai dengan gaun untuk majlis tari-menari tu. Kalau terfikir macam ni tak lain bukan, bak kata seorang bintang reality, “terlebih sudah….”, saya terlebih menonton televisyen ;)

Selepas saya rujuk di internet tentang maksud ‘No Strings Attached’, saya menemui ini, “there are no obligations or requirements involved”; yang membawa maksud suatu perhubungan yang tidak bersyarat atau berkontrak, di mana 2 orang melibatkan diri dalam suatu perhubungan seksual yang tidak berlandaskan kepada tuntutan kewangan, hak atau romantisme. Tiada tali yang mengaitkan mereka berdua’. Oh, barulah saya faham. Hmmm, jangan ditiru ya, tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Walau bagaimanapun, apa yang saya bangkitkan hari ini ialah tentang kemudahan melayari internet tanpa sambungan tali-tali yang berselirat di atas meja di bawah meja iaitu tak lain tak bukan, P1 W1max. Ingat iklan potong? Sekarang ni semua kita mahukan kebebasan dalam melayari internet, saya tidak suka tali. No Strings Attached.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

BOLA

Eden nak ucap an tahniahlah kek pasukan bola nogori somilan, hari sabtu haritu monang dah Pialo FA kek dio oghang.

Eden yang bona eh tak do doh minat bona nengok bola ni teh kau, tapi sokali dan totokan kek minatang rimut tu, topakso eden soba an yo lah sobab laki den pun kadang-kadang suko yo deh, apotah laie haghitu yang lawan tu kigho macam waghihlah sobab dio dah masuk suku dio koba an kek den.

Tapi yang paling eden polik tu teh kau, bilo eden nengok an si gol tu, bola poi sanun dia torojah sini, bola datang sini dio torojah ko sanun, nasib baiklah bukan bola poie baghuh dio poi ko deghek.... barulah golo dek eh. Laki den kato memang susah nak mongagak ko mano poie eh bola tu.

Alahai, eden nak mintak mahaplah, janganlah kocik ati kek den yo, posa eden ni satu hapah pomainan pun den tak pandai, mongomel den pandailah. Kok makan singgam tu pulak, tekonyel-konyel yo den mongunyah.

Tapi part yang gol tu tafakur yang ujung sokali tu kiro cayalah, momang joki lah tu. Lagi sokali, eden nak ucap an tahniah kek pasukan nogori somilan. Oghang kampung den cakap, HIP HIP HOORAY HIP HIP HOORAY

TERJEMAHAN:
Aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan telah menang Piala FA pada hari Sabtu lepas.

Yang sebenarnya aku tak minat bola, tapi sudah tertekan di remote terpaksalah aku menontonnya juga kerana suamiku, paksu chot juga menyokong pasukan NS, ala-ala dah "waghih" sebab dia pun kata dia dah masuk 'suku' katanya kepadaku... (tambahan teks, APO golak golak ?, hoben kang)

Yang paling pelik adalah tatkala goalkeeper yang ke kiri bila bola ke kanan, dan terbang ke kanan bila bola ke kiri. Nasib baiklah bukan bola ke utara, dan dia ke selatan. Parah tu. Suamiku kata, memang susah nak mengagak ke manakah bola akan pergi.

Alahai, aku minta maaflah, jangan kecil hati ya. Sebab aku ni, barang satu permainan pun tak pandai, mulut saja yang bising. Kalau makan singgam,.... (errr..... tak tahu nak translate, hehehe).

Cayalah part yang bertafakur yang penalti terakhir tu, memang rezeki berpihak di pasukan NS. Lagi sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan NS. Orang kampung aku cakap, HIP HIP HOORAY HIP HIP HOORAY

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Friday, April 9, 2010

Persoalan

Hari ini aku dapati Ain yang berada di blog http://mama-danishsarah.blogspot.com/ bercerita tentang dia yang tidak berapa sihat di entrinya yang bertajuk, 'Entah Apa Yang Ada Dalam Pemikiran Budak Kecik....'

Baca punya baca punya baca, perenggan ini menggeletek hatiku, 'Yang aku duk fikir skang nie, mana dia tahu orang peknen sakit pale erk??? Masa aku peknenkan sarah dulu, aku cam biasa jer.... Takde pape simpton alahan pun...'

Ain, kat sana maksu dah tulis jawapan, kat sini pula, maksu nak kongsi jawapan maksu:-

kt dlm tv tu, pantang pregnant jer pengsan. lepas tu dokter cakap, tahniah awak mengandung. awak suaminya? tahniah, awak akan jadi ayah. awak akan jadi ibu, pelihara diri anda baik2, jangn buat kerja berat. lepas tu dorang pun balik rumah, lepas tu dorang pun senyum ever after, nnggeeeee ;)


hehehe

Di bawah ini adalah gambar kakngah dan baby w.
Sekarang ini aku juga ada persoalan, bagaimana dengan rezeki kakngah dalam pemilihan pemain tadi iaitu pemilihan pemain hoki untuk mewakili daerah '...........' untuk pertandingan hoki yang akan diadakan tidak lama lagi. Kakngah dan kawan-kawannya seramai 8 orang berada di Stadium hoki Tun Razak hari ini untuk pemilihan wakil daerah. Aku cuma boleh cakap, 'good luck kakngah, all the best, usaha sudah, sekarang bertawakallah'.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.


SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana...

perasaan ingin meNingkatkan Diri Lagi dan Lagi amat kuat mencengkam di hati saya.

Biarpun saya sudah berblog sejak tahun 2006, dan blog lama saya di sini, http://arkibceritakosong.blogspot.com/ saya tetap Merasakan Ada Kekurangan, saya berasa Amat Rendah Diri serta KAGUM dan Memandang Tinggi kepada blogger-blogger otai yang mempunyai ribuan pembaca dan mendapat tempat di dunia siber. Sebagai seorang yang menulis secara kecil-kecilan di blog, saya suka apabila curahan idea saya dibaca dan boleh dikongsi ramai.

Oleh itu, dengan rendah hati, saya menjemput saudara Ben Ashaari yang berada di http://www.benashaari.com/2010/04/blogger-baru-vs-baru-lama-bantu.html untuk melawat ke blog ceritakosong ini.

Sebenarnya ini bermula dari lawatan-lawatan dan loncatan-loncatan yang saya buat petang semalam ketika saya ketemu blog ini, http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/04/saya-mahu-blog-saya-di-jelajah-oleh-ben.html. Kalau tak silap saya, tuan punya blog berkenaan adalah juga 'Geng Blogger' sedangkan saya ini tidak mampu untuk menjadikan diri saya sebagai Geng Blogger kerana banyak faktor teknikal yang menghalang di tempat saya mencari makan ini. Perasaan saya yang sedikit kecewa jadi terubat bila saudari Lyafrina memberikan suntikan syahdu syabebadoo semangat :)

Semoga dengan lawatan saudara Ben ke mari, insyallah, akan bertambah majulah dunia blog kita, ehheeem, dan juga blog saya :). Di samping dapat menambah kenalan di arena siber seterusnya berbaik-baik sesama kita :) (saya tetap nyorok di sebalik benda-benda dan pokok-pokok, hehehe)

Di samping itu, tak lupa saya nak ucapkan terimakasih kepada fatinliyana & Nur Syahirah atas kesudian mereka follow ceritakosong ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

Thursday, April 8, 2010

Siapa anda? Siapa kawan anda?

Bilangan 1, Siapa anda?
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Siapa tahu maksu anak ke berapa? Pernah diwar-warkan... :D

~Wanita berunsur Angin~

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga.
Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

* Pandai bermain kata dan memujuk rayu. (eheemm ehheemmm, be afraid, be very afraid... pandai pujuk rayu nih.....ho ho ho)
* Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
* Bijak mewujudkan suasana selesa.
* Hati yang cepat berubah-ubah (hah! what do you mean? kecil hatiku ini.... on other matter - i sedang confuse ni, sekejap I suka kat Viviek Oberoi, Jet Li pun i suka, Hugh Jackman pun mengkagumkan, Dr Fadzilah Kamsah pun I suka - macamana ni? Tak boleh buat decisionlah. Tony Jaa! Tony Jaa)

Ai looiikkeee :D

Maklumat ini boleh didapati di http://zati2810.blogspot.com/.


Bilangan 2, Siapa kawan anda? Ini adalah tag dari Tihara, http://herba-tihara.blogspot.com/

i) Siapakah kawan baik anda
(maksu tiada 'Sahabat Baik' sebab maksu baik dengan semua orang)

ii) Berikan 3 kenangan paling manis dan 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang
• Kenangan manis,

tak pergi mengaji sebaliknya pergi masuk ke semak-samun konon-konon adventure
pergi raya naik basikal jauh-jauh
menari tarian dari negeri di bawah bayu untuk pertunjukan akhir tahun di sekolah
main polis tentri kat masjid masa ceramah maulud nabi dll.

• Kenangan pahit, Susahlah nak fikir yang ni.
beramai-ramai kena cubit dengan cikgu sampai berair mata sebab tak hafal sifir, pergi rombongan tapi baru sedar, semua lupa nak fikir tempat mandi, so semua pun tak mandi selama 2 hari, oops! (itu jer kot, actually, it's like None)

iii) Kalau anda hanya di beri masa 1 minit bersama sahabat anda apakah yang anda inginkan katakan padanya
• Aku ingat kat korang, may our friendship berpanjangan.

iv) Lastly tag kepada 3 orang yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
. tak nak tag sesiapa sebab semua pun saya anggap sebagai sahabat saya yang baik. So, tagnya adalah... Terpulang :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

Bila lagi Adam rancang nak datang sini?

Rindu kat Adam ni.... haritu sekejap saja kita dapat bergurau-senda. Tak ingat kat saya lagikah?

Iyalah, orang ada Mama, Tokma. Habis tu tak ingatkah pada kakak ni? Eh! Kakak...., perasan. Err, nenek, nenek su, panggil opah pun boleh (opah muda), kalau you dari N9, panggil uwan pun tak apo. lol

Inilah dia Adamnya, anak officemate aku, N. Kasihan pada maknya, hari tu dia tak sihat dan dah dapat cuti sakit, tup tup ada kekecohan berlaku dan saspek utama adalah si N itulah. Nak buat macamana, dah terlanjur angkut Adam ke klinik, bawalah Adam singgah ke tempat cari makan ni. Tengoklah Adam tu, tersengih-sengih, mari mari, nenek su nak dukung sekejap. Sebelum didukung tadi dia senyum-senyum, kan. Bila aku dah dukung - dia buat muka terkejut pula. Lepas tu siap panggil-panggil mak dia.
Bila N dah dukung semula, happy tak terkira si Adam tu; eleh.... nenek su pun ada baby, baby w. hehehe. Mak Adam ada kat sini, http://greentea-alice.blogspot.com/

Oh ya, mengenai kekecohan yang aku ceritakan tadi tu, non ado masalah pun. Sekadar masalah lupa-lupa ingatan yang melibatkan orang lain, tapi pelepasan angin marah adalah kepada N. Aku pun kena juga baru-baru ini, lagi pulak sadis. Aku diminta siapkan satu perkara, jadi aku perlukan maklumat. Tapi kena maki! Macamana nak buat? Bila aku atau N marah, kami nak maki siapa? Teringat aku pernah cakap pada N (dalam nada sedih tau), "N, sedangkan wujud babi itu pun tidak ada masalahnya, semua itu kudrat dan iradat dari Tuhan, tapi kenapa sebagai manusia, kita selalu mendapat deraan perasaan?"

Hmmm, bukan nak mencarut or apa-apa, sekadar nak luahkan perasaan. Kita marah, kita maki, tapi sebenarnya, apa benefitnya maki-hamun? Jemu dah..... tengok Adam lagi best :)

Terima kasih kepada mamakminang77, sudi follow blog ini :D


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.