Friday, December 24, 2010

Pekerja

Ingat tak entri aku tentang kakak dah habis SPM? Dan dia sibuk merdeka merdeka, lalu aku kata, 'itu namanya penganggur' [sebenarnya saja nak mengusik anak].

Anyway, dia memang nak cari kerja sangat, aku kata boleh, dalam radius [eh wah], 15 km sahaja dari rumah. Less kilometer is better. Takutlah, anak awak ni perempuan kan.......

Sekarang dia dah dapat kerja di sebuah kedai menjual pakaian, gaji RM20 sehari kerja dari 9.30am hingga ke 9.30pm.

Sebelum dia cari kerja, kakngah pun ada cari kerja, dapat! Di kedai yang taglinenya, xx sen.

Gaji RM500, kerja dari 9am ke 10.30pm.

Condition yang sama, TAK BOLEH DUDUK.

Kakngah tahan sehari saja. Tengoklah kakak, berapa hari pula dia tahan.

Hhhmmm, dun know what else to say, ok lah tu.....

(mungkin aku boleh fikirkan untuk duduk rumah dan jadi housewife pula selepas ini, dan meneruskan bisnes online, kalau anda sedang mencari penanda buku dan jadual waktu istimewa, lain dari yang lain, handkraf yang unik – tailor made boleh diuruskan )

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

7 comments:

kakpah said...

anak nak cari pengalaman tu. biau le..hehe..

zino said...

macam along la... kerja tak sampai seminggu .. hehe

aNIe said...

Anak2 kalau bekerja... nanti mereka akan tau betapa susah mak ayah mereka mencari rezeki... tu belum lagi kalau kena bos yang garang suka maki hamun...

echah_syed said...

anak-anak combi tak sempat pun nak keje lepas SPM sbb sikakak tinggal diasrama sejak tingkatan satu so lepas SPM combi suruh dok rumah belajar buat keje rumah apa yg patut.

dan siadik pulak pergi PLKN so habis PLKN result dah keluar.tak sempat carik duit poket pun.

masa zaman combi dulu 3 bulan tunggu result sempat keje kilang 2 bulan dan jadi sales girl kat supermarket sebulan.gaji habis buat belanja makan dan gi jejalan hohoho :D

Mak Su said...

k.pah, iya

abg zino, lebihkurang jer ni

betul tu k.anie

combi, maksu dulu kena belajar menjahit baju utk lelaki dn wanita tp tak pernah prektiskan pun, huhuhu

aliaaroslan said...

baru diorang tau susah senang cari duit..

shasha said...

semangat kena kuat ek mak su....