Saturday, December 18, 2010

Yang sudah berlaku

Jum tengok gambar tentang apa yang sudah dilakukan oleh paksu chot semalam, yang terpaksa ambil cuti dari kerja makan gajinya kerana jiran tu sebok komplen mana nak masak? rumah bersepah, rimas, bila nak siap dan sebagainya, walaupun sudah diterangkan dan dia sudah tahu bahawa *paksu chot bekerja makan gaji, selepas habis 5pm boleh ambil OT tau, maklumlah, bukan berjawatan eksekutif*.

Oh, apa salahnya cuti, kiranya ini adalah orang meng*upah* awak membuat sebuah kabinet dapur jadi apa salahnya berkorban tinggalkan kerja untuk kerja freelance ni [yang seolah-olah free cuma mengambil duit pembelian barang saja. Semalam minta duit, tapi diberi separuh saja dari yang diminta. Hmm, again, mana duit upah? Masih tak dapat.... :(]

Dengarnya duit berkenaan yang asalnya nak digunakan untuk *teettttt* sudah mula pupus :(

Apa nak buat... sindrom duit, sindrom berduit, rancangan asal tak nampak, tiba2 nampak aksesori rumahlah itulah inilah.

dok merungut jer ni, gambarnya mana? keh keh keh

. buat bancuhan simen [C] berserta kapur [K]
. buka frame papan lapis dah dan touchup mana patut

. pergi cari tiles, ada pelbagai rupa bentuk [ada kilang tiles dekat dengan rumah kami mengeluarkan jenama glemer dan hebat-hebat]

. bawa budak ni sebagai assistant [aka tukang sibuk]

. rambang mata dibuatnya

. praktis memotong tile menggunakan tool memanggang memotong

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su. © 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

CikguZue said...

salam maksu,
semakin byk kerja, bermakna bykla incomenya tu,kan. :)

Mak Su said...

cikguzue, mana ada.... org payah nak baya, suh buat free jer.... masih tak dapat upah, as mentioned in the n3

kakpah said...

lenkali kpah boleh panggil paksu pula ek....

Kakzakie said...

sampai cuti paksu nak renovate rumah jiran. upah kena tanya tak boleh membisu....

atty's said...

kadang org ni tak paham masalah kita..dia tau dia kasi upah , kononnya dia sebagai customer..ada hak ler..kaedahnya ..

Mak Su said...

kpah, ikikiki

k.zakie,atty - iyaler

zino said...

dah siap sana datang sini pulak ya hehe

azlin hashim said...

mana hasilnyer? nak tgk... hehe, hai maksu lama sungguh tak dtg sini...

azlin hashim said...

mana hasilnyer? nak tgk... hehe, hai maksu lama sungguh tak dtg sini...

Mak Su said...

abg zino, hahaha

azlin hashim, ini dah cerita ke3 kalu tak silap, kalu rajin surf ler ceritakosong ni :D, cerita2 dalam tempoh minggu minggu lepas jer

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

tak baik sunggoh itu jiran...huh....tk de ati pewot....pak su plak...aduhai...mintak la hak kita...(ecehh..bila plak aku masuk share)

ejaMaria said...

len kali suruh paksu amik deposit 50% dulu baru mula keje... mana bole keje free... bangla ngan indon keje kontrak pun berbayar tau!...

Oasis said...

Tak sabar nak tunggu hasil kerja mak su ni siap sepenuhnya....

PinQib said...

wah, maksu bisnes banyak baik punyerrrrrrrr
Baby ROBOCOP | Kontest LAGI | Gaduh MANJA! |

Zareda Norman said...

apalah jiran tu wat cam tu.. menganiaya namanya tu

Mak Su said...

gitulah kan... sy pun tak tahu nak ckp apa