Friday, December 10, 2010

Tahniah anda mengandung

Bagi pasangan pengantin baru yang baru melangsungkan rumahtangga kira-kira dalam sebulan setengah, keputusan ujian mengandung yang positif memang akan disambut penuh gembira. Apatah lagi jika kedua-dua suami-isteri sukakan kanak-kanak.

Tetapi bagi pasangan bercinta selingkuh @ maksiat [zina], perkara itu sangat-sangat ditakuti dan mereka itu sebenarnya wajiblah menjauhkan diri dari perkara-perkara terkutuk.

Sementara itu, bagi pasangan suami-isteri yang sudah ada 2 atau 3 atau 4 anak, kenyataan tersebut tidak lagi diwar-warkan kerana kebiasaannya biarpun mereka menerima kehadiran orang baru, tetapi mulut jiran tetangga handai taulan akan berkata, "aik? mengandung lagi? aku rasa engkau baru saja habis pantang!" [oops!], ataupun, "engkau orang berdua ni tak belajar tentang family planning kah? Tak peningkah beranak lagi?", ataupun, "ter-accidentlah tu".

Kepada pasangan pengantin yang bakal menyambut anniversary ke-21 hari tahun, keputusan ujian mengandung seperti dinyatakan di atas memang minta dijauhkan, takut nurse marah, "nenek, nenek ni patut duk rumah jaga cucu, bukan datang hospital push push push".

Jadi, tepuk dada tanya selera, bukankah dunia kita ini sentiasa dipenuhi dengan dilema.... [?]

Eh, maaf ya kalau ada yang geram-geram, saya bukan nak beri petua apa-apa tentang hal mengandung pun hari ini ;)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

PuteriKureKure said...

haha...maksu ni..berderau darah ok!

ct rahani said...

lor.. ingt maksu yg ngandung.. hehe..

Cik Pah said...

maksu peknen ker ? tahniah lah yer.hehehehhe

Ummi said...

mak su, pregnant ke?

kalau yang anak ramai, tapi mengandung lagi tu tak pelah, anak kan rezeki dari Allah

tapi yang belum kahwin dah mengandung, jawablah nanti di akhirat :(

aliaaroslan said...

rejeki jangan ditolak. tapi plan itu penting jugak :)

Tihara said...

adoii..geram nye maksu..saya takde anak lg nih..haha

ckLah@xiiinam said...

ckLah baca sambil uusap-usap perut...

kak Erna said...

salam maksu..baca tajuk..ingatkan ye..la..baby w dah nak sekolah..mak su nak cari peneman la tu..

azieazah said...

Syukur... saya boleh mengandung dan beranak.

6 dah anak saya...:)

Rozita said...

ntah2 mak su yg mengandung kot :))

aNIe said...

Maksu bikin suspen je...

DrSam said...

memang saspen...

faridmw said...

salam.. tahniah juga bg yang sedang menandung.. ingtkan maksu tadi.. eheheh

Mak Su said...

maner ada pegnant, ki ki ki