Monday, December 6, 2010

Selamat Datang Anak Bulan

Selamat Datang Anak Bulan baru Muharam 1432 Hijriah


Tadi saya di blog Luah Fikiran, beliau bercakap tentang hijrah dan ini respon saya,

~~~~~~~~~~

hijrah perbuatan hijrah minda hijrah azam.... kita ni umur makin singkat, mari berhijrah ke arah yg lebih baik dan grab segala yang Allah kurniakan, sebaik mungkin utk kebaikan kita di dunia dan akhirat

~~~~~~~~~~

Perkara hijrah ni dah diulang-ulang banyak-banyak kali di tv, radio, ceramah umum, blog, masjid-masjid dan saya sendiri tak tahu nak cakap tentang apa, cuma yang saya tahu, kita kena ambil kesempatan memulakan tahun baru [Hijrah] dengan semangat baru, azam untuk meningkat lebih maju, tinggalkan negatif dan keruh dan kambuskan di dalam lombong atau gua yang jauh nun di ceruk bumi dan hadapi matahari baru yang menyinari alam dengan lebih berkeupayaan untuk ke arah yang lebih baik (fuhhh, penat nak tulis)

Jangan tunggu tahun baru hijrah atau tahun baru masihi untuk menggerakkan tubuh dan minda malah perkara ini hendaklah kita lakukan hari-hari sebaik saja mata terbuka selepas rehat yang cukup mahupun tak cukup semalaman.

p/s: saya sedang berkenalan dengan ikan pekasam, ada sesiapa berminat? ikan pekasam dari spesis air masin... hhhmmmm ai loikee ikan pekasam, jum kita pekena ikan pekasam ;)

~~~~~~~~~

Sebagai perkongsian, mari kita refreshkan minda kita tentang 'watak' ke-tiga ini:-

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: "Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
"10 macam"

" Apa saja?"

1) Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.
Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan" (Qs Al Isra :64).

2) Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah."

3) Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

4) Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

5) Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

6) Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku.

7) Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku.

8) Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, "Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. "(Qs. Al – Isra:27).

9) Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

10) Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "Silakan," aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat."

Iblis berkata lagi: "Wahai Muhammad, aku tak boleh meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda," "Jika aku dapat menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau dapat memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya (nafi makhluk, Isbatkan Allah)

Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (QS Hud : 118 – 119).

Rasulullah SAW juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (Qs Al-Ahzab :38).

Iblis lalu berkata: "Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.
Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong."

Sumber :
1.Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.

~~~~~~~~~~

Kamu sudah diberitahu, kita sudah diberitahu, pilihlah yang elok-elok sahaja.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

rieyana ynn said...

salamt tahun bawu...;d

♥ manje ♥ said...

salam maksu

salam Maal Hijrah

moga tahun ini lebih baik
dari tahun yang sudah2 buat
kita... (^_^) ~

atty's said...

salam maal hijrah maksu

PuteriKureKure said...

salam maal hijrah maksu sayang! :)

zino said...

salam maal hijrah...

Mak Su said...

:D, tq yana, manje, atty, intan, abang zino

Hasrol Nizam said...

selamat tahun baru :)


Pendapat anda?
Sakit kepala atau migrain?

makdara TERdiva said...

salam maksu..
maila rumah MDT 1.1.11 nnti, leh mkn ikan pekasam.. :)

nnti sy poskan kad.. alamat maksu msih ade dlm petibesi saya.. haha!

kella said...

maksu.. selamat manyambut maal hijrah juga.. :) semoga menghayati erti sebenar!

maksu! kenapa dnengan ikan pekasam?
saya mencari ikan pekasam ni! ohhhh... mahu ikan itu, tapi tak ada kawan2 yang nak pergi ke utara untuk dpatkan ikan tu kat situ.. maksu agen ikan pekasam kah? boleh order?

:)

Mak Su said...

hasrol, selamat tahun baru

mdt, hehehe

kella, iya, bakal, dalam sehari dua ni ler... tengah get to know each other, me and the ikan pekasam, errr, i meant, me and the tokei ikan pekasam ;P

shasha said...

me love ikan pekasam...nak nak!!!

izman said...

salam tahun baru hijriah maksu.

Mak Su said...

shasha, yea yea

izman, salam maal hijrah