Tuesday, December 7, 2010

Selamat menyambut awal Muharam 1

(berkongsi maklumat dari emel)

Sebelum itu, nak ucapkan berbanyak terimakasih kepada Diaumaininaz, leykalola kerana sudi follow blog ini.

20 amalan murah rezeki (Part 1):-

1. Ibadah: Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Istighfar: rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Meninggalkan: jika masih berbuat dosa, tinggalkan. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : "… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Eratkan: banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Mendoakan: Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Menolong: Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikanlah: hajat orang lain sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Hadis Riwayat Muslim)

8. Berselawat: Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam

9. Kebajikan: buat banyak-banyak. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Good morning: menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

sayangsayangibu said...

terima kasih berkongsi
alhamdulillah pagi tadi dapat berjemaah subuh dengan enpakwe lagi.

Mak Su said...

syg2ibu, alhamdulillah

Insan Marhaen said...

bukan mudah juga nak amal tu..

- jinggo - said...

mak su
selamat menyambut tahun baru - semuga kita dipermudahkanNya

Mak Su said...

IM, insyallah, boleh

cikgu jinggo, salam maal hijrah, lama tak mai, sori, saya pun tak lama melawat.

nabilah_2908 said...

salam maal hijrah maksu... :)

terima kasih atas perkongsian ini.. ;)

Tihara said...

salam maal hijrah too..semuga Allah memberkati kita semua :)

PinQib said...

wah.. alhamdulillah. sy macam x lupa lg nak doakan kedua ibu bapa saya..


Interesting facts about JAPAN!
Main GULI dalam telinga

fizz said...

Tq share info ni maksu :)