Sunday, December 12, 2010

Selamat Pagi

Hari Khamis lepas kan aku cuti, sementelah aku ada di rumah, bebudak ni nak bermandi-manda di sungai, disuruh tunggu selepas makan tak nak - nak pergi jugak, nak pergi jugak, terketaq-ketaq kaki memasing nak terjun dalam air tu, jadinya, dorang berempat pergi dengan kawan-kawan/jiran di perumahan ni, aku duduk di dapur seorang diri menyiapkan gulai lemak kuning udang, kacang. Sambal kering tempe ikan bilis kacang tanah, dengan telur dadar. Simple. Balik-balik saja dari sungai masing-masing dah lapar, terus ngap. Sambal kering & telur dadar habis sekelip mata, tinggal gulai udang sedikit untuk ayah mereka.

Tengahari semalam masakkan kari sardin, kentang, sambal kering ikan masin sepat, sayur taugeh digoreng dengan buat bubur nasi untuk w. Hubby di rumah jiran [ingat entri jiran kami nak minta dia buat kabinet dengan bajet Rm600].

This morning, ingat nak masak nasi lemak ngan sambal sardin... eh! lagi lagi sardin, lagi lagi sardin.

Cerita pasal makan tak pernah habis, hehehe, dan nak ambil peluang ni nak ucap terimakasih kepada Miecyber kerana sudi follow blog ini :)

Sebenarnya aku lepaskan mandikan w, dia tetiba terjaga dan nak susu, dan terus muntah lepas minum susu. TEngahari semalam time ayah dia sibuk bertukang di rumah jiran, dia pun menyebok dan claimed kata dia ada menolong dan sibuk nak mintak upah Rm1 sehari :)

Sekarang nak tidurkan dia.... ciao :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

faridmw said...

salam maksu..
umah maksu mesti semua bt sendirikan.. bestnya bila leh bt sendiri semua.....
seronoknya mandi sungai,,, lama tak mandi sungai...

zino said...

sangat bajet tu.. RM600 boleh buat gobok hehe

Mak Su said...

faridmw, bolehlah sikit2 :)

abgzino, tak, kitorang dah explain, so skrg ni cuma amek duit utk beli brg saja

ze said...

gud morning maksu...

sambal sardin? fuhh sy suker banget, semlm masak sambal sardin + kangkung goreng + ikan kering.. simple kan..hehehe

mandi sungai? dah lama tak mandi manda ni....

Insan Marhaen said...

teringat 4 hari lepas hantar mak balik singgah makan di restoran tasik raban belakang stadium perak. sedap pulak sambal tempoyak nye tu..

Kakzakie said...

Salam Mak su,

Ibu, isteri, suri-rumah, pekerja, wanita dan itulah mak su. Besar ganjarannya tu. Lagi sibuk nak buat lagi banyaklah ganjarannya....

Tihara said...

w minum susu botol ke lam cawan?

Mak Su said...

ze, selamat petang :)

IM, restoran tasik raban? mcm sedap bunyinyer

tq kakzakie :)

tihara, susu botol, tak nak dlm cwn, x sedap katanya

azmiroy said...

Kari Sardin !!!!!!!!!!!! amboi.. lama sungguh rasanya tak makan kari sardin. Zaman aruah mak saya dulu suka buat kari sardin cicah roti ataupun tempek tepung (pek nga)... aduh sedapppppp

azmiroy said...
This comment has been removed by the author.
azmiroy said...

Kari Sardin !!!!!!!!!!!! amboi.. lama sungguh rasanya tak makan kari sardin. Zaman aruah mak saya dulu suka buat kari sardin cicah roti ataupun tempek tepung (pek nga)... aduh sedapppppp

azmiroy said...
This comment has been removed by the author.
azmiroy said...
This comment has been removed by the author.