Tuesday, December 21, 2010

Temubual bersama Ros

PENCARIAN DIRI

Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca blog ini.

Saya berumur 38 tahun, seorang isteri yang bahagia kepada suami saya dan seorang ibu yang menyayangi kelima-lima anak saya. Selepas melahirkan anak, berat badan saya mula bertambah, bukanlah saya tidak menjaga badan, tetapi sedikit demi sedikit berat badan bertambah tanpa disedari. Sedar-sedar berat badan saya dah mencecah ke 76 kg, sudah tentulah penampilan saya menjadi tidak menarik. Saya mula menjadi bahan ketawa dan lelucon saudara-mara juga handai-taulan. Andainya saya pergi menghadiri jemputan kenduri atau kenduri kahwin, belumpun saya makan orang sudah memerli dengan mengatakan, 'cukup-cukuplah tu'.

Pada suatu hari, di sebuah kenduri kahwin sepupu di utara tanahair, saya sedang menyuap anak bongsu saya makan, tiba-tiba saya ditegur & disindir di khalayak ramai itu oleh salah-seorang saudara dengan kata-kata yang saya asyik makan tidak berhenti-henti.

Padahal ketika itu saya sendiri belum pun menjamah makanan, sebaliknya saya sedang menyuap anak. Pada ketika itu juga, hati saya terasa sangat sebak dan airmata saya menitis satu persatu di atas pinggan nasi. Nasib baiklah anak saya sudah pun kenyang ketika itu, kalau tak mungkin dia akan berasa geli hendak makan nasi berkuahkan airmata ibunya.

Sebenarnya bukan saya tidak ada usaha ke arah mendapatkan tubuh-badan yang slim semula, saya bersenam, beraerobik, saya mengambil produk makanan yang diiklankan di akhbar-akhbar tetapi hanya dapat turunkan cuma 2kg sahaja selepas itu berat badan saya tidak berubah. Saya menjadi jemu, sudahlah tidak mendapat kata-kata rangsangan yang saya amat-amat perlukan. Selepas itu, saya mencuba satu jenis lagi produk yang diwar-warkan boleh membantu para wanita juga lelaki ke arah mendapatkan tubuh-badan yang 'cantik'. Malangnya perkara yang sama terjadi. Hal ini membuat saya jemu dan putus asa.

Baru-baru ini ayah saya telah dimasukkan ke hospital, saya amat sedih melihat keadaannya yang tidak berdaya dengan masalah kencing manis.

Balik dari hospital, saya termenung memikirkan betapa saya sebagai anak, berkemungkinan besar akan mewarisi penyakitnya juga ditambah lagi masalah obesiti yang saya alami. Bukanlah saya ini takutkan mati, tetapi saya tidak tega memikirkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian dari seorang wanita yang dipanggil ibu.

Menyelak-nyelak akhbar, saya terlihat iklan Litchin Debella - Litchin Enzim, Litchin Fiber. Saya meminta izin suami untuk mencuba produk ini pula, saya katakan padanya jika gagal juga seperti 2 produk yang lalu, saya akan pasrah dan terima saja keadaan diri yang sebegini.

Alhamdulillah, suami mengizinkan dan saya mengambil produk De Bella ini semasa dia berkursus 2 minggu di Langkawi.

Saya mencuba pack bernilai RM290 untuk kegunaan selama 10 hari. Apabila suami saya balik ke rumah, saya berkongsi berita gembira dengannya iaitu saya dah hilang 2.3 kg selepas mengambil produk ini. Saya meminta izinnya untuk menyambung lagi penggunaan 10 hari.

Kemudian saya beli lagi pack 10 hari itu, iaitu dengan membeli sekotak lagi enzim, yang berharga RM145. Seterusnya, berkat izin Allah dan penggunaan makanan bantuan Litchin De Bella ini, saya dah hilang berat badan sebanyak 4.7kg. Jumlah ini amat ketara dengan penggunaan Litchin De Bella, tidak pernah saya alami penurunan seperti ini dengan penggunaan 2 produk lain sebelum ini.

Saya berkongsi kegembiraan ini dengan suami dan meminta izinnya untuk terus menggunakan Litchin De Bella untuk mendapatkan berat badan idaman. Untuk itu, saya sanggup mengeluarkan duit berjumlah RM1624.00 bagi mendapatkan 7 set Litchin De Bella dgn harga yang lebih murah.

Dan inilah berita paling gembira ingin saya kongsikan dengan anda semua para pembaca blog Coretan Mak Su , setelah menggunakan produk Litchin De Bella bermula pada 19 September 2010, sehinggalah ke tarikh 10 Disember 2010 - berat saya dah turun sebanyak 13.5kg.

Berbanyak-banyak Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt.

Alhamdulillah teramat sangat kerana keputusan pemeriksaan kesihatan di klinik menunjukkan hasilnya yang sangat-sangat positif iaitu bacaan untuk kencing manis, darah tinggi juga kolestrol saya berada pada tahap terkawal.

Dengan kuasa Allah yang Maha Besar dan dengan bantuan Litchin De Bella saya berjaya mendapatkan kembali kesihatan saya.

Kesihatan yang baik tiada tukar gantinya, hargailah diri sendiri dan sayangilah diri sendiri. Mungkin kita sanggup keluarkan duit yang banyak untuk penjagaan dan mencantikkan kereta, rumah, tetapi tak sanggup pula nak keluarkan duit untuk penjagaan diri sendiri dan merubah penampilan diri sendiri ke arah yang lebih elok.

Rosmieza Aziz

My Special Mall

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

cikceriacorner said...

terima kasih maksu..terima kasih kak ros..hehehe..sy pon nak turunkan berat bdn jugak..tp nak control mkn dulu..da try mcm2 tp xjln2 coz xde disiplin..

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

Mak su dh try ke??? tingin gak..tp...ongkos nya...belum ada..

julietchun said...

betul ke? saya takut nak cuba.

wahida said...

betul ke ni? saya bab ni susah sikit nak percaya...huhuhu...

kak Erna said...

mak su..bestnya dia..teringin..
tapi buat masa sekarang..yang penting nak sihat dulu.dah sihat nanti batu fikir nak kurus.

Mak Su said...

cikceria, pokok pangkalnya hati juga

mamarempit - slow slow

julietchun, wahida - asben ros ni kawan sekolah saya, result dah menunjukkan kebenaran :)

sebelum ni dia pernah jenama yang ada huruf x dan u tapi tak berkesan ler puloks

k.erna, benar

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

Tahniah Mak Su!! Akhirnya dipertemukan product yg ada chemistry dgn Mak Su. Apa-apa pun pemakanan nak kena jaga juga terutama dalam hal bersenam.

Kakak main badminton seminggu 2 kali.

ze said...

morning mak su, sy tak berapa berani nak cuba produk kuruskan badan, walaupun memang dah rasa badan dah mcm dipam-pam hehehe selalu gak joging di kde,dan turun naik tangga kat umah ni... jaga mkn jer hehehe

tp, leh gak kan kalau nak try, tq maksu...

Mak Su said...

k.zakie, ze - berbaloi :)