Thursday, December 2, 2010

Seorang ordinary member

Semenjak dua menjak ni, aku tidak lagi berstatus glitterati member dengan Nuffnang, tetapi sudah turun pangkat jadi ordinary member.

Walaubagaimanapun, semalam bila aku periksa tabungan, didapati aku telah pun layak mendaftar mengeluarkan wang tabungan (jumlah minimum pengeluaran adalah RM50).

Seronok, lega, ingatkan Nuffnang sudah tidak mahu lagi berurusan langsung dengan aku ;P

Tetapi sekarang aku kena menunggu lebih lama, 60 hari mencari cinta menunggu cek sampai ke tangan aku.

Menurut rekod di dalam gambarajah di bawah, tempoh masa untuk aku dapat mencukupkan jumlah minimum adalah kira-kira 6 - 7 bulan tidak termasuk jika ada sertai sebarang event Nuffnang yang mendatangkan loncatan dalam pendapatan iklan.Begitulah, jadinya, so, cek processing perlukan 60 hari..... tunggu.......... sekali cashout pun bukannya banyak, jumlahnya adalah disekitar RM50 - 80 sahaja, bukan cecah ratusan mahupun ribuan ringgit pun. Sekadar dapat belanja anak2 makan fast food yang kejap boikot kejap tak boikot, har har har.

Teringat yang pernah suatu ketika aku rehat lebihkurang sebulan kerana bosan dengan aktiviti blogging dan hampir-hampir menamatkan riwayat blog ceritakosong ini, nampaknya sekarang masalah itu sudah tenggelam.

Dengan ini, salam bahagia, selamat meneruskan kehidupan masing-masing seadanya :)

Terima kasih kepada hajarus atas kesudiannya follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

Cik Pah said...

maksu .kalau maksu masuk kat blog saya kan..nampak tak nuffang yg tak kluar tuh..nape ek.dah lama jadi macam tuh..takde iklan yg kluar pun..saya tak pahamlah.. maklumlah saya budak baru belajar.. kalau salah tolonglah betulkan coding nyer..rase macam dah copy paste betul betul

nabilah_2908 said...

xpe la maksu...income nuff tkde..income dr iklan yg lain ada kan..? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HEART ATTACK

PuteriKureKure said...

awat semua orang cash out nuffnang ni? buatkan saya teringin nak cash out jugak. tapi nak tunggu sampai jadi bukit. hehe. entah bila la tu.

:)

KAKTINY said...

wah.. bahagia tercipta nampaknya maksu.. hihihi.

Mak Su said...

cik pah nak suh saya cek ker?

nabilah, hehehe

intan, maksu malas nak simpan tinggi menggunung, busut pun ok dah :)

kaktiny :)

Suzi said...

oklah tu mak su...seronoklah anak2 nanti hehehe.
cantik teko kat n3 sblm ni tu...

miloais said...

salam mak su...
emmm... nuffnag???
apa tu???

maklum le.. iols baru belajar mengenal blog
harap maklum!
:D

Cik Pah said...

yelah kak. camne ek..

Masy said...

sy pon tatau la ape stetes nuffnang sy heehehehe

fizz said...

maksu..

okla tu dpt jugak bwk anak pegi makan fast food dari saya yg lgsg xdpt apa-apa...rsnya saya ni mmg xlayak nk dftr dngn nuffnang..sbb skjp ada skjp xdek..hihi

HEMY said...

sama sangat la kita maksu..tp mcm byk iklan kat blog maksu..yg lain dr nuffnang ke?

kella said...

hmmm kita punya ntah biler ler nak smpai situ.. ehhehehe

Pala Maldini said...

hehe.. maksu kan dah ada ruang iklan sendiri sekarang..

nuffnang tu additional aje..