Friday, December 17, 2010

Rancangan TV untuk kanak-kanak

Haritu baca entri tentang rancangan tv untuk kanak2 di blog ummi.

Aku pun ada beberapa rancangan tv untuk kanak-kanak yang aku approve dan tak approve. W gemar menonton en jeri [Tom n Jerry], sepanbob, d the explorer, garpill, thomas n frens, doremon, hagemaru, asarichan

Ada juga kartun-kartun yang dia tengok tapi aku tak suka, iaitu kartun alihbahasa yang mempunyai bahasa yang kasar. Versi bahasa inggeris pun memang dipenuhi dengan bahasa kasar. Sementelah, bila dialihbahasakan - pun bunyinya sangat kasar, asyik nak marah. Dahlah mengalihbahasa gunakan dialek kedaerahan. Jadi di manakah kempen kerajaan Malaysia nak mengembangkan kecintaan rakyat Malaysia kepada bahasa Malaysia? Well, memanglah kedengaran lucu tetapi lagi sekali, dimanakah kempen dan kesedaran dan menyahut kepada seruan?

Tentang alihbahasa tu, kitorang tertaksengaja cuba try test, jadi semenjak hari itu w nak tengok cuma dalam BM sahaja, mula-mula aku layankan juga, sekarang aku selalu cakap, kena dengar BI juga sebab nanti di sekolah pasti akan belajar BI juga.

Nasib baik dia faham, cuma sekarang masih bertekak sebab dia masih tak faham apa itu BI [masih belum start sekolah] dan paksa untuk tukar bahasa lain [kami tak berbahasa BI di rumah, salah aku jugalah ni, masa w baru lahir memang aku berBI saja dengan dia, lama-kelamaan aku jadi malas].

Jadi sekarang ni, aku tak suka kepada kartun alihbahasa, aku tak suka kepada pemilihan jenis kartun yang biadap dan kasar. baru-baru ni dia tanya, bila kita nak beli 'pokok dan hias pokok'.... hhhmmmm, so unfortunate, no thanks kepada pengaruh dari TV.

Tak ada banyak pilihan sekarang, cuma ada 1 kartun saja dari local product :(

Mengenai anak2 remaja aku pula, mereka sukakan anime, pada pandangan aku, itu adalah cerita cinta cinta cinta seksi seksa versi lukisan cute. Well, sebagai seorang ibu, aku rasa, kartun should remain as kartun, entahlah, takkan nak stop kreativiti orang sebab aku seorang ibu, kan........

* Susahnya nak membesarkan anak.... *

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

cikceriacorner said...

maksu..sy pon suka tom n jerry..bleh geng ngan baby W..heheh..doraemon pon sy suke..dulu kat sek. akak senior ada panggil sy adik doraemon...heheh

DrSam said...

Setuju sangat dengan mak su. pengaruh rancangan di media masa (campur internet) menjadi cabaran kepada semua ibu bapa mendidik anak. Bila di teliti, banyak yang buruk daripada baiknya.

Mak Su said...

cikceria, w sebaya ngan imawari. tapi imawari belum boleh bercakap, hahaha

DrSam :)

aliaaroslan said...

kadang2 yang di alihbahasa tu dah lain makna.

memang kat rumah ni tengok cerita enlgish sahaja. sebab adik yang bongsu tu memang kitorang berbahasa inggeris dengan dia dari kecil.

Oasis said...

Membesarkan anak pada zmn skarang mmg sesuatu tugas yang mencabar. Byk sgt pengaruh luar yg xelok. Kan mak su..

DrSinga said...

benci hagemaru!!
tapi kan..memang bila dialih bahasa..banyak bahasa kasar2 ..
'bodoh' 'engkau'

luahfikiran said...

SALAM,
MEMANG BANYAK CABARANNYA, MAKSU. YANG PENTINGNYA KITA CUBA YANG TERBAIK SEPERTIMANA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

iina said...

kenalah pilih mana yang sesuai.. takut nanati benda itu jadi ikutan yang tak elok.. ;)

Mr feckry said...

serius, nak besar kan anak memang susah

Insan Marhaen said...

susah lagi nak mendewasakan mereka!

AkuBiomed said...

Ada cerita animasi dewaasa yang memang tidak sesuai untuk tontonan anak kecil harap pernyiar tempatan lebih prihatin

PinQib said...

sepupu sy dok giler denganciter thomas n fren gakk
hhaha

Baby ROBOCOP | Kontest LAGI | Gaduh MANJA! |

shasha said...

kena pantau jugak kan mak su...kadang kadang ada yg bole bagi bad influence pada budak2....