Monday, December 13, 2010

Tercabut tumit

Sebelum kita berpantun, aku nak ucapkan terimakasih kepada Gadis Kampung, Hanis Azla, ashbiesofiany & ctnurkhijah atas kesudian follow blog ini :D

tuk tak tuk tak kasut menari
tet tot tet tot telefon berbunyi
tumit patah tak ada siapa sedari
kerana pandai cover line sambil berdiri
hi hi hi
harimau mengaum sembunyi kuku
merak menggigal di rimba raya
hendak bertemu bila tak tahu
hajat di hati ingin bersua
[jawab jangan tak jawab, jawab jangan tak jawab]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

ejaMaria said...

amboi pantun moden la pulak...

shasha said...

nak jumpa saya ke?? saya pun malu sebenarnya mak su..ahaksss

kella said...

pergi mencari kelapa tua
untuk diperah menjadi santan
teringin benar ingin bersua
moga diberi jodoh pertemuan

hhuhu..
perah otak nak balas bpantun maksu.. :)

Yan said...

hamboi berpantun plak


jemput join contest kat blog yan
http://www.mayaqarmyla.net/2010/11/contest-20-hari-meneka-mata.html

Oasis said...

Jalan2 terpijak paku
Paku dimaki bertalu2
Bukan risau diri tak laku
Cuma takut tak tau nak cover malu

Huhu

Mak Su said...

ejamaria, idea datang :)

shasha, me too :)

pandainya kella :)

yan, insyallah, tq

oasis, hahaha

ikan pekasam sangat sedap
makan sepinggan tambah lagi
jantung bunyi dup dap dup dap
tarikh dinanti dekat nak mari :)

Insan Marhaen said...

harimau kalau mengaum boleh pulak simpan kuku? erk..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

comel je munyi hp mak su..

faridmw said...

salam maksu..
nak berpabtun tak reti...
insyallah bila diizinkan allah nanti...
senyum selalu...

kakpah said...

pak nawab makan kaya, nak jawab takdak idea..

Kakzakie said...

Salam mak su,

terbit mentari sudah lumrahnya
sujud mengabdi diri yang walang
tumit tercabut masih bergaya
mujur berdiri masih seimbang

diperdu pohon menghayun buai
hayunan diiring alunan merdu
cari tarikh yang sesuai
bila bertemu jangan malu...

Mak Su said...

:D