Tuesday, December 28, 2010

Petua Nak Mati

Jadi, awak dah buat keputusan dah? Awak nak matilah? Nak mati senang, mati saja... mati ada pelbagai cara, emmm, malas nak ceritalah tentang tu. Tapi ini petua untuk mati, bukan nak hidup saja kena ada petua :-

1 - Amalkan membaca surah Al-Mulk, kalau boleh, setiap malam. Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah saw bersabda bahawa 1 surah dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarakkallazi [Al-Mulk]. (Hadis riwayat At-Tirmizi).

2 - Daripada Jabir r.a. sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Miim, As-Sajadah dan Al-Mulk (Hadis riwayat At-Tirmizi).

3 - Ibnu Abbas berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum akil baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah swt memohon kepada pembacaannya supaya Allah swt selamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Nabi Saw bersabda, "Saya suka kalau surah ini dalam hati setiap insan dari umutku" (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih atas kesudian gadis bunga, norliza & Mata Hati untuk following blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

Kakzakie said...

Salam Mak Su,

Kakak ingat ada org nak bunuh diri tadi. Benar membaca surah Al-Mulk juga memudahkah perjalanan mereka yang sedang bertarung menghadapi sakratulmaut. Jadi selain membaca surah Yasiin digalakkan membaca surah ini apabila berdepan mereka yg sedang nazak. Wallahualam...

blog-tips-kurus said...

saye nak minta izin juga, nak ulang siar petua penting ni. TQ maksu:)

GDIZ said...

salam maksu.
Betul tu. Ayat Al Mulk ni pendek. InysaAllah kalau diamalkan hari2 kita boleh hafal ;)Al-Ma'thurat juga bagus maksu. Sama2 kita dpt manfaat darinya.

CikSembang said...

maksu..

dulu akak buat gak pastu dah tak buat.. thanks ingatkan akak

Mak Su said...

k.zakie, hahaha

blog-tips-kurus, silakan, kredit leh? :)

gdiz :)

kak cik sembang dearie, repeat balik :)

rasp said...

trima kasih sbb mengingatkan...

Cik Pah said...

ok.. noted.. terima kasih maksu for this info

[s][u][e][h][a][n][n] said...

masa kat asrama dulu tingkatan 1-6 hari2 kna baca surah Al-mulk ni sebelum tido..

dorm mana yang x baca kena la denda ngn warden @ ajk asrama :)

MOKCIK AZWA said...

Perkongsian yang padat dengan informasi sangat berguna maksu...terima kasih

HEMY said...

al mulk..baik la..cuba amalkan nnt

eh, mak su skang amek upah wat dapur ek..bape rega ek? kot sy nak mintak buat..hehe

artisticklytouch said...

oooo...baru tahu ni

nabilah_2908 said...

satu perkongsian yg bagus maksu...

sy tk dapat nk agak surah al-muluk ni yg mana...cari2 kt you-tube...baru tau...

biasa baca..tp tak tau nama surah...teruk kan..? huhuhu... ;)

thnks maksu..sudi berkongsi.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
VACATION 2010

fa*atip said...

alhamdulillah...kalau sentiasa beramal dan ingat mati, kan? huhuhu